Followers

Monday, April 23, 2012

Alia Najwa 8




             

   Keesokkan harinya, acara final lari berganti 4 x 100m diadakan pada sebelah petang. Dalam acara 4 x 400m pagi tadi, mereka mendapat tempat kedua. Alia tidak turut serta dalam acara tersebut.  Bagi acara 4 x 100m pulak, Alia merupakan peserta terakhir bagi acara tersebut.
“Alia, kamu berehat je. Kaki kamu belum sembuh, kan?” Puan Hamidah melarang Alia turut serta.
“Saya tak apa-apa, cikgu,” Alia bersenam meregang otot-ototnya.
“Betul kamu tak apa-apa?” Soal Puan Hamidah lagi. Alia berlari mengiringi kumpulannya. Mula-mula perlahan, kemudian Alia memecut pantas.
“Alia? Luka kamu dah ok?” Cikgu Asri pula bertanya. Bimbang  pelari harapannya masih dalam kesakitan.
“Luka kecil je ni. Jangan risau. Saya nak tebus kekalahan semalam,” Ucapnya yakin. Cikgu Asri angguk kepala.
“Ingat, kalau dapat, jangan dekat sangat dengan pihak lawan. Saya tak mahu awak cedera lagi,” Alia tersenyum dan angguk kepala.
            Alia dan rakan-rakannya bergerak ke garisan permulaan. Setelah diberi taklimat ringkas, mereka disuruh ke tempat masing-masing. Ketika Alia sedang membuat senaman ringan, Nita menegurnya.
“Hai Alia. Kaki kau ok ke?” Alia mendongak memandang wajah gadis yang menegurnya.
“Owh, Nita. Kaki aku?  Luka sikit je. Tahniah ye, dapat hadiah semalam,” Alia menghulur tangan. Nita menyambut sambil tersenyum.
“Kalau kau tak jatuh semalam, tentu kau yang dapat hadiah tu,” Nita tersenyum mengejek.
“Tak pe. Bukan rezeki aku. 100m masih ada lagi.  Lepas acara ni. Kau dapat masuk final?” Soal Alia sambil mengurut kakinya.
“100m? Pelajar lain yang ambil bahagian. Oklah. Dah nak mula tu. Hati-hati. Nanti jatuh lagi,” Nita beredar menuju ke petak kumpulannya.
       Di khemah SMK Air Putih, Maziah, Imah, Ros dan Sara gelisah. Bimbang kecederaan Alia bertambah buruk. Ketika acara dimulakan, kelihatan peserta dari sekolah tuan rumah mendahului sekolah. SMK Air Putih berada di tempat ketiga sehingga peserta nombor tiga. Alia yang melihat pasukannya agak ketinggalan berazam mengejar pasukan tuan rumah. Nita sudah mendahului peserta lain dengan jarak 2 meter. Alia memecut laju sebaik sahaja button berpindah tangan. Tanpa memandang kiri kanan, Alia meneruskan lariannya. Sekuat tenaga dia berlari dan semakin hampir di belakang Nita. Semakin hampir dengan garisan penamat, Alia mengerahkan tenaganya habis-habisan. Akhirnya, Alia meninggalkan Nita dalam jarak 1 meter. Dia tersenyum  puas kerana dapat membalas dendam. Dia mengucap syukur di atas kemenangan mereka petang itu. Rakan-rakannya melonjak keriangan.
“Boleh tahan jugak budak ni. Jauh mereka ketinggalan tadi, dapat juga dia mengalahkan peserta lain,” Syah Aiman memuji Alia.
“Alia memang macam tu, selagi ada orang dihadapannya, selagi itu dia akan kejar. Dia tak mudah putus asa,” Pn.Hamidah tersenyum bangga dengan pencapaian anak-anak muridnya. Alia berbaring di khemah mereka bagi menghilangkan penat. Ramai rakan-rakannya, datang mengucapkan tahniah di atas kejayaan mereka. Alia duduk sambil membelek luka dilututnya.
“Masih sakit?” Soal Maziah perlahan. Alia tersengih kemudian angguk kepala.
“Sini aku sapu ubat,” Maziah menyapu ubat dengan berhati-hati. Alia asyik mengaduh kesakitan.
“Kau ni, kan. Manja sangat. Tadi berlari tak ingat sakit, ni aku bagi ubat, muka kau dah macam ayam berak kapur,” Maziah membebel dengan gelagat Alia.
“Sakit. Kalau kau sendiri yang kena, baru kau tahu rasa sakitnya.” Alia muncung mulutnya.
“Ni apahal muncung macam mulut itik? Ingat cantik ke buat muka macam tu?” Imah menegur sahabatnya. Alia menjeling wajah temannya yang satu itu.
“Kenapa kau tak balas dendam tadi? Baik betul hati kau ye?” Imah duduk di sebelah Alia.
“Yang penting aku dah kalahkan dia. Dia memang sakit hati punya,” Alia menjawab selamba.
“Alia, apa kata kau mengorat Si Alan tu balik. Biar padan muka Nita tu.” Imah memberi cadangan bernas.
“Hoi… mak cik, dari aku mengorat si Alan tu, baik kau cari lelaki yang paling tampan kat stadium ni, nanti aku mengorat dia. Buang masa je aku mengorat Si Alan tu,” Alia mengerakkan kakinya bila di suruh oleh Maziah.
“Ye tak ye jugak. Setakat ni, hanya seorang yang aku kira hensem tahap spiderman. Dia adalah…..” Imah menggaru dagunya.
“Errr… Apa kata kau mengorat Cikgu Syah?” Alia terbatuk. Air yang diminumnya tersembur lalu terkena muka Maziah. Maziah hanya mampu geleng kepala dengan gelagat Alia sambil menyapu mukanya dengan sapu tangan.
“Kau? Otak kau dah tak betul agaknya. Mengorat dia?” Alia geleng kepala. Imah ketawa besar.
“Apasalahnya. Dia hanya guru sandaran je. Lagipun korang berdua aku tengok, sesuai sangat. Sorang pendek, sorang tinggi lampai.” Imah masih ketawa. Temannya yang lain hanya tersengih. Alia geleng kepala.
“Errr.. minta jauh ye. Aku dengan dia? Eeee… tak nak aku. Dahlah berbulu satu badan. Eeiii Seram,” Alia peluk tubuhnya.
“Berdiri bulu roma aku di buatnya,” Ucapnya selamba kemudian di sambut oleh gelak rakan-rakannya.
“Elehhhh. Jual mahal la pulak. Ingat kau tu cantik sangat ke?” Imah mengejek sahabatnya.
“Pasal aku tak cantiklah aku tak nak ada apa-apa hubungan dengan dia. Dia mana sesuai dengan orang yang tak cantik macam aku ni,” Alia menjawab selamba.
“Imah, Errrrr…. Kau kan cantik. Apa kata, kalau kau mengorat Cikgu Syah tu.” Alia tersengih nakal.
“Aku ketuk kepala kau nanti. Kalau si Ikram dengar, terpaksalah aku kerja keras nak pujuk orang tua tu, sakit jiwa dibuatnya. Tak nak aku cari penyakit,” Imah geleng kepala. Mereka ketawa lagi. Sedang asyik ketawa, mereka terpandang satu adegan romantic antara Cikgu Salmah dan Cikgu Syah.
“Alamak!!!!! Alia, melepaslah kau. Cikgu Salmah dah pasang joran. Nampaknya Cikgu Salmah tu, ada perasaan kat Cikgu Syah,” Imah tepuk dahinya. Lagaknya itu menyebabkan rakan-rakan yang lain ketawa besar. Semua mata memandang ke arah mereka. Terutama Alia, berair matanya kerana ketawa kuat sangat.
“Jum!!!! Aku nak pasang jaring ni. Kau nak ikut tak?” Alia berkata selamba setelah ketawanya reda. Kemudian Alia berdiri.
“Pasang jaring? Nak buat apa?” Soal Maziah pelik. Begitu juga Imah dan Sara.
“Aku nak tangkap Si Ros tu. Dari tadi dating tak balik-balik lagi,” Mata Alia melilau mencari sahabatnya yang dari tadi menghilangkan diri. Ketika itu, matanya bertentang dengan Syah Aiman yang sedang memandangnya juga. Alia cepat-cepat melarikan pandangannya. Malu bila mengingatkan kejadian di klinik semalam.
“Tu… Tengok. Kat situ dia buat maksiat.” Sara menunding jari ke arah sepasang remaja duduk berborak.
“Wah!!! Boleh tahan jugak budak lelaki tu.” Maziah berkata perlahan.
“Diam-diam ubi berisi. Nanti kau Ros, kejap lagi pencegah maksiat datang. Jeng…jeng!!!!” Alia dan rakan-rakan menghampiri pasangan remaja itu.
“Assalammualaikum,” Alia memberi salam dengan lembut sekali. Glup!!!!! Ros terkejut bila melihat 4 orang temannya berdiri dihadapannya. Dia hanya tersengih.
“Errrr. Kantoi, la pulak. Hehehee… Jangan marah ye bebb.” Mereka berempat tersenyum melihat gelagat Ros yang gugup itu. Lelaki disebelahnya kehairanan.
“Siapa mereka ni Rosma?” Soalnya lembut.
“Mereka kawan baik saya. Bebb, ini Saiful. Rakan sekampung aku.” Mereka berkenalan.
“Kawan sekampung atau ada apa-apa ke?” Sara mengusik temannya. Ros tersipu malu.
“Oklah. Memandangkan dia orang yang kau kenal. Kau layanlah dia ye. Kami nak pergi jalan-jalan, cuci mata sambil pasang jaring. Mana tahu dapat ‘ikan besar’ untuk teman-teman kita ni,” Alia berkata selamba.
“Oiiiii.. Siapa nak pasang jaring? Kita orang atau kau sorang?” Maziah menolak kepala Alia yang berwajah selamba.
“Kita oranglah. Siapa lagi. Kalau pasang jaring banyak ikan kita dapat. Kalau guna joran, seekor pun belum tentu dapat,” Jawabnya dengan wajah nakal.
“Ni yang buat aku sakit jiwa. Alia…Alia…” Mereka bertiga mengetuk kepala Alia. Alia berlari laju meninggalkan rakan-rakannya yang mengejar dari belakang.
        SUKAN MSSM sudah berakhir. SMK Air Putih meraikan kemenangan mereka di pantai. Mereka memilih Damai Beach sebagai tempat untuk membuat pesta menyambut kemenangan sekolah mereka.
“Alia…” Tanpa sempat menghalang temannya itu, Sara terjatuh ke laut bila tangannya di tarik oleh Alia. Alia tergelak sakan melihat temannya tercungap-cungap bila tertelan air masin. Pelajar yang lain turut sama terjun dan bergurau senda. Guru-guru mereka hanya mampu tersenyum melihat gelagat pelajar mereka.
“Alia, Cikgu Syah ikut jugaklah. Apalah orang tua tu, ke mana saja mak dia pergi, tentu dia ada. Anak mak betullah,” Imah membebel.
“Kenapa?” Soal Alia pelik.
“Takkan dia takde masa untuk diri sendiri? Dating dengan kekasih dia, ke? Aku rasalah, dia memang takut kat orang perempuan. Sebab tu takde mak we,” Imah tersengih.
“Apalah kau ni. Ke situ pulak fikiran dia. Entah-entah, dia nak tengok Alia kot?” Ros angkat kening bila Alia membeliakkan matanya. Terkejut dengan kenyataan yang diluahkan oleh Ros.
“Apa pulak aku. Dia kan nak mengorat Cikgu Salmah. Kau tak tahu, Cikgu Salmah sediakan makanan untuk dia masa sukan hari tu. Masa kau syok dating ngan pak we kau,” Alia menjawab.
“Cikgu Salmah je yang syok kat dia. Dari mula datang tadi, dia asyik tengok kau je. Takde pulak aku tengok dia layan Cikgu Salmah tu.” Ros memberitahu apa yang dilihatnya sejak mula Syah Aiman datang bersama Puan Hamidah. Alia muncung mulut.
“Cacat. Errr… orang tua tu? Tak nak aku,” Alia geleng kepala sambil buat muka buruk.
“Baik aku layan game mereka tu.” Alia menghampiri Ajay, Ariy, Hafiz dan Fizan. Kawan-kawannya yang lain mengikuti langkah Alia menghampiri mereka yang sedang bermain bola tampar pantai.
“Boleh saya ikut serta?” Mereka tersentak lalu menoleh.
“Errr… Cikgu. Boleh jugak. Lelaki lawan perempuan, nak tak?” Ajay memberi cadangan.
“Ok. Yang perempuan takde masalah ke?” Soal Syah Aiman sengaja bertanya bila melihat riak terkejut di wajah Alia. Syah Aiman tersenyum lucu bila melihat wajah masam Alia.
“Boleh. Takde masalah,” Imah menjawab bagi pihak kawan-kawannya.
“What?” Alia memandang wajah rakan-rakannya dengan riak simpati. Rakan-rakannya sengaja tidak mengendahkan Alia yang sedaya upaya mengelak dari terlibat dalam permainan tersebut. Akhirnya Alia mengalah dan menarik diri.
“Imah, aku malas nak main. Aku duduk kat tepi je,” Alia beredar ke tepi.
“Kenapa tak nak main? Takut kalah?”
Syah Aiman sengaja mencabar Alia. Sebaik sahaja mendengar ejekkan dari guru sandaran tersebut, tahap kemarahan Alia semakin meluap dan tanpa dia sendiri sedar, dia sudah berada digelanggang bola tampar. Syah Aiman geleng kepala. Faham sangat dengan perangai Alia yang pantang dicabar. Syah tersenyum sinis bila Alia merenungnya tajam dan bergerak ke tengah padang. Mereka bermain dengan bersemangat sekali sambil di sorak oleh pelajar dan guru-guru  yang lain. Alia dan rakan-rakan terpaksa akur dengan kekuatan orang lelaki bila mereka kalah tipis.
“Memang seronok game ni. Hebat jugak kamu semua, ye. Hampir kalah kami ni,” Syah Aiman tercungap-cungap bila permainan tamat.
“Kami sengaja kalah. Supaya cikgu tak rasa malu. Yelah, kalau kalah oleh orang perempuan, tentu malu, kan?” Alia menjawab sinis. Syah Aiman geleng kepala sambil tersenyum. ‘Degil dan mulut tak pernah diam, ada saja yang nak dijawabnya.’ Syah Aiman merenung wajah cantik itu. ‘Kenapa aku tak dapat anggap dia sebagai anak murid. Setiap kali tengok wajahnya, hatiku rasa gementar, jantung pulak berdegup kencang. Tengok sekali, teringin nak tengok lagi,’ Syah Aiman mengeluh perlahan. Alia telah membuatkan hatinya tidak keruan. Perasaan marah dan keinginan untuk membalas dendam menjadi perasaan ingin mendekati dan mengenali gadis kecil molek itu. Dia sengaja menyakitkan hati Alia supaya dia sentiasa ingat Alia adalah anak muridnya. Namun dia masih tidak dapat membuang perasaan lain yang datang mengganggu fikirannya. Syah Aiman bingung.

***********************

3 catatan:

eija said...

Npe mcm pndek nie... Sbug cpt ok... Bla lah dorg nk.bcinta... Xsbr rsanya nk tgu n3 2...

Peace said...

kenapa cite alia najwa ni penulis edit??
bukan ke citer ni dh tamat sblm ni?
penulis nk hntr karya ni k?

Unknown said...

eija,pendek ke??? takpe.. nanti sy masukkan sambungannya..

peace,mmg sy ingat nak cuba hantar manuskrip pd penerbit..tp, kena tengok keadaan dulu..