Followers

Wednesday, March 21, 2012

Alia Najwa 2



“Oiii lima dara pinggitan. Cepat sikit tukar pakaian tu, nanti habis nasi korang aku makan,” Fizan menjerit ke arah mereka berlima. Begitulah kehidupan di asrama.
“Makanlah kau sorang, biar badan kau semakin gemuk. Macam badak,” Sara membalas laungan Fizan. Alia, Maziah, Imah dan Ros ketawa sakan. Fizan buat muka selamba. Sudah biasa dengan ayat tersebut.
Dari jauh sepasang mata memerhati gelagat mereka dengan perasaan jengkel. Semenjak kejadian tengahari tadi dia masih marah dan susah hendak menerima penghinaan dari gadis kecil molek itu.
“Aku yang handsome ni dia kata monyet.” Syah Aiman tak puas hati. Jambang dimuka diusap perlahan.
“Agaknya pasangan kekasihlah tu, masih belajar pun dah nak berkasihan, nanti gagal, menyesal,” Luahnya sinis. Namun matanya masih leka memerhati setiap perlakuan gadis kecil itu bersama rakan-rakannya. Tanpa dia sedari perbuatannya itu disedari oleh ibunya yang asyik sekali memerhati dirinya sejak dari tadi.
“Apa yang kamu merepek tu Syah?” Suara puan Hamidah menegur anak terunanya. Syah Aiman tersentak dan berpaling.
“Takde apa-apa, Ma,” Jawabnya gugup. Puan Hamidah tersenyum dan berdiri sama disebelah anaknya.
“Mereka semua memang macam tu, sentiasa gembira. Tapi pelajaran mereka tetap bagus setiap penggal. Sambil bermain, mereka buat teamwork. Study sama-sama,” Puan Hamidah memuji anak-anak muridnya. Syah Aiman mencebik. Meluat mendengar mamanya memuji pelajar-pelajar tersebut.
“Tapi Ma, bila ramai sangat macam tu, Syah nampak mereka lebih banyak bermain dari belajar. Syah pun pernah lalui zaman sekolah macam mereka tu, semakin ramai kawan, semakin Syah leka,” Syah Aiman menyuarakan pendapatnya. Dia juga pernah meniti zaman remaja, satu zaman yang tidak mungkin dilupakan.
“Syah, dulu Syah bersekolah kat Bandar, sekolah campur pulak tu, hiburan senang dapat, kat sini mereka terkurung, 2 minggu sekali baru balik kampung. Mana sama dengan zaman kamu, lagipun zaman kamu tu, dah lapan tahun berlalu,” Puan Hamidah berleter panjang lebar. Syah Aiman hanya mampu mengeluh.
“Minggu depan Syah mengajar kelas mereka kan, Ma?”
Syah Aiman memandang wajah ibunya. Puan Hamidah angguk kepala. Syah Aiman tunduk memandang ke bawah. Tengahari tadi dia sempat membaca buku laporan pelajar yang berada di atas meja ibunya. Alia Najwa. Nama yang cantik dan begitu menarik minatnya untuk membuka buku laporan tersebut. Sebaik sahaja ternampak wajah comel itu, dia terus membaca serba sedikit tentang pelajar tersebut.
“Mana Syah tahu?” Syah Aiman tersengih.
“Syah teka je. Kalau Syah tak nak mengajar mereka, boleh tak?” Syah Aiman bertanya sambil buat muka kasihan. Puan Hamidah pandang wajah kasihan anaknya.
“Kenapa pulak. Mereka tu budak lagi. Mereka tak makan oranglah.” Puan Hamidah tersenyum melihat wajah kelat anaknya. Syah Aiman merenung lagi ke arah pelajar-pelajar tersebut.
“Tentu mereka sangat nakal, kan, ma?” Syah Aiman bersuara lemah.
“Syah....Syah...budak-budak memang macam tu. Kita kena ada sifat penyayang untuk membentuk mereka menjadi seorang yang berjaya. Kalau yang kasar biar kita berlembut, InsyaAllah mereka mendengar kata.” Nasihat yang Puan Hamidah berikan Syah Aiman simpan dalam hati.
“Mama nak ingatkan kamu, jangan terlalu tegas sangat kat budak-budak tu,” Pesan Puan Hamidah. Minggu depan merupakan minggu pertama Syah Aiman mengajar di Sekolah Menengah Air Putih sebagai guru sandaran selama 2 bulan.
“Mama nak tau, tengahari tadi, ada seorang budak perempuan, dia terlanggar saya masa mereka balik tadi. Balik sekolah berlari macamlah jalan raya tu stadium. Saya marah dia, lepas tu saya pulak yang kena marah. Sakit hati saya dibuatnya,” Syah Aiman menceritakan kejadian tengahari tadi kepada ibunya.
“Ye ke? Tu yang kamu bengang sangat dari tadi?” Puan Hamidah geleng kepala sambil tersenyum.
“Agaknya kamu marah dia tak tentu pasal, ye tak?” Soal ibunya sambil merenung wajah kelat anaknya.
“Mana ada. Dia yang langgar saya. Lepas tu minta maaf, tapi macam tak ikhlas. Siap panggil Syah monyet lagi.” Syah Aiman membela diri. Sakit hati bila mengingatkan kejadian tersebut. Sudahlah kaki sakit, dikatakan monyet pulak. Syah Aiman menggosok dagunya yang penuh dengan bulu. Agak tidak terurus.
“Dia panggil kamu monyet? Memang pun nampak macam monyet. Rambut panjang, jambang sana sini. Kalau tinggal kat hutan tu, memang sesuai sangat.” Puan Hamidah ketawa. Setelah gelaknya reda Puan Hamidah menyambung lagi. Wajah kelat Syah Aiman mencuit hatinya. Syah Aiman tayang riak tak puas hati. Ibunya juga mengelakkan dirinya.
“Biarlah. Mereka tu masih budak-budak,” Syah Aiman geleng kepala dengan jawapan ibunya.
“Macamana mama jadi Pengetua? Kalau mama tak tegas dengan mereka tu, nanti naik kepala pulak. Mereka tu bukan budak lagi. Tahun ni tahun akhir mereka ma,” Syah Aiman kesal dengan sikap lemah lembut ibunya dalam menangani masalah pelajar.
“Kamu jangan risau. Mereka tu tidak mendatangkan masalah kepada pihak sekolah. Malah mereka juga selalu menabur jasa untuk sekolah,” Puan Hamidah membela anak-anak muridnya. Syah Aiman mengeluh lagi.
“Siapa yang marahkan kamu tu?” Soal Puan Hamidah lembut bila melihat anak bujangnya mendiamkan diri.
“Budak tu, sampai bila-bila pun Syah akan ingat dia, Mama. Muka macam Chinese sikit. Rambut dia paras bahu. Kecil je budak tu.” Syah Aiman memandang jauh ke hadapan. Puan Hamidah tersenyum. Dia dapat mengagak siapa yang Syah Aiman maksudkan.
“Syah……. Kalau dia, memang mama tak hairan dia marah kamu. Tapi, sempat juga kamu ingat setiap inci muka dia. Berkenan ye?” Puan Hamidah tersenyum. Syah Aiman kerutkan dahi.
“Mama ni,”
“Budak tu yang kamu maksudkan?” Puan Hamidah muncung mulut ke arah sekumpulan pelajar yang baru balik dari dewan makan.
“Yang pakai t-shirt warna kuning tu?” Soalnya lagi. Syah Aiman angguk kepala. Ketawa Puan Hamidah kedengaran. Lucu bila melihat wajah terkejut anaknya. Syah Aiman terkejut bila ibunya ketawa besar.
“Apa yang lucu sangat tu, Midah?” Syah Aiman dan Puan Hamidah menoleh ke belakang. Datuk Zamri sedang menghampiri mereka. Bapa kandung Puan Hamidah yang sudah bersara dari dunia perniagaan turut serta bercerita.
“Takde apa-apa, yah. Ni, cucu ayah ni, kena marah oleh Alia,” Puan Hamidah menerangkan keadaan sebenar kepada ayahnya.
“Kenapa dengan Alia tu, dia buat hal ke?” Tanyanya pelik. Wajah Syah Aiman pulak berubah riak.
“Aiksssss… Atok kenal budak tu?” Syah kehairanan.
“Laa… Tak kan atok tak kenal dia, setiap petang dia tolong atok cabut rumput kat halaman rumah ni. Sekarang je dia dah tak tolong lagi. Sibuk dengan aktiviti sukan dia,” Puan Hamidah tersenyum melihat gelagat anak bujangnya yang jelas tidak puas hati.
“Tengahari tadi dia marah saya, tok. Siap tendang kaki saya. Ganas betul budak tu,”
Syah masih marah. Mana taknya, sudahlah kena langgar, kena marah kemudian kena sepak kaki pulak. Seumur hidup dia tidak pernah kena sepak, bila umur masuk 25 tahun, dalam sejarah hidupnya, semua perkara yang memalukan terjadi. Fikirannya melayang teringat kejadian satu jam yang lalu. ‘Dia malukan aku depan budak-budak sekolah. Sudahnya, aku mengajar kelas mereka, Aduh!!!!,’ Syah Aiman garu kepala yang tidak gatal. ‘Monyet? Aku yang hensem ni, dia panggil monyet. Tak pe. Kau tunggu ye. Suatu hari nanti aku balas,’ Syah Aiman berazam untuk membalas dendam.
**********************
“Alia, pinjam buku rujukan Math. Kau baca buku ni, ye.” Imah menarik buku rujukan Matematik milik Alia. Alia memang suka bawa buku rujukan matematik sebab dia suka subjek tersebut. Kalau dia ingin mengulangkaji mata pelajaran yang lain, dia hanya perlu pinjam dari kawan-kawannya. Itulah yang mereka lakukan setiap kali masa study. Biasanya setiap hari mereka akan disuruh study di kelas dari pukul 7.30 malam sehingga pukul 9.00 malam. Itu salah satu aktiviti mereka yang tinggal di asrama.
“Alia, kau ingat tak lelaki yang kau langgar tadi?” Alia angkat muka. Kepala di garu.
“Lelaki mana?” Ros tepuk dahi sendiri. Alia pura-pura lupa. Padahal, sejak tengahari tadi, wajah lelaki itu asyik datang menyapa ruang ingatannya.
“Ala....lupa pulak. Tengahari tadi.” Ros pukul bahu temannya.
“Owhhh...Monyet tu? Kenapa?” Alia bertanya malas sambil matanya melekat di buku rujukan sejarah yang dibacanya.
“Kau rasa kenapa dia ada kat sini?” Ros bertanya sambil menggaru kepala yang tak gatal.
“Yang kau sibuk pasal tu kenapa?” Alia geleng kepala.
“Agaknya dia jual karpet tak?” Ros sekali lagi buat muka tak puas hati. Alia tergelak besar. Bila membayangkan lelaki tadi memikul karpet. Rasa nak tergelak lagi dibuatnya.
“Alia, senyap sikit boleh?” Suara Maziah menegur. Alia angkat tangan.
“Sorry kawan.” Ucapnya sambil tersengih.
“Agaknya kot. Aku pun baru perasan, muka dia macam orang Pakistan yang jual karpet tu.” Alia ketawa lagi. Jelingan dari rakan-rakannya berjaya membuatkan Alia terdiam.
“Tapi dia bercakap bahasa melayu tadi. Fasih pulak tu. Takde pula slang macam orang Pakistan tu.” Ros garu kepala.
“Daripada kau pening kepala fikir tentang dia, baik kau study.” Alia tolak tubuh sahabatnya supaya kembali ke tempat asalnya. Ros mencebik.
“Orang baru je nak gosip.” Alia tersengih. Otak dah rasa tepu bila baca buku sejarah. Kalau tak kerana kena marah oleh Cikgu Teoh, jangan harap Alia sentuh buku sejarah tu. Bulan lepas dia dapat markah paling rendah dalam kelas. Berasap juga telinga dengar Cikgu Teoh tu membebel. Untuk ujian akan datang ni, dia berazam untuk meningkatkan grednya.
****************************
Setiap hari rabu, sekolah mereka mengadakan gotong-royong pada awal pagi sebelum kelas bermula. Peluang tersebut digunakan sepenuhnya oleh Maziah dan Sara untuk menegur pelajar baru yang dikatakan sombong itu.
“Mana dia? Tak nampak batang hidung dia pun, yang ada muka orang lama dan tak hensem,” Maziah marah bila merasakan Sara menipunya. Sara kerutkan dahi.
“Sabar. Kejap lagi kau akan nampak dia. Ha….ha… Tu, kau nampak tak budak yang bawa tong sampah tu, yang dengan Amir tu. Hensem tak?” Sara memeluk lengan Maziah. Maziah memandang ke arah yang sama. Matanya menatap seraut wajah yang serius itu.
“Owhhh. Yang itu, memang hensem. Kau berkenan kat dia ke? Kalau ye, nanti aku tolong kau. Mari kita tegur dia.” Maziah offer diri untuk jadi postwomen tak bergaji. Sara mencebik.
“Takpe la. Aku mana layak bergandingan sama dengan dia. Lupakan saja. Lagipun, sombong semacam je aku tengok,” Sara geleng kepala. Maziah jungkit bahu.
“Suka hati kau. Aku dah offer nak tolong tadi. Kau sendiri tak nak, jangan salahkan aku kalau Shira yang dapat dia dulu,” Gertak Maziah. Dia cuba menguji perasaan Sara.
“Betul, aku tak kisah. Lagipun kita kena study hard. Axam dah dekat ni. Aku mana ada masa nak layan perasaan ni. Cukuplah sekadar mencuci mata. Nanti korang kata aku tak normal pulak,” Sara menjawab selamba. Maziah geleng kepala. Temannya itu terlalu merendah diri. Tidak yakin akan kemampuan diri.
“Hoiiii…. Korang tengok apa tu? Nampak best je, sampai aku panggil korang buat tak tahu je. Kecik hati aku ni tau,” Imah buat muka sedih. Maziah dan Sara tersenyum.
“Pandailah kau buat muka sedih, kau nampak tak pelajar yang bawa tong sampah kat sana tu?” Maziah muncung mulut ke arah sekumpulan pelajar lelaki yang sedang mengutip sampah di hadapan bilik guru.
“Wah!!!!! Hensemnya. Pelajar baru ke? Dia belajar kelas mana?” Soal Imah bertubi-tubi. Maziah menoleh ke kiri memandang wajah Imah.
“Kau ni Imah, semua pelajar baru kau berkenan. Ni, kawan kita yang syok kat dia tau. Satu kelas dengan Sara. Biarlah Sara yang tackle dia.” Maziah menepuk bahu Sara.
“Apa????? Aku salah dengar ye? Biar betul. Sara syok kat budak lelaki? Demam kah apa?” Imah sentuh dahi Sara. Beberapa orang pelajar memandang pelik ke arah mereka bertiga. Sara pukul bahu Maziah. Temannya itu hanya ketawa besar.
“Mana ada. Yah buat cerita tu. Jangan percaya cakap dia ni. Aku minat je. Dia hampir memenuhi ciri-ciri lelaki yang aku minat, tu je,” Imah angguk kepala.
“Owhhh. Kalau kau suka dia pun ok jugak. Tak sangka ada jugak lelaki yang punya ciri-ciri macam tu,” Imah garu kepalanya yang tidak gatal.
“Hitam manis, tapi mata sepet. Ada jugak orang macam tu ye?” Imah tergelak. Maziah memukul bahu temannya. Imah kerutkan dahi sambil gosok bahunya.
********************************
p/s : macamana? okey tak? huhuhu...terima kasih sebab sudi baca...sila-silalah komen ye..

4 catatan:

kaknOOr said...

Ni dah edit untuk publish ke?

Klu cam tu nak tanyer sikit...

Syah Aiman sebagai guru sandaran selama 2 bln lebih (ganti cikgu bersalin atau berkursus)

Unknown said...

kak noor..insyaAllah..kalau ada rezki.. syah aiman mengantikan guru yang bersalin...

kaknOOr said...

Okeh... rezeki tu ada dimana-mana asalkan kita rajin berusaha.InshaAllah adalah nanti rezeki kaira. Publisher pun dah byk... Skrg pun memang trend publisher ambil enovel untuk dijadikan novel.
Edit dgn kemas dan menarik gunakan fakta2 yg betul.
Akak akan sentiasa sokong hasil tulisan kaira selama ni akak SR je he he he he

Unknown said...

terima kasih kak...ermmm..kalau ada yg tak betul tu, rajin2 lah tegur ye...huhuhu..takut sy terlepas pandang...