Followers

Tuesday, January 19, 2010

Kembali Pulang 21

“Sampai bila Mira nak menjauhkan diri dari Affan?” Pn.Hasnah bertanya lembut.

“Sampai bila-bila, mama. Dia dah tipu Mira. Kenapa mesti dia menipu Mira? Kenapa dia tak bagitahu Mira awal-awal lagi? Dia memang berniat nak ambil kesempatan,” Mira terus memandang kaca tv.

“Apa yang dia dah buat pada Mira? Dia buat perkara tak senonoh?” Mira mendiamkan diri. Rasa sakit hati kerana ditipu membuatkan Mira menjauhkan diri dari Affan.

“Mira, kenapa dia menipu Mira? Tentu ada sebabnya. Setiap yang kita lakukan, pasti ada sebab. Kenapa tak nak beri peluang pada Affan menerangkan semuanya.” Pn.Hasnah memujuk anak gadisnya. Mira tetap membisu. Dia sendiri kurang pasti akan perasaannya ketika itu. Yang dia tahu, dia marah, tetapi dalam masa yang sama, dia mengharapkan kehadiran Affan.

“Jangan sampai Mira menyesal kerana Affan pun tinggalkan Mira kelak. Sudahlah,” Mamanya berputus asa. Perlahan Pn.Hasnah berlalu meninggalkan Mira seorang diri. Beberapa minit kemudian dia menjenguk keluar jendela. Mamanya sedang bercakap dengan Affan. Wajah Affan murung. Affan menoleh seketika ke bilik Mira. Kemudian dia berlalu. Hampir sebulan dia memujuk Mira tetapi hampa kerana Mira sedikit pun tidak memberi peluang untuk dia memberi penjelasan. Mira menangis lagi. Hampir sebulan juga dia tidak pernah keluar dari rumah. Dia juga sudah berhenti bekerja.

Mira menjenguk keluar. Orang yang ditunggu tidak kelihatan. Sudah seminggu Affan tidak kelihatan diluar rumahnya. Mira mengeluh. ‘Kenapa dengan aku ni? Affan, awak di mana? Kenapa tak sungguh-sungguh,’ Bisiknya hampa. ‘Awak pun nak tinggalkan saya,’ Mira terus meniarap dan menangis sepuas hati. Pn.Hasnah geleng kepala melihat anak gadisnya.

“Mama...Dia tak bersungguh,” Mira memeluk tubuh mamanya. Pn.Hasnah usap rambut anaknya dengan penuh kasih sayang.

“Sabar sayang. Ini dugaan namanya. Mira kena tabahkan hati. Inikan keputusan Mira, betulkan?” Mira geleng kepala.

“Tapi mama....Mira keliru,” Mira menangis lagi. Pn.Hasnah peluk erat tubuh Mira.

“Mama tahu. Mira tak dapat menerima Affan kerana Mira merasakan Mira mengkhianati cinta Mira pada Akmal. Dan, jika Mira menerima Affan, dapatkah Mira melupakan Akmal? Mereka seiras sebab itu Mira keliru dengan perasaan sendiri.” Pn.Hasnah bersuara perlahan. Mira angguk kepala.

“Tapi kenapa Mira tak dapat lupakan Affan. Mira rasa lebih kecewa berbanding masa Akmal tinggalkan Mira dulu,” Mira bersuara perlahan.

“Tanya pada diri Mira.” Pn.Hasnah tersenyum.

“Buatlah keputusan dengan hati yang tenang. Jangan bertindak terburu-buru. Selami hati Mira. Apa yang Mira inginkan. Tiada orang lain dapat membuat keputusan untuk Mira. Bahagia itu dalam tangan Mira sendiri. Kejarlah cinta Mira tu.” Mira termenung.

“Affan akan berlepas balik ke Australia malam ni. Dia kecewa sangat sebab Mira tak bagi peluang untuk dia berterus terang.” Mira tersentak namun beberapa ketika kemudian dia tunduk memandang lantai.

“Affiah yang bagi tahu mama. Dia ada telefon pagi tadi.” Pn.Hasnah tersenyum melihat wajah kecewa anaknya. Pn.Hasnah berlalu meninggalkan Mira seorang diri di dalam bilik tersebut. Mira termenung. Merenung keluar tingkap. Terbayang segala perbuatan Affan selama mereka kenal. Memang ada banyak perkara yang Affan tidak tahu. Bila ditanya, dia dengan selamba menjawab dia lupa. Mira teringat beberapa perkara yang membezakan Affan dan Akmal.

“Ada tengok perlawanan bola sepak semalam?” Mira bertanya perlahan.

“Tak minat.” Jawabnya ringkas. Mira hairan. Lama wajah Affan di renung.

“Tak minat? Dulu awak suka sangat main bola. Sekarang dah tak minat?” Mira bertanya hairan. Affan tersengih.

“Dah tak minat lagi. Mungkin sebab usia semakin meningkat, jadi kurang minat nak tengok orang main bola ni,” Mira angguk kepala. Affan tersenyum lega. Bunyi telefon bimbitnya menyedarkan Mira ke alam realiti. Wajahnya berubah bila melihat nama si pemanggil. Perlahan tangannya cuba mencapai telefon, namun kemudian dia menarik semula tangannya. Telefon tersebut berhenti berbunyi. Mira mengeluh. Sekali lagi telefon bimbitnya berbunyi. Akhirnya Mira memberanikan diri menjawab panggilan tersebut.

“Mira, tolong dengar penjelasan saya.” Affan bersuara pantas. Mira mendiamkan diri.

“Saya minta maaf sebab tipu Mira. Saya tahu semua tu salah saya.” Affan mengeluh. Mira terus mendiamkan diri. Memberi ruang Affan bercakap.

“Saya tak berniat nak tipu awak. Saya terpaksa menggunakan cara tu untuk mendekatkan diri dengan awak. Kerana, awak takkan layan saya jika tahu saya orang lain. Dan, saya tak berpeluang nak kenal awak seperti yang Akmal suruh.” Affan terus bercerita biarpun Mira tidak menjawab walau sepatah. Biarlah. Asalkan Mira terus mendengar.

“Saya lakukan semua itu kerana saya cintakan awak pada pertama kali kita berjumpa. Dan, saya minta maaf sebab menggunakan nama Akmal untuk mendekati awak.” Mira terus mendiamkan diri.

“Nampaknya awak terlalu bencikan saya. Baiklah. Selepas ni, saya takkan ganggu awak lagi. Selamat berbahagia,” Affan memutuskan talian. Mira termanggu. Hatinya terluka lagi. ‘Affan saya cintakan awak,’ Jeritnya. Namun hanya bergema di dalam hati. Mira peluk bantal dengan erat sekali. Dia menangis sepuas hatinya. Agak lama Mira menangis dan dia tersedar bila bahunya disentuh lembut. Wajah ibunya menyapa ruang matanya.

“Mira, jangan menipu diri sendiri,” Mira peluk tubuh ibunya.

“Tapi ma, dia.... dia nak tinggalkan Mira.” Mira menangis teresak-esak.

“Dah Mira suruh dia pergi. Dia hanya mahu Mira bahagia. Itu tandanya dia sangat mencintai Mira.” Pn.Hasnah usap bahu anaknya.

“Kalau dia cintakan Mira, kenapa dia pergi jugak? Kenapa tak terus pujuk Mira?” Mira bertanya marah. Pn.Hasnah geleng kepala.

“Jadi, kenapa Mira tak layan dia bila dia datang pujuk Mira?” Mira mendiamkan diri.

“Affan lebih rela pergi, kerana dia ingatkan Mira bencikan dia. Dia cakap kat mama, dia sanggup buat apa saja asalkan Mira bahagia. Jika pemergiannya menjadi sebab untuk Mira gembira, dia rela pergi dari hidup Mira. Betapa dalamnya cinta dia pada Mira,” Mira tunduk memandang lantai.

“Mira nak dia jugak,” Mira merengek halus. Dia kesat airmata dengan tangannya. Pn.Hasnah tersenyum.

“Anak mama ni degil. Dah tahu dalam hati tu memang ada nama Affan, tapi masih jugak nak jual mahal. Perkara lepas jadikan kenangan. Kita tak dapat nak undurkan masa. Mira kejar apa yang ada dihadapan. Yang dibelakang tu, tinggalkan dan jadikan ianya satu pengajaran dan pendorong untuk terus maju ke hadapan,” Mira membetulkan rambutnya. Perlahan dia menghampiri almari dan mengeluarkan sehelai kain tudung.

“Mira nak pergi mana tu? Dah lewat ni?” Pn.Hasnah hairan bila melihat Mira menyarung kain tudung dikepalanya.

“Mira nak kejar cinta Mira.” Mira tersenyum. Pn.Hasnah kerutkan kening. Dia melihat jam ditangannya.

“Flight Affan pukul 10 malam. Sempat lagi tak?” Mira lihat jam.

“8.30 malam. Doakan Mira ya, ma,” Mira berlari menuruni tangga. Pn.Hasnah geleng kepala. Beberapa ketika kemudian, dia terpandang telefon bimbit Mira.

“Dia terlupa telefon dia,” Pn.Hasnah geleng kepala.

Mira terus memecut laju membelah kepekatan malam. Sepanjang perjalanan dia berdoa semoga Affan menunggunya. Keadaan jalan raya yang pada mulanya sunyi menjadi semakin sibuk. Semakin dia hampir di lapangan terbang, jalan semakin sibuk. Mira hampir kecewa bila melihat kesesakan jalan tersebut. Beberapa kali jam ditangan dilihat. Ketika sampai dihadapan lapangan terbang, jam sudah menunjukan pukul 9.30 malam. Mira terus berlari masuk ke balai belepas. Hampir seluruh kawasan tersebut dijelajahinya namun hampa. Kelibat Affan tidak kelihatan. Dari jauh dia melihat sesusuk tubuh yang sangat dia kenali. Mira berlari laju mengejar lelaki tersebut.

“Affan,” Mira tarik tangan lelaki tersebut. Dan ketika lelaki tersebut berpaling, Mira tersentak.

“Cik ni kenapa?” Lelaki tersebut bertanya hairan. Perlahan Mira melepaskan tanganya. Dia tersalah orang. Mira berjalan perlahan menghampiri kerusi menunggu. Perlahan dia kesat airmatanya yang mengalir perlahan. Mira menangis teresak-esak tanpa menghiraukan orang sekeliling yang memandang hairan ke arahnya.

3 catatan:

::cHeeSeCaKe:: said...

hohoho..
affan btul2 g @ tktik affan jer?

Unknown said...

salam, untuk pengetahuan semua, Kembali Pulang dah abis. ehheheee..seperti tajuknya... so..hepi ending la...jgn risau....

Yong said...

ha tu la, org nak, jual mahal. nak gak suh pujuk lama2. org pun tau boring gak.