Followers

Friday, October 5, 2012

Relaku Pujuk 11






Mengantuk betul mata ni. Semalam tidur lambat pasal habiskan novel. Susah jugak kalau dah minat sangat baca novel ni. Sampai kena halau keluar dari bilik sebab mereka nak tidur. Aku tak kisah pun, asalkan aku dapat baca, akhirnya aku duduk di koridor bilik sambung balik baca novel.

 “Hoi!!! Apahal ni?” Aku angkat muka yang lesu.

“Mengantuk. Aku nak tidur ni. Bila lagi nak habis mencuci ni?” Aku dah tak larat lagi nak pegang penyapu.

“Siapa suruh baca novel tak ingat dunia? Orang lain tidur, kau baca novel. Bila tak cukup tidur nak salahkan orang? Muka tu belum dicuci lagi. Memang patutlah mengantuk,” Aku mengeluh lagi. Perlahan aku menghampiri singki. Setelah mencuci muka beberapa kali, aku tersengih lemah.

“Masih mengantuklah beb,” Aku lihat Sitah cekak pinggang. Matanya semakin mengecil memandang ke arah ku.

“Okey bos. Orang kerja lah ni. Sabar ye,” Aku terus menyapu lantai.

Setelah siap, aku cuci tangan dan kaki kemudian aku terus masuk ke dalam bilik dan melompat ke atas katil lalu menyambung semula tidurku yang terganggu sebentar tadi. Aku hanya tersedar apabila, perutku menyanyikan lagu yang begitu indah sekali. Bila aku buka mata, keadaan diluar sudah panas terik. Nasib baik baju kerja aku sudah di sidai diampaian Subuh tadi. Perlahan aku turun dari katil.

“Mawar, dah bangun?” Aku angguk kepala.

“Nak ke mana tu? Kau  tak turun makan?” Aku geleng kepala.

“Saya nak ke tandas.” Kak Tena bertanya pelik. Waktu-waktu macamni, aku takde selera nak makan. Aku mengutamakan tidur. Lepas buang air kecil, aku sambung tidur balik.

**********************************

Bosannya. Setelah puas tidur, aku tak tahu nak buat apa lagi. Apa aku nak buat masa cuti ni. Isha sibuk dengan exam dia. Aku melangkah malas ke meja solek. Rakan-rakan sebilik yang lain semua sudah keluar. Maklumlah hari cuti dan baru saja lepas gaji jadi mereka akan berbelanja setelah berpenat lelah bekerja selama sebulan.

“Apa kata aku bersiar-siar kat taman.” Aku tersenyum bila dapat idea yang sangat bernas itu.

Suasana tenang petang itu mendamaikan. Alangkah indahnya dapat menghirup udara segar di taman ni. Ketika aku sedang khusyuk membaca novel, aku terasa seseorang sedang memerhatiku. Aku pandang kiri dan kanan, namun tidak kelihatan sesiapa pun di taman tersebut. Aku meneruskan pembacaan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Novel Pergilah Airmata menjadi penemanku sejak kelmarin. Beria-ia aku nak habiskan novel tu sehingga terasa aku pulak yang berada di dalam situasi Sabrina. Kalaulah aku ada suami macam Badrul tu, memang dah lama aku sepak dia dengan bola. Ganas jugak aku ni. Sambil kesat airmata, aku peluk lutut pulak. Dah macam orang tak betul.

“Hahh!!!!”

“Mak...Bom meletup..” Aku terkejut bukan kepalang lagi. Novel yang aku baca terbang entah ke mana. Pada masa yang sama aku terdengar suara garau tergelak besar. Aku toleh ke kanan. Aduh!!! Kacau daunlah dia ni.

“Abang Handsome!!!!” Dia geleng kepala.

“Bom apa yang meletup tadi? Tak sangka Mawar ni melatah rupanya.” Aku gigit bibir. Geram betul.

“Khusyuk betul Mawar baca buku. Sampai orang datang pun tak sedar. Ni mesti novel cinta. Mata tu dah merah. Apasal?” Aku kutip semula novelku yang terjatuh tadi dan kembali duduk dibangku tersebut.

“Tak patut betul abang buat macam tu kat saya tau. Terkejut beruk saya dibuatnya.” Sekali lagi lelaki itu ketawa besar.

“Kalaulah beruk terkejut macam awak, memang ramai orang jatuh hati pada beruk tu.” Aku buat muka tak puas hati. Tak patut betul. Nanti nak kena ambil mood lagi nak baca novel ni.

“Abang handsome buat apa kat sini?” Malas aku nak layan loyar buruk orang tua ni. Mood membaca juga hilang.

“Saja nak kacau daun. Tadi, abang nampak Mawar lalu depan rumah sewa kita orang. Jadi, abang sengaja nak temankan. Boleh,kan?” Aku angguk kepala. Dia duduk disebelahku tanpa perlu di pelawa. Kami sama-sama mendiamkan diri seketika menghirup udara segar. Kawasan taman redup kerana terdapat pokok-pokok besar dan rendang mengelilingi taman tersebut. Taman itu menjadi tempat untuk mereka yang tinggal dikawasan berhampiran beriadah. Berehat bersama keluarga bila cuti.

“Betul Mawar tak nak pergi ke Korea tu?” Setelah agak lama mendiamkan diri akhirnya Abang Asran bertanya. Aku mengeluh perlahan.

“Ye. Mana abang tahu?” Aku pandang wajahnya. Dia tersenyum.

“Masa meeting semalam, En.Haikal bagitahu.” Aku angguk kepala.

“Mawar tak rasa rugi tolak tawaran bagus ni?” Aku tersengih.

“Mawar takut Syarikat yang rugi sebab hantar orang macam Mawar ni.” Keadaan taman semakin sibuk. Makin ramai orang keluar bermain di taman tersebut. Ada yang membawa ahli keluarga bersantai di bawah pokok-pokok yang rimbun itu. Tak kurang juga yang bermain bola di tengah padang.

“Kalau Mawar bekerja kat tempat lain, belum tentu ada tawaran macam ni.” Aku tersenyum. Mesti En.Haikal bagi tahu kemungkinan aku berhenti bekerja di Syarikat itu.

“Lebih baik bagi peluang pada mereka yang dah lama bekerja di kilang tu. Saya masih baru dan saya tahu ramai yang tak berpuas hati kalau saya pergi.”

Itulah lumrahnya. Bagi mereka yang tahu menghargai bakat dan kepakaran kita, mungkin mereka berasa kecewa bila kita menolak. Tetapi, bagi mereka yang tidak tahu apa-apa, mereka akan mengata kita tidak layak dan mengata kita menggunakan orang dalam untuk mendapat peluang tersebut.

“Saya tahu awak tolak tawaran tu sebab Hadiah dan Isham. Betul,kan?” Aku angkat muka memandang wajahnya.

“Mana ada. Saya memang takut untuk pergi seorang diri. Lagipun, saya tak pernah keluar negara. Lebih-lebih lagi pergi seorang diri.” Dia tergelak.

“Bila lagi nak berdikari?” Aku hanya tersengih.

“Kalau orang lain, mereka mungkin percaya dengan alasan tu, tapi, pada saya, Mawar bukan orang yang suka melepaskan peluang jika tidak kerana sebab-sebab tertentu.” Aku kerutkan dahi. Mana dia tahu?

“Walaupun tak sampai 1 tahun kita kenal. Rasanya, saya tahu serba sedikit tentang perangai awak yang satu tu.” Dia tahu perangai aku? Aku mengeluh.

“Saya tak suka kalau orang rasa tak puas hati pada saya. Kalau dapat mengelak, saya akan berusaha untuk mengelak.” Dia angguk kepala.

“Tapikan...perangai Isham sejak semalam pun pelik tau.” Aku terkejut.

“Pelik? Maksud abang?” Pelik yang macamana? Kenapa pula aku bersemangat bila dengar nama lelaki tu.

“Semalam, masa meeting, bila dengar Mawar tak pergi, dia cakap, kalau sebab dia Mawar tak nak pergi, dia pun nak tarik diri.” Aku pandang wajah Abang Asran disebelahku.

“Tarik diri? kenapa?” Dia geleng kepala. Itu lagi sorang. Kalau aku tak pergi apa masalah dia?

“Dia cuma bagi alasan Hadiah tak benarkan. Kalau Hadiah pergi sekali, baru dia pergi,” Aku mencebik bibir.

“Memang patut pun. Masa tu mereka dah kahwin. Kalau tak pergi bersama, nanti rindu pulak.” Aku tergelak. Abang Asran bersandar lemah.

“Yang jadi mangsanya, saya.” Wajah keruh Abang Asran mengundang rasa ingin tahuku.

“Mangsa?” Abang Asran tersenyum kelat.

“Ye. Abang terpaksa ganti tempat Ishamudin.” Hah!!! Biar betul.

“Rugilah saya.” Aku buat muka kecewa. Abang Asran tergelak.

“Memang pun. Tapi, En.Haikal pun pelik jugak. Bila saya cadangkan untuk ambil Mawar semula, dia membantah. Katanya, sudah muktamad Mawar tak boleh pergi,” Aku mengeluh.

“Hari tu, saya bagitahu mereka untuk ganti Ishamudin dengan abang, mereka tak nak. Tak pe lah. Orang tak kisah.” Siapa yang tak kisah? Menyesal aku buat tindakan terburu-buru. Tapi, mengapa En.Haikal tak benarkan aku pergi dengan Abang Asran?

“Tak mengapa. Mungkin lain kali giliran Mawar. Itupun, kalau Mawar masih bekerja di Syarikat tu.” Aku angguk kepala. Nak buat macamana. Terima jelah. Abang Asran tersenyum.

“Kenapa abang tersenyum?” Abang Asran tersandar lemah.

“Kenapa abang rasa, Mawar sukakan Ishamudin?” Aku terbatuk. Aku salah dengar atau memang itu yang keluar dari mulut lelaki disebelahku ini.

“Saya dan dia? Jangan nak merepeklah. Kenapa semua orang cakap macam tu pada saya?” Abang Asran tersenyum kelat.

“Semua? Siapa lagi yang cakap macam tu?”

“En.Haikal pun cakap macam tu. Saya dan dia takde apa-apa lah.”

“Tapi, bila kita bercakap tentang Ishamudin, kelakuan Mawar berubah.” Kelakuan aku berubah? Berubah macamana ye? Tak faham betullah. Aku sukakan Ishamudin? Huh!!! Macam pelik je.

“Ala...Memang dulu Mawar sukakan dia. Tapi, suka je, macam saya sukakan abang dan En.Haikal. Saya suka tengok lelaki handsome. Tapi, handsome pun, kalau perangai macam tu, asyik tak puas hati dengan Mawar, takde maknanya.” Aku tersengih. Betul ke? Kenapa setiap kali aku dengar nama lelaki itu, aku jadi tak tentu arah? Tak mungkin aku jatuh cinta.

“Ye? Takpelah. Kita lupakan. Mawar nak jalan-jalan tak?” Aku angkat muka. Abang Asran sudah berdiri.

“Boleh jugak.” Kami berdua berjalan mengelilingi taman.

Seronok rasanya sambil ditiup angin petang. Beberapa helai daun jatuh berterbangan. Aku pejamkan mata menikmati angin petang. Abang Asran berjalan perlahan dibelakangku. Dia hanya geleng kepala bila melihat perangaiku. Aku tergelak riang bila beberapa helai daun jatuh dan melekat di rambutku.

“Seronok?” Aku angguk kepala.

“Seronok.” Jawabku penuh kenikmatan.

“Mawar hati-hati..” Papp... aku terasa gelap. Perlahan aku buka mata. Apalah malang nasib aku. Kenapa aku asyik buat perkara yang memalukan dihadapan lelaki handsome macam Abang Asran ni?

“Huh!! Kau ni memang sengaja nak peluk aku,kan?” Aku hanya terkebil-kebil mendengar lelaki dihadapanku memarahiku. Aku pejamkan mata seketika cuba untuk melihat dengan lebih jelas lelaki yang aku langgar sebentar tadi. Bila masa pulak lelaki ni datang? Aku pandang sekeliling, aku berada disimpang jalan rupanya. Patutlah aku tak nampak dia tadi.

“Maaf Sham. Dia tak sengaja tu,” Abang Asran tarik tanganku mendekatinya. Bila menyedari Ishamudin merenung tajam kearahku, aku tunduk malu. Bila masa pulak dia datang. Kenapa asyik terserempak dengannya dengan cara yang memalukan? Aku angkat muka sedikit memandang wajah keruh lelaki itu. Matanya tajam merenung ke satu arah. Bila aku ikut gerak geri matanya, aku terus menarik tanganku dari pegangan Abang Asran. Abang Asran terkejut dengan tindakanku.

“Kenapa?” Abang Asran bertanya pelik. Aku hanya tersengih kemudian terus tunduk merenung kaki sendiri.

“Kalau tak ada apa-apa, saya balik dulu,” Aku terus berlari meninggalkan mereka tanpa sempat Abang Asran menahan. Setelah agak jauh dan aku tidak nampak kelibat mereka lagi, aku mencari tempat duduk untuk menghilangkan penat.

“Bila masa pulak dia ada kat situ. Kenapa aku rasa tak sedap hati pulak ni. Tentu dia ingat aku dan Abang Handsome dating. Alamak!!!” Aku tersandar lemah. Aku merenung jauh ke hadapan. Aku berusaha menenangkan hatiku. Aku tersentak bila menyedari seseorang duduk disebelahku. Sekali lagi aku terkejut bila melihat lelaki yang duduk disebelahku itu.

“Awak!!!!” Aku urut dadaku. Kalau selalu macamni, boleh sakit jantung aku dibuatnya. Dia hanya memandang ke hadapan tanpa memandang wajahku, dia bersuara.

“Aku minta maaf. Kerana Diah, kau tak dapat pergi ke Korea tu.” Aku yang pada asalnya hendak melangkah pergi berhenti dan berpaling menghadapnya. Dia tetap tidak memandang wajahku.

“Okey. Bukan rezeki saya. Saya pergi dulu,” Aku terus berlalu meninggalkannya.

Namun beberapa langkah kemudian, aku terasa seperti diekori. Bila aku berpaling, Ishamudin berjalan perlahan dibelakangku sambil kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Dia terus berjalan bila aku menghentikan langkah dan hanya memerhati dia berlalu. Huh!!!

“Kau dan Asran rapat je aku tengok.” Aku menoleh kearahnya. Bila masa pulak dia berada kat sebelah aku ni?

“Kenapa? Tak bolehkah saya rapat dengannya?” Aku kerutkan dahi. Peliklah orang tua ni.

“Baguslah. Takdelah Hadiah asyik tak percayakan aku,” Aku mencebik bibir.

“Apa pulak kaitan saya dengan awak? Bukan salah saya kalau dia tak percayakan awak,” Aku terasa hati bila dituduh menjadi punca mereka bergaduh.

“Memang ada kaitan dengan kau.” Aku kerutkan dahi. Kini kami berdepan. Matanya yang tajam itu menusuk jauh ke dasar hatiku. Aku terus membuang pandang ke arah lain.

“Huhh!!! Habis tu, kalau ada kaitan dengan saya, kenapa awak masih juga mendekati saya?” Aku memandang sekilas wajahnya.

“Bila masa aku buat macam tu? Ini kebetulan je. Lagipun, ini memang jalan untuk kembali ke rumah sewa aku. Okeylah, aku pergi dulu. Nanti kekasih hati kau marah.” Dalam sekelip mata perangainya berubah. Saat itu aku terasa hendak bagi dia makan penumbuk sulong aku. Ataupun, aku boleh lontar seketul batu ke kepala dia.

“Siapa kekasih saya? Awak jangan nak merepek.” Aku mengejar langkahnya. Dia tersenyum sinis.

“Tak sangka kau ni buaya juga. Tak cukup Haikal, Asran pun kau nak,” Ni dah melampau. Tak patut samakan aku dengan buaya. Buaya tu binatang, aku ni manusia.

“Awak tak pandai bezakan manusia dengan binatang? Saya ni manusia. Bukan buaya. Buaya tu kat sungai.” Aku bercekak pinggang dihadapannya. Dia tersenyum kecil. Mataku semakin membulat bila melihat dia tersenyum mengejek.

“Buaya daratlah. Aku ingatkan lelaki je ada gelaran buaya darat. Baru aku tahu, perempuan pun perangai sama macam lelaki.” Aku gigit bibir. Geram sangat dengan perangainya.

“Terpulanglah pada awak. Malas nak layan orang tak betul macam awak ni. Ikut suka hati sayalah nak bercinta dengan  sesiapa pun. Awak siapa nak marah saya. Saya bukan isteri atau bakal isteri dan seangkatan dengannya. Awak bukan siapa-siapa pun pada saya. Awak orang asing yang saya sedang cuba buang dari kotak ingatan saya ni.” Aku berkata marah. Wajahnya merona merah. Aku kerutkan dahi. Siapa dia hendak ambil tahu tentang cara hidup aku?

“Siapa cakap takde kaitan? Kau kawan adik aku, jadi aku tak mahu adik aku berkawan dengan perempuan yang tak baik. Nanti dia ikut perangai macam kau, aku juga yang susah.” Aku menjeling tajam kearahnya. Tanpa amaran aku melepaskan tumbukan kuat kedadanya. Dia tergamam dan begitu juga denganku. Aku tidak menyangka aku akan melepaskan tumbukan padanya. Dia menggosok dadanya. Wajahnya jelas menahan kesakitan. Dan sebelum aku berlalu, sekali lagi aku hadiahkan sesuatu padanya.

“Kau ni kenapa?” Aku terus berlalu setelah menyepak kaki. Padan muka.

“Saya benci awak. Awak tahu tak, selama ni awak orang pertama yang saya .... saya.... Macam mana nak cakap ye. Arghhh...menyesal saya suka kat awak. Kenapalah semua orang cakap saya cintakan awak. Mereka semua tu buat saya keliru. Macam ini ke lelaki yang saya cinta? Pastinya mereka semua tu buta.” Wajahnya jelas sekali tergamam.

“Mawar...”Aku terus berlari tanpa menoleh ke belakang biarpun berulang kali dia memanggilku.Terasa airmataku mengalir di pipi. Kenapa aku harus menangis?

******************************
p/s : versi edit...

2 catatan:

Anonymous said...

Tumbuk dan sepak isham tu... Brutal sungguh... Tapi padan muka isham.... Hahaha....

MaY_LiN said...

bravo nawar...
alamak wei..
mawar terbocor rahsia