Followers

Thursday, November 28, 2013

Alia Najwa 16




            Alia termenung. Pakaiannya dibiarkan berselerak di atas katil. Hujung minggu tersebut Alia gunakan untuk menghabiskan masa dengan keluarganya di kampung. Syah Aiman juga membenarkannya balik ke kampung. Bila teringat lelaki itu, Alia mengeluh. Beberapa saat kemudian Alia sentuh dadanya. Tiba-tiba jantungnya berdegup kencang. Alia terpegun seketika.

“Kenapa dengan aku ni? Sakit jantung ke?” Ucapnya perlahan. Alia tarik nafas kemudian menghembusnya perlahan. Kemudian Alia beristhigfar berulang kali sehingga hatinya sedikit tenang. Alia pejamkan mata seketika. Namun beberapa saat kemudian Alia buka kembali matanya.

“Kenapa wajah dia yang aku nampak?” Alia garu kepala. Sekejap duduk tegak sekejap lagi menompang dagu. Apabila teringat gelagat nakal Syah Aiman semalam, Alia tersenyum.

“Saya nak ikut awak balik kampung,” Alia tersentak. Lama wajah Syah Aiman direnungnya sehingga lelaki itu kerutkan kening. Menambahkan ketampanannya. Alia berdengus.

“Orang nak habiskan masa dengan keluarga. Lagipun, tu, sepupu cikgu siapa nak layan?” Alia menjeling sekilas wajah gadis cantik disebelah Pn.Hamidah. Syah Aiman hanya berwajah tenang. Dia tidak menyangka Alia datang ke rumah petang itu. Mungkin datuknya ada memanggil Alia untuk membuat seseuatu. Alia tidak tahu mengapa jauh disudut hatinya ingin mempelawa Syah Aiman balik ke kampungnya. Namun apabila melihat gadis cantik itu, Alia merasa tidak selesa. Dalam fikirannya, tentu Syah Aiman ingin menghabiskan masa dengan sepupunya itu. Dengar carita dari Datuk Zamri, gadis bernama Nur Hana itu baru balik dari London. Bercuti agaknya. Malas Alia hendak ambil tahu.

“Siapa ni, bang?” Alia dan Syah Aiman tersentak bila Nur Hana bertanya.

“Ini..”

“Saya pelajar kat sini. Nak jumpa Datuk tadi.” Alia terus menjawab. Bimbang Syah Aiman menjawab yang bukan-bukan. Syah Aiman gigit bibir merenung wajah Alia. Dia baru hendak mengaku mereka adalah suami isteri. Syah Aiman rimas bila bersama Nur Hana. Syah Aiman sendiri tidak faham mengapa Nur Hana suka sangat padanya. Sepupunya seorang ini terang-terangan menyatakan dia menyukainya. Syah Aiman bimbang jika Nur Hana berkata sesuatu yang menyakitkan hati Alia.

“Owh!!! Dah jumpa dia, kan? Kenapa tak balik lagi?” Alia tersentak. Wajah serba salah Syah Aiman mengamit pandangannya.

“ Sebenarnya saya nak jumpa Cikgu Syah sekejap. Nak tanya soalan math. Cikgu ada masa tak?” Syah Aiman tersenyum. Ada alasan untuk melarikan diri dari Nur Hana.

“Ada. Jum.. naik ke rumah sekejap.”

“Abang Syah… tadi abang nak temankan Nur ke pasar. Takkan tak jadi pulak.” Nur Hana menghentak kaki.

“Ala.. Nur pergilah dengan kawan-kawan Nur tu. Mereka dari tadi tunggu Nur berkemas. Abang malas nak pergi. Lagipun, rasanya tak elok abang kacau daun. Kawan-kawan Nur tentu tak selesa kalau abang pergi. Abang seorang je lelaki. Tak naklah abang. Jum.. Alia naik atas.” Alia angguk kepala dan tersenyum. Nur Hana membentak sambil memanggil nama Syah Aiman, namun lelaki itu terus berlalu.

“Nur pergilah dengan kawan-kawan Nur. Mereka dah lama tunggu tu. Nur kan tahu perangai Syah tu. Kalau dia kata tak nak, memang tak naklah dia,” Nur gigit bibir geram.

“Semua sebab budak tu. Kenapalah sakarang juga dia nak jumpa Abang Syah.”

“Tak lama lagi mereka nak exam. Kenalah buat ulangkaji lebih sikit.” Pn.Hamidah memberi alasan. Padahal dia tahu Syah Aiman lebih suka menghabiskan masa dengan Alia daripada mengikut Nur Hana keluar dengan rakan-rakannya.

“Takpelah Mak Long, Nur pergi dulu. Esok Nur datang lagi. Bagitahu Abang Syah ye. Nur nak ajak dia keluar tengok wayang esok hari,” Pn.Hamidah angguk kepala. Setelah Nur Hana dan rakan-rakannya beredar Pn.Hamidah geleng kepala. ‘Apa agaknya tindakan Nur Hana jika mendapat tahu tentang pernikahan Syah Aiman dengan Alia. Memang dia sengaja merahsiakan perkahwinan Syah Aiman daripada keluarganya. Biarlah perkahwinan Syah Aiman diketahui keluarga dan orang kampung Alia serta ayah kandung Syah Aiman. Belum sampai masanya untuk mereka umumkan perkahwinan Syah Aiman dan Alia.

“Nur mana? Dah balik?” Datuuk Zamri bertanya sebaik sahaja Pn.Hamidah menjenguk biliknya.

“Sudah Ayah. Kesian pulak tengok dia. Tapi, saya lagi berkenan dekat budak Alia tu. Comel je.” Pn.Hamidah tersenyum. Datuk Zamri juga tersenyum.

“Bukan sebab dia comel je. Hati budi dia, tingkah lakunya yang menghormati orang tua. Yang penting Syah sukakan dia. Ayah lebih pentingkan perasaan Syah.” Datuk Zamri bersuara tenang. Kalau boleh dia tidak mahu Syah Aiman kecewa. Hati tuanya mengatakan jodoh Syah Aiman dan Alia sangat kuat.

“Kita doakan rumahtangga mereka bahagia dan mudahan mereka dapat mengatasi apa jua masalah yang menimpa.” Alia gigit bibir menahan rasa sebak. Sebak bila mendengar kata-kata datuk dan ibu suaminya. Niat untuk berjumpa Pn.Hamidah dibatalkan. Alia kembali ke bilik ruang tamu.

“Dah jumpa mama?” Alia terus melabuhkan punggungnya ke sofa tanpa menjawab soalan Syah Aiman.

“Aih… dah pekak. Sayang muka cantik tapi pekak,” Alia hanya menjeling sekilas.

“Esok orang balik kampung.” Alia terus berdiri dan sedia untuk beredar.

“Ok. Kalau takde apa-apa hal, mungkin petang saya datang.” Alia kerutkan dahi.

“Mana-manalah.” Dalam hati Alia tersenyum lebar. Maknanya, Syah Aiman akan menghabiskan masa dengannya. Sebelum Alia beredar, Syah Aiman tarik tangan halus isterinya. Beberapa keping not RM50.00 diletakan ditangan Alia.

“Untuk perbelanjaan esok hari. Hati-hati balik tu.” Alia angguk kepala. Tanpa berfikir panjang Alia terus mencium tangan Syah AIman sehingga membuatkan lelaki itu terdiam tanpa kata.

“Cikgu, saya balik dulu.” Alia menyapa Pn.Hamidah yang sedang leka mengemas sesuatu di atas meja.

“Okey. Buku rujukan atas meja tu, Alia bawa balik. Untuk study.” Alia angguk kepala. Tentunya buku-buku yang dibeli oleh Syah Aiman.

“Terima kasih cikgu,” Alia tergelak halus bila melihat Syah Aiman kenyit mata padanya. Perangai nakal Syah AIman sedikit sebanyak mengurangkan rasa tidak selesa dengan hubungan mereka.

“Hoiii…”

“Makkkk….” Alia menjerit kuat. Apabila dia berpaling, wajah ceria Syah Aiman menyapa matanya. Alia pandang sekeliling. Sekarang mereka berada di dalam bilik Alia. Alia gigit bibir. Boleh pula dia melayan perasaan.

“Errr… bila awak sampai?” Syah Aiman tergelak halus. Wajah pucat Alia sekejap tadi mencuit hatinya.

“Tadi dah. Apa yang Alia menungkan tadi? Teringat saya? Takut saya tak datang?” Usiknya. Alia berdengus.

“Mana ada. Orang tak kisah pun kalau awak tak datang.” Mulut kata lain, hati kata lain. Alia menyambung semula kerja melipat bajunya yang tergendala sebentar tadi. Syah Aiman duduk disebelah Alia. Dia turut sama melipat baju Alia.

“Tak payah tolong. Awak berehat je.” Alia melarang Syah Aiman membantunya. Syah Aiman tersenyum.

“Saya tak perlukan rehat. Lepas habis melipat baju ni, kita pergi memancing. Nak tak?” Syah Aiman tersenyum sambil memandang wajah Alia.

“Memancing?” Syah Aiman angguk kepala.

“Kat mana? Kat bendang tu?”

“Saya tak kisah. Asalkan tempat tu ada ikan.” Alia berfikir sejenak.

“Okey. Err… lupa pulak, awak tak sibuk ke?” Syah Aiman kerutkan dahi.

“Sibuk dengan apa?” Alia jungkit bahu. Takkan nak sebut nama perempuan itu.

“Sibuk dengan apa-apa hal.” Jawabnya acuh tak acuh. Syah Aiman kerutkan dahi.

“Kalau saya sibuk, sudah tentu saya takde masa untuk datang ke sini. Lagipun, tak nak lepaskan peluang menghabiskan masa dengan isteri saya ni,” Ucapnya selamba sambil mencubit dagu Alia. Alia gigit bibir. Geram bila Syah Aiman suka mengusiknya. Alia terus berjalan menuju ke pintu bilik.

“Awak dah sarapan?” Alia berpaling dan hampir terlanggar Syah Aiman yang mengikut rapat dibelakangnya.

“Iskk… awak ni. Jauh sikit. Boleh tak?” Syah Aiman tersengih. Memang salahnya juga. Rindu hendak menghidu bau rambut isterinya.

“Tak sempat nak sarapan pagi tadi. Lepas subuh terus drive ke sini.” Alia geleng kepala. Syah Aiman tersenyum senang. Dia sengaja bertolak awal untuk mengelak dari menemani Nur Hana. Daripada dia menghabiskan masa dengan sepupunya itu, lebih baik dia menghabiskan masa dengan Alia. Dapat juga pahala.

“Ha.. Alia, nasi goreng dalam kuali tu. Hindangkan untuk Syah. Syah, jangan malu-malu ye. Kejap lagi nenek nak ke kebun.”

“Terima kasih nek,” Syah Aiman menarik kerusi lalu menunggu dengan sabar sementara isterinya menyediakan sarapan untuknya. Syah Aiman tersenyum senang. Syah Aiman geleng kepala bila melihat Alia leka membetulkan rambutnya. Rambut isterinya hampir mencecah bahu. Seperti baru lepas digunting.

“Bila awak potong rambut awak? Semalam masih panjang saya tengok.” Alia berpaling sekilas pada suaminya.

“Semalam. Sebelum balik ke kampung, saya singgah kat kedai rambut. Rimas. Lepas tu lecehlah nak ikat rambut ni.” Jawabnya selamba. Syah Aiman geleng kepala. Dia hairan, bagaimana seorang perempuan tidak pandai mengikat rambut.

“Susah sangat ke nak ikat rambut tu?” Alia jungkit bahu. Sejak kecil rambutnya memang tidak pernah melebihi paras bahu. Jadi dia tidak pernah mengikat rambutnya. Semenjak berada ditingkatan 3, barulah rambutnya dibiarkan panjang sedikit kerana rakan-rakannya sudi untuk mengikat rambutnya.

“Entah. Saya tak pernah ikat rambut. Kalau kat asrama tu, mereka yang lain suka ikat rambut saya. Siapa suruh mereka  nak tengok rupa saya dengan rambut panjang.” Syah Aiman geleng kepala.

“Errr.. Awak tak suka saya gunting rambut ye?” Alia pandang wajah tenang Syah Aiman.

“Tak mengapa. Nanti, kalau kita tinggal berdua, saya nak awak simpan rambut panjang. Nanti saya  tolong ikatkan. Lagipun, saya tak suka tengok Ajay atau Ariey ikat rambut awak.”

“Mereka tu adik beradik ibu sesusu saya tau,” Syah Aiman jungkit bahu. Dia tahu. Tetapi, dia tetap rasa cemburu.

“Awak nak minum air apa?”

“Teh panas,” Alia menuang air teh ke dalam cawan lalu disua ke hadapan Syah Aiman. Syah Aiman makan tanpa menghirau keadaan sekeliling.

“Ermmmm..” Alia pandang wajah tenang Syah Aiman. Dalam kepalanya bermacam-macam ayat dirangka untuk ditanya pada yang empunya badan. Syah Aiman angkat kepala. Mata mereka bertentangan sesaat. Syah Aiman angkat kening.

“Kenapa?” Alia tersengih.

“Sepupu awak tu, dia tak tahu tentang kita,kan?” Syah Aiman pandang wajah isterinya kemudian dia geleng kepala.

“Tak. Kenapa?”

“Patutlah. Errr..awak tak nak bagitahu dia?”

“Biarlah. Tak penting pun.”

“Kalau dia tahu, dia tak marah?” Sekali lagi Syah Aiman angkat muka dan merenung lama wajah comel isterinya. Kalau tak silap, pertanyaan demi pertanyaan tentang Nur Hana yang keluar dari mulut Alia boleh disalah erti oleh orang lain. Adakah Alia cemburukan Nur Hana? Syah Aiman geleng kepala. Tak mungkin Alia cemburu. Isterinya nampak seperti orang yang tiada perasaan padanya. Tetapi, boleh jadi Alia memang cemburu pada hubungan mereka.

“Awak cemburu?” Wajah Alia merona merah. Terasa seperti kena bakar. Alia terus berlari ke singki dan mencuci mukanya. Syah Aiman terdiam sejenak kemudian tersenyum. Beberapa saat kemudian dia menghampiri Alia dan berdiri hampir disebelah isterinya.

“Kenapa pipi awak merah?” Alia tersentak dan memandang sekilas wajah nakal suaminya.

“Ehhh!! Mana ada?”

“Awak cemburu tengok saya dan Nur semalam, ye?”

“Isk… merepek je.” Alia kembali duduk ke kerusinya. Syah Aiman juga kembali duduk. Nasi yang tinggal sesuap dihabiskan.

“Alhamdulillah. Kenyang,” Syah Aiman merenung wajah gelabah Alia.

“Tak salah kalau awak nak cemburu. Normal tu.” Alia gigit bibir. Itulah yang orang kata. Terlajak perahu dapat diundur, terlajak kata, sendiri merana.

“Bukan cemburu. Orang Cuma nak tahu je.” Alia berdalih. ‘Aku cemburu ke? Mana ada. Aku Cuma rasa tak selesa bila dia ada di antara kami.’ Alia berbisik di dalam hati. Wajah ceria Syah Aiman dipandang.

“Orang kata cemburu tanda sayang. Kiranya, awak dah sayangkan saya?” Syah Aiman seronok mengusik Alia. ‘Bukan selalu dapat usik dia. Kalau kat sekolah, asyik nak mengelak je,’ Bisiknya dalam hati.

“Isk.. malas nak layan. Awak dah sudah? Saya nak kemas meja ni,” Alia berdiri dan mengemas meja makan tersebut.

“Makan nasi sudah. Tapi, makan awak belum,” Alia tersentak. Matanya merenung tepat ke wajah Syah Aiman yang sedang tersengih.

“Makan saya? Awak ingat saya ni makanan ke?” Alia gigit bibir dan terus berlalu ke singki.

“Hiss.. kalau lapar, makan lah lagi  nasi tu. Nak makan saya buat apa? Bukan boleh makan pun. Pelik.. pelik..” Alia geleng kepala. Syah Aiman tergelak halus.

“Abang Syah nak makan Alia? Mana boleh. Alia tu bukan makanan,” Alim tiba-tiba menyampuk dan duduk di hadapan Syah Aiman. Syah Aiman tersentak namun beberapa saat kemudian dia tergelak besar.

“Ye tak ye jugak. Tapi tengok baju Alia tu, abang jadi lapar.” Alim turut sama memandang ke arah adiknya. Baju tidur Alia dipenuhi gambar buah ceri. Warna putih merah itu memang sesuai dengan Alia yang berkulit putih.

“Luculah abang ni. Takkan tengok gambar buah jadi lapar pulak,” Alim geleng kepala.

“Abang, kita orang nak pergi memancing sekejap lagi. Abang nak ikut tak?”

“Alia nak ikut.”

“Isk..Orang  lain yang di ajak orang lain pulak yang nak ikut.” Alia muncung mulut.

“Kita memang rancang nak pergi memancing tadi,” Alia mengambil tempat duduk disebelah Syah Aiman. Syah Aiman angguk kepala.

“Baguslah. ”

***********************
p/s : Dah lama tak update E-novel ni. ada yang masih ingat tak cite ni? harap2 ada yang masih berminat.. 

6 catatan:

Unknown said...

BEST...

MaY_LiN said...

xsabar nak tau next epi..
dorang duk sama branak pinak..kembar..
huhuhu

eija said...

ohh cite nie nsb baik igat lg jln cite nya.. update cpt2 yek

Unknown said...

Wahhh...lamanya tgu upd citer ni..rindu ngn Alia n Syah..
Smbg lg nnt ya Cik Writer B-)

Anonymous said...

Yeay..... Suka.. Sanggaattt. Hore hore
Yanshi

missz adilah said...

Suka crite ni. . Xsaba nk tggu epd strusnye. . :D