Followers

Tuesday, February 15, 2011

Jangan Kau Pergi 16


Hafiya berlari ke tangga bila mendengar bunyi telefon bimbitnya. Dia tersenyum sebaik sahaja mesej tersebut di baca.


‘ Dah masak? Abg lpr,’ Terasa seperti dia ternampak kebun bunga dihadapannya.


‘Sudah. Abg blk pukul berapa?’ Pantas jarinya menaip. Mereka seperti pasangan baru bercinta pula. Hafiya tergelak dan terus duduk di tangga. Alif yang sedang bermain alat mainan yang dibeli oleh Elman tidak dipedulikan.


‘Mcm biasa. Alif buat apa tu?’ Hafiya menoleh ke arah Alif.


‘Lyn barang mainan dia.’


‘Ok. Nanti smbg lg. Abg nak msk kls lagi. Last. Lps ni blk,’ Hafiya tersenyum lagi. Kenapa mesti dia berperasaan seperti ini? Tidak pernah dia berperasaan seperti itu. Terasa seperti terbang melayang setiap kali membaca mesej yang dihantar oleh Elman. ‘Agaknya, beginilah perasaan orang yang sedang bercinta. Bercintakah aku?’ Hafiya bertanya pada diri sendiri. Setelah selesai menyapu halaman rumah, Hafiya mengemas diri pula. Sekejap lagi, Elman dan Nurina akan sampai.


Assalammualaikum, Hafiya tersenyum lebar bila mendengar suara yang dirindui sepanjang hari itu.


“Waalaikumsalam, abang dah balik?” Soalnya ramah. Elman tersenyum lebar. Bangga rasa hati bila kepulangannya disambut oleh si isteri. Terasa terbang melayang segala penat lelah mendidik anak murid di sekolah tadi.


“Ye. Bagaimana hari ni, okey? Alif nakal tak?” Hafiya tersenyum melihat Alif memeluk Elman dengan erat sekali. Anak kecil itu begitu rapat dengan Elman.


Ye. Nakal sangat anak ibu ni, Hafiya buat muka sedih. Alif tersengih nakal.


“Apa pulak anak ibu je? Anak papa ni baik tau,” Elman mencium pipi Alif. Hafiya menjenguk ke belakang. Wajah keruh Nurina menyapa matanya.


“Kenapa ni? Monyok je? Ina ada masalah kat sekolah? Hafiya menghampiri Nurina. Nurina geleng kepala dan terus berlalu.


“Kenapa dengan Ina tu?” Elman geleng kepala.


“Sejak balik dari sekolah tadi dia macam tu. Senyap je. Abang tanya pun dia macam nak tak nak jawab.” Hafiya geleng kepala.


“Nanti Fiya cuba tanya dia lagi. Abang dah makan?” Hafiya mengiringi langkah Elman menuju ke bilik. Alif dibiarkan bermain alat mainanya di ruang tamu.


La...lupa????” Elman bertanya manja. Wajahnya dimasamkan. Hafiya tersengih.


“Maaf. Fiya sediakan ya...” Hafiya berpaling untuk beredar. Hafiya tersentak bila Elman menarik tangannya dan menyebabkan Hafiya hampir tumbang namun sempat disambut oleh Elman. Hafiya kaku bila kedua-dua tangannya berada di dada Elman. Hafiya terus memandang ke bawah. Takut untuk mendongak kerana dia pasti Elman sedang merenung wajahnya. Debaran di dada semakin kuat. Elman terus merenung wajah bersih itu. Entah mengapa dia menarik tangan Hafiya. Apa yang pasti, dia mahu isterinya dekat dengannya. Mereka terus membisu. Hafiya semakin gelisah. Hafiya tersentak bila merasakan tangan kasar itu melingkari pinggangnya dan tubuhnya ditarik menyebabkan kedudukan mereka semakin hampir. Hafiya mendongak dan cuba membalas renungan mata suaminya.


“Errrr...awak....Kenapa?” Hafiya bertanya gugup. Elman terus membisu. Hafiya semakin gelisah. Mata Elman terus meneroka wajah cantik itu.


Awak isteri saya? Elman bertanya perlahan. Hafiya tersentak. Dahi dikerutkan. Pelik mendengar soalan dari Elman. Hafiya keliru. Elman menanti dengan sabar. Lama Hafiya mendiamkan diri. Memikirkan tindakan Elman. Melihat senyuman di bibir lelaki itu, Hafiya akhirnya mengangguk kepala.


“Ye. Saya isteri awak,” Hafiya menjawab perlahan dan terus menundukan kepalanya. Wajahnya terasa membahang. Dia malu.


“Ye. Awak isteri saya.” Elman terus memeluk erat tubuh Hafiya. Seketika kemudian, Elman melepaskan pelukannya dan merenung wajah Hafiya semula. Perlahan wajahnya didekatkan. Hafiya menanti dengan hati yang berdebar-debar. Hafiya pejamkan mata bila Elman mengucup perlahan dahinya. Elman tersenyum. Melihat Hafiya memejamkan mata, timbul niat jahatnya untuk mengambil kesempatan. Pantas bibir nipis itu diragutnya. Hafiya terkejut dan terus membuka mata. Dia berusaha menolak tubuh Elman namun tidak berjaya. Setelah tidak berjaya menolak tubuh sasa itu, akhirnya Hafiya membiarkan Elman memeluk dirinya kerana dia juga semakin hanyut dengan sentuhan lembut suaminya.


“Jum makan...” Elman berkata selamba sebaik sahaja melepaskan tubuh Hafiya. Hafiya membeliakkan matanya. Dia baru saja hendak menikmati saat-saat indah itu. Elman menghampiri pintu bilik. Hafiya masih berdiri kaku membelakangi Elman. Hafiya sentuh bibirnya. Rasa tidak percaya dia sedang melaluinya. Dia tidak pernah bermimpi untuk melalui perkara itu.


Kenapa? Tak puas? Elman berbisik di telinga Hafiya. Hafiya tersentak dan gelabah. Tidak sedar bila Elman mendekatinya semula.


“Tak.....Puas...err...bukan...” Hafiya menjawab gugup. Elman tersenyum nakal. Sekali lagi tangannya memeluk pinggang Hafiya. Kali ini Hafiya berjaya menepis tangan kasar itu.


“Saya keluar dulu.” Hafiya terus membuka pintu bilik tanpa sempat di halang oleh Elman. Elman tergelak halus.


***************************


Hafiya duduk mengadap wajah serius Nurina yang sedang leka membuat latihan yang diberikan oleh gurunya.


Banyak kerja rumah yang cikgu bagi?” Hafiya bertanya perlahan sambil mengusap rambut Nurina. Nurina hanya menggeleng kepala.


Hari ni, Ina belajar apa kat sekolah? Nurina menghulur buku sains yang dipegangnya. Dia langsung tidak mahu memandang wajah Hafiya. Bercakap pun tidak. Hafiya mula terasa sesuatu yang pelik.


Kenapa dengan Ina? Ina ada masalah kat sekolah? Nurina geleng kepala lagi. Hafiya sentuh bahu Nurina.


Kenapa ni sayang. Ada apa-apa yang mengganggu Ina? Ada budak buli Ina kat sekolah ye? Sekali lagi Hafiya cuba mengcungkil masalah anaknya itu.


Ibu, kenapa kita tak tinggal dengan papa? Nurina bertanya perlahan. Hafiya tersentak. Lama wajah comel itu di tatap.


Kenapa? Ina nak tinggal dengan papa? Hafiya bertanya perlahan. Nurina angguk kepala.


Ye. Ina nak tinggal dengan papa. Hafiya peluk erat tubuh kecil itu. Dia faham, sayang Nurina pada papanya tidak pernah pudar.


Takpe. Nanti ibu Tanya pada papa, kalau papa tak pergi mana-mana, Ina boleh tinggal dengan papa cuti sekolah nanti, Hafiya berkata perlahan. Nurina angkat muka dan merenung manja wajah ibunya.


Betul? Hafiya angguk kepala.


Nanti, kalau tinggal dengan papa, jangan nakal tau. Nurina angguk kepala.


Ibu dan Alif macamana? Ibu ikut sekali ye? Pertanyaan Nurina itu membuatkan Hafiya tersentak. Perlahan kepala digelengkan.


Ibu tak boleh. Ibu kena tinggal dengan Cikgu Elman. Ibu dan papa Ina dah tak boleh tinggal sama. Nanti Mama Sal nak letak kat mana? Hafiya bertanya dalam nada bergurau.


Ibu….Ibu sayang Cikgu Elman? Nurina bertanya sambil tangannya lincah melukis sesuatu di atas kertas. Hafiya tersentak.


Ina ni. Ke situ pulak dia. Dah, kalau dah habis kerja rumah, pergi tidur. Hafiya berdiri tegak dan keluar dari bilik meninggalkan Nurina dalam teka-teki. Dia sendiri turut sama memikirkan soalan tersebut. ‘Sayangkah aku pada dia?’ Hafiya sering bertanya pada diri sendiri. Setakat ini, dia masih belum ada jawapan yang pasti untuk soalan tersebut.


**************


Fiya…” Hafiya berpaling memandang wajah Elman seketika sebelum kembali menatap skrin laptop suaminya.


Fiya… Sekali lagi Elman memanggil nama isterinya. Sekali lagi Hafiya memandang sekilas padanya. Akhirnya Elman menghampiri isterinya. Berbaring disebelah Hafiya sambil merenung wajah isterinya yang sedang leka bermain permainan yang terdapat di dalam laptop tersebut.


Kalau Alif ada adik tentu seronok,kan? Elman berkata perlahan. Hafiya tersentak mendengar bicara suaminya. Pantas kepalanya mengadap Elman. Elman tersenyum nakal.


Err…apa awak cakap? Elman menoleh dan tersengih. Hafiya kerutkan dahi.


Rasanya Fiya dengar apa yang abang cakap tadi. Hafiya duduk tegak. Hafiya telan air liur. Terasa kering tekaknya.


Fiya tak dengar dengan jelas, Hafiya menjawab gugup. Elman merenung wajah Hafiya kemudian keningnya diangkat ala-ala Ziana Zain. Hafiya semakin tidak keruan.


Abang rasa, Alif dah sedia nak jadi abang. Abang pun teringin nak ada anak sendiri, Hafiya terbatuk. Elman tersenyum nakal.


Errr…Fiya masuk dulu. Nak tidur, Hafiya terus berlari ke bilik meninggalkan Elman yang terpinga-pinga melihat Hafiya berlari laju ke bilik.


Erkkk…lajunya. Aku salah cakap ke? Elman geleng kepala.


Sabar jelah. Dia belum bersedia agaknya. Elman memujuk hati sendiri.


*******************************


Alamak!!!! Apa aku nak buat ni? Hafiya bertanya pada diri sendiri. Permintaan Elman itu sangat mengganggu jiwanya. Hafiya sebenarnya trauma selepas kejadian yang menimpa kakaknya. Pemergian Hadiah selepas melahirkan Alif membuatkan Hafiya takut untuk mengandung.


Tetapi sampai bila? Elman tentu inginkan anak sendiri, Hafiya merenung siling bilik. Dia kasihankan Elman. Dalam masa yang sama dia juga memikirkan nasib anak-anaknya jika terjadi sesuatu terhadapnya. Siapa yang akan menjaga anak-anaknya?


*********************

12 catatan:

keSENGALan teserlah.. said...

huhu..rindu dah elman ngn fia.
sambung2.

Qwerty said...

waa.
dorang dah nak happy2.
sambung2.

nursya said...

ala fiya nie...
frust elman nti klw tau...
huk huk huk..

Unknown said...

jiwang la pulak...huhuhu...hope korang layan n3 ni...tq sebab sanggup tunggu n3 JKP ni...

Emaharuka said...

Ho ho rindu dgn cite ne
bestTt
x saBar hafiya n Elman pny akak..

Next kak;)

Anonymous said...

akhirnya ada juga smbungan dah rindu pada elman n fiya hrap kali ni cpt smbung ye nk tahu juga mau ke x fiya mengandung ye

Anonymous said...

lama menanti citer ni brsmbung... hbungan fiya & elman makin baik ... jgn la ada bnci d antara mreka.. cpt smbung

izah said...

Tq..tq..tq... sukerrr..best... sambung lagi ekkk...winde bangat ngan Fiya dan Elman...

Zass said...

ala fia ni... cuba fikir baik-baik... cuba tanya diri tu dulu.. then, barulah awak tahu jawapan yg patut diberikan...
haha..
i like this novel.. ishh nurina ni... menganggu jer.. nanti tak pasal2 menjadi punca pergaduhan mereka...
elman x tau pon 3 beradik tu bukannya anak fiya dengan amir....

aqilah said...

alahai.................ciannya Elman.............but sweetttttttttt.
apapun akak follow...............

MaY_LiN said...

alahai..
elman elman..
dont be glojoh..
hikhikhik

Anonymous said...

sweet lak dorang nie...;)
cpt smbg tau..huhuhu