Followers

Tuesday, November 24, 2009

Pilihan Hati 1

“Ikut aku balik minggu ni ye,” Shila memeluk bahu Ariyana. Ariyana garu kepala yang tidak gatal memikirkan pelawaan sahabatnya itu.

“Bolehkan? Aku tengah sedih ni. Kau tak sayang aku?” Shila buat muka sedih. Ariyana masih mendiamkan diri. Sengaja mengusik sahabatnya itu.

“Tak naklah. Nanti bertembung dengan wajah singa kat rumah kau tu. Malas aku,” Ariyana melepaskan tangan Shila yang berada dibahunya. Shila mencebik.

“Pedulikan singa tu. Kita bukan nak jumpa dia. Kau temankan aku je. Please!!!!!!!” Shila buat muka sedih. Beberapa saat kemudian Ariyana tergelak.

“Okeylah. Eiiii…Kau ni, kan. Memang pandai buat muka sedih.” Ariyana tolak dahi Shila. Shila tersengih.

*********************************

Sepanjang perjalanan balik ke rumah Shila mereka bercerita pelbagai perkara.

“Aku kasihan tengok abang aku tu. Punyalah baik dia dengan teman wanita dia tu, perempuan tu pulak ambil kesempatan ke atas dia. Sampai kering poket abang aku dibuatnya. Sakit hati betul.” Shila menghentak streng kereta.

“Aihh!!! Marah? Kalau ye pun marah, hati-hati bawa kereta tu. Aku belum sedia lagi nak mati tau. Amal belum cukup,” Ariyana geleng kepala.

“Aku bukan marah. Cuma tak puas hati,” Shila meluahkan apa yang terpendam.

“Dah dua tahun berlalu, takkan kau masih tak puas hati lagi. Lagipun, dah berapa ramai lelaki yang kau permainkan selama dua tahun ni? Tak cukup lagi?” Ariyana menegur perbuatan kawannya itu.

“Entahlah Ari. Kadangkala, aku sendiri tak tahu kenapa aku perlu buat macam tu pada lelaki lain. Bukankah maknanya aku sama saja dengan perempuan yang buat abang aku menderita
tu?” Shila seolah menyesali perbuatannya pada beberapa orang bekas teman lelakinya.

“Shila, selama ni, aku tak mahu tegur apa yang kau buat, bukan bermakna aku sokong kau, tapi, aku mahu kau sendiri yang menyedari perbuatan kau tu tak baik. Kau patut fikir apa yang adik mereka tu rasa, bila kau mainkan perasaan abang mereka. Sampai bila nak balas dendam? Sedangkan perempuan tu bahagia sekarang.” Ariyana mengusap lembut bahu temannya.

“Ari, aku sebenarnya masih marah kerana abang aku tu tak dapat lupakan perempuan tu. Dia terlalu cintakan perempuan tu.” Ariyana mendiamkan diri. Selama berkawan dengan Shila, pelbagai cerita yang dia dengar tentang abang sahabatnya itu.

“Kau percaya tak, kalau aku kata, abang kau tu tak dapat terima hakikat dia ditinggalkan?” Ariyana bertanya serius. Shila memandang sekilas kea rah sahabatnya kemudian terus memandang ke hadapan.

“Mungkin jugak. Mungkin kerana mereka terlalu lama bersama. Bayangkan hampir 10 tahun bercinta. Tiba-tiba perempuan tu hilang macam tu je. Duit yang dikumpul bersama juga dibawa pergi. Kami semua tidak menyangka perempuan tu sanggup tinggalkan abang,” Shila mengeluh. Dia tidak sanggup hendak mendengar nama bekas teman wanita abangnya, apatah lagi hendak menyebutnya.

“Mungkin ada silap di sebelah abang kau jugak. Kita tak boleh salahkan sebelah pihak saja.” Ariyana berkata perlahan. Shila mendiamkan diri.

“Mungkin sebab abang terlalu percayakan dia. Biarkan dia membuat keputusan dan tidak pernah mencurigai segala tindak tanduk perempuan tu. Abang juga tidak pernah bertanya ke mana dia pergi, dengan siapa dia keluar. Alasannya, abang tak mahu dia merasa terkongkong,” Ariyana angguk kepala.

“Terlalu percayakan pasangan susah jugak. Sekurang-kurangnya, sekali sekala tanyalah jugak. Supaya kita rasa dihargai dan dijaga setiap masa. Aku sendiri kalau boleh nak cari lelaki yang sentiasa mengambil beraat tentang aku. Biarlah dia ada rasa tidak percaya sedikit supaya dapat mengingatkan aku tentang tanggungjawab aku dalam perhubungan,” Ariyana tersenyum.

“Huhhhh!!! Jadi bila lagi nak kenalkan aku dengan teman lelaki kau tu?” Shila berkata sinis.

“Hehehhehehe….Sorry beb, belum berjumpa lagi. Nanti kalau aku jumpa, aku bagi tahu kau dulu,” Ariyana tersengih. Shila hairan, kenapa gadis cantik seperti Ariyana masih belum berpunya. Pernah juga dia bertanya, jawapannya menghampakan.

“Ari, pekerja baru kat pejabat kita tu, okey jugak aku tengok. Selalu jugak dia curi pandang kat kau.” Ariyana kerutkan kening.

“Farhan? Dia muda lagilah.” Ariyana geleng kepala. Dia juga perasan yang pekerja baru itu selalu cuba menarik perhatiannya.

“Takpe. Sekarang ni, ramai perempuan berkahwin dengan lelaki yang muda dari mereka. Lagipun, kalau kau berdua bercinta, orang tak perasan pun kau lebih tua dari dia. Nampak dia yang lebih matang dari kau. Umur dah masuk 26 tahun, tapi perangai masih macam budak belasan tahun,” Shila tersenyum bila melihat wajah kelat sahabatnya.

“Eiiiiii…Tak nak aku. Muda sangat dia tu, dah macam adik aku pulak,” Ariyana geleng kepala. Shila tergelak.

“Mana ada muda. 23 tahun. Okey lah tu,” Ariyana geleng kepala.

“Tak nak. Sekurang-kurangnya aku nak cari yang sebaya aku ke. Takdelah malu sangat.” Shila pula geleng kepala.

“Apa yang hendak dimalukan? Habis tu, kau nak cari siapa? Kau masih menunggu cinta monyet kau dulu tu? Siapa nama dia? Lupalah aku nama dia?” Shila cuba mengingati nama yang pernah disebut oleh Ariyana beberapa tahun lepas. Lelaki yang dia cinta masa disekolah menengah.

“Irwan.” Ariyana menjawab perlahan.

“Kalau kau jumpa dia, tentu kau pun jatuh cinta padanya. Dia bukan sahaja kacak, tapi baik hati. Dia suka tersenyum. Susah nak tengok dia marah. Comel sangat,” Ariyana pejam mata mengingatkan pelajar lelaki yang sering menjadi buruan pelajar perempuan disekolahnya dulu.

“Biasalah tu. Kat sekolah, lelaki tampan sikit, mulalah jadi rebutan. Tapi kalau dibandingkan dia dengan abang aku, siapa yang kau pilih?” Shila bertanya. Ariyana muncungkan mulutnya.

“Eiii…Cubalah bandingkan dengan orang lain. Mestilah aku pilih Irwan. Walaupun tak sekacak abang kau. Tapi aku tetap pilih Irwan,” Ariyana berkata yakin. Shila tergelak.

“Kenapa kau tak suka abang aku? Kalau kau suka, kan best, dapat jadi kakak ipar aku. Sekurang-kurangnya, aku kenal kau. Dan yang pasti, kau tentu akan setia pada abang aku, kan?” Shila tersenyum. Ariyana membeliakkan matanya.

“Mimpilah kau. Kalau pun aku nak kat abang kau tu, tapi belum tentu abang kau nak kat aku ni. Ingat tak, dia cakap apa kat aku dulu? Kalau takde perempuan kat dunia ni dan yang tinggal hanya aku dan dia, dia rela pilih tak nak kahwin.” Shila tergelak.

“Mungkin dulu lain. Masa tu dia kan masih bercinta dengan perempuan tu.” Shila berkata perlahan.

“Aku hairan kenapa dia cakap macam tu kat aku dulu? Aku tak pernah terfikir pun nak mengorat dia.” Ariyana hairan. Tiba-tiba sahaja Iskandar berkata kasar padanya dihadapan kekasihnya.

“Aku pun hairan jugak. Tiba-tiba je Abang Is kata macam tu kat kau. Tapi aku rasa, tentu kekasih dia yang mereka cerita yang tak betul tu.” Shila berkata perlahan.

“Mungkin dia cemburu tengok kau berdua rapat sangat masa tu.” Ariyana geleng kepala. Dia memang rapat dengan Iskandar. Hubungan mereka rapat disebabkan Ariyana sering mengikut Shila balik ke rumah itu. Iskandar juga selalu membantu Ariyana membuat kerja sekolah yang diberi oleh cikgu.

“Aku dah anggap abang kau tu macam abang aku sendiri. Tak sangka pulak dia menyebabkan kami bergaduh.” Ariyana mengeluh. Dia sedih bila dituduh cuba merampas kekasih orang sehingga dia kehilangan kasih sayang seorang abang. Ariyana termenung.

“Abang Is. Tolonglah. Ari tak pandai buat. Please!!!!!!” Ariyana buat muka sedih di hadapan Iskandar. Iskandar hanya mendiamkan diri. Seronok dapat melihat wajah Ariyana yang cuba memujuknya itu.

“Please!!!!!” Ariyana kelipkan matanya berulang kali. Memujuk Iskandar. Sehingga lelaki itu mengalah.

“Yelah. Sini. Abang baca, Ari tulis,” Ariyana melonjak riang. Tergelak Iskandar melihat gelagat Ariyana. Ketika itu Ariyana dan Shila berumur 21 tahun. Mereka berdua sangat rapat. Ariyana selalu mengikut Shila balik ke rumah kerana rumah Shila tidak jauh dari kampus mereka.

“Hoiii….Bangun. dah sampai,” Shila menolak bahu Ariyana. Ariyana tersentak dari lamunannya yang panjang. Ariyana merenung sekitar rumah yang masih tidak banyak berubah. Semenjak bekerja, dia tidak pernah lagi kembali ke rumah besar itu.

“Cepatlah. Mak dan ayah tentu tak sabar nak jumpa kau,” Shila membuka bonet kereta mengambil begnya. Ariyana masih merenung sekitar rumah yang banyak meninggalkan kenangan padanya. Disitulah tempat dia menumpang kasih.

“Ari…jemputlah masuk,” Ariyana tersentak bila bahunya disentuh perlahan oleh Datin Hasmah. Ariyana menghulur tangan pada wanita yang sudah dianggapnya seperti ibunya sendiri. Datin
Hasmah memeluk erat tubuh Ariyana.

“Mak apa khabar?” Ariyana bertanya lembut. Datin Hasmah tersenyum.

“Mak sihat. Rindu betul mak dengan kamu. Kenapa lama sangat tak balik rumah?” Datin Hasmah memimpin tangan Ariyana dan membawanya ke dalam rumah.

“Ari sibuk sangat. Banyak tugasan luar yang mereka bagi. Kena ganti mereka kat pejabat tu,” Ariyana bersuara perlahan. Sebenarnya dia sengaja mengelak untuk balik ke rumah besar itu. Dan kerana itu dia tidak pernah memohon cuti yang panjang. Entah kenapa kali ini, dia bersetuju mengikut Shila balik menyambut hari raya korban di rumah besar itu.

******************************

4 catatan:

Yeen said...

Nak kasi taju tak tahu lagi cerita macamana sbb baru bab satu ...npk menarik

Tajuk pertama okeh "Pilihan Hati"

Klu nak kelakar sikit.."Ku Pilih Dia"

Unknown said...

jalan ceritanya,semua org kat sekeliling dia nak cari jodoh utk dia....masalahnya hati dia blm terbuka nak terima sesiapa pun jadi. malah blm terfikir nak kahwin....

Anonymous said...

Kebenaran Hati

MaY_LiN said...

huhuhu..
hai kaira..
lm xjenguk..
akak rase..
yang 1st tu..