Followers

Tuesday, March 16, 2010

Pilihan Hati 23

“ Kenapa mak tengok Ari senyap je? Makan tadi pun, macam takde selera je? Ari demam?” Datin Hasmah bertanya pada Ariyana. Ariyana angkat muka. Dia geleng kepala. Selepas makan mereka berbual-bual di ruang tamu sambil menonton tv.

“Ari tak apa-apa mak. Penat sikit. Banyak sangat kerja kat pejabat tu.” Jawabnya sepatah. Shila menyiku lengan Ariyana.

“Apa?” Ariyana angkat kening. Mulut Shila terkumat-kamit berkata sesuatu.

“Cakaplah sendiri,” Ariyana berkata malas bila Shila menyuruh dia menyampaikan hasratnya berkaitan dengan Hadi.

“Tolong,” Shila buat muka sedih. Ariyana pandang wajah Datin Hasmah.

“Shila, Ari...kenapa ni? Ada perkara yang kamu berdua nak bagi tau pada mak?” Ariyana tersengih. Begitu juga Shila. Iskandar geleng kepala melihat gelagat dua orang gadis tersebut. Sempena cuti menyambut Tahun Baru Cina, Shila dan Ariyana balik ke rumah besar itu. Iskandar pula sampai lebih awal dari mereka. Ariyana sedikitpun tidak memandang wajah Iskandar walaupun hatinya terlalu ingin menatap wajah lelaki itu. Iskandar pula hairan bila Ariyana bersikap dingin dengannya. Rasanya, sudah lama dia tidak menyakiti hati Ariyana.

“Mak....errr...Shila nak kenalkan teman lelaki dia pada mak dan ayah,” Datin Hasmah terkejut. Begitu juga Datuk Azran. Iskandar pula terbatuk.

“Betul ke apa yang mak dengar ni? Shila, betul ke?” Shila tersipu malu. Ariyana geleng kepala.

“Dah, cakap lah cepat. Takkan nak suruh aku cerita dari A sampai Z?” Ariyana menyiku lengan Shila.

“Yelah...yelah... Errrmmmm.. Mak, kawan Shila tu nak datang ke rumah. Dia nak berkenalan dengan mak dan ayah. Boleh ke?” Wajah Shila merona merah.

“Siapa budak bertuah tu? ” Datin Hasmah bertanya teruja. Shila tersenyum lagi.

“Errr..” Shila gugup.

“ Hadi. Kawan Is yang datang ke rumah hari tu,” Iskandar menyampuk sebelum Shila sempat menjawab. Terlopong mulut orang tua mereka.

“Hadi? Kawan Is tu?” Datin Hasmah bertanya lagi. Ariyana dan Iskandar serentak angguk kepala.

“Kenapa mak? Mak tak suka dia?” Shila bertanya bimbang. Datin Hasmah buat muka serius.

“Mak ingat nak padankan dia dengan Ari,” Iskandar, Ariyana dan Shila terbatuk. Datin Hasmah dan Datuk Azran hairan melihat mereka bertiga serentak terbatuk.

“Kenapa dengan kamu bertiga ni? Mak salah cakap ke?” Datin Hasmah bertanya pelik. Mereka bertiga geleng kepala.

“Is, kenapa kamu pula yang terbatuk? Kalau Ari dan Shila, mak tak hairan. Yang kamu pun sama batuk apa hal?” Wajah Iskandar merona merah. Ariyana mencuri pandang wajah Iskandar.

“Takde apa-apa mak. Terkejut sebab cadangan mak tu tak masuk akal,” Iskandar menjawab gugup. Datin Hasmah geleng kepala.

“Bila Shila nak bawak dia jumpa mak? Teringin nak jumpa bakal menantu ni. Kali ni serius la? Dah sedia nak kahwin?” Shila tersenyum malu. Ariyana tersenyum. Ketika itu, Iskandar merenung wajah Ariyana. Bila menyedari renungan Iskandar itu, cepat-cepat Ariyana menundukkan wajahnya.

“Bila-bila mak dan ayah sedia katanya.” Datin Hasmah tersenyum lebar.

“Jemputlah datang hari minggu ni.” Wajah Shila bercahaya.

“Ari, Is...giliran kamu berdua pulak. Takkan belum berjumpa lagi?” Iskandar dan Ariyana angkat muka.

“Mak, Ari pun dah ada kawan baik jugak tau.” Shila bercerita tanpa sempat dihalang oleh Ariyana. Dia belum bersedia untuk bercerita tentang Irwan. Lagipun, mereka hanya berkawan tidak lebih dari itu.

“Ye? Bila nak bawa dia balik jumpa mak. Mak nak kenal dia dulu. Kalau dia okey, baru mak benarkan.” Ariyana tersenyum bangga. Datin Hasmah memang menjaga dirinya. Kalau orang lain, mungkin akan merasa terkongkong dengan cara Datin Hasmah. Namun, bagi Ariyana, itu semua adalah kerana Datin Hasmah dan Datuk Azran menyayanginya dan sentiasa melindunginya.

“Mak tak payah susah hati. Irwan tu orang bawahan Abang Is. Anggota polis berpangkat sarjan.” Shila angkat kening bila Ariyana menyiku lengannya. ‘Padan muka. Malu sangat nak bagi tahu mak.’ Shila tersengih. Iskandar mendiamkan diri.

“Betul ke Is? Budak tu baik tak?” Iskandar pandang wajah ibunya. Kemudian dia pandang wajah Ariyana yang sedang menunduk itu. Sangkanya, Ariyana malu.

“Bukan orang bawahan Is mak. Dia orang bawahan kawan Is. Zawiyah. Jadi, Is tak tahu sangat latar belakang dia,” Iskandar menjawab tenang.

“Ala...mak jangan risau la. Dia baik. Kawan satu sekolah dengan Ari masa sekolah menengah dulu,” Ariyana angkat muka sambil menggigit bibir. Geram. Shila selamba.

“Owh!!! Zawiyah dah balik ke sini? Kenapa Is tak bawak dia datang ke rumah?” Ariyana angkat muka bila mendengar Datin Hasmah begitu mesra menyebut nama Zawiyah.

“Baru jugak pindah mak. Dia sibuk kat balai tu.” Iskandar menjawab perlahan.

“Dia dah kahwin?” Datuk Azran pula bertanya.

“Belum,” Jawabnya sepatah. Datin Hasmah dan Datuk Azran tersenyum.

“Baguslah tu. Takkan Is tak berkenan dengan dia?” Ariyana mencebik.

“Mak ni...merepek je,” Iskandar geleng kepala.

“Apa pulak merepek. Mak memang berkenan kat Zawiyah tu, kalau bukan kamu berkeras nak bertunang dengan Ida dulu, memang mak pinang si Zawiyah tu untuk kamu,” Ariyana angkat muka memandang wajah Iskandar.

“Is dan Zawiyah kawan biasa je mak. Tak lebih dari itu,” Ariyana mencebik. ‘Cakap tak serupa bikin. Hari tu, siap pergi tengok cincin lagi. Masih nak bersembunyi,’ Ariyana mengutuk Iskandar di dalam hati. Sakit hatinya bila Iskandar tidak mengakui hubungannya dengan Zawiyah.

“Apasalahnya kamu berdua bercinta. Ramai yang kahwin dengan kawan sendiri. Lagi senang. Sebab dah kenal hati budi masing-masing. Takde banyak masalah.” Datin Hasmah tersenyum lagi.

“Malas nak layan mak. Is nak naik atas dulu,” Iskandar beredar. Beberapa langkah meninggalkan ruang tamu, telefon bimbitnya berbunyi. Ariyana hanya memandang dari ekor matanya.

“Waalaikumsalam. Kejap...” Iskandar berjalan perlahan menuju ke balkoni rumahnya.

“Berborak dengan mak dan ayah saya,” Suara Iskandar tenang.

“Mana ada. Awak yang rindu kat saya kan?” Iskandar tergelak besar mendengar suara si pemanggil menjerit. Ariyana yang baru saja hendak menghampiri Iskandar, berundur selangkah ke belakang. Dadanya berdegup kencang bila mendengar perbualan Iskandar dengan seseorang.

“Okeylah.. tadi mak dan ayah tanya awak. Kenapa tak datang rumah?” Iskandar merenung kepekatan malam. Ariyana berlalu pergi bila dia dapat menangkap dengan siapa Iskandar berbual. Niat untuk meminjam komputer riba Iskandar terbantut. Ariyana berlari ke biliknya. Di situ di menangis sepuas-puasnya.

“Beginikah rasanya orang putus cinta? Inikah yang Farhan rasa bila aku menolak cintanya?” Ariyana bertanya pada diri sendiri setelah tangisnya reda. Ariyana merenung siling bilik. Terbayang wajah Iskandar yang begitu ceria menerima panggilan dari Zawiyah. Ariyana yakin, dia hanya bertepuk sebelah tangan.

“Sedarlah wahai Ariyana. Berpijaklah di bumi yang nyata. Jangan terlalu menaruh harapan yang tinggi pada sesuatu yang kita tidak tahu kesudahannya,” Ariyana terus memujuk dirinya. Hati yang lara perlu diselamatkan sebelum ianya semakin parah.

“Ari...sudahlah. Dia bukan jodoh kau.” Ariyana berbisik sendirian. Terasa kelopak matanya hangat. Dan airmata mengalir perlahan.

“Kenapa dengan aku ni? Takkan aku menangis kerana seorang lelaki yang tidak menyintai aku? Ari..kuatkan hati...kau wanita yang kuat. Jangan mudah mengalah dengan perasaan.” Ariyana menghembus nafas berat. Airmata dikesat dengan tangan.

“Lebih baik aku baca Al-Quran. Supaya hatiku tenang.” Ariyana mengambil wuduk dan bersedia untuk mengaji sehingga hatinya tenang. Ariyana khusyuk sekali mengaji sehingga terasa semua masalahnya berterbangan.

***************************

5 catatan:

epy elina said...

hohohoh....
adehhh...
apa ni....
sy sure is pun sukakan ari...
hmmmm....
is ni lmbap la....
napa x mluah je kat ari...
nnt ari trma irwan bru is gigit jari...
pe pun nak is ngn ari...

MaY_LiN said...

abg is!!!
spoil betulla..
cepatla btau

aqilah said...

adussssssss, apalah is ni lambat sgt nak confront???bersemuka???? apapun, akak followwwwwwwwwwwwwwwww

ainaS said...

ala...kesian ari kn....bilelh diaorg ni nk berterus terang kan....tak sabo nk tau....

nursya said...

ala cian kat ari...
frust tol la...