Followers

Wednesday, June 11, 2014

Relaku Pujuk 51



“Betul ni Mawar?” Aku tersenyum meleret bila di tegur oleh sepupuku.

“Yelah. Aku ni...Jojie,” Jojie tergelak besar. Riuh rendah di dalam rumah itu bila dia bersuara.

“Ya Allah, Mawar. Cantiknya kau pakai tudung. Tergoda aku tau,” Aku pukul bahunya. Tergoda mangkuk tingkat budak ni.

“Tergoda jugak kau rupanya. Aku ingatkan jiwa lelaki kau tu dah hilang,” Dia mencebik. Eleh...ingat cantik ke lelaki buat muka macam tu. Lainlah, kalau suami aku yang buat muka macam tu. Comel je aku tengok.

“Mana kakak kau? Aku nak bagi hadiah kat dia,”

            Hari ini merupakan hari perkahwinan kakak sepupuku dan ini juga kali pertama aku dan Ishamudin hadir ke majlis seperti ini di kampung kami.

“Kat bilik tengah tu. Mawar, mana suami handsome kau tu? Cemburu aku tengok kau kahwin dengan lelaki handsome macam dia.” Aku menjeling tajam pada sepupuku itu.

“Kat bawahlah. Kau jangan nak goda dia pulak. Kalau aku tengok kau goda dia, lepas ni confirm kau tak nak jadi lembut camni lagi,” Dia tersengih.

“Ciss....He's not my type.....but i like him.” Aku mencebik.

“Ye ke? Dah kau puji dia lebih-lebih tadi.”

“Elehhh...Puji sikit pun tak dapat. Kedekut. Tahulah suami dia handsome.”

“Dahlah. Malas aku nak layan kau. Aku nak jumpa Kak Hana ni. Siapa yang hias dia?” Jojie tepuk dada sendiri.

“Akulah. Siapa lagi,” Aku mencebik.

“Jo...bekas air tu bawa ke bangsal tu. Mereka nak guna,” Suara Mak Anjang bergema di dapur. Mak saudara aku yang sorang tu , suara dia memang power tau. Aku tergelak bila Jojie tayang muka marah.

“Okeylah Mawar. Aku chau dulu. Nanti bunyi guruh tu bergema seluruh kampung,” Aku tergelak besar dan mengangguk kepala. Tahu sangat guruh yang dimaksudkannya.

            Langkah diatur ke bilik pengantin. Aku ketuk pintu bilik Kak Hana.

“Masuk,” Perlahan aku tolak pintu bilik tersebut.

“Hai Kak Hana?” Aku melambai tangan padanya.

“Mawar?” Aku angguk kepala.

“Wah!!! Cantiknya. Aku yang nak kahwin atau kau ni?” Aku mencebik.

“Ala...Kakak ni. Ada pula cakap macam tu. Mawar dah kahwinlah. Ni, hadiah untuk kakak dari Mawar dan abang Isham,” Kak Hana menyambut kotak hadiah yang aku hulur.

“Dah ada berita baik ke? Dah lama kamu berdua berkahwin,kan?” Aku mencebik.

“Belum lagilah. Baru je masuk 4 bulan.” Dia angguk kepala. Sekarang aku dah faham soalan-soalan kiasan yang ditanya oleh mereka-mereka ni.

“Seronok ke kahwin ni?” Soalnya padaku. Aku garu kening. Nak jawab apa? Muka Kak Hana macam tak yakin je.

“Kenapa? Kakak nak tarik diri? Dah terlambat tau. Kakak dah kahwin.” Kak Hana mengeluh.

“Kakak takut tak mampu galas tugas sebagai isteri,” Ucapnya tenang. Aku tersenyum.

“Kakak bertuah sebab kahwin dengan lelaki yang memang kakak cinta. Tak macam Mawar,” Aku bersuara perlahan mengingatkan Kak Hana. Dia bertuah sebab, dia berkahwin dengan lelaki yang dia impikan untuk menjadi suami. Mereka dah lama bercinta dan berakhir dengan perkahwinan. Berbeza dengan aku. Terpaksa berkahwin dengan lelaki yang selalu menimbulkan masalah padaku. Kalau berjumpa sahaja mesti ada pertelingkahan. Tetapi itu kisah lama. Sekarang, aku bersyukur kerana dijodohkan dengannya.

“Ye. Kasihan Mawar. Tapi, dia lelaki yang baik,kan? Akak dapat lihat dari cara dia melayan Mawar. Suka akak tengok.” Aku tersipu malu.

“Alhamdulillah. Setakat ni dia memang baik. InsyaAllah dia akan lebih baik kelak.” Kak Hana tersenyum.

“Terima kasih Mawar. Dah lega sikit sebab ada teman berbual. Tadi rasa hendak gila sebab kena tinggal sorang diri kat sini.” Dia tergelak.

            Tidak lama kemudian, Jojie datang membawa kawan-kawannya. Kak Hana geleng kepala melihat gelagat adiknya yang mengalahkan perempuan itu.

“Kak, mereka suruh turun.” Kak Hana berdiri.

“Jojie, tangkap gambar aku dengan Kak Hana dulu. Takut nanti tak sempat nak tangkap gambar,” Aku menghulur telefon bimbitku kepada Jojie.

“Cantik,”

“Terima kasih.”

“Mawar, baik kau blah cepat-cepat. Laki kau dah macam ayam hilang anak aku tengok. Meliar je mata cari isteri dia,” Aku cubit lengan Jojie.

“Yelah..yelah.. Aku blah lah ni. bye, Kak Hana,” Aku cium pipi Kak Hana..

“Jumpa kat bawah nanti. Jangan balik awal sangat. Kita tangkap gambar sama-sama tau.” Aku angguk kepala.

            Mataku meliar mencari kelibat suamiku. Aku gigit bibir bila melihat suamiku sedang duduk di tempat orang mencuci pinggan dan mangkuk kotor serta dikelilingi budak-budak perempuan. Jojie tu, pandai je nak tipu aku. Tengok tu, gembira je dia melayan budak-budak tu.

“Hah..Mawar, Mawar dah makan?” Aku tersentak bila ditegur oleh ibuku.

“Mak, orang belum makan lagi.” Mataku masih memandang Ishamudin yang sedang leka mencuci pinggan mangkuk.

“Jangan nak marah dia. Tadi, takde orang cuci pinggan tu. Salma dan kawan dia je yang cuci. Nasib baik Isham tu rajin nak tolong,” Aku angguk kepala. Budak-budak ni memang macam tu, bila tengok lelaki handsome, baru nak tunjuk rajin.

“Mak, Abang Sham dah makan ke belum? Tadi, Mawar pergi jumpa Kak Hana sekejap. Tak sangka pulak dia nak Mawar temankan.”

“Belum. Sejak datang tadi, mak tengok dia menempel je kat sebelah ayah kamu. Pergilah, ajak dia makan,” Aku angguk kepala. Langkah diatur menuju ke arah suamiku. Tiba-tiba langkahku dihalang oleh seseorang. Bila aku mendongak? Mataku terbeliak.

“Abang Zam!!!” Terus aku peluk tubuhnya erat.

“Isk..Budak ni. Buat malu aku je. Jatuh saham aku bila perempuan tengok,” Aku mencebik.

“Rindunya. Bila abang sampai? Kenapa orang tak bagitahu pun?” Abang Zam tersengih.

“Abang sampai malam tadi. Tapi, sampai ke sini, baru je. Baru lepas jumpa mak dan ayah tadi. Kebetulan ada cuti seminggu, abang terus booking tiket,” Aku tersenyum lebar. Tapi, kenapa mak tak cakap apa-apa pun tadi. Ni mesti Abang Zam dah komplot dengan mak nak surprisekan aku. Aku tarik tangan Abang Zam dan kami duduk di bangsal.

“Abang Zam,” Giliran Salma pulak memeluk Abang Zam. Kemudian dia menyalami tangan Abang Zam.

“Dah besar adik abang ni,” Salma mencebik bila Ishamudin mengusap kepalanya.

“Assalamualaikum,” Aku berpaling ke belakang. Alamak!!! Terlupa pulak cik abang aku ni. Aku berdiri dan menarik tangan Ishamudin menghampiri Abang Zam. Mereka bersalaman.

“Akhirnya jumpa juga kita ni,” Dia angguk kepala.

“Mawar ada buat masalah tak?”

“Biasalah dia ni. Kalau tak buat masalah memang tak sah,” Aku buat muka tak puas hati. Mengata aku depan-depan nampak.

“Dah makan ke belum ni?” Ishamudin geleng kepala.

“Tunggu Mawar tadi. Tapi, lambat sangat. Lepas tu nampak Salma cuci pinggan mangkuk tu dengan kawan dia je. Tu, yang saya pergi tolong,”

“Yelah. Mereka tu, bila nampak Abang Isham, baru nak tolong.” Salma mencebik. Tentu dia bengang.

“Kita makan dulu. Nanti berbual lagi.”

            Aku senang hati bila melihat Ishamudin dan Abang Zam rancak bercerita. Aku pulak di suruh membantu Salma mencuci memandangkan tak ramai orang yang mencuci pinggan mangkuk tersebut.

“Mawar, Kak Hana panggil. Bawak laki kau jugak. Nak tangkap gambar ni,” Aku angkat muka bila mendengar suara garau Jojie. Keluar suara jantan dia bila menjerit macam tu. Perlahan aku cuci tangan dan berjalan menghampiri Ishamudin. Ketika itu dia sedang merenung wajahku. Aku turut sama memandang wajahnya. Saat itu, aku hanya nampak wajahnya. dia tersenyum manis padaku. semakin aku menghampirinya, dadaku berdegup kencang. Jantungku tetap berdegup kencang setiap kali bertentang mata dengannya. Jari-jemariku terus digenggam erat sebaik sahaja aku berada disebelahnya. Aku turut membalasnya. Dia tersenyum senang. Seolah-olah itu adalah tanda kata cinta buat kami berdua.

“Kak Hana nak bergambar dengan kita.” Ucapku perlahan. Dia angguk kepala.

“Abang Zam, kami pergi jumpa Kak Hana dulu ye. Abang ikutlah sekali,” Abang Zam geleng kepala.

“Takpe. Kamu berdua pergilah.” Beberapa orang kampung memandang ke arah kami berdua. Mereka yang baru sampai mungkin tidak mengenali Ishamudin. Rasanya, inilah peluang untuk memperkenalkan Ishamudin pada orang-orang kampung.

“Mawar, berdiri kat belakang tu.” Aku menarik tangan suamiku.

“Mawar tak nampak pulak. Mawar berdiri depan suami Mawar jelah,” Aku ikut je apa yang jurugambar tu suruh. Ketika itu, Ishamudin dengan selamba memeluk pinggangku. Aku tersenyum manis. Suka bila Ishamudin buat begitu.

“Mawar, giliran Mawar dan suami pulak duduk kat pelamin tu.” Kak Hana menolak tubuhku supaya duduk di tempat duduk dia dan suaminya tadi.

“Isk,...malulah kak,” Aku menolak.

“Nak malu apa nye? Kamu berdua tak buat majlis kat kampung ni, ramai yang tak kenal suami kamu tu. Waktu nilah nak bagitahu mereka suami handsome kau tu,” Aku muncung mulut. Aku pandang Ishamudin. Dia jungkit bahu.

“Okeylah,” Aku angguk kepala. Bila teringat tentang budak-budak perempuan yang cuba mengorat suami aku tadi, rasanya, tak salah gunakan majlis Kak Hana ni untuk bagitahu mereka semua, Ishamudin aku yang punya. Hahahhaa.

            Selesai membantu mengemas peralatan kenduri, aku dan Ishamudin balik ke rumah ibuku. Selepas cuci muka, aku rebahkan tubuhku di atas katil. Penat sangat. Kejap lagi nak sembahyang Asar. Aku pejamkan mata sementara menunggu kehadiran suami aku yang sedang menyambung borak dia dengan Abang Zam. Aku buka mata perlahan bila terasa seseorang berbaring disebelahku.

“Abang Zam mana?” Aku bertanya tenang sambil memandang wajahnya penatnya.

Penat sebab seharian membantu mencuci periuk selepas kenduri tadi. Di kampung kami, kami masih bergotong royong jika ada kenduri kahwin. Memasak bersama-sama. Abang Zam balik bercuti seminggu sebelum berlepas ke Lubnan.

“Kat bawah. Tidur agaknya. Penat sangat lepas angkat khemah tadi.” Aku angguk kepala. Perlahan aku peluk lengannya.

“Nakal,” Ishamudin ketuk dahiku bila aku dengan selamba menggigit lengannya.

“Kenapa abang kacak sangat. Mawar cemburu tengok budak-budak tu tengok abang macam nak ditelannya,” Aku melepaskan rangkulanku dan baring mengiring. Nak merajuk sekejap.

“Nak buat macamana. Allah S.W.T dah bagi muka handsome macam ni. Terima jelah. Lagipun, abang tak buat perkara yang bukan-bukan dengan wajah ni. Mereka yang tengok abang. Abang buat tak nampak je. Kat mata abang ni hanya nampak muka isteri abang yang comel ni.” Ishamudin menarik wajahku dan mencium pipiku.

“Abang pakai topeng jelah.” Ishamudin kerutkan dahi.

“Pakai topeng? Kenapa?”

“Tak suka share muka abang dengan mereka tu,” Ishamudin tergelak. Apasal pulak aku jadi kuat cemburu ni.

“Sayang cemburulah ni? Sukanya. Tapi, tak perlulah pakai topeng segala. Yang penting abang tak pandang mereka tu.” Aku berdengus.

“Kalau depan perempuan lain, abang kena tayang muka serius macam abang buat dekat Mawar dulu,” Aku tolak dadanya yang semakin menghimpitku.

“Nanti ada orang jatuh cinta pada abang?”

“Hah!!!”

“Yelah. Dulu abang buat muka serius pun, ada orang jatuh cinta.” Dia tersengih nakal. Aku besarkan mataku. Sengaja nak kenakan aku. Pantas dia mengambil kesempatan mencium mataku.

“Abang ni, lepaslah. Kejap lagi nak solat Asar.” Ishamudin mengeluh. Tapi dia tetap turun dari katil dan dengan pantas dia mencampung tubuhku.

“Ehh!!! Abang, malulah. Nanti mereka nampak.” Aku berusaha turun dari dukungannya. Dia tersenyum nakal tapi tetap melepaskan tubuhku. Kami berjalan selamba ke dapur. Kalau di rumah Ishamudin, bilik air memang terdapat di dalam bilik tidur. Tetapi, di rumah kami ni, bilik airnya di dapur. Semuanya kena kongsi.

            Aku menyalami tangan Ishamudin selepas sembahyang Asar. Ishamudin kucup dahiku. Lama sekali. Pipiku diusap lembut.

“Abang berdoa semoga hubungan kita kekal hingga ke akhir hayat. Dan berdoa semoga zuriat abang lahir  dari perut sayang,” Ucapnya lembut sambil menyentuh perutku. Aku tersenyum bangga. Bangga kerana Ishamudin memberi hak untukku mengandungkan anaknya. Perlahan tanganku menyentuh pipinya.

“In Shaa Allah. Mawar berdoa semoga doa abang dimakbulkan.” Tangannya aku kucup dengan syahdu.

***************************
p/s : Salam sejahtera semua...maaf sebab lambat update new entry... sibuk memanjang... masih ada beberapa bab lagi.. sabar ye... maaf sebab tak balas komen korang kat setiap entry saya... saya suka baca jer... hehehhehe... asalkan pembaca puas hati, saya dah rasa syukur... terima kasih jugak sebab sudi jenguk blog saya ni. 

6 catatan:

MaY_LiN said...

nak lg
comel je dorg ni

Anonymous said...

Sweet~

otak bersawang said...

Like like likeeeeee!!!

Anonymous said...

best + sweet..
nk lgi...

Unknown said...

Assalamualaikum,
saya adalah salah seorang pembaca novel di blog ini. Berminat tak untuk menerbitkan novel sendiri dalam bentuk ebook, untuk dijual terus kepada pembaca?
Jika berminat sila hubungi penulis@appnovella.com untuk penjelasan lanjut

Anonymous said...

Test tu bermaksud ujian..cuba check dalam kamus