Followers

Sunday, January 3, 2010

Kembali Pulang 19

“Tak keluar malam ni?” Pn.Afidah menepuk bahu anak sulongnya. Affan berpaling pada ibunya dan mengeluh berat.

“Tak. Malam ni nak rehat kat rumah je,” Affan memandang ke hadapan semula.

“Kenapa mama tengok, sejak beberapa bulan ni, abang gembira sangat. Macam orang sedang dilamun cinta.” Pn.Afidah tersenyum penuh makna pada anaknya. Affan tertunduk malu.

“Mana ada. Biasa je,” Affan berdalih.

“Ye ke? Siapa perempuan hari tu? Mama ada ternampak abang dan sorang gadis. Cantik orangnya. Bila nak kenalkan dengan mama?” Affan tersentak. Melihat senyuman dibibir mamanya, Affan tiba-tiba mengeluh.

“Bukan saja cantik mama, orangya baik. Kalau mama jumpa dia, tentu mama jatuh sayang pada dia.” Affiah pula menyampuk. Affan berbaring di sofa dan merenung siling.

“Bila lagi nak bawa dia jumpa mama? Mama dah tak sabar nak timang cucu ni.” Pn.Afidah tersenyum ceria. Sudah lama dia ingin melihat Affan berumahtangga dan dia cemburu bila mendengar kawan-kawannya bercerita tentang cucu mereka. Affan mengeluh lagi.

“Aih!!! Kenapa mengeluh? Bergaduh?” Pn.Afidah hairan. Affiah tergelak.

“Kalau mama nak tahu, abang ni dah buat salah kat Mira tu. Dia sekarang dah jadi Affan Akmal. Bukan Affan Ikmal lagi.” Pn.Afidah terkejut. Affan duduk tegak merenung tajam wajah adiknya. Affiah hanya tersenyum sambil angkat bahu.

“Apa maksud adik?” Affiah menghampiri mamanya.

“Abang dah buat kesilapan besar mama. Sebenarnya, teman wanita abang tu, bekas teman wanita abang Akmal. Syamira.” Pn.Afidah tersentak lagi.

“Jadi..... Selama ni, abang tipu dia? Dan, abang tak bagi tahu siapa abang sebenarnya?” Affan geleng kepala. Pn.Afidah geleng kepala dan sangat tidak bersetuju dengan perbuatan anak sulungnya itu.

“Itulah masalahnya mama. Dia nak jumpa mak dan ayah. Maksud abang, mak dan ayah Akmal. Dan, dia kenal mereka.” Affan picit dahi.

“Abang cintakan dia?” Pn.Afidah memandang wajah murung anaknya.

“Tak tahu. Kami hanya berkawan. Entahlah. Abang tak tahu nak....entahlah mama,” Affan mengeluh lagi.

“Maknanya, abang belum bagi tahu dia perasaan abang?” Affan geleng kepala.

“Kalau macam tu, senang sikit. Lebih baik abang bagi tahu dia perkara sebenar sebelum dia dengar dari orang lain.” Pn.Afidah menepuk bahu Affan.

“Bagaimana kalau saya bagi tahu dia, kemudian dia marah dan tak nak jumpa saya lagi?” Affan bertanya bodoh. Affiah geleng kepala.

“Abang buatlah perkara yang sepatutnya. Maksud adik, pikat dia dengan identiti abang sendiri. Bagi tahu dia tentang abang Akmal. Dia tentu faham,” Affiah pula menyampuk. Affan mengeluh lagi. Sanggupkah dia membongkar rahsia tersebut. Dan berhadapan kenyataan yang dia akan kehilangan Mira? Affan peluk bantal dengan erat sekali. Kemudian perlahan dia berlalu menuju ke bilik tidur. Pn.Afidah geleng kepala melihat perubahan sikap anaknya.

***************************

“Mira, kenapa ni? Mama tengok, semenjak kebelakangan ni Mira happy sangat. Ada cerita yang mama tak tahu?” Pn.Hasnah bertanya lembut. Bahu anaknya dipeluk erat. Mira tersenyum malu.

“Entahlah mama. Mira tak tahu nak mula dari mana.” Mira duduk bersila dihadapan mamanya.

“Ok. Mama dengar. Ceritalah. Perlahan-lahan.” Pn.Hasnah tersenyum lembut. Mira tarik nafas perlahan kemudian menghembusnya keluar.

“Mira rasa, Mira dah jatuh cinta.” Mulut Pn.Hasnah ternganga. Mira tergelak melihat reaksi mamanya. Riaksi yang dia sudah jangkakan.

“Tutuplah mulut mama tu.” Mira tergelak. Pn.Hasnah geleng kepala melihat Mira tergelak. Semenjak 6 tahun lepas, Mira seorang yang susah hendak tersenyum. Sepanjang tempoh itu, Mira menjadi seorang yang pendiam dan suka menyendiri.

“Mama tak sangka. Betul ke apa yang mama dengar ni?” Pn.Hasnah bertanya lagi. Rasa tidak percaya dengan berita yang dia dengar.

“Tapi, Mira tak pasti,” Mira senyap. Pn.Hasnah angkat kening. Tidak faham.

“Kenapa? Siapa jejaka bertuah itu,” Mira tersipu malu.

“Kawan lama Mira. Dulu, memang Mira sukakan dia. Perasaan Mira yang dulu dan sekarang ni berbeza, jadi Mira tak tahu yang mana satu betul.” Mira bingung. Pn.Hasnah geleng kepala.

“Mama tak nak masuk campur. Cukup sekadar mendengar masalah Mira kerana mama tak pernah mengalami perasaan tersebut. Mama kenal papa melalui perkahwinan yang diatur dan papa cinta pertama dan terakhir mama.” Mira tersenyum mendengar kata-kata dari mamanya. Memang dia akui, mamanya kurang arif dalam hal perasaan kerana papanya sangat menyayanginya. Walaupun, papanya sudah tiada, mamanya tetap setia dan tidak pernah berniat hendak berkahwin lagi.

“Mama, kenapa mama tak kahwin lagi?” Mira bertanya perlahan. Pn.Hasnah tersenyum.

“Mama tak dapat lupakan papa?” Soalnya lagi. Perlahan Pn.Hasnah usap rambut anak gadisnya.

“Mama tak jumpa lelaki yang lebih baik dari dia.” Ucapnya perlahan. Mira angguk kepala.

“Kenapa orang yang baik selalu pergi awal meninggalkan kita?” Mira bertanya sayu. Pn.Hasnah peluk erat tubuh anaknya.

“Mama tak tahu jawapannya. Kita terima suratan takdir. Mira harus redha dengan ketentuan Tuhan.” Mira mengeluh.

“Okey. Lupakan cerita sedih. Bila nak bawak kawan Mira jumpa mama? Tak sabar nak jumpa bakal menantu mama ni,” Mira tersipu malu.

“Mama....” Mira menjerit halus. Tergelak Pn.Hasnah melihat wajah merah anaknya.

“Mira tak tahu lagi apa sebenarnya perasaan dia pada Mira.” Mira tunduk malu. Selama dia dan Affan kenal, mereka tidak pernah mengucapkan kata cinta. Dari dulu sehingga sekarang.

“Cinta tak semestinya perlu diucapkan. Cukuplah hanya melalui perbuatan dan kita masih dapat merasainya.” Pn.Hasnah peluk bahu anak gadisnya.

“Nampaknya anak mama dah jatuh cinta.” Mira tersipu malu.

***********************

5 catatan:

::cHeeSeCaKe:: said...

cmne erk perasaan mira klu tau affan bkn akmal..??
akmal da mati ker??

Unknown said...

agak2 apa yg terjadi ye...tungguuuuuuu

Anonymous said...

dialog terakhir tu..mcm pernah sy dgr...tk salah citer Suara Kekasih hehehe...

Unknown said...

ye ke...tak perasan pulak.....

Yong said...

habis la ikmal....
mira pun ada perasan jugak perbezaan akmal n ikmal ni ye..