Followers

Monday, November 29, 2010

Jangan Kau Pergi 13


“Ibu, ibu belum tidur?” Nurina bertanya lembut pada si ibu yang masih termenung merenung album lama tersebut.

“Belum mengantuk lagi ni. Ina pergi lah tidur,” Hafiya tersenyum pada Nurina. Nurina angguk kepala kemudian merebahkan kepalanya di atas bantal. Hafiya menutup album lama tersebut dan berjalan perlahan menghampiri pintu bilik. Perlahan pintu bilik di buka.

Hafiya memandang sekeliling rumahnya. Namun, bayangan Elman tidak kelihatan. Dia mengeluh. Sekali lagi Elman balik lambat. Dia bimbang dengan keselamatan Elman. Semenjak balik dari rumah keluarganya, Elman semakin menjauhkan diri darinya. Elman juga tidak sudi memandang wajahnya. Bermain dengan Alif pun, dia tidak sudi. Hafiya terasa hati dengan kelakuan Elman. Dia harus bertentang mata dengan Elman.

Bunyi pintu di tolak dari luar mengejutkan Hafiya yang sedang termenung di kerusi. Hafiya terus berdiri dan berjalan laju menuju ke pintu. Wajah suram Elman menyapa matanya.

“Awak lapar?” Soalnya ramah sambil mengambil buku-buku yang dibawa oleh suaminya. Elman terus mendiamkan diri. Tangan Hafiya yang menyentuh lengannya ditepis kasar.

“Awak dah makan? Kalau belum, saya panaskan lauk untuk awak,” Hafiya bersuara lagi sambil tersenyum. Diluar sedar, dia rindukan suara dan senyuman lelaki itu. Elman berdengus kasar dan terus berlalu ke biliknya. Hafiya mengekori langkah kaki Elman menuju ke bilik lelaki itu. Dia terus menanti dengan sabar Elman bersuara. Elman menanggalkan pakaiannya dihadapan Hafiya. Hafiya tersentak dan hampir pengsan, namun sempat dia mengawal diri. Dia tidak mahu mengalah. Kali ini, biar apa pun yang Elman lakukan dia akan terima dan berusaha memujuk Elman supaya memaafkan dirinya. Ketika Elman memungut pakaiannya untuk dicuci, pantas sekali Hafiya menyambar pakaian kotor tersebut.

“Apa awak nak buat ni? Bagi balik pakaian saya tu.” Hafiya melarikan tangannya. Elman pandang wajah Hafiya yang masih tidak berganjak dari biliknya.

“Sayakan isteri awak, ini kerja saya,” Hafiya bersuara sambil tersenyum manis.

“Saya masih mampu buat semua ini. Awak tak payah nak menyibuk,” Elman cuba merampas pakaiannya namun Hafiya lebih pantas dan berlari keluar dari bilik menuju ke bilik air dan merendam pakaian kotor tersebut.

“Apa awak buat kat dalam tu?,” Elman menjerit kuat sambil mengetuk pintu bilik air. Hafiya tersenyum dan terus mencuci pakaian Elman tanpa menghiraukan jeritan suaminya. Setelah hampir 15 minit mencuci, Hafiya keluar sambil tersengih melihat wajah kelat Elman.

“Okey dah siap.” Elman menjeling sekilas wajah Hafiya. Dia merasa pelik. Nampaknya Hafiya semakin berani. Sebenarnya dia juga rindu hendak bercakap dengan Hafiya. Selama seminggu dia cuba menjauhkan diri dari Hafiya namun tidak berjaya. Hafiya seperti telah mengikat dirinya. Setiap kali wajah manis itu menyapa ruang matanya. Rasa risau kerana membiarkan Hafiya menguruskan rumahtangga mereka. Tetapi kerana sakit hati, dia tega membiarkan Hafiya bersusah payah menghantar kuih muih ke kedai Kak Piah. Tanpa pengetahuan Hafiya, Elman mengekori dari belakang dan sentiasa menjaga dirinya tak kira apa saja yang dia lakukan. Elman sendiri rasa keliru, mengapa perlu dia mengambil berat tentang Hafiya. Sudah ada rasa sayangnya untuk wanita itu?

*************************

Hafiya melipat pakaian Elman yang berlambak di atas katil. Hafiya berazam untuk memujuk Elman semula. Rasa terasing bila Elman tidak menegurnya dan langsung tidak memandang wajahnya. Baju-baju Elman sudah diseterika dan disangkut kemas didalam almari lelaki itu. Hafiya menilik jam di atas meja suaminya.

“Mana pulak dia pergi. Biasa dia dah balik,” Jam menunjukan pukul 12 tengah malam. Hafiya memandang sekeliling bilik Elman. Dahulu bilik itu adalah biliknya dan semenjak Elman berpindah ke situ, bilik tersebut menjadi bilik suaminya. Hafiya mengeluh.

“Huhhhh...Suami? Kenapa nasib aku tak sabaik orang lain,” Bisiknya perlahan sambil tangannya memeluk bantal peluk. Perlahan tangannya menyentuh cadar tilam yang menjadi tempat Elman beradu. Perlahan Hafiya merebahkan dirinya di atas tilam tersebut. Mata pulak tiba-tiba terasa sangat mengantuk dan akhirnya Hafiya tertidur.

****************************

“Mana pulak minah ni? Biasa dia tunggu aku balik. Takkan baru seminggu dah mengalah,” Elman bersuara perlahan. Matanya liar memerhati ruang tamu rumah tetapi hampa. Kebiasaannya Hafiya menunggu dirinya di situ.

“Kempunanlah aku nak tengok muka dia yang comel itu,” Elman mengeluh. Langkah diatur menuju kebiliknya. Beberapa langkah kemudian, Elman menghentikan langkahnya dan berjalan perlahan ke pintu bilik Hafiya. Pintu bilik sedikit terbuka memudahkan Elman mengintai. Tapi beberapa saat kemudian dia geleng kepala.

“Ahh...tak baik mengintai. Walaupun isteri sendiri,” Elman akhirnya kembali kebiliknya. Lampu bilik dipasang. Elman tersentak bila matanya terpandang sekujur tubuh sedang berbaring di atas tilamnya. Perlahan Elman menjenguk ingin melihat siapa yang sedang berbaring di atas tilamnya.

“Err....Fiya? Kenapa dia tidur kat sini?” Elman duduk disisi isterinya. Lama wajah Hafiya direnung. Wajah yang bersih tanpa sebarang noda itu sungguh mempersonakan. Rambut hitam berkilat serta panjang dan terurus. Kening pula terbentuk cantik dan alis mata yang hitam biarpun tidak terlalu panjang tapi tetap kelihatan cantik. Mata Elman beralih pula pada bibir nipis yang sentiasa basah itu. Sesiapa sahaja yang memandang pasti akan terpesona dengan dua ulas bibir itu. Elman telan liur bagi mengusir niat jahat yang mula mengetuk pintu mindanya.

“Apa aku dah buat ni, Astaghfirullahalazim.” Elman beristighfar panjang. Menyesali diri yang terlalu mudah tergoda.

“Tapi, dia isteri aku. Aku boleh buat apa saja yang aku suka pada dia. Dan, dia tidak boleh menolak.” Elman berbisik sendirian. Perlahan dia mendekatkan wajahnya ke wajah Hafiya. Niatnya ingin menyentuh bibir isterinya. Hampir dan semakin hampir, namun Elman menghentikan perbuatannya bila menyedari Hafiya mula bergerak. Sepantas kilat Elman berdiri dan pura-pura menanggalkan baju. Hafiya menggeliat dan menguap kemudian dia menggosok matanya. Elman mencuri pandang setiap perbuatan Hafiya. Kemudian dia tergelak dalam hati. Kalaulah Hafiya tahu niatnya sebentar tadi, betapa malunya dia saat itu.

“Awak dah balik?” Hafiya duduk tegak dan merenung wajah Elman yang selamba menanggalkan pakaiannya.

“Ye. Apa awak buat kat bilik saya ni? Bilik awak tu dah penuh?” Elman berkata sinis. Hafiya garu kepala yang tidak gatal.

“Saya tertidur tadi selepas melipat pakaian awak. Awak dah makan?” Hafiya bertanya ramah sambil tersenyum. Dia masih belum mengalah untuk memujuk Elman. Elman berdengus kasar.

“Saya kenyang. Dah, tak payah nak menyemak kat bilik ni. Pergi bilik awak sendiri.” Elman membelakangi Hafiya. Pada masa yang sama perut Elman tiba-tiba berbunyi. Elman sentuh perut sendiri. ‘Perut ni, kenapa pulak berbunyi waktu-waktu terdesak macam ni,’ Elman terus buat selamba.

“La. Kalau kenyang, habis tu, kenapa perut tu berbunyi? Awak lapar ye? Nanti saya panaskan lauk,” Hafiya mendongak ke arah Elman. Tersentak Elman bila merasakan Hafiya begitu dekat dengannya.

“Ehhh...Kenapa dengan awak ni? Apahal terjenguk-jenguk ni.” Spontan tangan Elman menolak dahi Hafiya yang begitu hampir dengan dadanya. Hafiya tersenyum.

“Kalaupun awak marahkan saya, apakata awak makan dulu. Saya janji, saya tak ganggu awak makan.” Hafiya angkat jari kelingkingnya. Elman berdengus kasar dan segera berlalu setelah menyangkut kain tuala ke bahunya. Hafiya mengekori langkah Elman ke dapur.

“Awak mandi dulu. Saya panaskan lauk ye.” Hafiya terus menuju ke meja makan untuk memanaskan semula makanan tersebut. Sebelum Elman sempat masuk ke bilik air, Hafiya menghalang laluannya.

“Tunggu dulu.” Elman memandang wajah Hafiya dengan riak pelik.

“Apa lagi ni? Saya nak mandi pun susah. Pengacaulah awak ni,” Hafiya tetap tersenyum. Kemudian dia berlari ke dapur dan datang semula menghampiri Elman sambil membawa bekas air panas.

“Untuk apa ni?” Hafiya meletakan air panas tersebut ke dalam baldi.

“Tak baik mandi waktu malam. Jadi saya sediakan air panas untuk awak. Taklah sejuk sangat,” Setelah selesai tugasnya menyediakan air mandian untuk Elman, Hafiya kembali ke dapur. Elman hanya memerhati setiap kelakuan Hafiya. Sungguh Elman tidak percaya dengan apa yang berlaku didepan matanya ketika itu. Inikah Hafiya yang lemah lembut itu? Kenapa tiba-tiba dia menjadi seorang yang kelam-kabut.

“Apalagi yang termenung kat situ? Nak saya tolong mandikan?” Hafiya bertanya sambil tergelak halus. Elman tersentak dan berdengus kasar lalu terus masuk ke dalam bilik air. Hafiya tergelak kecil.

“Tak sangka pulak dia ni kuat merajuk,” Hafiya geleng kepala. Setelah selesai memanaskan lauk, Hafiya duduk dimeja makan sementara menunggu Elman mandi. Hafiya gosok mata yang semakin memberat. Namun dia berusaha untuk menahan rasa mengantuk. Beberapa kali kepalanya hampir terkena meja kerana terlalu mengantuk.

Elman keluar dari bilik air sambil menggosok rambutnya dengan kain tuala. Mata dihalakan ke meja makan. Elman geleng kepala melihat isterinya sedang enak tidur.

“Degil sangat. Sampai tertidur pulak dia,” Elman menghampiri Hafiya yang sudah tidak sedarkan diri dengan kepala di atas meja.

“Fiya...Fiya pergi masuk bilik,” Elman sentuh tolak bahu isterinya. Namun Hafiya langsung tidak bergerak.

“Aihhh...langsung tak sedar? Tadi cepat pulak dia sedar. Sekarang langsung tak sedar. Kalau aku letak bom kat tepi telinga dia, agak-agak tinggi mana dia melompat ye?” Elman sempat merepek.

“Ehh...Apa pulak yang aku merepek ni. Macamana nak buat ni?” Elman garu kepala. ‘Dukung je lah. Bukan berat mana pun dia tu,’ Satu suara tiba-tiba bergema di kepala Elman. Elman toleh kiri kanan. ‘Bukan sebab dia berat. Kalau tiba-tiba dia terjaga?’ Elman menjawab sambil merenung wajah Hafiya yang jelas keletihan itu. ‘Kalau dia terjaga, dia tak dapat nak kata apa. Kau tu suami dia.’ Elman berperang dengan kata hatinya. Akhirnya Elman ikut kata hati. Perlahan tubuh Hafiya di angkat dan dibawa ke biliknya. Setelah meletakkan Hafiya dia atas tilam, barulah Elman tersedar bahawa dia tersalah bilik.

“Apa hal pulak aku bawa dia ke bilik ni?” Elman tepuk dahi. Sekali lagi dia mencampung tubuh Hafiya ketika dia hendak berdiri, kakinya tersangkut pada cadar tilam dan akhirnya mereka terjatuh kembali ke atas tilam. Hafiya mengaduh kesakitan bila terasa badannya ditimpa seseorang. Bulat matanya bila melihat Elman sedang menindih tubuhnya. Elman gugup dan terus berundur ke belakang. Hafiya peluk tubuh sendiri.

“Apa awak nak buat ni? Nak ambil kesempatan ye?” Tuduhnya tanpa memandang wajah serba salah Elman.

“Ehhh...Mana ada. Awak jangan nak merepek. Saya tak buat apa-apa pun. Saya..saya nak hantar awak ke bilik awak tadi,” Hafiya mengintai wajah merah suaminya.

“Habis tu, kenapa saya ada dalam bilik awak? Awak pulak tak...” Hafiya malu hendak menatap Elman yang masih tidak berbaju itu. Elman berdiri tegak bila menyedari dirinya masih berkain tuala. Tiba-tiba kain tuala yang dipakainya terlepas dan pada masa yang sama Hafiya memandang kearahnya.

“Ahhhhh...” Hafiya menjerit perlahan dan terus menutup mukanya. Elman terus menarik kain tuala tersebut dan membelakangi isterinya.

“Lebih baik awak balik bilik awak sekarang,” Hafiya berdiri dan terus berlari ke biliknya. Pintu bilik dikunci dan Hafiya bersandar disebalik pintu. Hafiya pejam mata bila mengingatkan kejadian yang memalukan itu. Jantungnya berdegup kencang. Beberapa saat kemudian dia gigit bibir menahan gelak yang hampir terlepas. Bila merasakan ketawanya hampir pecah, Hafiya terus meniarap di atas tilam dan ketawa sepuas hati disebalik bantal. Hafiya termenung lagi. ‘Kacaknya dia bila sedang malu. Ahhh...aku pula yang terasa malu. Malunya.’ Hafiya bergerak ke kiri ke kanan. Semalaman dia tidak dapat tidur.

Elman pula tepuk dahi sendiri. ‘Kenapalah aku ikut sangat kata hati tadi? Ahhh...malunya,’ Bisiknya sendirian. Setelah berkemas, Elman keluar dari bilik dan berjalan perlahan menuju ke dapur. Walauapapun, perut mesti di isi. Dia sudah kebuluran sebab seharian tidak makan.

************************

11 catatan:

Unknown said...

suke,,,suke,,,suke,,,
suke sgt,,,

MaY_LiN said...

nak lagi..

hana_aniz said...

hahahaha. kelakar! nk lagi! bila la time romantica diorg ni? haih

fatim fatimah said...

lamanya bru ada smbungan

hahaha kelakar giler dan romantik,,cpt smbung

pipvz devil said...

auww..sekse you..haha..malu..malu..malu..mne nk sorok muke 2...

Ibu HaFiz said...

sweet... malu... kelakor...

hahahahah... action speaks louder than words....

suker 3x!

Anonymous said...

menarik...seronok sanagt...
nak lagi....

Unknown said...

sy sendiri baca pun rasa nak tergelak....kalau kena caranya, fiya boleh jd terlebih nakal dan selamba...hehhehe..elman pulak, macho tapi pemalu..

Unknown said...

tetiba fiya pon ada watak pompuan nakal

nursya said...

hahahaha...
lawak tol la...

Anonymous said...

nak lg..cpt smbung yer..