Followers

Tuesday, July 10, 2012

Relaku Pujuk 9






“Mawar, saya nak jumpa awak balik kerja nanti.” Aku tersentak. 

“Ahhhh!!! Jumpa? Tentang apa tu Encik Haikal?” Aku buat muka blur. Yelah, seawal pagi lagi dah tegur aku. Takkan nak ungkit pasal kejadian bulan lepas. Waktu dia kena tinggal kat pawagam tu, aku tak sempat nak minta maaf kat dia sebab, keesokan harinya, dia berlepas ke Korea. Dia baru je balik petang semalam.

“Jumpa saya kat guard room. Saya tunggu awak kat situ tau.” Aku kerutkan dahi. Bahaya ni. Jumpa kat guard room, macam nak bawak aku keluar je. Aku muncungkan mulut.

“Kenapa kat sana? Kenapa tak dalam pejabat?” Aku bertanya sambil memandang wajahnya.

“Saya ada sesuatu nak berikan pada awak. Ole-ole dari Korea. Jangan lupa tau. Saya tunggu,” Aku angguk kepala perlahan. Dia tersenyum dan berlalu.

            Aku membuat kerja dengan tekun. Niat untuk menghabiskan kerjaku berkobar-kobar sekarang ni. Malas nak layan orang sekeliling. Lagipun, sekejap lagi rehat.

“Mawar, aku tengok kau semakin glamor sekarang.” Aku angkat muka bila mendengar Kak Onah berkata begitu. Glamor??

“Maksud akak?” Aku buat muka blur. Sekarang masa rehat tengahari. Kami semua baru habis makan. Sekarang sementara menunggu masa rehat habis, kami duduk melepak di loker sambil makan makanan ringan.

“Aku dengar kau pernah keluar dengan En.Haikal, betul ke?” Kak Kate pula bertanya.

“Keluar dengan Dong Jun?” Mereka semua tahu aku memanggil En.Haikal dengan nama itu. Lebih senang untuk mengelak dari pekerja lain tahu siapa yang aku maksudkan. 

“Ala...hari tu, kebetulan terserempak dia kat Spring. Jadi dia pun join saya dan kawan saya,” 

Pada masa itu, aku dapat rasakan seseorang sedang menghampiri kawasan kami. Perasaan yang sama aku rasa bila berada dekat dengan Ishamudin. Aku lihat mereka merenung tajam. Seolah-olah tidak percaya dengan kata-kataku.

“Sham, nak pergi mana tu?” Aku terdengar Kak Onah menegur seseorang. Aku tidak mahu berpaling pada lelaki itu. Sejak dia dan adiknya menghantar aku balik ke asrama bulan lepas, aku semakin cuba untuk menjauhkan diri darinya. Nampaknya hari ini, aku tidak berjaya mengelak. 

Kebiasaannya, bila aku sempat melihat kelibatnya melintasi meja kerjaku, aku cepat-cepat menyorok di bawah meja. Kali ini tidak sempat sebab terlalu asyik berborak tadi.

“Nah!!! Isha suruh bagi kat kau,” Aku tersentak bila sebuah kotak berada dihadapanku. Pantas aku mendongak memandang wajahnya dengan wajah blur.

“Apa ni?” Aku bertanya pelik.

“Entah.” Dia terus berlalu setelah aku menyambut hulurannya tanpa sempat aku bertanya apa-apa. Aku membelek kotak tersebut.

“Agaknya, dia letak bom, tak?” Aku letak kotak tersebut ke bawah. Mereka semua pandang mukaku dengan riak tak puas hati.

“Bom? Budak ni. Apasal pulak dia nak letak bom? Otak ni asyik fikir benda buruk ye.” Kak Kate tolak kepalaku. Aku tersengih. Apa-apa jelah Isha ni.

“Kak, mana hadiah Mawar?” Aku lihat mereka berlima kerutkan dahi.

“Hadiah? Kenapa cari Hadiah? Bukan kau dan dia bermusuh ke?” Giliran aku pula kerutkan dahi.

“Hadiah apa pulak? Owhhh...Bukan Hadiah tu. Maksud orang hadiah. Gift. Ala..hari ini kan hari lahir Mawar.” Aku tergelak bila teringat pasal Hadiah. Mereka ingat aku bertanya tentang Hadiah a.k.a tunang Ishamudin tu.

“Owhhh...Ingat kau dah kena sampuk, tiba-tiba bertanya tentang Hadiah. Manalah kita orang tahu, hari ni hari lahir kau.” Kak Ita geleng kepala. Mereka yang lain angguk kepala.. Aku buat muka tak puas hati.

“Mawar, kau kenal adik Sham?” Aku tersenyum. Alamak!!! Aku lupa nak cerita pada mereka.

“Kenal. Kami sebaya.” Aku menjawab sambil berusaha berlagak tenang. Kalau mereka tahu Ishamudin pernah hantar aku balik ke asrama, tentu mereka akan paksa aku bercerita dari A sampai Z. Malaslah nak bercerita tentang lelaki tak berperasaan tu.

“Macamana boleh kenal? Setahu aku, adik Sham tu sambung belajar kat UITM. Macamana boleh kenal?” Aku hanya tersengih.

“Bekas sama sekolah dulu.” Akhirnya aku tipu mereka. Mereka angguk kepala.

“Agaknya dia bagi hadiah kat kau. Dia suruh abang dia bagilah tu. Bestfriend lah tu. Sampai ingat bagi hadiah.” Aku angguk kepala dan tersenyum. Kuat betul ingatan Isha, tak silap aku, masa kami berdua keluar seminggu selepas perkenalan kami, dia minta tarikh lahir aku. Katanya nak tahu siapa yang lahir awal. 

“Bukalah. Tengok, apa yang dia bagi.” Aku muncungkan mulut.

“Mana boleh buka kat sini. Hadiah dia yang bagi kat Mawar, kenalah buka kat asrama.” Aku menjawab sambil tersengih. 

“Kami semua belanja Mawar makan hari ini sebagai hadiah. Nak tak?” Aku tersenyum lebar.

“Errmmmm...ok.” Aku tayang muka cute. 

“Tapi minum petang dan makan malam, je. Sarapan pagi dan makan tengahari dah terlepas.” Aku angguk kepala. Tak kisah sebenarnya. Asalkan bersama mereka semua, itu sudah mencukupi. 

**************************

“Nah!!!” Aku tersentak bila En.Haikal menghulur kotak hadiah padaku.

“Apa ni?” Aku bertanya pelik sambil membelek kotak hadiah tersebut.

“Bukalah.” Aku goncang kotak tersebut. Tiada bunyi. Namun ianya berat. Apalah yang dia bagi kat aku ni. Aku terus membuka kertas pembalut tersebut dan melihat isinya.

“Wah!!!!,” Terbeliak mataku bila melihat isinya. CD drama Korea.

“Terima kasih. Betul, ke semua ni untuk saya?” Aku bertanya teruja. Dia angguk kepala.

“Buah tangan dari Korea. Dan, saya dengar hari ini hari lahir awak. Jadi kiranya itu sebagai hadiah hari lahir. Kalau nak bawa awak keluar, memang tak dapat. Cukuplah bagi hadiah tu, yang penting awak suka.” Aku tersenyum lebar dan angguk kepala.

“Terima kasih En.Haikal.” Ucapku sekali lagi. Seronok betul dapat hadiah tersebut. Tak sangka dia bawa hadiah khas untuk aku. Seronok pulak bila ada orang bagi hadiah kat kita. Mataku terpaku pada seseorang.

“Terima kasih je?” 

Aku tersentak dan berpaling semula memandang wajah En.Haikal. Aku tersenyum padanya. Sesekali mataku mencuri pandang  ke satu sudut. Kenapa muka dia masam mencuka? Dia memang tak pernah senang hati jumpa aku. Asyik tayang muka serius dia tu. Ingat handsome ke? Tapi, memang handsome pun.

“Err...En.Haikal nak apa? Kalau En.Haikal nak hadiah, saya belum gaji lagi.” En.Haikal tergelak.

“Awak ni. Hari ni hari lahir awak. Kalau saya ajak awak keluar boleh tak? Bawak kawan awak sekali.” Aku tersentak. 

“Erkk..Keluar dengan En.Haikal? errmmmm...tak naklah. Nanti abang saya marah,” Terus terang aku aku cakap. Abang aku memang tak suka aku keluar dengan lelaki yang ada kereta ni. Nanti senang orang nak bawa aku lari. En.Haikal tersenyum.

“Rugilah ye. Kalau tak, dapat jugak kita keluar makan-makan.” Aku tersenyum. Sekali lagi aku mencuri pandang ke satu arah. Lelaki itu masih memandang ke arah kami sambil itu dia berjalan. Seketika kemudian aku ternampak dia terhantuk dinding kilang. Aku menyembunyikan senyum. Kasihan dia, itulah, suka sangat nak skodeng aku dengan En.Haikal sampai terlanggar dinding. Bila menyedari kesilapannya, lelaki itu terus berjalan laju meninggalkan kawasan tersebut.

“Kenapa?”

“Errr..Takde apa-apa. En.Haikal. Saya nak balik ke asrama ni. Terima kasih untuk hadiah ni. Lain kali saya belanja tau. Tapi, makan kat dewan makan kilang jelah. Dan, minta maaf sebab tinggalkan En.Haikal bulan lepas,” Aku tersengih. En.Haikal geleng kepala. 

“Takpe. Saya faham. Janji tau belanja saya.” Aku angguk kepala. 

“Okeylah. Saya nak balik ni. Awak pun baliklah.” Aku angguk kepala dan berlalu. 

Sekali lagi aku berpaling dan melambai padanya. Aku berlari anak-anak ke loker untuk menyimpan kasut kerja. Ketika keluar dari kawasan loker, aku terlanggar seseorang.

“Kau ni buta ke apa? Asyik langgar orang ye,” Aku tersentak. Terasa seperti jantungku berhenti berdegup. Eleh..mengata orang. Yang dia terlanggar dinding tadi, celik sangatlah tu. Dinding yang sebesar itu pun dia langgar. Aku menyembunyi gelak. Perlahan aku mendongak memandang wajahnya. Terdapat kesan biru didahinya. Kasihan pulak tengok dahi dia yang membengkak itu. Tentu kuat dia terlanggar dinding tadi.

“Err...Awak...ermmm..,” Aku keluarkan minyak angin cap kapak dari poket baju kerja ku dan menghulur padanya. Aku memang sentiasa simpan sebotol minyak angin cap kapak di dalam poket baju kerja, kerana ada masanya, bila mata mengantuk, aku akan letak sedikit minyak angin tu ke kepala.

“Sapu kat dahi tu.” 

Arahku sambil sebelah tanganku menyentuh dahi. Wajahnya merona merah. Malu mungkin. Tanpa banyak bicara, terus dia merampas minyak angin cap kapak itu dan berlalu. Aku berpaling melihat langkahnya. Namun, beberapa langkah kemudian dia berpaling.

“Terima kasih...Errr..kau...”Aku angkat kening padanya.

“Selamat hari lahir.” 

Aku tersentak. Ishamudin terus berlalu. Errr....dia ucap selamat hari lahir kat aku? Dia tahu hari ini hari lahir aku? Sukanya. Errr...Apahal aku suka? Aku geleng kepala dan berpaling untuk mengucap terima kasih. Namun, aku hampa, dia telah pergi tanpa sempat aku ucap terima kasih. Ishamudin. 

Huhhhh!!! 

Perangai dia memang tak boleh dijangka. Aku terus berlari pulang ke asrama. Tak sabar nak kongsikan cerita best ni dengan Sitah. Tentu dia gelak sampai jatuh katil kalau dia tahu Ishamudin ucap selamat hari lahir kat aku. Macam-macam hal berlaku sejak kebelakangan ni. 

**********************************

2 catatan:

MaY_LiN said...

uh..
sapa punya angkara tu

nursya said...

ish ish ish...
abis rosak nama minah kilang...
nie suma gara2 tlampau bsosial sgt la nie...
aper nk jd nieh...