Followers

Monday, October 22, 2012

Relaku Pujuk 13




“Yon? Zubaidah? ” Aku kerutkan dahi melihat ibuku menyapa seseorang.
“Saptuyah?” Mak angguk kepala. Tersenyum lebar wanita tersebut. Mereka berpelukan dan saling mencium pipi. Aku hanya melihat dengan riak pelik mak aku dan wanita tersebut.
“Kau apa khabar?”
“Aku baik je. Lama tak jumpa. Makin cantik kau sekarang. Ni siapa?” Mak cik yang bernama Zubaidah a.k.a Yon itu memandang kearahku. Nama dia dan nama panggilan dia tak sesuai langsung. Apa kaitan Zubaidah jadi Yon? Peliklah. Ibuku tersenyum sambil menarik tanganku.
“Ini Mawar. Anak aku yang nombor dua bongsu. Yang bongsu masih sekolah. Yang ini dah bekerja. Mawar, salam dengan mak cik ni. Ini sepupu mak. Dah lama kami tak jumpa,” Sepupu? Berapa ramai sepupu mak ada ye? Aku tetap menyalami tangan Mak cik Yon. Dia tersenyum manis. Wajahnya mengingatkan aku pada seseorang. Tapi siapa ye?
“Cantiknya. Umur berapa tahun?” Dia bertanya.
“Tahun depan 20 tahun.” Aku menjawab sopan.
“Sebaya Isha lah ni. Kamu berdua je?” Isha? Takkanlah. Kebetulan je tu. Aku amati wajah wanita dihadapanku itu. Rancak sekali mereka berbual bertanya khabar masing-masing.
“Anak aku yang sulong tadi hantar kami berdua ke pasar ni. Lepas tu mereka balik. Suami dia ada hal. Kau pulak. Seorang diri?” Mak cik Yon geleng kepala.
“Aku dengan anak bujang aku. Mana pulak budak ni. Tadi dia kata nak ke tandas.” Aku turut sama memandang sekeliling. Mataku terpaku pada seraut wajah yang sangat aku kenal datang menghampiri kami.
“Mak..” Aku tersentak bila mendengar lelaki tersebut memanggil wanita disebelah ibuku dengan panggilan mak. Mak dia? Aduh!!! Kecilnya dunia ni. Siapa sangka musuh ketatku itu ada pertalian darah dengan kami.
“Sham. Kenalkan, ini sepupu mak. Dah lama kami tak jumpa. Yah, ini anak bujang aku. Anak dara aku yang bongsu tu, masih belajar di UITM. Anak kau ni sama umur dengan anak dara aku tu,” Aku lihat dia menghulur tangan pada ibuku. Betullah dia ni mak Isha. Alamak!!! Kalau dia tahu aku berkawan baik dengan Isha, panjang lebar celoteh mereka kelak. Tak sangka pulak kami terserempak kat sini. Sudah lama juga aku tak nampak dia di kilang sejak insiden dia tersentuh tangan aku hari tu. Macamana nak nampak, kalau dengar nama dia, aku terus menyembunyikan diri. Tak sudi nak tengok dia. Erkk... ye ke. Mana-manalah.
“Handsome orang bujang kau. Dah kahwin?” Aku tutup mulut menahan gelak bila melihat wajah Ishamudin yang merona merah itu. Malu agaknya.
“Ahhh!! Kebetulannya. Jemputlah datang ke majlis dia. Dia kahwin hujung bulan ni. Sekarang ni, kami berdua sedang membeli belah untuk majlis tu kelak.” Aku melirik sekilas ke arahnya. Timbul rasa tak senang hati bila mendengar dia hendak berkahwin. Kenapa harus ada rasa macam tu. Aku tak suka dia. Dia tak suka aku. Aku tarik nafas perlahan. Aku membuang pandang ke arah lain bila menyedari Ishamudin memandangku. Sedarlah wahai hati, dia bakal berkahwin dengan perempuan lain. Jangan pernah berfikir tentangnya.
“Ye? Tahniah!!” Mak cik Yon tersenyum.
“Yah, kau ada hal lagi ke? Apa kata kita singgah makan dulu. Dah lama tak jumpa kau ni. Dah dekat 20 tahun rasanya. Anak kita ni dah besar panjang. Kau masih tak berubah,” Aku terkejut. Lama juga mereka tak berjumpa. Aku pandang wajah mak. Janganlah setuju. Mak, Mawar nak balik. Tak selesa betullah berada dekat dengan mamat ni. Ishamudin sejak dari tadi asyik mencuri pandang kearahku. Entah apalah yang menarik minat dia untuk memandang kearahku. Bila aku memandangnya, cepat-cepat dia larikan wajahnya. Tak faham betul. Memang patut pun Kak Diah marahkan dia. Lelaki memang macam tu. Dah ada tunang pun masih nak cuci mata. Aku mencebik bibir bila Ishamudin memandangku sekali lagi.
“Ye ke? Bolehlah. Lagipun, aku dan Mawar takde hal lagi.”
Aku tunduk lemah. Mak ni, terus je sutuju tanpa tanya dulu kat anak dara dia ni. Aku hanya berani kutuk dalam hati je. Mak cik Yon terus menarik lengan ibuku dan mereka berjalan pantas meninggalkan aku dan Ishamudin dibelakang. Maklumlah hampir 20 tahun tak jumpa. Agaknya last mereka jumpa masa mereka mengandungkan aku dan Isha. Memang lama dah tu. Aku dan Ishamudin hanya mendiamkan diri dan mengekori dari belakang. Begitu rancak sekali mereka berbual tanpa menghiraukan anak mereka dibelakang ni. Sebaik sahaja sampai di sebuah restoran berdekatan, mereka berdua terus mencari meja kosong.
“Mawar, mari. Jangan malu-malu. Bukan orang lain. Keluarga kita jugak ni.” Aku tersenyum dan angguk kepala. Kami berempat menjamu selera dalam suasa yang tenang.
“Yah, kau dah ada pengalaman dalam hal nikah kahwin ni,kan? Boleh tak kau temankan kami beli keperluan untuk majlis kahwin anak aku ni?” Aku terbatuk. 3 pasang mata memandang ke arah ku.
“Mawar, kenapa?”
Aku geleng kepala menjawab soalan ibuku itu. Aku sempat menangkap senyum sinis dibibir Ishamudin. Ketawakan akulah tu.
“Tak mengapa ke? ” Mak pula bertanya. Mak!!! Aduh!!! Bala..Bala.
“Aku berterima kasih sangat kalau kau sudi temankan aku.” Mak angguk kepala lagi. Huh!!! Macam mana nak mengelak ni.
“Mawar ikut sekali. Manalah tahu Mawar dapat jodoh dalam masa terdekat ni. Sekurang-kurangnya Mawar dah ada pengalaman dalam membeli keperluan untuk majlis kahwin Mawar kelak.” Aku kerutkan dahi. Tak naklah aku kahwin awal sangat. Aku belum puas lagi membujang.
“Tapi Mawar tak nak kahwin awal sangat.” Aku menjawab laju. Mereka bertiga tergelak. Aku salah cakap ke?
“Mak Mawar ni, dulu umur macam Mawar ni, dia dah kahwin tau.” Aku tersenyum. Takkan nak membantah pulak. Dah kenyataan mak aku kahwin awal.
“Budak zaman sekarang ni, bukan macam kita dulu-dulu. Ni, anak dara bertuah aku ni, memasak pun dia tak pandai. Macamana nak berkahwin?” Mereka tergelak lagi. Aku mencebik bibir. Mak ni, aku ni anak dia. Sesedap rasa je, dia kutuk anak dia sendiri walau hakikatnya, aku memang tak pandai memasak pun.
“Nanti dah kahwin, orang berlajarlah memasak tu.” Aku menjawab selamba. Aku menjeling tajam ke arah Ishamudin yang sedang menyembunyikan gelak. Tunggulah kau. Kejab lagi aku bagi hadiah kat kau. Suka sangat gelakkan aku. Aku tahulah kau gembira nak berkahwin. Kenapa tak bawa tunang kesayangan kau tu. Ishamudin terus merenungku sehingga membuatku merasa serba tak kena.
            Selepas makan, kami berempat berjalan seiringan menuju ke kedai peralatan perkahwinan.
“Mawar suka bunga warna apa?” Mak cik Yon bertanya sambil memeluk lenganku.
“Errrr...Mawar tak kisah.” Aku menjawab gugup. Apahal pula tanya pendapat aku. Bukan aku yang nak kahwin. Aku berpaling memandang wajah selamba Ishamudin berdiri tidak jauh dari ibunya.
“Kalau Mawar nak tahu. Dulu, kami berdua berjanji nak kahwinkan anak-anak kami. Supaya hubungan kami semakin erat. Kalaulah, kita berjumpa awal, tentu mak cik pinang Mawar untuk Ishamudin.” Aku pandang wajah Ishamudin yang merona merah itu. Begitu juga wajahku. Terasa panas membahang. Nasib baik aku tak jadi kahwin dengan dia. Kalau tidak, memang huru hara hidup aku. Yang penting, nasib baik mereka tak tahu yang kami saling mengenali.
“Takpe, Yon. Anak dara kau masih ada. Anak bujang aku pun masih ada.” Mereka ketawa lagi. Aku tersenyum kelat. Tak nak aku kahwin dengan lelaki sombong ni. Belagak. Aku menjeling sekilas wajah lelaki yang dari tadi mendiamkan diri disebelahku. Walaupun rasa tak selesa sebab dia asyik menempel kat sebelah aku. Terpaksalah aku bertahan demi menjaga nama baik ibuku. Pelik betul dia ni, dari tadi nak menempel kat sebelah aku sampai aku nak cuci mata pun tak dapat. Tidak jauh dari tempat kami, berdiri beberapa orang lelaki. Salah seorang dari mereka sudah beberapa kali menghulur senyum padaku. Aku yakin, kalau Ishamudin tidak ada disebelahku, dia akan datang berjumpa denganku. Saham sedang naik katakan. Setiap kali aku pandang wajahnya, lelaki itu tersenyum. Aku membalasnya.
“Anak dara aku tu susah sikit. Anak bongsu. Asyik melawan cakap aku je. Susah nak paksa dia. Yang ini, mendengar kata.” Mak angguk kepala. Mendengar kata? Werkkk.. aku buat muka tak puas hati. Depan mak dia, pijak semut tak mati. Belakang mak dia, perangai entah macam apa. Bukan nak tegur orang, nak pandang sebelah mata pun dia tak sudi. Huh!!! Boleh jalanlah. 
            Aku berjalan keluar dari kedai tersebut. Aku berpaling bila Ishamudin turut sama mengekoriku.
“Kenapa awak tak masuk dalam tu. Tolong mak awak pilih.” Benci betul kat dia ni. Orang nak cuci mata pun tak dapat. Lagipun, bukan ada kaitan dengan aku. Sepatutnya, lelaki kat sebelah aku ni bawa tunang dia pilih barang-barang untuk majlis kahwin mereka.
“Suka hati akulah nak berdiri kat mana. Bukan aku ganggu kau pun,” Selamba dia bagi jawapan yang menyakitkan hati.
“Siapa cakap tak ganggu? Awak dah menghalang jodoh saya tau. Dari tadi lelaki handsome tu senyum kat saya. Nak datang dekat pun dia takut bila tengok awak asyik menempel kat sebelah saya ni.” Dia tergelak dan turut sama memandang ke arah lelaki yang masih memerhati kami. Ishamudin tersenyum sinis.
“Huh!! Harapkan muka handsome. Kalau dia nak kat kau, tentu dia datang jumpa kau sekarang jugak. Kalau setakat tengok dari jauh, maknanya dia hanya cuci mata.” Erk...Macam tu ke?
“Mana awak tahu?”
“Aku ni lelaki jugak. Kalau aku nak seseorang tu, aku akan pinang dia terus.” Aku mencebik.
“Bajet bagus sangat.” Kutukku. Aku terus berlalu masuk semula ke dalam kedai. Ishamudin mengekori langkahku. Satu persatu perhiasan di dalam kedai tersebut aku sentuh. Bekas cincin untuk bertunang itu menarik perhatianku. Warna ungu muda. Nanti, kalau aku kahwin, aku nak letak cincin dalam bekas tu.
“Kau suka?” Aku tersentak. Aku angguk kepala.
“Kau suruhlah Asran atau Haikal belikan untuk kau,” Aku gigit bibir. Sempat pulak dia nak kenakan aku.
“Apa awak merepek ni?”
“Kenapa? Tak tahu nak pilih yang mana satu?” Arghh...geramnya. Kalau tak kerana mak aku dan mak dia ada di situ, memang aku hadiahkan penumbuk padanya.
“Mulut awak tu, jaga sikit tau. Nanti tak pasal-pasal, awak kahwin dengan saya. Baru padan muka awak.” Ucapku berani. Dia tersenyum sinis.
“Lagi aku suka kalau kahwin dengan kau. Sebenarnya kau kecewa sebab tak dapat kahwin dengan aku,kan? Lagipun, hari tu kau mengaku sukakan aku. Kalau kau sudi, aku tak kisah pun kahwin dengan kau. Tapi jadi yang nombor 2.” Aku berdengus kasar mendengar ucapan dari bibir Ishamudin. Sengaja nak sakitkan hati aku.
“Huhhhh..Tak ingin saya nak kahwin dengan awak. kalau kat dunia ni takde lelaki lain, saya rela tak berkahwin.” Aku menjawab selamba. Wajahnya merona merah.
“Ye ke? Tapi kenapa aku nampak kau macam kecewa je. Ayat kau mula-mula tadi tu macam nak ajak aku kahwin je.” Aku menjeling tajam wajahnya yang selamba itu. Tangannya membelek bekas bunga telur dihadapan kami. Aku turut sama membeleknya. Kecewa? Ada kot. Tapi, sikit je.
“Cantik.” Tanpa sedar kami berdua memuji bekas bunga telur tersebut membuatkan Mak cik Yon menghampiri kami berdua.
“Kamu berdua berkenan dengan warna ni?” Kami berdua angguk kepala serentak. Bila tersedar perbuatan kami, aku cepat-cepat beredar menghampiri ibuku.
       Setelah selesai membeli barang keperluan untuk majlis tersebut, kami sedia untuk beredar.
“Terima kasih. Sila datang lagi.” Kami angguk kepala.
“Tahniah atas pernikahan encik dan cik. Semoga bahagia ke akhir hayat.” Aku dan Ishamudin saling berpandangan. Dia ucap tahniah kat aku? Aku mencebik.
“Bukan mereka yang nak kahwin. Anak lelaki saya ni dengan tunang dia. Yang ini anak saudara saya.” Mak cik Yon menyampuk. Jurujual tersebut tersipu malu. Kalau orang lain tengok pun, pasti akan berkata begitu. Yelahkan. Kami berempat keluar bersama. Kadangkala kami berdua serentak geleng kepala bila ada sesuatu yang ditunjukkan pada kami. Semua barang yang dibeli mengikut citarasa kami berdua. Tentulah mereka salah faham. Tapi, kenapa citarasa aku dan dia sama? Malas nak fikir. Hati masih sakit dengan kata-katanya ketika kami berada di dalam kedai tadi.
Sepanjang perjalanan menuju ke kereta, aku mendiamkan diri.
“Jangan lupa. Datang awal. Sebagai balasan sebab dah lama tak jumpa. Kau kena bermalam di rumah aku sebelum majlis bermula.”
Selepas selesai membeli belah, Ishamudin menawarkan diri  menghantar aku dan ibuku pulang.

*********************************
p/s  : maaf sebab terpaksa buat semua menunggu....

3 catatan:

Anonymous said...

nti n314 cepat post tau. hihi...

Unknown said...

anonymous...
huhuhu..insyaAllah..line tetenet tak brapa ok sebab tu tak dpt nak post selalu. kat ofis pulak..bz memanjang..

MaY_LiN said...

ei..nakal la isham ni..
babap kang..
suka la tu