Followers

Thursday, November 26, 2009

Pilihan Hati 2

“Segar rasanya bila sudah mandi,” Shila menggosok rambutnya yang masih basah itu.

“Dah lama aku tak balik ke sini ye? Dah dekat 3 tahun, kan?” Ariyana memandang sekeliling bilik yang masih tidak berubah itu.

“Ye. Bilik ni, mak tak kasi kami semua masuk. Kecuali Kak Timah, sebab dia yang bersihkan bilik kau ni,” Shila menerangkan pada Ariyana. Ariyana mengeluh perlahan.

“Kenapa mak dan ayah baik sangat kat aku ye? Sedangkan aku…..Sedikit pun tidak menghargainya,” Ariyana berkata kesal.

“Yelah. Aku pun hairan. Kenapa mereka baik sangat kat kau? Kadangkala, aku rasa mereka lebih sayangkan kau dari aku,” Shila memandang keluar rumah. Ariyana menoleh ke arah Shila.

“Errrr..Aku minta maaf, jika kerana aku, kau kurang kasih sayang dari mereka,” Ariyana berasa serba salah. Shila tergelak.

“Kau ni. Aku gurau jelah. Mereka memang macam tu. Lagipun, mak dan ayah aku tu dah berjanji dengan mak dan ayah kau supaya menjaga kau sehingga menjadi orang yang berguna. Dulu pun, kita selalu berkongsi kasih mak dan ayah kau. Bila mereka takde, mak dan ayah aku kan ada,” Shila memeluk bahu Ariyana. Ariyana merasa terharu kerana punya keluarga angkat yang penyayang seperti keluarga Shila.

“Jum. Turun makan. Nanti bising pulak mulut mak. Tadi dia dah marah aku. Tuduh aku tak bagi kau makan. Katanya, kau kurus sangat,” Ariyana muncung mulutnya.

“Betul ke aku kurus?” Ariyana berpusing-pusing dihadapan cermin.

“Ala…..mak tu, bukan kau tak kenal. Dia dah lama tak nampak kau. Dulu badan kau berisi. Pipi macam ni,” Ariyana tergelak bila melihat pipi Shila mengembang.

“Sekarang dah lain. Tergoda lelaki tengok. Kalau dulu takde selera,” Ariyana tergelak besar.

“Shila…Shila…” Shila jungkit bahu dan berjalan perlahan menuju ke pintu. Ariyana mengekori dari belakang.

**************************

“Ingatkan dah lupa nak turun makan. Hari-hari berjumpa pun masih tak jemu nak berborak? Tak bagi peluang mak nak berborak dengan Ari,” Shila muncung mulutnya bila mendengar suara ibunya.

“Apalah mak ni. Mak tak rindu kat Shila?” Shila bersuara manja. Datin Hasmah tergelak melihat gelegat manja anak bongsunya itu.

“Cemburulah tu. Tadi kata tak cemburu.” Ariyana tolak bahu Shila. Datin Hasmah tersenyum. Terhibur dengan gelagat anak-anak gadis dihadapannya.

“Yelah. Makanlah. Mak masak istimewa untuk kamu berdua.” Datin Hasmah mempelawa mereka menjamu selera.

“Shila dan Ari bila lagi nak kenalkan mak dengan teman lelaki korang berdua?” Shila dan Ariyana terbatuk. Tidak menyangka soalan pertama Datin Hasmah adalah berkenaan lelaki.

“Mak!!!!!! Kenapa tanya soalan macam tu. Lambat lagilah,” Shila berdengus.

“Kenapa dengan soalan mak tu? Oiiiiii….Ingat sikit. Umur kamu berdua tu, bukannya semakin muda. Bila lagi masa yang sesuai nak cari jodoh?” Ariyana dan Shila hanya terkebil-kebil bila dimarahi oleh Datin Hasmah. Ariyana menongkat dagu kat atas meja.

“Mak, orang zaman sekarang ramai yang kahwin lewat. Mak jangan risaulah tentang kami berdua. Belum sampai seru lagi,” Shila bersuara lemah. Ariyana angguk kepala menyetujui kata-kata Shila.

“Ari….dah jumpa bakal suami?” Ariyana geleng kepala.

“Atau kamu berdua memang tak mencari? Betulkan?” Ariyana tersenyum kelat.

“Nak mak tolong carikan?” Datin Hasmah tersenyum penuh makna ke arah anak-anak gadis dihadapannya itu. Ariyana dan Shila serentak menggeleng kepala.

“Takpelah mak. Belum sampai seru lagi. Nanti kalau ada tak ke mana,” Ariyana menjawab sopan.

“Ari,susah..susah je. Apa kata Ari kahwin dengan Abang Is?” Ariyana tersentak mendengar cadangan Datin Hasmah itu. Sudu yang dipegangnya terjatuh. Mulutnya ternganga. Tidak menyangka cadangan itu keluar dari mulut Datin Hasmah. Shila tergelak sakan.

“Eiiiii..Tak nak mak. Lagi pun Ari tak suka kat Abang Is,” Ariyana bersuara jengkel. Datin Hasmah tersenyum. Ariyana hairan bila melihat Shila semakin kuat ketawa.

“Siapa yang nak kahwin dengan kau. Aku pun tak suka,” Ariyana tersentak bila mendengar suara garau dibelakangnya. Ariyana tunduk memandang pinggannya. Datin Hasmah tersenyum melihat wajah kelat Ariyana dan wajah tegang Iskandar. Iskandar segera berlalu meninggalkan mereka.

“Mak!!!!!!!. Malunya. Tentu Abang Is marah,” Ariyana bersuara kesal.

“Mak gurau je tadi. Tapi tak sangka pulak Ari cakap macam tu.” Ariyana garu kepala yang tidak gatal.

"Sombong. Sekarang kat tak suka. Nanti bila dah suka baru padan muka,” Shila mengejek sahabatnya. Ariyana menjeling tajam Shila yang masih tergelak besar. Datin Hasmah geleng kepala melihat mereka berdua. Jauh di sudut hati, dia berdoa semoga Iskandar dan Ariyana menyukai sesama sendiri.

***********************************

“Kau tak nak tidur? Aku dah mengantuk ni,” Shila menutup mulutnya yang sudah beberapa kali menguap.

“Sekejap. Temankan aku tengok cerita ni. Aku belum lagi pernah tengok ending nya tau. Aku takut tengok sorang-sorang,” Ariyana menarik tangan Shila yang hendak beredar. Sudah seminggu mereka tinggal dirumah tersebut. Ariyana masih ingin menonton cerita hantu bertajuk ‘The Eye’.

“Aku nak pergi ambil bantal dulu,” Shila menarik tangannya. Ariyana memeluk bantal kecil itu hampir menutup mukanya. Tiba-tiba Ariyana melompat dan berlari ke tangga dan terlanggar seseorang. Mereka berpelukan agak lama. Degupan jantungnya semakin laju. Ariyana menggigil ketakutan sehingga otaknya tidak dapat berfungsi dengan baik. Beberapa minit kemudian, Ariyana menyedari sesuatu. Perlahan dia menolak tubuh yang sedang erat membalas pelukannya. Bila dia mendongak, sepantas kilat tangannya menolak tubuh orang yang sedang memeluknya itu. Ariyana terus berlari masuk ke bilik.

“Malunya,” Ariyana menyembam mukanya di atas bantal.

“Tentu dia ingat aku ni perempuan yang bukan-bukan,” Ariyana berkata sendirian.

************************

“Wah!!! Lambatnya bangun. Matahari dah tegak kat atas kepala baru nak bangun,” Iskandar membebel. Matanya meliar mencari kelibat seseorang. Shila menguap malas dan melentokan kepalanya di bahu Iskandar. Iskandar geleng kepala melihat gelagat adiknya itu.

“Semalam tidur lambat. Tu, si Ari, penakut, tapi nak juga tengok cerita hantu,” Shila menerangkan pada abangnya. Iskandar tersenyum kecil bila mengingatkan kejadian semalam. Wajah pucat Ariyana masih jelas dimatanya.

“Abang, bila abang nak kahwin?” Soal Shila selamba. Tersentak Iskandar dibuatnya. Kepala Shila yang berada dibahunya ditolak kasar.

“Kenapa sibuk je pasal abang ni? Kalau Shila nak kahwin, kahwin jelah. Kita pulak yang dia bimbangkan. Ingat, umur Shila tu semakin meningkat,” Shila muncung mulutnya.

“Abang ni, orang tanya je, itu pun nak marah.” Shila mencebik.

“Mak pun dah marahkan adik dan Ari. Dia pun suruh kita orang cari calon. Kalau tak, dia nak tolong cari. Abang bayangkanlah, macamana rupa bakal suami kami yang mak nak kenalkan tu.” Shila tersenyum. Iskandar turut sama tersenyum.

“Tapi, pilihan orang tua selalunya okey. Mereka kan lebih tahu menilai seseorang. Rasanya tentu bukan lelaki sembarangan.” Iskandar tersenyum memandang wajah kelat adiknya. Shila muncung mulutnya.

“Jadi, abang sukalah, kalau adik kahwin dengan orang yang adik tak kenal? Adik tak kisah sangat. Tu, Ari, ada ke orang nak kat dia dan adik dia? Kalau ada pun, tentu hanya nakkan si Ari. Adik dia macamana?” Shila membebel. Iskandar merenung wajah marah adiknya.

“Kenapa pulak adik nak marah? Takkan dia nak terima orang lain dalam hidup dia macam tu aje? Kalau dia sanggup terima lelaki lain dalam hidup dia tanpa mempedulikan perasaan adiknya, dia memang seorang yang pentingkan diri.” Iskandar berkata tegas. Shila angguk kepala.

“Tak ada sesiapa yang akan menghalang kita untuk mencapai bahagia jika niat kita betul. Yang penting, jangan pentingkan diri sendiri,” Shila angguk kepala mendengar nasihat dari abangnya.

“Abang takkan biar Ari dan Arif menderita. Kita saja ahli keluarga yang mereka ada,” Iskandar berkata tenang. Shila angguk kepala.

**************************************

3 catatan:

Hana_aniz said...

citer baru ni menarik!!
sambung2..

MaY_LiN said...

xpe..
abg is blh jg ari ngan arif

iman batrisya said...

best3 keep it up