Followers

Friday, December 17, 2010

Jangan Kau Pergi 14

Dua minggu lagi cuti hujung tahun. Elman termenung. Hubungannya dengan Hafiya semakin dingin. Bukan dia masih marahkan isterinya itu, dia hanya inginkan perhatian Hafiya. Dengan merajuk barulah isterinya mengambilberat tentang dirinya. Keadaan bilik guru agak lengang memandangkan sekarang masa rehat. Elman menoleh ke pergelangan tangannya.

“Apa dia buat sekarang ni ye?” Elman mengelamun. Teringat kejadian yang memalukan dia beberapa minggu lepas membuatkan wajah Elman merona merah. Selepas kejadian itu Elman berusaha menjauhkan diri dari Hafiya. Hafiya juga seperti mengelak diri dari bertembung dengannya. Sekarang, Elman resah, takut Hafiya semakin jauh darinya.

“Kenapa dengan aku ni?” Elman bersandar lesu.

“Cikgu Elman, tak keluar makan?” Elman tersentak mendengar suara halus menegurnya. Elman menoleh ke tepi. Wajah Cikgu Mastura menyapa matanya.

“Saya dah makan nasi lemak yang isteri saya bekalkan pagi tadi.” Elman menjawab sambil tersenyum. Bukan dia tidak tahu niat si gadis. Semenjak Mastura datang mengajar di sekolah tersebut, dia mula merasa rimas. Ke mana sahaja dia pergi, gadis itu cuba mendekatinya. Sampaikan beberapa orang guru mula memandang serong padanya.

“Bertuah Cikgu Elman kita ni, kat rumah ada isteri cantik, kat sekolah pulak ada gadis cantik yang mengambilberat.” Terdengar suara Cikgu Hamid mencelah. Guru-guru yang lain tersenyum. Mastura pula tersenyum simpul. Nampaknya, gadis muda ini memang berani.

“Aduh!! Cikgu Hamid, yang kat rumah tu tak terlayan, ini kan pulak nak cari yang lain. Tu namanya cari penyakit.” Elman bersuara sambil tergelak. Wajah Mastura berubah kelat.

“Beruntung perempuan yang kahwin dengan Cikgu Elman ni.” Cikgu Foziah pula menyampuk. Mastura semakin panas hati. Semenjak sampai disekolah tersebut, orang pertama yang menegur dirinya adalah Elman. Sangkanya cikgu muda itu masih bujang. Bila dia dapat tahu Elman sudah berkahwin, dia simpan sahaja rasa sukanya itu. Tetapi bila mendengar berita bahawa Elman berkahwin kerana terpaksa, dia tanpa segan silu menunjukkan minat pada Elman.

“Bila lagi nak tambah rakyat cikgu? Dah lama kahwin, takkan belum ada tanda-tanda lagi,” Elman tersenyum.

“Belum ada rezeki cikgu.” Elman bersuara perlahan. Mereka yang lain hanya ketawa.

“Kau ni Hamid, biarlah, orang muda macam Cikgu Elman ni, sekarang masih lagi musim honeymoon. Lagipun, anak segera dah ada,” Riuh sekali di dalam bilik guru dengan gurau senda mereka. Mastura mendiamkan diri. Terasa hati dengan kata-kata guru-guru yang lain. Wajah Elman yang berseri-seri itu juga menambahkan rasa tidak puas hatinya. Wajah itu langsung tidak menunjukan perkahwinannya bermasalah. Mungkinkah perempuan itu sudah menguna-gunakan Elman?

****************************************

Hafiya mengoncang tubuh kecil Alif namun masih tiada perubahan. Hafiya mula risau. Dia teringatkan Elman. Kalaulah lelaki itu ada di rumah, tentu Elman akan membantunya. Jam di tangan di pandang. Elman masih mengajar. Lagipun, dia tidak tahu bagaimana hendak menghubungi Elman memandangkan dia tidak menyimpan nombor telefon lelaki itu. Hafiya terus berlari ke bilik dan mencapai kain tudungnya dan beg tangan. Terus tubuh kecil itu di dukung dan di bawa. Agak kelam kabut Hafiya mengunci pintu rumah.

“Mak cik Senah...ooo...Mak Cik Senah...” Hafiya menjerit dari kaki tangga. Mak cik Senah menjenguk di jendela.

“Kenapa Fiya?” Hafiya berusaha menahan airmatanya dari jatuh ke bumi.

“Tolong bagitahu suami saya, saya nak ke klinik bawa Alif. Dia demam,” Hafiya bersuara sebak. Mak Cik Senah angguk kepala.

“Teruk ke demam dia?” Mak Cik Senah turun ke bawah menghampiri Hafiya dan terus menyentuh dahi Alif.

“Panasnya badan dia. Cepat Fiya, bawa dia ke hospital. Takut perkara lain pulak terjadi.” Hafiya angguk kepala dan terus berlari menuju ke jalan besar untuk menunggu bas. Alif sudah sedar, namun masih belum dapat bersuara. Matanya juga masih belum dapat di buka. Hanya tangannya bergerak sedikit. Dalam hati Hafiya berdoa semoga anaknya selamat.

“Ya Allah Ya Tuhanku selamatkanlah anakku ini. Hafiya berdoa sepanjang jalan menuju ke perhentian bas. Airmata semakin mengalir laju menuruni pipinya bila hampir 5 minit menunggu bas atau teksi. Hafiya semakin tidak keruan. 10 minit kemudian Hafiya menyedari Alif pengsan lagi.Tangisannya sudah tidak dapat dikawal lagi. Ketika Hafiya hampir patah semangat, sebuah kereta berhenti betul-betul dihadapannya. Seorang lelaki keluar dari kereta tersebut dan menghampiri mereka berdua.

“Fiya...” Hafiya angkat muka. Sebaik sahaja terpandang wajah lelaki yang menegurnya, Hafiya jatuh terduduk namun sempat di sambut oleh lelaki tersebut.

Kenapa ni? Hafiya sudah tidak mmpu berkata apa-apa lagi. Hanya tubuh kecil anaknya ditunjukan pada lelaki tersebut.

“Ailf kenapa? Pengsan?”Hafiya angguk kepala. Tanpa berlengah lagi, lelaki tersebut memapah Hafiya masuk ke dalam kereta.

***************************************

Elman dan Nurina berjalan laju menuju ke wad kecemasan. Sebaik sahaja sampai di perkarangan rumah, Mak Cik Senah terus menyampaikan berita yang mengejutkan itu. Mereka berdua terus bergegas ke hospital. Elman kerutkan dahi bila melihat Hafiya ditemani oleh seorang lelaki yang dia tidak kenal. Nurina melepaskan tangannya dan berlari menghampiri Hafiya dan lelaki tersebut. Elman semakin pelik bila melihat Nurina memeluk erat tubuh lelaki tersebut. ‘Siapa lelaki tu?’ Fikiran Elman semakin berserabut.

“Ina bila sampai? Mana...”

“Ehemm...” Hafiya mendongak dan matanya bertembung pandang dengan mata Elman. terus dia berdiri dan mengesat airmatanya.

“Aaa...Abang dah sampai,” Hafiya gugup seketika. Elman kaget mendengar Hafiya memanggilnya dengan panggilan abang. Matanya terus beralih ke wajah lelaki yang sedang merenung dirinya sedari tadi.

“Kenapa tak bagi tahu abang?” Bisiknya perlahan ke telinga Hafiya. Wajah Hafiya merona merah.

“Ehemmm..” Elman dan Hafiya berpaling ke arah lelaki yang sedang memeluk Nurina. Wajahnya penuh tanda tanya. Hafiya tersenyum kelat. Lelaki tersebut berdiri berhadapan dengan Elman. mereka saling berpandangan. Dan pandangan mereka penuh dengan riak ingin tahu dan sedikit tegang. Hafiya terus berdiri di antara mereka.

“Abang, kenalkan ini suami Fiya.” Hafiya berkata perlahan. Elman menghulur tangan untuk bersalam.

“Elman,” Elman memberitahu namanya.

“Arif. Bekas suami Fiya,” Elman dan Hafiya tersentak. Arif tersenyum.

“Kenapa? Fiya tak bagi tahu yang dia pernah berkahwin?” Arif merasa teruja untuk mengenakan lelaki angkuh dihadapannya itu. Dia cemburu kerana lelaki itu berjaya memiliki Hafiya.

“Dia dah bagitahu. Cuma saya terlupa yang Fiya ni pernah berkahwin. Sebab saya terima dia seadanya.” Elman menjawab tenang. Namun dalam hati dia mengutuk lelaki tersebut. Sudahlah meninggalkan isteri kerana nak kahwin lain, kenapa tiba-tiba ada kat sini. Mungkin Hafiya yang menghubunginya. Pandangan tajam dilemparkan pada isterinya yang sedang tunduk merenung kaki sendiri.

“Alif bagaimana? Apa kata doktor?” Elman mengambil tempat duduk disebelah Hafiya sebelum tangan kasarnya mendarat di bahu Hafiya. Hafiya tersentak namun sempat mengawal emosinya. Dia tidak mahu Arif menyedari masalah dalam perkahwinannya.

“Dia demam panas. Nasib baik dihantar awal. Kalau lambat sikit tadi...” Hafiya mengesat airmatanya. Terus Elman menarik kepala Hafiya dan didekatkan kedadanya.

“Sabar. Kejap lagi oklah tu.” Elman usap kepala Hafiya perlahan. Spontan dia mencium dahi Hafiya dan mengelap airmata isterinya.

“Dah...jangan nangis. Nanti, kalau Fiya sakit, siapa nak jaga Alif?” Hafiya kesat airmatanya dan terus menjarakan diri bila menyedari mereka sekarang berada dihospital.

“Fiya, abang nak bawa Ina pergi makan. Fiya nak pesan apa-apa?” Arif bertanya lembut. Dalam hati di memarahi suami Hafiya yang ternyata menunjuk-nunjuk sayangkan isteri. Hafiya pandang wajah suaminya.

“Abang dah makan?” Elman geleng kepala.

“Takpelah, bang. Kejap lagi Fiya turun makan dengan suami Fiya.” Arif terus berlalu sambil membimbing tangan Nurina. Setelah Arif dan Nurina berlalu, Hafiya menjarakan dirinya dari Elman. Elman tersentak. Mereka terus mendiamkan diri.

“Kenapa tak call abang?” Hafiya pandang wajah Elman dengan riak pelik. Dibiarkan soalan itu berlalu. Otaknya gagal mencerna apa yang Elman lafazkan sebentar tadi.

“Kenapa?” Hafiya geleng kepala.

“Saya tak tahu macamana nak hubungi awak,” Elman menjeling tajam wajah isterinya. ‘Tadi dah elok panggil kita abang, sekarang bersaya awak pulak,’ Marah Elman dalam hati.

“Habis tu, macamana dengan dia? Fiya hubungi dia?” Hafiya hairan, kenapa Elman mesti marah. Lagipun, rasanya tidak salah Arif datang ke sini memandangkan Alif tu anak lelaki tersebut.

“Fiya terserempak dengan dia masa tengah tunggu bas tadi. Nasib baik dia datang. Kalau tak, tak tahulah apa akan jadi kat Alif,” Hafiya benar-benar bersyukur dengan kehadiran Arif. Elman merasakan wajahnya panas. Suhu kemarahan seakan-akan hendak meletup. Apakah kemungkinan besar Hafiya masih berhubung dengan lelaki itu.

“Ye ke? Atau Fiya sengaja telefon dia? Agaknya, Fiya dan dia memang selalu berhubung. Sebelum ni, dia tak pernah pun datang jenguk Fiya dan anak-anak? Kenapa baru sekarang? Memang Fiya yang hubungi dia,kan?” Elman berkata marah. Hafiya pandang wajah tegang suaminya.

“Awak, saya mana ada telefon nak hubungi dia? Kalau saya ada telefon bimbit, memang awak orang pertama yang saya telefon. Lagipun, memang kebetulan kami berjumpa kat station bus tu.” Hafiya bersungguh-sungguh menerangkan perkara tersebut. Elman terdiam seketika. Betul juga. Kenapa di tidak terfikir tentang itu. Memang selama mereka berkahwin dia tidak pernah melihat Hafiya menggunakan telefon bimbit. Rupa-rupanya, isterinya memang tidak mempunyai telefon bimbit.

“Lapar pulak perut ni,” Elman mengubah topik perbualan bila merasakan dirinya bersalah kerana menuduh Hafiya.

“Kalau awak nak pergi makan, pergilah. Nanti saya tunggu Alif kat sini,” Hafiya berkata perlahan. Elman pandang jam di tangan. Pukul 2.30.

“Marilah makan sama-sama. Alif pun masih dalam unit kawalan rapi tu. Rasanya lambat lagi dia keluar,” Hafiya geleng kepala.

“Takpe. Fiya nak tunggu dia jugak. Awak pergilah makan. Nanti awak belikan untuk saya,” Elman pandang wajah isterinya. Lesu tidak bermaya namun tetap cantik. Elman garu kepala sendiri. Kalau dah suka, semua nampak cantik. Terlupa dia sedang mogok untuk menegur isterinya. ‘Sukakah aku pada dia?’ Elman terus berlalu meninggalkan Hafiya.

*****************************

7 catatan:

MaY_LiN said...

aduhai elman..
pujukla fiya tu..

fatim fatimah said...

lma tggu akhirnya ada gak smbungan
tp tak puas lah,,nak lagi,,nak lagi,,hehehe
bla ler dorang nak berbaik nih,,,

Anor said...

aaah lama betul tunggu n3 baru at last ada juga sambungan. bilalah ye mereka akan sedar masing-masing sudah jatuh cinta antara satu sama lain. cepat sambung ye...

Anonymous said...

betul 2...akhirnya dapat juga baca sambungannya...xp x puas la sikit...
nak lagi...

nursya said...

ala elman nie...
naper lem sgt...
kang si fiya kena kebas ngn si arif baru tau...

Ibu Hafiz said...

Seronoknya..dah ada citer pasal Elman & Hafiya.. rindu bangat sama couple ni..

Elman ni..dalam keadaan terdesak pun masih nak marah Fiya..cepat-cepatlah pujuk Fiya kalau taknak diganggu oleh ariff nanti..

Anonymous said...

bestnya ade entry baru...huhuhu
cepat smbg tau...;)
nk fiya ngan elman cpt2
berbaik...;D