Followers

Sunday, July 18, 2010

Jangan Kau Pergi 4

“Sedapnya bau nasi lemak,” Elman bersedia hendak membuka tudung saji. Sebelum tangannya sampai, dia menghentikan perbuatannya.

“Dia izinkan ke tidak aku makan nasi ni? Nanti tak pasal-pasal, mencuri jadinya,” Elman menelan air liur dan beredar menuju ke muka pintu. Dia memandang sekeliling ruang tamu. Setelah bercuti selama seminggu, hari tersebut merupakan hari pertama dia ke sekolah dari rumah Hafiya. Semalam dia datang lambat setelah mengemas barang yang perlu di bawa ke rumah Hafiya. Elman puas hati dengan kerja pertukangan penduduk kampung tersebut. Dalam masa yang singkat, rumah yang hampir roboh itu kembali tegak. Kos semuanya juga berpatutan.

“Awal jugak dia keluar. Ke mana dia pergi?” Elman bertanya pada diri sendiri. Setelah membetulkan tali kasut, dia terus mengunci pintu rumah. Dia tersenyum bila mengingatkan wajah kelat Hafiya ketika menyerahkan salinan kunci padanya malam semalam. Semalam juga merupakan kali pertama dia bermalam dirumah Hafiya.

“Kunci saya mana? Macamana saya nak masuk kalau kunci tak ada?” Elman bersuara tegas. Hafiya muncung mulutnya. Elman menyembunyikan gelaknya. Perangai Hafiya masih seperti remaja belasan tahun hingga membuatkan Elman tertanya-tanya, bagaimana dia mampu menyara 2 orang anak. ‘Kenapalah lelaki sanggup meninggalkan perempuan dan anaknya ini?’ Bisiknya dalam hati menyesali perbuatan lelaki-lelaki yang tidak tahu menghargai kaum perempuan. ‘Errr…mengata orang, aku sendiri pun macam tu jugak,’ Elman geleng kepala.

“Perlu ke? Saya balik awal. Lagi pun, saya tak pergi mana-mana lepas balik dari kebun,” Hafiya masih enggan menyerahkan kunci tersebut.

“Bagi je lah. Banyak cerita pulak,” Elman merampas segugus kunci dari tangan Hafiya.

“Mana satu kunci tu?” Elman membelek kunci yang berada ditangannya.

“Sini,” Hafiya menarik kunci dari tangan Elman, tetapi, dia hanya berjaya menarik tangan Elman. Hafiya tersentak. Dia tergamam. Elman juga begitu. Terasa terkena kejutan elektrik bila tangan mereka bersentuhan. Dengan pantas Hafiya menarik tangannya semula. Elman menyerahkan kunci tersebut. Membiarkan Hafiya memilih kunci pendua rumah mereka. Ingatanya berterbangan bila dia hampir terjatuh dari tangga kerana terlalu leka.

“Nasib baik tak jatuh. Agaknya dia ke kebun,” Elman tersenyum lagi dan meneruskan perjalanan ke sekolah yang tidak jauh dari rumah Hafiya.

*******************************

Hafiya membuka tudung saji. Dia mengeluh kecewa bila melihat nasi lemak yang ditinggalkan untuk Elman tidak terusik.

“Dia tak sudi nak makan masakan aku ke? Tapi, biasa dia okey je,” Hafiya termenung. Selepas sembahyang subuh, Hafiya menyediakan nasi lemak dan kuih muih untuk di hantar ke kedai. Kemudian dia terus menghantar Nurina ke sekolah dan kembali kerumahnya semula. Semasa dia keluar, Elman masih tidur. Tak tahu samaada lelaki tersebut sudah bangun solat subuh atau tidak.

“Tapi, aku lupa pulak nak pesan dia suruh makan nasi ni? Salah aku jugak, sebab tak bagi tahu dia. Tentulah dia segan hendak makan tanpa kebenaran,” Hafiya geleng kepala. Setelah mengemas rumah, Hafiya membersih halaman belakang rumahnya pula. Tanah di belakang tersebut sangat sesuai jika di tanam sayur-sayuran. Walaupun panas terik, Hafiya tetap tekun membuat batas untuk menanam sayur-sayuran. Sambil itu, dia juga sempat memasak untuk makan tengahari. Setelah penat, Hafiya duduk di tangga untuk menghilangkan lelah.

“Alamak. Dah lambat. Kasihan Nurina..” Hafiya berlari ke dalam rumah sambil membawa Alif.

“Alif tunggu ibu kat sini ye. Ibu nak mandi,” Hafiya mencapai kain tuala dan bergegas ke bilik mandi selepas mengunci pintu rumah.

Ketika Hafiya bergegas hendak ke sekolah, kelihatan Proton Waja memasuki perkarangan rumahnya. Hafiya tergamam. Beberapa minit kemudian, suara Nurina menyedarkan Hafiya dari lamunan.

“Ibu, kenapa ibu lambat? Sakit kaki Ina tunggu ibu kat sekolah,” Nurina mengadu pada ibunya. Hafiya gigit bibir sambil buat muka kasihan.

“Maaf. Ibu leka sangat kat belakang rumah tadi. Maaf ye?” Hafiya memujuk Nurina sambil tangannya memeluk Nurina.

“Yelah…yelah…Ina tak kisah. Lagipun, Cikgu dah tolong hantar. Ibu kena ucap terima kasih kat cikgu sebab tolong hantar Ina balik,” Petah sekali anak kecil itu berkata. Hafiya tersenyum kelat bila melihat Elman menanti ucapan terima kasih darinya. Perlahan Hafiya menghampiri Elman.

“Terima kasih sebab hantar Ina balik,” Hafiya bersuara tenang. Elman jungkit bahu.

“Perkara senang je. Lain kali, tak payah pergi jemput dia. Biar dia balik bersama saya,” Hafiya angkat muka merenung wajah Elman. Tidak percaya dengan apa yang dia dengar.

“Takpe. Saya dah biasa. Saya tak nak menyusahkan awak,” Hafiya menolak. Elman geleng kepala dan berlalu meninggalkan Hafiya yang terpinga-pinga.

“Ina, mulai esok, Ina pergi dan balik sekolah bersama saya ye?” Nurina melonjak riang. Dia terlalu gembira.

“Dapatlah Ina bangun lambat sikit,” Nurina menjerit. Elman pandang wajah kanak-kanak tersebut. Mereka beriringan masuk ke dalam rumah.

“Apa maksud Ina tu? Dapat bangun lambat?” Elman bertanya pelik sambil merenung tajam wajah Hafiya yang sudah merona merah itu.

“Errr….setiap pagi, mereka berdua temankan saya pergi hantar kuih ke kedai. Lepas tu, baru saya hantar dia ke sekolah.” Hafiya menjawab gugup. Elman angguk kepala. ‘Rupanya dia menyara keluarga dengan menjual kuih,’ Bisiknya dalam hati.

“Kalau awak nak makan, saya tolong hidangkan.” Hafiya menanti dengan sabar jawapan dari mulut Elman.

“Kejap lagi. Saya belum sembahyang ni,” Hafiya angguk kepala.



***********************


“Awak…kenapa awak tak makan nasi lemak yang saya letak atas meja tu?” Hafiya bertanya perlahan. Elman yang sedang leka menonton TV menoleh seketika kea rah Hafiya.

“Takpe ke?” Soalnya perlahan. Hafiya tersenyum.

“Saya memang sengaja tinggalkan untuk awak.” Elman garu kepala yang tidak gatal.

“Ingatkan awak tak izinkan saya makan. sebab tu saya takut nak makan.” Hafiya geleng kepala. Elman pula tersenyum.

“Lain kali, tak perlu tunggu saya suruh makan. saya halalkan segala yang ada dirumah ni. Jangan risau,” Elman angguk kepala. Timbul rasa malu kerana bersangka buruk tentang Hafiya.

“Sebelum awak pergi hantar kuih muih tu ke kedai..boleh tak awak kejutkan saya. Pagi tadi saya terlajak tidur tau. Kenapa awak tak kejutkan saya?” Elman pandang wajah Hafiya yang merona merah itu.

“Err....saya ingat awak dah setkan alarm sebab tu saya tak kejutkan awak.” Hafiya garu kepala yang tidak gatal.

“Takpe lah. Lain kali kejutkan saya.” Hafiya angguk kepala. Entahlah kenapa sejak lelaki tersebut hadir dalam hidupnya, Hafiya sering mengalah dalam apa jua perkara yang mereka debatkan.

8 catatan:

fard_kay said...

kikiki...

MaY_LiN said...

fiya da boleh terima elman

hana_aniz said...

progress yg semakin baik. hehe..
bila la diorg ni nk bercinta ye?

ummu_khadijah said...

sy suka jalan ceritanya..

aqilah said...

i follow..................

nursya said...

wah wah wah...
ader tanda2 nk bbaik nie...
hehehe...

Anonymous said...

yes..i like this story..continue ya!

kaira_syuma said...

terima kasih....