Followers

Tuesday, August 7, 2012

Setiaku Di Sini 7



Nazatul termenung melayan perasan. Bosan. Hendak bercakap dengan kambing pun, rasanya dah habis idea. Kambing tu tahu nak makan je. Wajah Nazrin yang kemerahan terkena cahaya matahari menarik minat Nazatul untuk memujuk abangnya balik berehat. Dia bukan tak nak balik sendiri. Abangnya yang tak benarkan. Lebih-lebih lagi bila terpaksa melalui ladang kelapa sawit yang penuh dengan pekerja asing tu. Tak sanggup nak guna jalan tu seorang diri.

“Abang Naz, balik jum… Atul penatlah.” Nazrin kerutkan dahi. Jam dipergelangan tangan di pandang sekilas.

“Masih awal ni.” Nazatul mengeluh.

“Bila lagi nak balik ni. Orang laparlah.” Nazatul buat muka sedih. Manalah tahu abangnya terpujuk.

“Kat pondok tu ada dapur ada beras, pucuk kangkung pun ada tu, kalau nak lauk, kejap lagi abang tangkap udang tu. Atul  masaklah sendiri.” Nazatul gigit bibir. Semua helah tak menjadi. Tapi, dia bukan mengada-ngada. Perut dia memang lapar sangat-sangat sekarang ni. Dengan langkah malas, Nazatul menuju ke pondok. Terpaksa jugak dia memasak sebelum dia mati kebuluran. Baru tak makan satu hari dah macam orang tak makan setahun. Baru sahaja hendak membuka balang beras, Nazatul kaku bila terdengar bunyi kereta. Dalam hati berdoa semoga ada penyelamat datang. Pantas Nazatul menjenguk dari tingkap. Bibirnya menguntum senyum lebar bila melihat kereta Zul Hazmi elok parking di hadapan pondok tersebut.

“Abang Zul datang..ehhh..sejak bila pulak dia jadi abang aku,” Nazatul bercakap sendiri sambil melangkah ke pintu pondok. 

“Zul, ada apa-apa hal ke?” Nazrin menghampiri temannya. Zul Hazmi tersenyum sambil mengangkat bungkusan ditangannya.

“Mak cik kirim bekal ni tadi. Dia cakap, nanti anak dara dia buat hal. Tu yang dia minta tolong saya hantar bekal ni ke sini.” Nazrin memandang wajah kelat adiknya.

“Tengok. Mak dah hantar bekalan lagi. Tak payahlah masak.” Nazatul muncung mulut dan terus berlalu ke dapur. Nazrin dan Zul Hazmi tergelak.

“Macam-macam cara dia nak pujuk aku supaya hantar dia balik.” Nazrin geleng kepala.

“Dia bosanlah tu.” Zul Hazmi dan Nazrin naik ke pondok.

“Atul, ambil bekal ni.” Nazatul mengambilnya tanpa banyak bicara. Nampaknya, niat hendak balik awal tidak kesampaian. Sampai ke petanglah dia duduk berkawan dengan kambing-kambing abangnya.

“Awak memang nak jumpa saya atau mak minta tolong awak tadi.” Zul Hazmi tersengih. Sudah seminggu tidak memandang wajah cantik Nazatul. Tiba-tiba dia rasa rindu. Tapi, takkan nak mengaku yang dia rindukan Nazatul depan abang dia.

“Takdelah. Teringin nak makan udang sebab tu singgah kat rumah awak tadi. Mak cik cakap, kamu kat sini, jadi saya bagitahu dia saya nak jumpa awak kat sini. Jadi, dia kirim bekal tu untuk awak berdua.” Nazrin tergelak.

“Ingatkan apa tadi. Ingatkan awak nak cakap awak rindu kat adik saya tadi. Kalau nak beli udang, mesej jelah. Susah-susah je datang ke sini.” Zul Hazmi terbatuk. ‘Naz ni macam tahu-tahu je apa yang aku rasa. Ketara sangat ke?’ Bisiknya dalam hati. Sesekali matanya melirik ke arah Nazatul yang sedang menghidang makanan untuk mereka.

“Isk… ke situ pulak. Kalau datang sendiri ke sini, mana tahu dapat harga murah.” Ayat cover diri. Nazrin angguk kepala. Senyum kecil terukir dibibirnya. Jelas sekali itu hanya alasan. Sebelum ini pun, bila Zul Hazmi membeli udang darinya, dia memang bagi harga yang paling murah. Kadang-kadang, dia bagi free. Nazrin tersenyum.

“Abang, makan.” Mereka berdua berpaling memandang wajah cemberut Nazatul. Zul Hazmi kerutkan dahi. Nazrin tergelak halus. Tahu sangat yang adiknya sedang marah.

“Kenapa dengan dia tu?” Zul Hazmi bertanya sebaik sahaja Nazatul masuk semula ke dalam pondok.

“Merajuk sebab tak dapat balik awal. dia dah boring lama-lama kat sini. Kambing tu je yang sudi berkawan dengan dia. Macamlah kat rumah tu ada kawan. Budak tu memang macam tu.” Zul Hazmi tergelak. Kadangkala Nazrin agak tegas dengan adiknya. Nazatul pula kadangkala seperti kanak-kanak. Mudah merajuk dan mudah juga dipujuk.

            Nazatul mendiamkan diri. Menjadi pendengar setia pada Nazrin dan Zul Hazmi. Selesai makan, Nazatul mengemas bekas-bekas tersebut dan mencucinya. Nazrin dan Zul Hazmi berlalu ke luar pondok.

“Kenapa tak benarkan dia balik?” Zul Hazmi bertanya sebaik sahaja mereka berdua duduk di bawah pokok nangka.

“Saya tak nak biarkan dia balik seorang diri. Lalu kat kawasan kelapa sawit tu. Memang saya tak benarkan.”

“Kenapa?”

“Takdelah. Kat situ sunyi. Dah jadi tempat budak-budak nakal buat benda tak elok. Kalau saya biarkan Atul balik sorang diri, bimbang pulak ada yang berniat jahat padanya.” Zul Hazmi angguk kepala.

“Macam tu. Terpaksalah dia tunggu awak balik.” Nazrin angguk kepala.

“Abang Naz, Atul balik tumpang kereta …ermmm…” Nazatul terdiam. Sebenarnya dia tak pandai nak panggil nama Zul Hazmi.

“Atul tumpang orang ni je,” Zul Hazmi tersentak. Nazrin pandang wajah selamba adiknya.

“Atul!!!!” Nazatul mencebik. Dia tahu abangnya akan menghantar dia balik. Tak mungkin abangnya akan biarkan dia menumpang kereta lelaki yang bukan muhrim.

“Habis tu. Atul dah boring tau. Abang bukannya nak layan Atul berbual. Cakap dengan kambing tu, takde faedah langsung.” Nazatul capai seketul batu lalu dilempar ke dalam semak. Nazrin geleng kepala.

“Yelah. Yelah. Sekejap lagi kita balik. Tolong abang masukkan kambing-kambing tu ke dalam kandang. Abang nak pergi jala udang untuk Zul sekejap.”

“Yahoo…berjaya…” Nazatul melompat riang. Nasib baik Zul Hazmi datang. Kalau tidak, sampai ke petanglah dia terpaksa berkawan dengan kambing-kambing ternakan abangnya.

            ************************
            Nazatul mengeluh. Hampir 3 jam dia menanti kehadiran sahabatnya, namun masih juga tidak kelihatan. 

“Ni yang aku tak suka tunggu orang. Betullah orang cakap, penantian satu penyeksaan. Kalau tahu dia lambat datang, jangan harap aku nak keluar.” Nazatul mengeluh. Naik lenguh kakinya menunggu di situ. 

“Hai..sorang je? Nak kita orang temankan?” Nazatul memandang sekilas wajah pemuda-pemuda yang ramah sekali menegurnya. Nazatul beredar ke tempat yang lebih ramai orang. Setelah penat menunggu Nazatul mengambil keputusan untuk pulang. Lebih baik dia balik daripada menunggu sahabatnya yang masih tak kunjung tiba. 

“Zatul, awak buat apa kat sini?” Nazatul tersentak mendengar suara garau menegurnya. Matanya terbeliak bila melihat gerangan yang menegurnya sebentar tadi.

“Errr..Awak..Saya nak balik.” Nazatul menjawab gugup. 

“Nak tumpang saya tak?” Nazatul pandang sekeliling. Kalau nak tunggu bas, lama lagi. Badannya sudah penat.

“Takpelah. Saya tunggu bas je.” Zul Hazmi angguk kepala dan terus berlalu. Nazatul mengeluh. Bukan dia tak nak naik kereta lelaki itu. Dia hanya berhati-hati. Zaman sekarang ni, orang yang dikenali selalu mengambil kesempatan. Walaupun, dia tak patut bersangka buruk pada Zul Hazmi tetapi dia perempuan dan sudah menjadi kebiasaannya untuk tidak mengikut sesiapa sahaja yang dia tidak kenal.

            Zul Hazmi geleng kepala. Dari jauh dia memerhati Nazatul yang sedang sabar menunggu bas datang. Dia tahu Nazatul tidak percayakannya dan dia tidak kisah tentang itu kerana dia tahu Nazatul gadis yang baik. Sikap berhati-hati gadis itu memang sudah diketahui sejak dia berkawan dengan Nazrin. 

“Assalamualaikum. Naz, saya ni,”

“Waalaikumsalam. Zul.. kenapa? Ada apa-apa yang saya perlu tolong ye?” Zul Hazmi tersenyum. Lelaki itu sentiasa bertanya begitu padanya. Bahasanya juga tidak pernah kasar. Sebab itu dia menghormati Nazrin.

“Takdelah. Saya terserempak dengan Zatul. Dia sedang tunggu bas nak balik. Saya bimbang kalau biarkan dia seorang diri kat situ. Jadi, saya tengok dia dari jauh jelah. Tak mengapa,kan?” Zul Hazmi garu kepala. Rasa janggal pulak meminta kebenaran dari Nazrin. Nazrin tergelak dihujung talian.

“Zul, terima kasih. Tujuan awak baik takde sebab saya hendak menghalangnya.”

“Ye..saya hanya risaukan dia. Saya dah pelawa dia naik kereta saya tadi, tapi dia menolak. Tadi ada sekumpulan lelaki menegurnya. Saya takut pulak mereka apa-apakan dia. Tapi, awak tak perlu risau. Sekarang semakin ramai orang kat situ.” 

“Okey.”

“Err…Naz, saya nak gerak dah ni. Nanti kita berbual lagi. 
Assalamualaikum.” 

“Waalaikumsalam.”

*************************
           
 Zul Hazmi mengekori bas yang dinaiki oleh Nazatul dari jarak 100 meter. Bimbang pulak jika Nazatul menyedari tindakannya. Ketika sampai di simpang masuk kampung Nazatul, Zul Hazmi sudah memberi signal untuk masuk ke simpang tersebut. Namun dia terpaksa memecut laju bila melihat bas tersebut tidak masuk ke kampung sebaliknya meneruskan perjalanan. Zul Hazmi yakin yang Nazatul masih berada di dalam bas tersebut. Zul Hazmi memecut keretanya dan memberi isyarat supaya bas tersebut berhenti. Apabila sampai di sebuah perhentian bas yang berhampiran, bas tersebut pun berhenti. Zul Hazmi keluar dari kereta dan meluru masuk ke dalam bas tersebut. Matanya meliar mencari kelibat Nazatul. Zul Hazmi geleng kepala bila melihat Nazatul sedang nyenyak tidur.

“Saya ingatkan tiada orang lagi tadi,” Pemandu bas tersebut bersuara gugup bila melihat wajah tegang Zul Hazmi.

“Zatul, bangun.” Perlahan Zul Hazmi menolak bahu Nazatul. Nazatul bergerak sedikit kemudian perlahan-lahan matanya dibuka. Nazatul gosok matanya perlahan. Sebaik sahaja ternampak wajah tegang Zul Hazmi, Nazatul terus duduk tegak. Oleh kerana wajah Zul Hazmi begitu hampir dengannya, secara tidak sengaja, dahinya terkena dagu Zul Hazmi.

“Aduh!!” Mereka berdua sama-sama mengaduh kesakitan.

“Saya kat mana ni?” Nazatul bertanya bimbang bila tangannya ditarik oleh Zul Hazmi. Walaupun soalannya belum dijawab, Nazatul tetap mengekori langkah kaki Zul Hazmi keluar dari bas tersebut.

            Mereka sama-sama mendiamkan diri sepanjang perjalanan ke rumah Nazatul. Sesekali Nazatul mencuri pandang ke sebelah. Wajah tenang lelaki disebelahnya mengundang tanda tanya. Seketika tadi, Zul Hazmi seperti sangat marah, tetapi sekarang, dia kelihatan tenang sekali. Nazatul mengeluh. Kenapalah dia lalai sangat sampai boleh tertidur di dalam bas. Tapi, yang peliknya, bagaimana Zul Hazmi tahu dia berada di dalam bas tersebut. 

“Errmmm..Tadi, awak ikut saya, ye?” Nazatul berpaling memandang wajah Zul Hazmi yang tetap tenang memandu. Zul Hazmi tersentak.

“Ermm.” Nazatul kerutkan dahi. 

“Kenapa?”

“Entah. Saja nak cari kerja.” Nazatul mencebik. Nampaknya, ini kali kedua Zul Hazmi menyelamatkannya. Ahh..biarlah. yang penting dia selamat. Dari jauh kelihatan ibunya sedang menganyam tikar di beranda rumah mereka.

“Terima kasih.” Zul Hazmi hanya tersenyum kemudian membuka pintu kereta lalu menghampiri Pn.Nazrah.

“Assalamualaikum mak cik.”

“Waalaikumsalam. Macamana boleh jumpa Atul ni? Keluar dengan anak mak cik tak bagi tahu mak cik ye?” Pn.Nazrah bertanya serius. Zul Hazmi garu belakang tengkuknya.
“Mak ni. Apa pulak orang keluar dengan dia. Tadi Atul tertidur dalam bas, dia tolong kejutkan kemudian hantar Atul balik sebab Atul terlepas station bus kampung kita ni.” Nazatul menjawab marah. Pn.Nazrah terkejut.

“Zul, betul ke?” Zul Hazmi angguk kepala lalu menceritakan hal sebenar. Nazatul terus berlalu masuk ke dalam rumah meninggalkan ibunya dan Zul Hazmi berbual. 

*****************************
p/s : salam, dah lama tak mengarang. cuti sakan ..huhuhu...enjoy ye...kalau tak best.. terpaksa jugak korang layan cite ni...

4 catatan:

Lieynaim mohd noor said...

lama sggh kaira menyepi

MaY_LiN said...

atul atul
careless sungguh
kaira!!sonoknya cuti
smp hati kamu biarkan kami tgg n3 br
kihkihkih

Unknown said...

nz lyna'im, lama betul kan....huhuhu..insyAllah saya berusaha merajinkan diri mulai sekarang..hihihihi

may_lin, sorry...terlampau seronok bercuti sampai lupa ada rakan2 yg setia menanti n3 baru..hahhahaa..

Anonymous said...

Bestnye ....tak sabar nak tunggu en3 yang seterusnya .....