Followers

Thursday, November 19, 2009

Kembali Pulang 10

“Akmal mana Nal?” Zuriana bertanya sambil matanya meliar mencari kelibat Akmal. Mira mendiamkan diri. Walau keinginan untuk menatap wajah Akmal semakin membuak-buak, tetapi dia berusaha menyembungikannya.

“Entah. Mungkin bersama Rita.” Wajah Mira berubah. Zainal melirik ke arah Mira kemudian tersenyum.

“Iye? Kenapa dia nak jalan sama dengan Rita? Mereka berdua tu, ada apa-apa ke?” Zuriana tayang muka tak puas hati. Zainal dan Azlan geleng kepala.

“Lupa pulak aku nak tanya dia. Yang kau sibuk pasal dia tu, kenapa?” Zainal bertanya sinis. Zuriana menoleh ke arah Mira. Mira hanya mendiamkan diri dan meneruskan perjalanannya.

“Mira, kau tak apa-apa? Kenapa senyap je?” Azlan bertanya perlahan sambil berjalan disisi Mira.

“Kenapa dengan aku? Nampak macam tak sihat ke?” Mira tersenyum. Dan yang pasti senyumannya itu nampak hambar.

“Petang ni kita buat study group, nak tak?” Mira angguk kepala.

“Okey.” Azlan membiarkan Mira bersendirian. Zainal geleng kepala. Melihat wajah muram Mira, Zainal membuat kesimpulan bahawa gadis itu mempunyai masalah. ‘Mungkin dia cemburu bila dengar tentang Akmal dan Rita,’ Zainal tersenyum.

“Apahal senyum sorang diri ni? Tak nak kongsi dengan aku?” Zainal tersentak bila di tegur oleh Akmal yang tiba-tiba berada disisinya.

“Mana kau pergi tadi?” Akmal tersengih.

“Aku sakit perut. Pergi tandas sekejap. Balik ke bilik, tengok korang dah tak ada.” Akmal membetulkan tali pinggangnya.

“Ada jumpa Mira tak?” Akmal bertanya sambil matanya meliar mencari Mira.

“Tadi ada. Tak tahu pulak dia pergi mana,” Zainal berkata perlahan. Tangannya asyik bermain dengan sebatang pen. Beberapa minit kemudian, Zainal menyiku pinggang Akmal.

“Apa hal ni? Sakitlah,” Akmal menahan pinggangnya yang disiku oleh Zainal sebentar tadi. Mata Zainal mengarah ke luar kelas. Akmal turut sama memandang keluar kelas. Wajahnya berubah.

********************************

“Mira, tunggu dulu,” Akmal mengejar Mira yang berjalan pantas dihadapannya.

“Ehhhhh..Awak. Kenapa ni?” Mira bertanya perlahan. Langkah kaki yang laju sebentar tadi berubah perlahan. Mereka berjalan seiringan menuju ke asrama.

“Kenapa awak seperti mengelakkan diri dari saya?” Akmal bertanya terus. Mira gelabah.

“Errrr...mana ada. Saya biasa je.” Ucapnya tanpa memandang wajah Akmal. Akmal terus merenung wajah pucat itu.

“Betul. Errr...saya pergi dulu. Rasa tak sihat ni. Nak berehat sekejap,” Mira berlalu dengan pantas. Akmal cuba mengejar Mira tetapi langkahnya terhenti bila tangannya ditarik oleh seseorang.

“Rita,” Rita tersenyum manis.

“Kenapa tak nampak awak di kantin tadi?” Akmal serba salah. Mira semakin jauh.

“Errrr...saya dan Zainal ada hal tadi.” Akmal meleraikan genggaman tangan Rita.

“Owhh!!! ” Rita agguk kepala.

“Errr..Rita. saya pergi dulu. Nak jumpa Zainal.” Akmal berlari menghampiri Zainal yang sedang leka berbual dengan Zuriana.

“Hai Al. Kenapa tergesa-gesa ni?” Zainal hairan melihat wajah temannya yang muram itu.

“Aku tak apa-apa. Errr..Zu, er...Mira....Mira tu kenapa ye? Dia macam tak suka je bercakap dengan saya?” Akmal bertanya pelik. Zuriana dan Zainal saling berpandangan.

“Biasa je aku tengok,” Zainal pulak menjawab.

“Aku bukan tanya engkaulah.” Akmal memarahi sahabatnya. Zainal angkat bahu.

“Tak tahu pulak saya. Dah dua hari saya tengok dia macam ada masalah. Tapi dia tak cakap apa-apa kat saya,” Zuriana juga hairan dengan perubahan sikap Mira. Dia menjadi pendiam dan kadangkala termenung. Akmal senyap.

**************************


“Zu, cepat sikit” Mira memanggil rakannya sambil menjenguk ke dalam bilik mereka. Zuriana masih membetulkan tudungnya. ‘Iskh...lambat betul budak ni. Aku tinggal nanti, baru padan muka,’ Mira berbisik sendirian. Sebenarnya dia turun awal ke sekolah adalah untuk mengelak dari bertembung dengan Akmal dan rakan-rakannya.

“Yelah, aku dah siap. Kau ni, tak pandai bersabar. Apa yang seronok sangat kat sekolah tu, sampai kau sanggup datang awal? Dulu kau tak macam ni, susah sangat nak turun ke sekolah. Kalau jam tu belum menunjukan pukul 6.45, jangan harap muka kau nak keluar dari asrama ni,” Zuriana membebel. Mira ternganga bila mendengar Zuriana membebel. Otaknya kosong.

“Kau cakap tentang apa Zu?” Mira bertanya selamba. Zuriana geleng kepala.

“Tak ada apa-apa. Malas aku nak layan kau,” Zuriana berjalan pantas meninggalkan Mira. Mira mengejar Zuriana sambil ketawa.

“Suka lah?” Zuriana menjeling tajam wajah Mira yang masih ada sisa ketawa.

“Kau membebel macam macam nenek aku.” Mira berkata perlahan. Zuriana geleng kepala.

“Mira, kenapa aku tengok, sekarang ni, kau macam cuba mengelakkan diri dari Akmal? Kau dah tak minat kat dia lagi?” Zuriana bertanya perlahan. Dia menyedari kelakuan Mira, Cuma dia tidak mahu campur tangan dan menunggu Mira sendiri menceritakan masalahnya. Namun semakin di tunggu, semakin Mira merahsiakan masalahnya.

“Entah. Mungkin benar kata orang, cinta monyet mudah dilupakan,” Mira menjawab ringkas. Zuriana pandang wajah Mira. Mira tersenyum. Apa yang pasti, senyumannya itu jelas kelihatan hambar.

“Betul apa yang aku dengar ni?” Zuriana menanti jawapan dari mulut Mira.

“Ye. Betul. Aku malas nak fikirkan tentang perasaan aku tu. Lagipun, kita masih bersekolah. Sekarang masa untuk belajar.” Mira berkata tenang dan memujuk hatinya sendiri.

“Tak faham aku. Kenapa begitu mudah kau nak lupakan perasaan kau tu?” Zuriana mengeluh. Mira tersenyum.

“Hai Mira,” Mazlan menghampiri Mira sambil tersenyum manis.

“Hai. Awalnya sampai?” Mira bertanya selamba. Mazlan tersenyum.

“Kau dah lupa yang aku pengawas bertugas hari ni?” Mira tergelak.

“Maaf. Aku terlupa. Mungkin sebab aku selalu sangat datang lambat, jadi tak perasaan hari ni giliran kau yang bertugas,” Mira tersenyum lagi.

“Ye. Siapalah kita ni,kan? Takde orang nak perasan kewujudan kita,” Mazlan bersuara lemah. Mira serba salah.

“Okey. Aku masuk dulu. Nak buat ulang kaji,” Mira bergegas masuk ke dalam kelas bila matanya terpandang kelibat Akmal di koridor sekolah.

***********************

Semasa di dalam kelas, Akmal merenung wajah Mira sehingga perbuatannya itu ditangkap oleh guru kelas mereka.

“Akmal. Apa yang menarik kat muka Mira tu? Ada keluar dalam peperiksaan lakaran wajah Mira tu?” Akmal tersentak. Begitu juga Mira. ‘Aku pulak yang kena,’ Mira berkata marah. Dia menoleh ke arah Akmal yang tersipu malu. Semua pelajar di dalam kelas tersebut memandang wajah Akmal dan Mira silih berganti.

“Errrr....Takde,” Akmal menjawab gugup.

“Saya tahulah. Syamira tu cantik. Tapi sekarang, masa untuk kamu belajar. Bukan masa untuk bercinta. Faham?” Akmal angguk kepala. Mira berdengus kasar. Beberapa orang pelajar terus tergelak.

“Haiii....Asfa, apa yang lucu sangat tu? Kongsilah dengan kami semua,” Cikgu Arif memandang wajah Asfa. Asfa tertunduk malu.

“Dalam kelas, saya mahu semua pelajar tumpukan perhatian semasa saya mengajar. Jangan leka dengan perkara lain. Nanti pelajaran entah ke mana, bercinta tak sampai ke penghujung. Menyesal kelak tak berguna,” Cikgu Arif memandang satu persatu wajah pelajarnya. Semua mereka mendiamkan diri.

4 catatan:

::cHeeSeCaKe:: said...

hohohoho..mira ni cpt give up la..
nape zainal ckp akmal ngn rita??
sean akmal..
die da la suke abes2an ngn mira..huhuh..

Anonymous said...

ble nk abskn cte nie???

Anonymous said...

possessing iathdr angeles proceeded deys emergency bias kofi mushy stimulating virat
masimundus semikonecolori

YONG JIAO XIU said...

ha kan dah kena tangkap...