Followers

Friday, February 14, 2014

Relaku Pujuk 42



“Mawarrrr!!!”
            Aku merasakan jantungku berhenti berdegup. Aku betul-betul panik. Aku hanya tersedar bila pintu kereta dibuka dari luar.
“Mawar, keluar.” Perlahan aku melangkah keluar. Kaki terasa lemah hendak melangkah sehingga akhirnya aku jatuh terduduk.
“Kau tak apa-apa?” Aku masih terkejut. Terkejut sebab aku terlanggar penghadang jalan.
“Kau terhantuk tak tadi?” Ishamudin membelek kepalaku kemudian lenganku. Habis badanku dibeleknya.
“Nasib baik tak apa-apa,” Ishamudin peluk tubuhku. Aku tersedar.
“Awak...awak...kereta tu?” Aku pandang ke arah Ishamudin.
“Tak payah risau dekat kereta tu. Kereta tu dapat diperbaiki, kalau kau yang rosak, siapa yang susah?” Ishamudin tolak bahuku. Dia samakan aku dengan benda ke boleh rosak?
            Sebenarnya, petang itu aku beranikan diri belajar memandu guna kereta ayah mertuaku. Dia yang beri keizinan kepadaku untuk membiasakan diri sebelum aku belajar di sekolah memandu. Kebetulan, waktu tu, Ishamudin tiada di rumah.
“Lain kali, kalau nak belajar, kena ada orang yang pandai memandu kat sebelah tu. Kau buat aku kecut perut je tau. Berapa kali aku cakap, jangan buat aku risau. Boleh tak?” Aku gigit bibir. Sebak hati kena marah. Ishamudin berpaling ke arah kereta ayahnya.
“Kau ni memang degil betullah. Tak sabar langsung. Kalau orang larang tu, maknanya mereka sayangkan kita. Degil sangat. Nasib baik tak apa-apa.” Marahnya lagi. Aku hanya mendiamkan diri. Tapi, hati ni tetap rasa tak puas hati.
“Awak, saya minta maaf,” Aku tarik tangannya. Petang-petang begini buat drama pujuk memujuk pulak. Dia hanya memandang wajahku sekilas. Marahlah tu. Macamana nak pujuk dia ni. Kalau aku pura-pura sakit kepala, tentu dia risau. Tapi, aku tak mahu buat dia risau. Ala.....pura-pura je. Kalau kena marah lagi ni, memang aku redha jelah.
“Awak...” Aku tarik hujung bajunya.
“Ermm...”
“Awak, saya sakit kepala ni,” Ucapku lemah dan terus duduk.
“Hah!! Sakit kepala? Kat mana?” Aku terkejut dengan tindakan spontannya yang terus duduk berlutut di depanku. Kepalaku dibeleknya sekali lagi. Aku gigit bibir menahan gelak. Sepantas kilat aku peluk tubuhnya.
“Awak maafkan saya ye. Saya tak nak awak marah. Kalau awak marah, nanti awak abaikan saya. Saya tak suka. Saya minta maaf, ikhlas ni,” Aku terus memeluk erat lehernya.
“Adui!!! Mawar, lepaslah. Aku tak dapat bernafas ni,” Ishamudin berusaha menolak tanganku.
“Tak nak. Awak maafkan saya ye. Saya janji tak buat lagi,” Aku terus memeluknya. Tangan Ishamudin kini berada di bahuku. Beberapa saat kemudian tangannya dilepaskan dan dengan selamba dia mencucuk pinggangku.
“Ahh!!! Awak, jangan. Gelilah,” Dia menggeletek pinggangku dan menyebabkan pelukanku terlepas.
“Nakal lagi. Kalau hari-hari Mawar buat macam tu, tak tahu nak cakap macamana. Memang jantung ni duduk kat luar terus.” Dia merenung sayu padaku. Giliran dia pula memelukku erat sekali.
“Maaf,” Aku tahu dia dah mula sayangkan aku. Kalau boleh, dia tak nak aku terluka walau sikit pun. Betapa dia menyayangi aku sehingga tak terluah dengan kata-kata. Cukuplah dengan perbuatan. Aku takkan bertanya lagi. Tetapi, aku akan buat dia mengucapkan cintanya padaku suatu masa nanti.
“Jum, kita sambung belajar.”
“Aih...Kereta tu okey tak?”
“Kereta tu ada apa-apa. Okey je. Pemandu dia je yang tak okey.” Aku cubit lengannya.
“Oiii...Sakitlah. Ni spesis ketam ke?” Aku besarkan mata.
“Aku nak alihkan kereta ni dulu. Kita belajar guna kereta aku je.” Aku angguk kepala.
“Tak mengapa ke? Kereta awak tu masih baru. Nanti calar-balar, awak jugak yang susah.” Dia hanya mendiamkan diri.

****************
“Mawar, kalau nak mengundur tu, jangan laju sangat,” Aku gigit bibir.
Bummm....
Aku hanya mampu tersengih. Ishamudin terus keluar selepas menarik handbreak kereta. Aku mengekorinya dari belakang. Kami berdua duduk mencangkung memerhati bumper belakang kereta Ishamudin. Aku pandang wajahnya. Hari ni, hari ke lima dia mengajar aku memandu. Yang lain-lain aku okey katanya, Cuma nak parking mengundur aku ada masalah besar. Kasihan kereta pak cik ni, sudahlah kereta baru. Habis kemek bumper keretanya.
“Tak payah berlatih mengundur. Asalkan dah tahu basic. Nanti, kat sekolah memandu, mereka akan ajar semua tu,” Aku angguk kepala. Minggu depan aku mendaftar untuk mengikuti kursus belajar memandu.
“Habis kemek kereta aku ni,” Tangannya mengusap bumper keretanya. Aku mencebik. Sayang sangat kereta tu, kenapa nak orang belajar guna kereta dia. Aku berdengus marah dan duduk di tepi tempat parking.
“Kenapa lagi ni,”
“Awak tu,lah..”
“Kenapa dengan aku?”
“Sayang kereta lebih dari saya,”
“Siapa yang tak sayang kereta. Aku beli mahal tau. Masih hutang lagi tu,”
“Ye lagi mahal dari duit hantaran untuk saya,” Aku berdengus marah. Dia menghampiriku dan duduk mencangkung.
“Mana boleh samakan kau dengan kereta ni.” Aku pandang wajahnya.
Dia tersenyum manis. Aku tak suka tau bila dia buat muka macam tu. Dia buat aku angau. Pantas dahinya aku ketuk. Jangan tak tahu, sekarang giliran aku pulak suka ketuk dahinya. Tapi perlahan je. Dia tak kisah pun. Tapi, aku hanya dapat buat macam tu ketika dia duduk.
“Masa belajar nanti, jangan nakal-nakal tau. Mata tu jangan nakal nak tengok lelaki lain.” Aku tersengih. Cemburu cik abang aku ni memang tak boleh blah.
“Ala..siapalah saya ni. Mana ada orang nak minat.” Sengaja nak usik dia. Ishamudin mencebik.
“Yelah tu. Setiap kali kita keluar, pasti ada yang nak minta nombor telefon kau. Lepas tu, selamba je cakap kau tu adik aku.” Aku tergelak besar. Memang selalunya macam tu sampai Ishamudin bengang.
“Ala...itu pun nak terasa hati. Awak pun sama. Kita pergi mana-mana pun, ramai perempuan tengok awak sampai juling. Saya kat sebelah awak dorang dah tak nampak,” Ishamudin pulak tergelak. Sukalah kena puji.
****************************
“Awak, awak pergilah balik. Nanti dah habis, saya call awak,” Aku menolak tubuh Ishamudin. Namun dia sengaja mengeraskan badannya. Dia buat muka selamba duduk disebelahku sambil sebelah tangannya memeluk bahuku. Aku mengeluh. Dari tadi, beberapa orang gadis asyik memandang ke arah kami. Tak sukalah bila tengok mereka tu sengaja nak tarik perhatian suami aku ni.
“Malaslah nak balik. Balik rumah pun bukan ada perkara best. Baik aku temankan kau kat sini. Nanti, takdelah budak-budak lelaki tu nak mengorat kau,” Aku mengeluh. Tapi, aku yang sakit hati bila tengok budak-budak perempuan kat depan meja depan tu. Dari tadi asyik menoleh ke belakang ni.
“Tapi, mereka tu dari tadi tengok awak. Saya cemburu tau,” Aku berbisik ditelinganya. Dia tergelak seraya menyentuh daguku.
“Cemburu ye. Comel je,” Dia tergelak senang. Dia ni memang tak faham bahasa.
“Dah pergi jumpa cikgu kau. Aku tunggu kat sini.” Aku berdengus.
“Awak tunggu kat dalam kereta jelah. Kat sini, ramai sangat orang nak usha suami saya ni.” Sekali lagi Ishamudin ketawa besar. Cermin mata hitam yang dipakainya dibuka.
“Okey, aku tunggu kat dalam kereta.” Aku tersenyum lebar. Padan muka korang. Tak dapat tengok muka suami aku lagi. Ishamudin gosok kepalaku sebelum berlalu ke kereta. Hari pertama belajar, dia jadi body guard pulak.
“Hai...”
“Hai..” Aku tersenyum membalas senyuman lelaki itu.
“Baru belajar?” Soalnya ramah. Aku angguk kepala.
“Awak?”
“Dah nak habis. Sekarang belajar naik bukit lagi,” Aku angguk kepala lagi.
“Saya Awang Adha.” Aku tersenyum.
“Mawardina,”
“Cantik nama awak,” Aku tersenyum lebar.
“Saya panggil Dina. Boleh?” erkkk...Dina???? Mana-manalah.
“Dina, tinggal kat mana?”
“Dekat kawasan ni jugak.”
“Owh!! Kat mana tu?” Aih!! Soalan masih sama. Kalau orang tak nak bagitahu tu, maknanya dia tak nak awak tahu. Tak faham bahasa betul. Sekilas aku pandang ke arah kereta Ishamudin. Mana pulak pak cik ni pergi. Tadi kata nak tunggu kat dalam kereta, sekarang, kereta pun hilang. Ni, kalau Ishamudin tengok, memang dia temankan aku kat sini sampai aku habis belajar. “Err...rahsia,” Dia angguk kepala.
“Siapa lelaki tadi tu?” Aku kerutkan dahi.
“Lelaki tadi?” Aku tanya dia balik.
“Yang temankan awak tadi. Pak we ye?”
“Pak we? Yang temankan saya tadi?” Aku tergelak halus. Lelaki tersebut angguk kepala.
“Suami saya,” Wajahnya jelas sekali tidak percaya.
“Pandai buat lawak ye,” Erkkk...Dia ingat aku buat lawak?
“Kenapa? Tak percaya?” Aku pandang wajahnya. Dia tersenyum.
“Awak muda lagi. Rasanya tahun ni nak SPM,kan?” Aku tersengih. Sebelum sempat aku menjawab, Cikgu Hamid panggil aku.
“Sorry ye. Giliran saya,” Dia angguk kepala.
“Okey. Nanti jumpa lagi. Bye, Dina,” Aku angguk kepala. Kalau suami aku tahu ada lelaki lain nak mengorat aku, alamatnya terpaksalah aku bawa bodyguard pergi kelas memandu ni. Aku geleng kepala. Nasib baik Ishamudin dah balik. Kalau dia masih kat situ, memang perang dingin dibuatnya.

*******************************
“ Dina, nanti jumpa lagi ye.” Aku kerutkan dahi. Aku garu dahi sebab cik abang aku dah tayang muka tak puas hati.
“Adha, saya pergi dulu ye.” Aku terus beredar, namun langkahku mati bila ada tangan kasar menarik tanganku.
“Ehh...Apa ni? Lepaslah,” Lelaki ni memang nak kena siku agaknya. Senang hati dia je nak tarik tangan aku.
“Sorry. Boleh tak saya minta nombor telefon awak?” Aku dah tak tahu nak buat apa lagi saat itu. Ishamudin sudah keluar dari kereta dan sebelum dia sampai, baik aku jumpa dia terlebih dahulu sebelum terjadi perkara yang tak diingini.
“Maaf. Suami saya dah tunggu tu. Saya pergi dulu,” Aku terus berlari memeluk lengan Ishamudin yang sudah tayang riak tak puas hati dia.
“Siapa lelaki tu? Kekasih kau?” Alamak. Salah faham pulak.
“Bukanlah. Dia tu sama belajar kat situ.”
“Kenapa dia pegang tangan kau tadi?” Aku berpeluk tubuh.
“Entahlah. Orang tak faham bahasa. Orang cakap orang dah kahwin, masih jugak nak dekat dengan orang.” Aku membebel dan terus masuk ke dalam kereta tanpa menunggu Ishamudin yang masih merenung lelaki tadi.
“Aku tak suka cara dia tengok kau,” Aku kerutkan dahi.
“Awak cemburu ye?” Aku tersenyum meleret bila melihat wajahnya merona merah.
“Mana ada.” Aku mencebik.
“Tapi dia tu macam nak mengorat saya lah, awak. Tak sangka saya ni ramai peminat,” Aku tersenyum lebar. Sengaja nak kucar-kacirkan hati cik abang aku ni. Itulah. Susah sangat nak mengaku cintakan aku.
“Kau dah kahwin, ingat tu,”
“Eleh...semua orang tak percaya yang saya ni dah berkahwin. Pelik betul mereka tu. Dah tunjuk cincin kahwin pun, mereka masih tak percaya. Tunjuk sijil nikah baru mereka percaya kot.” Aku membebel. Sekilas aku pandang wajah suamiku. Tegang je. Takkan marah pulak. Dia terus mendiamkan diri.
“Awak marah ye? Marah tanda cemburu tau,” Aku tersengih. Seronok bila nampak wajah tegang suami aku ni. Susah sangat nak mengaku cinta kat aku ni kenapa? Dia terus mendiamkan diri. Melihat wajah tegangnya yang tak surut-surut itu, aku mengeluh. Perlahan tangannya aku capai dan aku cium.
“Maaf. Lepas ni janji tak nak dekat dengan dia lagi. Dia pun last belajar hari ni. Awak jangan risau ye. Dalam hati saya hanya ada awak sorang,” Wajahnya yang tadinya tegang beransur lembut. Senyum kecil terukir dibibirnya.
“Janji?”
“Janji. Kalau jumpa dia, saya buat-buat tak kenal. Okey.” Dia angguk kepala.

********************
p/s : Selamat membaca semua...maaf sebab lambat post n3 terbaru...

2 catatan:

Unknown said...

BEST NAK LAGI.

MaY_LiN said...

amboi..tamo ngaku sham ni