Followers

Sunday, June 20, 2010

Jangan Kau Pergi 2

“Alif…janganlah. Sayang, jangan. Sakit,” Alif terus menggigit tangan Hafiya. Hafiya menolak kepala Alif tetapi tidak berjaya.

“Alif sakit. Alif tak sayang ibu ye?” Alif tersenyum. Hafiya gosok tangannya dan airmata yang mengalir dipipi. Sakit sangat bila gigi tajam anaknya mengcengkam tangannya.

“Alif jahat. Tengok, ibu dah menangis,” Nurina usap bahu ibunya. Hafiya tersenyum dan pura-pura menangis dibahu Nurina. Wajah Alif yang seakan-akan hendak menangis itu membuatkan Hafiya tergelak.

“Ibu gurau je,” Hafiya menarik tubuh Alif ke dalam pelukannya. Alif kesat airmatanya.

“Kita pergi jalan-jalan ke pantai petang ni,” Hafiya cubit pipi Nurina.

“Ok,” Hafiya berdiri sambil mendukung Alif. Sedang leka memberi Alif mandi, Hafiya terkejut bila mendengar suara nyaring Nurina memanggilnya.

“Kenapa dengan budak ni. Ina, kenapa menjerit ni?” Hafiya memarahi anaknya.

“Ada orang kat luar tu. Cepatlah bu,” Hafiya hairan.

“Alif, dah jangan main air. Ina, tolong ambil kain untuk Alif tu,” Hafiya berjalan perlahan ke pintu. Dia hairan bila melihat sebuah kereta besar parking di halaman rumahnya. Perlahan dia menuruni tangga dan menghampiri pemilik kereta tersebut.

“Assalammualaikum,” Hafiya memberi salam. Lelaki dan wanita yang berdiri di hadapannya tersenyum sebelum menjawab salam.

“Mak cik dan pak cik ni nak jumpa siapa?” Hafiya bertanya sopan.

“Hafiya binti Hafzan,” Hafiya hairan.

“Nak jumpa saya?” Soalnya pelik. Mereka berdua angguk kepala.

“Jemputlah naik ke rumah. Senang sikit nak berbual.” Hafiya menjemput tetamunya ke rumah.

“Masuklah. Rumah saya kecil je. Maaflah,” Hafiya tersenyum malu.

“Tak mengapa. Yang penting tempat ada tempat berteduh serta bersih dan teratur.” Wanita itu menjawab tenang.

“Duduk sekejap. Saya ke dapur dulu,” Hafiya beredar ke dapur membuat air untuk tetamunya. Alif dan Nurina mengekorinya ke dapur. Hampir 5 minit di didapur dan kembali dengan dulang berisi air milo.

“Jemputlah minum.” Pelawanya.

“Nama saya Ezhan. Ni isteri saya. Mariam. Kami berdua ni, mama dan papa Elman,” Hafiya kerutkan dahi.

“Elman?” Hafiya bertanya pelik. Dia cuba mengingati nama tersebut.

“Maaf. Siapa Elman tu?” Soalnya lagi. En.Ezhan dan Pn.Mariam saling berpandangan. Hafiya tersenyum. Dia sedikitpun tidak dapat mengingati lelaki yang bernama Elman.

“Errr…awak tak ingat? Suami awak,” Hafiya tersentak. ‘Suami? Bila masa…Ya Allah,’ Hafiya menepuk dahi. Dia terlupa perkara tersebut. Hafiya gugup.

“Maaf. Saya terlupa. Saya…” Hafiya gelabah. Sudah lima bulan perkara tersebut terjadi dan dia langsung tidak terfikir tentang perkara itu kerana sibuk membuat kuih dan berkebun.

“Tak ingat?” Soal Pn.Mariam pelik. ‘Betul ke budak ni?’ Bisiknya dalam hati. Dia pandang wajah suaminya.

“Saya minta maaf sangat-sangat. Memang saya tak ingat.” Hafiya genggam jari-jemarinya.

“Bagaimana Fiya boleh lupa?” En.Ezhan bertanya pelik. Hafiya hairan bila En.Ezhan memanggil nama singkatannya. Rasa lebih mesra.

“Mungkin saya tak pernah terfikir nak berkahwin lagi,” Hafiya berkata perlahan.

“Kahwin lagi?” Pn.Mariam bertanya hairan.

“Saya minta maaf sebab memalukan nama anak pak cik dan mak cik,” Hafiya tunduk memandang lantai.

“Kalau dia nak ceraikan saya, saya tak kisah. Perkahwinan kami tu, memang satu kesilapan. Kami tak buat apa-apa pun. Saya datang jumpa dia sebab nak pulangkan beg duit dia yang anak saya jumpa masa balik dari sekolah,” Hafiya bersuara perlahan. En.Ezhan angguk kepala.

“Anak-anak awak?” Hafiya tersenyum.

“Berapa umur mereka?” Pn.Mariam bertanya pula. Wajah comel itu membuat hatinya tersentuh. Perlahan tangan Alif ditariknya. Alif pula seorang yang senang mesra dengan sesiapa sahaja dengan selamba menghampiri Pn.Mariam dan duduk di dalam pangkuan wanita itu.

“Ini Nurina. 7 tahun. Yang tu, Alif, 1 tahun lebih.” Hafiya menjawab tenang.

“Umur Fiya sekarang berapa?” Pn.Mariam bertanya pelik. Rasanya, Hafiya muda lagi.

“25 tahun,” Jawabnya tenang. Hafiya usap kepala Nurina.

“Fiya kahwin awal?” Hafiya geleng kepala.

“Mereka ni, anak kakak saya,” Pn.Mariam dan En.Ezhan terkejut. Hafiya tersenyum kelat.

“Owh…Mana kakak awak tu?” Hafiya tunduk.

“Maaflah. Jika kami terlalu banyak sangat bertanya. Kami berdua datang ni, sebab nak berkenalan dengan Fiya. Elman baru je bagi tahu kami minggu lepas.” Hafiya angguk kepala.

“Tak mengapa. Saya faham. Dia meninggal dunia semasa lahirkan Alif.” Hafiya betulkan duduknya. Perlahan dia menceritakan kisah hidupnya pada mertuanya. Pn.Mariam dan En.Ezhan mendengar dengan khusyuk cerita yang disampaikan oleh Hafiya. Agak lama mereka berdua singgah di rumah Hafiya.

Petangnya, mereka berdua balik setelah berkenalan dengan Hafiya.

“Nanti mama suruh Elman bawa Fiya datang ke rumah.” Hafiya tersenyum dan mengangguk kepala. Hafiya tersenyum bila Pn.Mariam dan En.Ezhan menerima dirinya dengan hati yang terbuka.

“Tak sangka rumit betul hidup dia. Kasihan dia ye, bang,” Pn.Mariam bersuara perlahan bila berada agak jauh dari kampung Hafiya.

“Kita kena nasihatkan Elman tu. Sayang pulak kalau hubungan mereka tidak kekal,” En.Ezhan angguk kepala.

****************************

“Mama, mana boleh paksa El sukakan dia?” Elman menbentak. Pn.Mariam geleng kepala dengan kedegilan anaknya itu.

“El, cuba dulu kenal dia. Tak kan El nak biarkan dia macam tu je?” Pn.Mariam bertanya tegas. Elman terdiam.

“Biarkan dia, Mar. Kalau El tak nak kat Fiya tu, uruskan perceraian kalian. Dia pun, bukannya sudi nak jadi isteri El. Lagi baik, tak payah nak menyusahkan dia. Ada suami pun, macam takde suami,” En.Ezhan melipat surat khabar dan berlalu meninggalkan anak sulongnya. Elman tersentak. Tidak menyangka papanya akan memberi usul sebegitu. Lama dia mendiamkan diri. ‘Lepaskan dia?’ Degupan jantung Elman semakin laju. Ayat tersebut seperti menghiris dadanya. Elman gelisah sepanjang malam.

**************************

4 catatan:

MaY_LiN said...

pandai papa el main revese psikologi..
tau takut elman ni..
hikhikhik

epy elina said...

kehkeh2x...
pndai jg elman tkut....

hana_aniz said...

nape elman nk takut?
bkn dia cinta kn fiya pn. huhu
sambung cepat2 ye?? best2!!

nursya said...

ala elman nie...
x sdr ke yg dia tuh mcm dh tangkap cintun jer ngn si fiya tuh...
ego btl la...
ish ish ish...