Followers

Thursday, December 31, 2009

Pilihan Hati 9

Petang ahadnya, Ariyana bangun lambat. Dia terlupa yang Iskandar akan menghantarnya balik ke rumahnya.

“Mak, Ari mana? Belum siap berkemas lagi?” Iskandar melirik jam di dinding rumahnya.

“Pukul 8 dah ni.” Iskandar mengeluh. Walaupun mulutnya mengatakan malas untuk menghantar Ariyana, tetapi tindakannya berlawanan. Selepas sembahyang Subuh, dia tidak dapat melelapkan mata. Akibatnya, dia berjoging di kawasan taman berdekatan. Debaran di dada pula membuatkan Iskandar merasa kurang selesa. Semenjak disuruh ibunya menghantar Ariyana balik, hatinya tidak tenang. Sudah lama dia tidak keluar berdua dengan Ariyana. Malah mereka seperti tidak mengenali antara satu sama lain. Sedang leka merenung halaman rumah, Iskandar tersentak bila mendengar derap kaki yang pantas menghampirinya.

“Mak, Ari pergi dulu.” Iskandar berpaling ke arah Ariyana yang tergopoh memasang kasutnya. Datin Hasmah berjalan perlahan menghampiri Ariyana dan Iskandar. Ariyana menyalami dan mencium tangan Datin Hasmah. Tersenyum Datin Hasmah melihat kesopanan anak gadis itu. Perlahan wajah Ariyana diciumnya.

“Baik-baik bawa kereta tu, Is. Ingat, ada orang lain yang Is bawak tu,” Pesannya semasa Iskandar menyalami tangannya. Iskandar hanya mengangguk kepala.

“Mak....bye...bye... Errrr...orang yang mak nak kenalkan dengan Ari, dia okey tak?” Ariyana berbisik ditelinga Datin Hasmah. Iskandar menunggu di dalam kereta sambil geleng kepala melihat Ariyana masih juga tiada tanda hendak balik.

“Betul Ari nak jumpa dia? Dia memang baik. Mak pernah jumpa dia. Tapi tak tahulah, bagi Ari dia tu orang yang macamana. Kalau Ari tak suka, tak mengapa. Mak tak paksa,” Datin Hasmah berkata lembut. Ariyana angguk kepala. Dia hampir melompat bila Iskandar menekan hon.

“Huhh!!! Abang Is ni, kan. Memang nak buat orang mati awal. Okeylah, mak, Ari pergi dulu. Singa jantan dah marah,” Datin Hasmah tergelak mendengar Ariyana membebel.

“Okey. Nanti tak pasal-pasal Ari balik jalan kaki dibuatnya,” Mereka sama-sama tergelak. Iskandar memandang ke arah mereka dengan pandangan tajam. Mereka meneruskan perjalanan tanpa percakapan. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Ariyana dengan dunianya, leka memerhati pokok-pokok yang terdapat disepanjang jalan. Iskandar pula terus memandang kehadapan namun sekali sekala di melirik ke arah Ariyana yang sedang leka memandang keluar sambil menongkat dagu. Kemudian perlahan tangannya bermain hiasan yang berada dihadapannya. Melihat anak patung Shin Chan yang sedang bergoyang kepalanya membuatkan Ariyana tergelak. Kemudian tanpa dia sedar, kepalanya turut sama bergoyang mengikut kepala patung Shin Chan tersebut. Iskandar menyembunyikan senyumannya bila menyedari perbuatan Ariyana itu. Iskandar memasang radio. Ariyana pandang wajah Iskandar.

“Kenapa?” Ariyana geleng kepala dan meneruskan perbuatannya yang tergendala sebentar tadi. Setelah agak lama memandang keluar tingkap, Ariyana mengubah posisi pandangannya pula. Kali ini matanya menangkap seraut wajah yang tenang sedang menumpu sepenuh perhatian pada pemanduannya. Ariyana leka merenung wajah tampan itu. Wajah yang seiras pelakon Aaron Aziz. ‘Tentu ramai perempuan nak dekat dengan dia. Kalau aku tak kenal rapat dengan dia, memang 120% aku jatuh tangga...upsss...terlebih la pulak,’ Ariyana tersenyum sendirian memikirkan sesuatu yang tidak masuk akal. Iskandar merasa tidak selesa bila merasakan seseorang sedang merenungnya. Dan bila dia menoleh, Ariyana masih merenungnya. Iskandar membiarkan Ariyana terus leka dengan dunianya sendiri. Tanpa dia sedari, Ariyana tertidur.

“Ari...Ari..Bangun.” Ariyana bergerak sedikit. Kemudian perlahan menggosok matanya dan memandang sekeliling.

“Kenapa?” Ariyana bertanya hairan sambil menggeliat. Lenguh rasa badan bila tidur dalam posisi duduk.

“Ari belum sarapan tadi, kan? Kita berhenti minum dulu.” Iskandar membetulkan rambutnya sebelum keluar. Ariyana buat muka pelik. ‘Rambut dah okey, nak betulkan apa lagi,’ Ariyana menanggalkan tali pinggang keledarnya. Iskandar menanti Ariyana dengan sabar. Oleh kerana tempat parking dihadapan kedai makan tersebut sudah penuh, Iskandar meletak keretanya di seberang jalan. Ariyana garu kepala bila hendak melintas jalan. Pandang kiri, pandang kanan, masih juga banyak kereta. Iskandar sudah berada di seberang jalan. Iskandar berpaling dan mendapati Ariyana masih diseberang jalan. Dilihatnya Ariyana sedang berpeluk tubuh. Mukanya juga masam. Iskandar tepuk dahi kemudian memandang ke kiri kanan jalan sebelum melintas menghampiri Ariyana. Ariyana buat muka geram. Dia terus mendiamkan diri.

“Sorry. Abang lupa.” Iskandar tersenyum kecil. Rasa hendak tergelak melihat wajah masam Ariyana. Dia terlupa Ariyana takut hendak melintas jalan. Ariyana menjeling tajam. Perlahan tangannya menarik hujung baju Iskandar. Mereka berjalan pantas menyeberang jalan.

“Encik nak makan apa?” Seorang pelayan datang mengambil order. Ariyana pandang wajah Iskandar.

“Pesanlah. Abang belanja.” Ariyana tersenyum senang. Hari ini dalam sejarah dia merasa senang bersama Iskandar. Ariyana membelek buku menu. Sekejap dia garu kepala, sekejap dia muncung mulutnya. Kemudian dia menompang dagu. Iskandar geleng kepala.

“Bagi saya roti canai telur. Kopi Tarik Peng. Dia, tunggu dulu. Nanti adik datang lagi. Dia tengah pening nak pilih makanan tu,” Ariyana angkat muka sambil menjeling tajam wajah Iskandar yang tetap selamba itu. Pelayan tersebut tersenyum.

“Apa yang Ari tengok lama sangat tu?” Iskandar mula bising bila melihat Ariyana masih belum membuat order.

“Yelah...yelah...” Ariyana melambai tangan pada pekerja kedai makan tersebut.

“Bagi saya Laksa Sarawak dan air...” Ariyana memandang jam ditangan. ‘Dah pukul 10 lebih.’ Bisiknya dalam hati kemudian tersenyum.

“Ais lemon Tea,” Ucapnya sambil tersengih.

“Errr...adik, Laksa Sarawak tu, tak payah letak udang ye.” Iskandar bersuara tegas. Ariyana membeliakkan matanya ke arah Iskandar. Iskandar buat muka tak tahu. Malas mahu melayan rajuk Ariyana.

“Lebih baik Ari order Mee Jawa je tadi,” Ariyana muncung mulut lagi. Iskandar tersenyum kemudian geleng kepala.

“Ari nak jadi macam hari tu? Tak dapat bercakap? Nak marah orang, ambil pen tulis kat kertas. Nak jadi macam tu lagi?” Ariyana menjeling lagi. Kemudian dia mencebik.

“Bukan susahkan abang pun,” Jawabnya perlahan. Iskandar angkat muka.

“Ye. Susahkan diri sendiri. Macamana Ari nak sayangkan orang lain, kalau diri sendiri pun tak tahu nak jaga,” Ariyana tunduk merenung meja. Iskandar bersuara tinggi. Beberapa orang pelanggan memandang ke arah mereka. Akhirnya Ariyana mendiamkan diri menikmati Laksa Sarawak dengan tawar hati. ‘Baru je nak syok keluar makan dengan mamat berhati batu ni. Memang sah takde perasaan,’ Ariyana mengutuk Iskandar di dalam hati. Setelah membayar bil, mereka beredar. Dan, semasa hendak melintas jalan, Ariyana berjalan laju menuju ke seberang jalan. Namun sempat dihalang oleh Iskandar. Iskandar tarik pergelangan tangannya. Bunyi hon kereta yang hampir melanggar Ariyana membuatkan Iskandar bertindak pantas menarik tangan Ariyana.

“Apa yang Ari nak buat ni? Dah tak sayang nyawa?” Iskandar marah. Ariyana mendiamkan diri. Dia sebenarnya masih terkejut kerana hampir dilanggar sebuah kereta. Sepanjang perjalan ke rumahnya, Ariyana terus mendiamkan diri. Iskandar menyalahkan diri sendiri kerana sering kali membuat Ariyana terasa hati. Walau berkali-kali diingatkan untuk tidak menyakiti hati Ariyana, tetapi setiap perkara yang dia lakukan, pasti membuatkan Ariyana terluka.

*******************

“Abang Is....” Shila menghampiri abangnya sebaik sahaja Iskandar keluar dari kereta. Ariyana yang masih tertidur dibiarkan sebentar. Iskandar menoleh ke arah Ariyana. Shila tersenyum jahat. Datang idea hendak mengenakan sahabatnya itu.

“Wah!!!! Sedapnya tuan puteri tidur,” Shila bercekak pinggang menghampiri Ariyana.

“Hoiiiii...Bangun,” Ariyana tersentak bila Shila menjerit kuat ditelinganya.

“Kau nak suruh aku pekak ke?” Ariyana gosok telinga kemudian dia menggosok matanya masih terasa mengantuk. Matanya liar mencari kelibat Iskandar.

“Abang Is dah masuk ke dalam rumah. Dia nak dukung kau tadi, tapi, bila tengok kau sedap sangat tidur, dia biarkan. Tapi, aku rasa, abang Is tak larat nak dukung kau. Pipi kau dah semakin tembam aku tengok.” Shila cubit pipi Ariyana. Ariyana menjerit kesakitan.

“Manalah Abang Is tu sudi nak dukung aku. Kau temberang je ni.” Ariyana mengeliat ke kiri ke kanan. Kemudian mereka berdua masuk ke rumah sambil bercakaran. Iskandar yang baru keluar dari dapur sambil minum sebotol air mineral memandang hairan ke arah mereka berdua. Ariyana dan Shila terus bergaduh tanpa menghiraukan Iskandar yang sedang memandang mereka dengan wajah hairan. ‘Tadi senyap je. Buat aku susah hati. Sekarang boleh ketawa macam nak pecah gegendang telinga aku ni.’ Iskandar geleng kepala.

****************************

6 catatan:

sinichies_girl88 said...

bestnya...
nak lah is tu jatuh cintan kat ari..
hehehe

MaY_LiN said...

amboi2...

nursya said...

amboi2 ari...
pandang muka si is smpai tertido2 yekk.
khusyuk btl..
hahahaha....

Anonymous said...

hhu, besh ny,, nme i ariyana n iskandar is my father, hope iskandar ue ley tukar nme jd shahrul..bdw nice story.. >.<

bluefireflower said...

stakat yg sy baca nih...ari mmg suka sgtkn garu kepala..

bluefireflower said...

stakat yg sy bace nih..habit ariana mmg suke garu kepala ekk. byk kali kowt asyik 'garu kepala yg x gatal'..cam spoil je ayat tu dlm cter nih