Followers

Friday, May 11, 2012

Alia Najwa 11


“Cikgu, ada kayu kat depan tu,” Alia menjerit kuat sehingga Syah Aiman terpaksa brek mengejut. Di hadapan mereka terdapat sebatang kayu melintang ditengah-tengah jalan.

“Kenapa ada kayu kat sini? Siapa yang buat kerja bodoh macam ni?” Syah Aiman membebel. Alia memandang sekeliling. Kawasan tersebut sudah memasuki kampungnya.

“Ini jalan ke kampung saya cikgu,” Syah Aiman terdiam seketika. Tidak lama kemudian dia membuka pintu kereta. Namun sebelum sempat kakinya melangkah keluar, tangannya ditarik oleh Alia. Wajah bimbang Alia dipandang dengan kerutan di dahi.

“Kenapa?” Syah Aiman bertanya pelik.

“Saya rasa tak sedap hatilah. Saya rasa itu perangkap. Kita guna jalan satu lagi.” Syah Aiman terdiam sejenak. Memang logik akal. Mungkin benar kayu itu satu perangkap. Manusia zaman sekarang sudah terlalu bijak.

“Cikgu undur sampai simpang depan tadi. Kita masuk guna simpang tu jelah. Jalan tu, ok sikit. Yang ini jalan baru siap. Kat tepi-tepi tu ladang kelapa sawit.” Syah Aiman ikut sahaja apa yang Alia cakap. Alia lebih tahu keadaan kampung dia berbanding Syah Aiman. Ketika mereka berundur dari tempat tersebut, di tempat kayu diletakan tadi, keluar beberapa orang lelaki membawa parang.         

“Ya Allah. Nasib baik cikgu tak turun tadi. Tengok tu,” Alia menunding jari pada sekumpulan lelaki keluar dari semak.

“Alhamdulillah. Nasib baik kita tak lalu kat situ tadi. Memang bahayalah tempat ni.” Syah Aiman terus memecut laju sebaik sahaja sampai disimpang yang satu lagi.

“Selalu ke mereka buat macam tu?” Syah Aiman bertanya bimbang. Kalaulah Alia tidak menghalangnya tadi, tak tahulah apa nasibnya.

“Saya tak pernah kena. Tapi, sebelum ni memang pernah juga dengar tentang kes rompakan kat situ.”

“Nasib baik saya tak turun tadi. Kalau terjadi apa-apa pada awak, tak tahu apa saya nak buat.” Alia juga sama seperti Syah Aiman. Syukur kerana Allah S.W.T menyelamatkan mereka berdua dari bahaya.

“Terima kasih sebab halang saya tadi.” Syah Aiman memandang wajah Alia sekilas. Alia tersenyum senang.

“Sama-sama,” Syah Aiman terus memandang ke hadapan. Debaran didadanya semakin kencang setiap kali melihat Alia tersenyum manis. Alia kerutkan dahi bila Syah Aiman mendiamkan diri. ‘Pelik betul. Sekejap ramah, sekejap dia jadi macam batu.’ Alia membuang pandang keluar. Gelap. Malam sudah mengambil tempat. Jam dipergelangan tangan dipandang sekilas. ‘Patutlah. Dah pukul 9 malam.’ Alia mengeluh. Kalau tidak kerana kesesakan lalu lintas dibandar tadi, mungkin mereka datang awal.

“Dah lewat sekarang ni, esok cikgu tak mengajar ke?” Alia bertanya pada Syah Aiman yang dari tadi mendiamkan diri.

            Syah Aiman yang pada masa itu mencuri pandang wajah Alia terkejut bila disapa mengejut. Alia kerutkan dahi.

“Ermm..Esok? saya dah apply cuti. Sebenarnya nak balik ke Pakistan esok. Flight petang.” Alia angguk kepala. ‘Owh!! Pergi Pakistan. Jumpa ayah dia kot.’

“Cikgu Hamidah pun pergi jugak?”

“Ye. Dah lama tak pergi sana.” Alia angguk kepala.

“Ermm..Cikgu, dah sampai. Tu, rumah kayu nombor 3 tu,” Syah Aiman memperlahankan keretanya dan berhenti di hadapan sebuah rumah yang sederhana kecilnya.  

“Assalammualaikum,” Alia memberi salam. Rumahnya kelihatan sunyi. Jam menunjukkan pukul 10 malam. Keadaan di luar semakin gelap kerana hari merangkak ke tengan malam.

“Assalamualaikum,” Sekali lagi Alia memberi salam. Namun, masih tiada jawapan. Akhirnya Alia mengeluarkan kunci pendua yang dibawanya.

“Mungkin nenek dan datuk saya bermalam di kebun.” Alia menolak pintu rumah tersebut.

“Jemputlah naik. Ayah biasanya pergi berburu. Mungkin balik lambat.” Syah Aiman memandang sekeliling. Rasa tidak sedap hati untuk naik. Terasa seperti diperhatikan.

“Cikgu tak nak naik?” Syah Aiman tersentak.

“Tak mengapa ke? Maksud saya, kita berdua..ermm..” Alia garu kepala. Terlupa pulak tentang keadaan mereka. Itulah. Selalu sangat menghabiskan masa dengan Ajay dan Ariy sampai dia terlupa bagaimana hendak membataskan pergaulan dengan lelaki lain.

“Takkan cikgu nak bermalam di dalam kereta tu?”

“Takpelah saya rasa.” Alia angguk kepala. Syah Aiman kembali ke kereta semula. Namun, langkahnya terhenti seketika. Dia belum menunaikan solat Isyak lagi.

“Alia, saya tumpang solat boleh,kan?” Alia berpaling pada wajah tampan yang sedang berdiri di kaki tangga. ‘Takkan nak sembahyang di dalam kereta. Kalau hendak ke masjid, sekarang ni mana sempat nak ke sana.’ Alia terdiam sejenak. Keadaan di kampung yang bergantung pada enjin generator, jadi, kebiasaananya, selepas Isyak, mereka akan menutup masjid tersebut.

“Naiklah,” Syah Aiman angguk kepala. Setelah mencapai baju bersih, Syah Aiman terus masuk ke dalam rumah tersebut.

            Selesai sembahyang, Syah Aiman keluar dari bilik. Alia yang sedang menyediakan sesuatu di dapur dihampiri.

“Saya lapar. Ada apa-apa yang dapat saya makan tak?” Syah Aiman bertanya perlahan sambil menarik kerusi di hadapan Alia.

“Maggi ada. Cikgu nak?” Syah Aiman angguk kepala. Sekarang sudah lewat malam, kalau hendak paksa Alia memasak, memang tak dapat. Di atas meja itu, terdapat semangkuk maggi yang masih panas.

“Cikgu makanlah. Nak air tak?” 

“Nak. Buatkan saya ai milo panas.” Tanpa banyak soal Alia terus membancuh air milo untuk Syah Aiman.

“Awak tak makan?” Alia tersengih.

“Sekejap lagi saya makanlah,” Syah Aiman angguk kepala. Alia hanya memerhati Syah Aiman makan dengan lahap sekali. Sebenarnya Alia juga lapar, tetapi, memandangkan maggi hanya tinggal sebungkus, jadi dia biarkan Syah Aiman makan.

“Alhamdulillah. Kenyang. Pandai awak masak. Lain kali, masakan saya lauk yang sedap-sedap ye,” Alia mencebik bibir. ‘Lebih-lebih pulak orang tua ni,’ Kutuknya dalam hati.

            Syah Aiman berdiri lalu membawa mangkuk kotor tersebut ke singki. Alia turut sama berdiri.

“Letak dalam tu. Nanti saya cuci,” Alia menghalang Syah Aiman dari mencuci mangkuk tersebut. Namun, Syah Aiman buat tak dengar.

            Setelah selesai mencuci, Syah Aiman bersedia untuk beredar tetapi terpaksa mematikan langkahnya apabila melihat Alia hampir terjatuh dari kerusi.

“Alia..”

            Alia pejam mata bila terasa badannya hampir terjatuh. Niatnya hendak mengambil roti di dalam kebinet dapur tersebut terbantut kerana badannya sudah selamat mendarat di atas lantai.

“Lembut pulak lantai ni,” Perlahan Alia membuka matanya. Mata Alia terbeliak.

“Alia...isk.. budak ni. Cepatlah angkat. Sakit badan saya ni.” Syah Aiman menolak tubuh Alia yang kaku itu. Syah Aiman kerutkan dahi. Hatinya tertanya-tanya mengapa Alia berkeadaan begitu. Apabila dia berpaling ke belakang, wajahnya merona merah. Pantas wajah pucat Alia menyapa matanya.

“Alia!!!!” Alia pejamkan mata bila mendengar suara garau yang memanggil namanya.

***********************

“Pak cik, saya rasa mereka memang patut dinikahkan.”

“Nikah? Atok, Alia tak salah. Kami..kami tak buat apa-apa pun,” Alia menahan lengan datuknya. Tok Man terdiam. Hendak membela cucunya, dia tidak mampu kerana ramai saksi yang menyaksikan adegan Alia dan lelaki itu di dapur tadi. Sungguh dia tidak percaya dengan apa yang Salim katakan di surau tadi. Sangkanya, Salim membuat fitnah. Sungguh tidak disangka, cucunya pulang membawa seorang lelaki.

“Terpulang pada kamu semua. Alwi, kau setuju nikahkan Alia dengan lelaki ni?” Pak Alwi terdiam. Tidak sempat untuk bertanya, balik dari berburu, dia dikejutkan dengan berita tersebut.

“Tapi, ayah, kita tak kenal lelaki ni. Macamana dengan nasib Alia.” Pak Alwi berkata perlahan. Wajah sayu Alia dipandang dengan rasa kecewa.

“Abah, Alia tak salah. Kenapa pulak Alia kena kahwin dengan cikgu Syah. Alia tak nak berkahwin. Kenapa abah tak faham?” Alia menghentak kakinya. Tangannya di tarik kuat oleh Nek Som.

“Alia, sabar.” Alia gigit bibir. Bagaimana dia hendak bertenang jika, ianya perkara yang boleh memusnahkan masa depannya. Dia takkan berkahwin di usia semuda ini. Lebih-lebih lagi kahwin dengan lelaki yang sering mencari salahnya.

“Pak cik, kalau pak cik tak mahu Alia berkahwin dengan lelaki ni, saya sudi berkahwin dengan Alia.” Terbeliak mata Alia mendengar kata-kata tidak masuk akal keluar dari mulut lelaki yang sedang sopan duduk di sebelah Tok Imam. ‘Berkahwin dengan Salim? Tentu gelap masa depan aku. Lelaki yang hanya tahu mengharapkan harta keluarga semata-mata itu hendak dijadikan tempat bergantung? Terima kasih sajalah. Lebih baik aku berkahwin dengan Cikgu Syah,’ Alia menjeling tajam pada wajah Salim yang tersengih-sengih. ‘Kali ini tentu Tok Man akan kahwinkan Alia dengan aku. Takkan dia nak kahwinkan Alia dengan lelaki yang dia tak kenal,’ Salim terus tersengih. Tok Man memandang wajah marah cucunya. Wajah tenang anaknya juga dipandang. Akhir sekali, wajah pemuda tampan yang sedang tunduk merenung lantai itu di pandang dengan rasa hati yang berbaur. Dia tahu, dalam keadaan begini, tiada siapa yang akan percaya pada Alia dan pemuda itu.

“Salim, apa kamu merepek ni. Mak tak benarkan kau berkahwin dengan perempuan yang entah apa-apa ni,” Alia menjeling tajam wajah wanita tua yang tidak pernah menyukainya sejak dulu lagi.

“Mak, lebih baik saya..”

“Kau diam. Keputusan mak muktamat. Dari dulu lagi mak tak nak bermenantukan dia. Setelah apa yang dia buat dengan lelaki ni, kau masih juga nak kat perempuan macam tu? Jangan nak memalukan mak.” Alia pening kepala. Tidak tahu apa yang dia patut buat. Sungguh. Dia tidak menyangka semua ini terjadi padanya.

“Assalamualaikum,” Mereka semua berpaling ke halaman rumah. Seraut wajah tenang menyapa mata. Syah Aiman berdiri dan terus menghampiri ibu dan datuknya.

“Mama, bukan salah Syah.” Syah Aiman terus memeluk tubuh ibunya dan berbisik perlahan. Pn.Hamidah mengusap belakang anak bujangnya. Dia tahu, dia percaya anaknya tidak akan berbuat perkara yang bukan-bukan.

“Alia, siapa tu?” Nek Som bertanya pada cucunya.

“Dia pengetua sekolah Alia. Mama cikgu Syah.” Nek Som angguk kepala. Tangan Pn.Hamidah disambut erat.

“Maaf mak cik. Semua ni silap saya. Kalau saya tak paksa Syah hantar Alia balik semalam, tentu perkara macam ni tak terjadi,” Perlahan Pn.Hamidah memulakan bicara.

“Tok Man, cepatlah. Kalau lelaki ni tak sudi berkahwin dengan Alia, biar saya yang berkahwin dengannya.” Semua mata memandang ke arah pemuda yang dari tadi asyik menyampuk perbincangan mereka. Syah Aiman merenung tajam wajah lelaki yang nampaknya begitu mengharapkan Alia berkahwin dengannya.

“Nek, Alia tak nak berkahwin. Alia nak sambung belajar.” Alia goncang lengan neneknya. Nek Som tepuk perlahan tangan cucunya.

“Alwi, apa keputusan kamu?” Tok Man bertanya pada anaknya. En.Alwi memandang wajah sedih anaknya. Matanya memandang wajah pemuda yang sedang merenung lantai.

“Kau sudi kahwin dengan anak aku?” Syah Aiman tersentak bila bahunya ditepuk perlahan oleh mamanya. Syah Aiman gelisah. Sebahagian hatinya merelakan tetapi sebahagian lagi melarang. Semua mata memandang kearahnya membuatkan hatinya bertambah tidak keruan.

“Takpelah. Salim betul kau...”

“Pak cik, saya setuju kahwin dengan Alia.” Alia terus rebah tidak sedarkan diri. Semua yang hadir berbisik sesama sendiri. Pelbagai andaian mula kedengaran.

“Alia.. Alia bangun nak,” Nek Som pukul pipi cucunya namun masih tiada tidak balas.

“Syah, pergi tengok Alia tu.”

“Boleh saya pegang tangannya?” Tok Man dan En.Alwi saling berpandangan. Kemudian mereka angguk kepala.

 “Dia tahu ke apa yang patut dibuat?” Pn.Hamidah angguk kepala mendengar pertanyaan dari Nek Som.

“Dia belajar jurusan perubatan.” Nek Som angguk kepala. Semua menunggu dengan sabar.

“Bang Aji, seperti yang Bang Aji serta kamu semua dengar tadi, itulah keputusan kami. Kita tunggu Alia sedar. Bila dia dah sedar, kami akan bawa dia ke masjid.” Semua yang hadir angguk kepala. Salim tersenyum lebar. Sakit hati Syah Aiman dibuatnya. Lama wajah Alia direnung. Timbul rasa marah dihatinya bila mengenangkan Alia akan berkahwin dengan lelaki lain. Hatinya mula terasa pedih seperti disiat dengan pisau tajam.

“Mama, kalau Syah kahwin dengan Alia, Alia masih dapat belajar dengan tenang kat sekolah,kan?” Syah Aiman bertanya pada mamanya. Tok Man, En.Alwi, Nek Som dan Datuk Zamri memandang wajah serius Syah Aiman.

“Apa maksud Syah?”

“Syah akan kahwin dengan Alia. Pak cik, saya akan bertanggungjawab. Semua ini salah saya, jadi biarlah saya yang berkahwin dengannya. Saya janji, saya akan benarkan Alia sambung belajar dan pastikan dia berjaya menggulung ijazah.” Nek Som tersenyum. En.Alwi terdiam. Bagaimanapun, hatinya sudah mula menyukai Syah Aiman. Dia tahu Syah Aiman akan menjaga Alia dengan baik berbanding Salim.

“Tapi, kenapa baru sekarang nak bertanggungjawab?” Tok Man bertanya mewakili anaknya. Syah Aiman mengeluh.

“Saya hanya fikirkan tentang Alia. Masa depan dia. Dia masih muda dan yakin saya mampu menjaganya.”

“Abang, biarlah dia dan Alia yang berkahwin. Saya tak berkenan sangat dekat budak Salim tu. Gatal semacam je saya tengok. Sudahlah tak bekerja, macamana nak menyara budak Alia tu. Alia tu pulak, memang tak dengar cakap. Nanti bergaduh pulak dengan Sanah tu. Tak tahu apalah yang si Sanah tu tak suka kat cucu kita ni.” Nek Som memang setuju sangat kalau Syah Aiman yang berkahwin dengan Alia. Matanya dapat menangkap secebis rasa sayang telah hadir dihati anak muda itu buat cucunya. Melihat keluarga pemuda itu yang sopan dan lemah lembut berbicara menenangkan hatinya.

“Tapi, kita dah setuju nak kahwinkan Alia dengan Salim tadi.” Tok Man mengeluh.

“Tapi tok, saya belum bagi jawapan tadi. Saya tak kata yang saya tak nak kahwin dengan Alia. Saya Cuma masih keliru dan tak nak buat keputusan terburu-buru,” Syah Aiman membela diri. Sekarang dia yakin, dia takkan benarkan Alia berkahwin dengan lelaki lain.

“Yelah ayah. Al pun rasa, lebih baik Alia berkahwin dengan budak ni. Walaupun kita tak kenal dia, tapi, sudah di kira baik sebab dia menghantar Alia dengan selamat sehingga ke rumah. Perkara semalam tu, memang jelas hanya salah faham. Tapi, kita kena fikirkan maruah Alia dan saya tak nak terjadi hal yang lain dikemudian hari.” Nek Som angguk kepala. Dia yakin, apa yang mereka nampak semalam hanyalah salah faham. Tetapi, oleh kerana banyak mata yang menyaksikannya, jadi mereka terpaksa mengikut keputusan orang kampung. Maknanya Alia dan Syah Aiman dikira kena tangkap basah. Jika, Alia berkahwin dengan Salim, bimbang tentang masa depan satu-satunya cucu perempuannya itu.


**************************
p/s : salam semua...lama tak update blog ni...bermula dari sini, saya ubah jalan ceritanya..harap korang semua sudi membacanya...adios amigos...

4 catatan:

NuRuL AdhiLLa (Eunhaediela) said...

arap2 dlm citer kali nie aalia n syah xbercerai... xbest la kalu bercerai

aniesue said...

owh... patut pn mcm penah bc sblm ni..(downloading lmbt...br bc chap baru ni..peace!)
aah harap2 smbngn lps ni xde cerai berai ye... sy tngu n3 strusnya..;)

Unknown said...

Eunhae diela...InsyaAllah. kali ni cuba utk tidak pisahkan mereka..

aniesue, hehehe....bru smpt nak on9 ni. kalau ada idea baru, InsyaAllah, kali ni mereka tak becerai..

MaY_LiN said...

syah syah..
nape cenggitu