Followers

Monday, June 24, 2013

Relaku Pujuk 24



“Assalammualaikum, mak cik.” Aku menyapa wanita tua yang sedang leka memotong kepala ikan dihujung jeti tersebut. Petang begini memang seronok berjalan di pesisir pantai. Menikmati permandangan indah tepi laut.

“Waalaikumussalam. Anak ni duduk kat hotel tu, ye?” Aku angguk kepala.

“Banyaknya ikan. Mak cik seorang buat semua ni?” Aku bertanya ramah. Aku leka memerhati tangannya yang begitu pantas memotong kepala ikan-ikan tersebut.

“Nak buat macamana. Ini saja cara untuk mak cik cari rezeki.” Aku angguk kepala lagi.             Semasa dikampung, aku juga pernah membuat kerja-kerja seperti ini. Kadangkala, ikan yang ayah aku dapat, terpaksa dijadikan ikan masin jika tidak habis dijual. Ada juga yang dijadikan pekasam.

“Saya tolong mak cik buat ye?” Aku duduk bersila disebelah mak cik tersebut. Dia tersenyum.

“Tahu ke, macamana nak buat ni?” Dia bertanya padaku.

“Tahu. Kat kampung dulu, selalu juga buat kerja macam ni. Ayah saya pun nelayan. Tapi, kadang-kadang je turun ke sungai.” Mak cik tu angguk kepala.

“Datang dengan siapa ke sini?” Aku tersipu malu.

“Dengan suami, mak cik. Honeymoon,” Aku tergelak kecil. Terasa wajahku merona merah. Rasa bermimpi pulak sebut perkataan honeymoon tu.

“Owh!!! Baru berkahwin ye? Tapi, mak cik tengok, anak ni masih muda lagikan?” Aku tersenyum dan angguk kepala.

“Baguslah berkahwin awal dari buat benda tak elok. Sekarang ni, macam-macam kes yang kita dengar tentang budak-budak sekarang. Mana suami errrr....lupa pulak, nama siapa?” Aku tersengih. Sejak tadi berborak sehingga terlupa nak tanya nama.

“Lupa pulak. Saya Mawardina. Panggil Mawar.” Aku tersenyum lagi.

“Panggil Mak cik, Mak cik Nora. Mana suami Mawar?”

Aku meliar mencari kelibat Ishamudin. Mana pulak perginya orang tua tu. Tadi aku terus tinggalkan dia sebaik sahaja ternampak mak cik ni. Dari jauh aku lihat kelibat Ishamudin sedang termenung di atas batu besar di tepi laut tidak jauh dari situ. Dia begitu santai sekali dengan baju t-shirt ketat dilapis dengan kemeja lengan pendek yang dibiarkan terbuka bebas dipadankan pula dengan seluar paras lutut. Santai sekali. Entah apalah yang dia fikir saat itu. Mungkinkah dia memikirkan tentang aku. Isteri terjun dia ni. Beranganlah kau Mawar. Tak mungkin dia ada hati nak fikir tentang kau. Tentu dia sedang melayan perasaan kecewa sebab tak dapat kahwin dengan kekasih hati dia. Aku mengeluh perlahan.

“Itu. Yang duduk kat atas batu besar tu.” Aku menunding jari kearahnya.

“Kenapa dia duduk kat situ? Takkan bergaduh pulak?” Aku tersengih.

“Takdelah. Dia memang suka menghayati keindahan alam. Saya ni tak suka sangat.”

Aku berdalih. Padahal aku pun suka menikmati keindahan alam. Terasa jiwa tenang. Kalaulah kami berkahwin atas dasar suka sama suka, tentu seronok dapat menyaksikan keindahan alam semulajadi bersama. Aku terus memerhati Ishamudin yang begitu ralit menghayati keindahan ciptaan Allah S.W.T.

“Apakata Mawar temankan suami Mawar tu. Dia tentu rasa seronok kalau Mawar ada disisinya.” Aku berpaling memandang wajah tua itu. Dia hanya tersenyum dan mengangguk kepala.

“Baiklah. Saya temankan suami saya. Nanti saya datang lagi.”

Aku cuci tangan dan berjalan perlahan menghampiri Ishamudin yang masih hanyut dalam dunianya. Perlahan aku menghampirinya dan duduk disebelahnya. Dia tetap mendiamkan diri. Mungkinkah dia tidak menyedari kehadiranku. Aku terus merenung wajahnya dari sudut tepi. Asyik sekali aku melihat wajahnya yang begitu tenang saat itu. Bibir nipis yang jarang sekali mengukir senyum itu mampu menggetarkan hati wanitaku. Tentu ramai gadis-gadis diluar tu tergoda dengan wajah tampan suami aku ni. Bila mengenangkan hal itu, aku jadi marah. Aku mengeluh lagi. Bagaimana kehidupan kami kelak.

Alangkah indahnya jika kami adalah pasangan suami isteri yang saling menyintai. Tentu saat ini, kami saling berpelukkan menikmati permandangan indah ini. Aku mengeluh dan membuang pandang ke arah lain. Tak mungkin terjadi. Hubungan yang terjalin atas paksaan antara kami berdua tak mungkin akan berubah. Aku tersentak dan berpaling memandang wajahnya bila terasa tangannya memeluk pinggangku. Tapi wajahnya tetap memandang ke hadapan. Aku menggulum senyum. Macam tahu-tahu je, aku teringin dipeluk olehnya. Akhirnya kami sama-sama menyaksikan matahari terbenam dalam keadaan sunyi sepi. 

Perlahan aku letakan kepalaku di atas bahunya. Wangian tubuhnya membuatkan aku terasa damai dan perlahan aku pejamkan mata.

“Mawar. Bangun. Dah nak Maghrib ni.” Aku gosok mata.

“Saya tertidur?” Aku bertanya padanya. Dia hanya angguk kepala. Setelah berasa lega sedikit, aku berdiri dan sedia untuk turun dari batu besar tersebut. Dia menghulur tangannya padaku supaya aku dapat turun ke bawah dengan selamat. Kami berjalan perlahan kembali ke hotel. Nampaknya, aku tak sempat berjumpa Mak Cik Nora tadi. Kasihan dia. Tentu dia menanti kedatanganku.

************************

“Mawar, bangun. Asyik tidur je,”

“Eii...Orang mengantuk ni,” Aku bersuara lemah dan menarik kain selimut membalut seluruh tubuhku. Sudahlah semalam tidur lambat. Takkan nak bangun awal lagi.

“Okey. Kalau macam tu..” Aku terasa seseorang naik ke atas katil. Aku berdengus namun masih tidak mengendahkannya. Mataku masih mengantuk. Otak je bangun, tapi mata ni masih belum dapat dibuka.

“Malas nak layan awak. Orang nak tidur,” Aku terus menyambung kembali lenaku yang tergendala sebentar tadi.

“Okey. Kita tidur sama-sama,” Aku angguk kepala.

“Kau tak kisah kalau aku cium kau?” Aku angguk kepala lagi. Apa yang dia cakap aku hanya dengar sepintas lalu je. Selepas tu aku terasa sejuk dipipiku. Mataku tetap tidak dapat dibuka. Mengantuk sangat.

“Kau tak nak keluar jalan-jalan ke?” Aku mengeluh lagi.

“Awak!!! Orang mengantuk ni. Semalam orang tidur lambat tau,” Aku berdengus marah sambil menggosok mata.

“Siapa suruh kau tidur lambat?” Aku mengeluh lagi. Kain selimut putih yang membalut tubuhku, aku tolak perlahan dan aku terus duduk sambil memeluk bantal. Aku gosok mata perlahan. Wajah Ishamudin masih kabur.

“Sebab awak peluk saya semalam.” Aku menjawab sambil menguap. Yelah. Semalam, aku nak tidur, dia pulak ambil kesempatan nak peluk aku.

“Hari tu tak kisah pun?” Aku kembali menarik kain selimut dan menyambung lenaku. Malas nak layan dia ni.

“Cepatlah. Kau tak lapar ke? Aku dah kebuluran ni. Dah pukul 10 pagi. Aku belum makan lagi ni. Nanti aku makan orang, siapa yang susah?” Aku mengeluh. Makan orang pulak? Dia ingat dia tu harimau ke?

“Sejuklah wak... kat luar tu hujan la,” Apalah lelaki ni. Masa hujan ni, mana seronok nak jalan-jalan. Lagipun, sejuk ni. Aku tak kira. Aku nak sambung tidur.

“Apa kaitan hujan kat luar tu dengan sarapan?” Dia bertanya pelik. Aku mengeluh lagi.

“Kalau kau sejuk, meh sini aku tolong panaskan,”

 Dia terus masuk ke dalam selimut dan memelukku. Bila tangannya berada di pinggangku, aku terus duduk. Hilang rasa mengantuk.

“Awak ni,kan. Tak boleh tengok orang senang,” Aku turun dari katil. Dia tergelak besar.

“Siapa suruh degil sangat. Nanti mengadu lapar. Cepatlah. Pergi mandi.” Aku menghentak kaki dan berlalu ke bilik air.

            Selepas mencuci muka dan memberus gigi, aku keluar dari bilik air.

“Dah mandi?” Soalnya sambil memandang wajahku.

“Orang cuci muka je. Sejuk sangat,” Aku naik semula atas katil sambil berpeluk lutut. Selimut tebal itu aku balut ke tubuh.

“Tak nak mandi?” Aku geleng kepala.

“Air panas kan ada kat dalam tu?”

“Air panas? Takde pun,” Aku peluk tubuh. Sejuk betul pagi ni. Semalam hujan sampailah sekarang ni. Ishamudin geleng kepala dan menarik tanganku menuju ke bilik air.

“Tengok kat sini. Ini suhu dia. Tukarkan. Selama ni, kau mandi guna air sejuk je?” Aku angguk kepala. Ini kali pertama aku bermalam di hotel. Manalah aku tahu semua tu. Tiba-tiba, aku terasa mukaku basah.

“Awak!!!” Aku menjerit kuat bila menyedari air tersebut terkena muka dan badanku. Ishamudin terus berlari keluar dari bilik air.

“Kambing,” Dia sempat mengutukku sebelum menutup pintu bilik air. Dia samakan aku dengan kambing yang takut air?  Aku gigit bibir geram. Nasib baik air suam-suam kuku. Kalau air sejuk tadi, memang beku aku dibuatnya.

Selepas mandi, aku keluar dari bilik air sambil mengeringkan rambutku. Sunyi je bilik ni. Mana pulak dia pergi. Takkan merajuk sebab aku mandi lama sangat. Ketika aku sedang mengeringkan rambut, pintu bilik dibuka. Aku mandi hadas tadi, sebab tu lama.

“Ah!!” Aku terus naik atas katil dan membalut tubuhku dengan selimut. Aku memerhati setiap langkah kaki Ishamudin. Ditangannya terdapat sehelai surat khabar.

“Kau kenapa? Tak nak salin baju?” Aku pandang wajahnya dengan riak bimbang. Bimbang dia akan mengambil kesempatan keatasku. Hai..Mawar..Mawar. kau dah jadi isteri dia. Mana ada istilah mengambil kesempatan. Berapa kali nak cakap. Aku ketuk kepala sendiri.

“Kau kenapa?” Soalnya lagi bila aku masih tidak menjawab soalannya sebentar tadi. Dahinya berkerut seribu dan matanya masih  memandang kearahku. Aku memerhati segala gerak gerinya. Dia hanya tersenyum kemudian menggeleng kepala.

“Apa yang kau nak malukan. Aku ni suami kau. Bukan orang lain pun.” Aku gigit bibir.  Ieee....geram betullah. Ini kali pertama aku berkeadaan seperti ini dihadapan lelaki.

Tadi aku tak sempat nak bawa baju masuk dalam  bilik air sebab dia yang heret aku masuk dalam bilik air ni. Dia tersenyum.

“Jangan risau. Kau belum mandi hadas lagi,kan?  Kalau sudah, jangan harap kau nak terlepas dari aku,” Terbeliak mataku mendengar kata-katanya itu. Dia tersengih nakal. Pantas aku geleng kepala. Ahh...lelaki miang. 

“Tak payah nak besarkan mata yang tak berapa besar tu.” Usiknya lagi sehingga membuatkan aku berdengus kasar dan terus turun dari katil menghampiri almari pakaian. Cepat-cepat aku buka begku dan mengambil apa yang perlu. Namun sebelum sempat aku masuk semula ke bilik air, pinggangku dipeluk erat olehnya.

“Eh!! Awak, apa ni. Orang nak cepat ni.” Dia tidak menghiraukan kata-kataku.

“Wanginya. Kau dah mandi hadaskan? Kau tipu aku ye?”Aku gigit bibir. Ada juga yang nak kena siku lepas ni. Aku berusaha untuk melepaskan diri namun pelukannya semakin kuat.

“Awak, awak laparkan?” Aku bersuara perlahan. Bimbang pula kalau aku berkasar, dia pun berkasar.

“Ye. Aku nak makan kau,” Aku tersentak. Suaranya begitu perlahan di telingaku. Dia tergelak halus. Dia ingat lucu ke? Jantungku sudah terasa hendak melompat keluar bila dengar suara romantik dia tadi.

“Errr...Mana boleh makan saya? eiii...awak ni. Awak bukannya harimau.” Dia tergelak halus.

“Tahu.” Ucapnya lembut. Perlahan tangannya menyentuh pangkal leherku. Dadaku berdegup kencang. Aku cuba mengelak namun pelukannya yang semakin kuat itu menghalangku.

“Awak nak saya berlembut atau berkasar?” Aku bertanya perlahan. Suara dah lembut dari lidah ni. Dia tergelak halus. 

“Berkasar,” Bisiknya perlahan ditelingaku dan aku tersentak bila terasa sejuk dileherku. Ni dah lebih. Sekejap ye. Aku menepis tangannya yang berada didaguku. Beberapa saat kemudian, aku menyiku perutnya.

“Ah!!! Aduh!!” Pelukannya terlepas.

“Padan muka. Miang lagi,” Aku terus berlalu ke bilik air.

Sebaik sahaja keluar dari bilik air, aku tergelak bila melihat wajah kelat Ishamudin. Marahlah tu. Padan muka. Siapa suruh gatal sangat. Kan dah kena.

“Awak tak nak keluar makan?” Aku bertanya sambil menyikat rambut. Dia mendiamkan diri.

“Dah kenyang makan siku,” Jawabnya marah. Aku tergelak. Aku menghampirinya dan meniarap dihadapannya. Aku menongkat dagu sambil merenung wajah mencukanya.

“Tak kira awak senyum atau marah, awak tetap kacak,” Aku berkata selamba. Dia hanya menjeling sekilas padaku kemudian dia mencebik.

“Kali pertama saya tengok awak merajuk. Lain kali nak buat lagi tak?” Usikku. Dia memandang ke arah lain.

“Yelah. Siapalah kita ni. Muka tak cantik. Siapa sudi nak pandang kita. Takpelah. Orang pergi makan sorang diri je. Mana tahu, abang penyambut tetamu hari tu boleh temankan,” Aku turun dari katil dan mengambil beg duitku. Sebelum aku sempat buka pintu, Ishamudin terlebih dahulu membuka pintu bilik dan terus keluar. Terkial-kial aku memakai kasut dan mengejar suamiku itu. Merajuk pulak dia. Kita tengok, selama mana dia dapat bertahan dengan rajuknya.

“Hai!!” Aku menegurnya ketika kami menunggu lif. Dia terus mendiamkan diri.

“Sombongnya. Hai, abang kacak,” Aku tergelak halus bila dia menjeling tajam kearahku.

“Takde responlah. Mana lelaki lain ni.” Aku pura-pura memandang sekeliling. 

“Ha..tu dia. Mengorat cik abang tu jelah,” Ketika itu seorang lelaki keluar dari bilik dan berjalan perlahan menghampiri kami. Namun belum sempat aku menegurnya, Ishamudin terlebih dahulu menarik tubuhku dan kami sama-sama masuk ke dalam lif. Pantas sahaja tangannya menekan butang tutup. Pintu lif tertutup tanpa sempat lelaki tadi masuk. Aku berdengus.

“Kesian kat dia tadi,” Dia hanya mendiamkan diri sambil berpeluk tubuh bersandar di dinding lif.

“Biarlah. Lif sebelah tu ada,” Jawabnya marah. Aku mencebik. Aku tersenyum lagi bila dia menepis tanganku. Tentu dia bengang sebab dari tadi aku asyik menarik bajunya. Saja nak usik cik abang ni. Tak sangka pulak dia ni kuat merajuk. Baru 3 hari kami menghabiskan masa bersama, aku dapat rasakan, dia ni taklah teruk sangat.

“Mawar, sudah...okey.” Pintu lif terbuka dan dia terus berlalu ke restorent hotel. Aku berlari mengejarnya dan memeluk lengannya. Dia membiarkan sahaja perlakuanku itu. Aku tahu, dia tak marah lagi. Kami berdua menjamu selera dalam suasana sunyi. Wajahnya juga sudah kembali seperti biasa.

“Petang nanti kita jalan-jalan kat pantai,” Aku angguk kepala.

“Ermm...kat sini ada kedai yang jual peralatan untuk bina istana pasir tak?” Dia tersentak mendengar soalanku.

“Istana pasir? Nak buat apa?”

“La, buat istana pasir lah. Dah lama saya nak buat benda tu. Nanti, awak tolong saya ye,” Aku tersenyum manis. Dia tergelak.

“Orang pergi honeymoon habiskan masa dalam bilik. Kau nak bina istana pasir? Macam budak-budak,” Aku mencebik.

“Mereka lain. Saya lain,” 

“Apa-apalah.”

******************************
p/s : layannnnn...

4 catatan:

Unknown said...

best....nak lagi.

MaY_LiN said...

amboi
kuat jeles gak abg kachak ni
huhuhu

Unknown said...

Best sgt

Unknown said...

Best sgt