Followers

Thursday, November 26, 2009

Kembali Pulang 12

“Mira?” Mira menoleh bila namanya disebut. Dia tersentak bila terpandang wajah seseorang yang dia sangat rindu.

“Akmal. Kenapa...kenapa awak ada kat sini?” Mira bertanya bodoh. Akmal tersenyum.

“Saya yang patut tanya soalan itu pada awak. Ini kampung asal saya,” Akmal menjawab tenang. Mereka sama merenung air sungai yang mengalir perlahan di hadapan mereka.

“Iye? Mama saya orang sini.” Mira menjawab perlahan. Mereka sama-sama mendiamkan diri.

“Mama kau cakap, kau tak boleh mandi sungai. Sebab kau tak pandai berenang. Lebih baik kau main jauh-jauh.” Kanak-kanak perempuan itu menghentak kakinya dan berjalan menuju ke sebatang pokok jambu air yang berhampiran sungai itu. Dia memanjat pokok jambu air itu dan menjadi pemerhati gelagat teman-temannya bermain air sungai. Dan kerana leka melihat budak-budak bermain air sungai, kanak-kanak perempuan itu hilang tumpuan dan terjatuh ke tanah.

“Ahhhhhhh.” Akmal berlari menghampiri Mira yang sudah terduduk dibawah pokok jambu air tersebut.

“Kenapa?” Soalnya cemas.

“Jatuh,” Mira menangis. Akmal membantu Mira berdiri dan dengan berhati-hati, dia membantu Mira naik ke atas basikalnya. Sebaik sahaja tiba di kaki tangga rumah Mira, Akmal menjerit memanggil mama Mira.

“Kenapa Al?” Pn. Hasnah bertanya cemas.

“Mira terjatuh dari pokok jambu. Al larang dia mandi sungai. Lepas tu, dia main kat pokok jambu. Tak tahu pulak bila dia jatuh,” Akmal menerangkan perkara yang terjadi pada ibu Mira.

“Mira? Kamu tu perempuan. Kenapa pulak panjat pokok jambu tu?” Mira hanya mendiamkan diri. Takut untuk memandang wajah mamanya.

“Terima kasih Al.” Pn.Hasnah menepuk bahu kanak –kanak lelaki itu.

“Errrr...Awak, saya balik dulu. Dah lama saya kat sini,” Mira bersedia untuk beredar bila melihat Akmal mendiamkan diri. Akmal tersedar dari lamunannya. Dia kembali ke alam nyata.

“Tunggu dulu.” Langkah Mira terhenti.

“Kenapa?” Mira bertanya bodoh.

“Boleh saya tahu, mana awak dapat parut kat lengan tu?” Akmal bertanya sambil matanya merenung jauh ke dasar hati Mira. Mira cuba melarikan pandangannya. Namun tidak dapat dan seolah-olah ada kuasa yang menarik mereka untuk saling bertatapan.

“Kawan saya yang hadiahkan.” Akmal tergelak.

“Kenapa awak gelak?” Mira hairan. Akmal geleng kepala.

“Saya balik dulu,” Mira menghentak kakinya dan beredar meninggalkan Akmal yang masih tersenyum. Akmal hanya memerhati Mira meninggalkannya. ‘Saya yang hadiahkan untuk awak,’ Akmal berbisik sendirian.

*****************************

“Bila awak balik ke bandar?” Akmal bertanya lembut. Rahsia mereka terbongkar bila mama Mira dan ibu Akmal berjumpa. Barulah Mira mengetahui Akmal adalah rakan sepermainannya dahulu.

“Tak tahu lagi. Tunggu mama. Awak?” Mira menoleh ke wajah pucat Akmal.

“Samalah. Mak dan ayah belum buat keputusan lagi.” Mira angguk kepala.

“Awak tak sihat? Kenapa muka awak pucat?” Mira hairan melihat Akmal yang nampak lesu.

“Mungkin nak demam. Maklumlah lepas terjatuh dalam sungai tadi.” Mira tergelak. Kerana ingin menyelamatkan Mira, Akmal sendiri yang terjatuh ke dalam sungai.

“Mira sengaja buat macam tu? Betulkan?” Mira tergelak.

“Mana ada. Orang memang nak terjatuh tadi. Tapi sempat berpaut pada dahan pokok kayu tu. Yang awak terus terjun tu kenapa? Saya belum lagi jatuh tadi,” Akmal garu kepala.

“Tindakan reflek. Bila tengok Mira macam nak jatuh, otak saya terus fikir yang Mira sudah terjatuh.” Akmal tersipu malu.

“Saya bukan macam dulu lagi. Dah pandai berenang dan panjat pokok pun dah pandai.” Mira menjawab bangga. Dia terlupa pada kata-kata yang menyakitkan hatinya pernah dilafazkan oleh Akmal.

“Tengoklah siapa gurunya.” Akmal berkata bangga. Mira berdengus.

“Perasan. Bila masa awak ajar saya berenang? Dulu awak halau saya, kalau korang mandi kat sungai ni,” Akmal tergelak lagi.

“Masih ingat?” Mira angguk kepala.

“Saya dah janji dengan Mama awak. Lagipun, mak pesan, kalau ada apa-apa terjadi kat awak, dia akan pukul saya.” Akmal hairan mengapa ibunya sangat sayangkan Mira. Dan bila ditanya, ibunya hanya menjawab, Mira seperti dirinya juga. Dia sayangkan Mira seperti anaknya sendiri memandangkan dia tidak mempunyai anak perempuan.

“Tak sangka rupanya kita sangat dekat. Orang yang saya cari rupanya ada di depan mata.” Mira tergelak halus. Patutlah semenjak mengenali Akmal, hatinya sentiasa teringatkan seseorang. Tapi dia tidak tahu siapa orang yang dia ingat-ingatkan itu.

“Awak dah lupa nama saya ye?” Mira angguk kepala. Tempoh perkenalannya dengan Akmal sangat singkat. Lagipun, mereka masih muda ketika itu.

“Sebenarnya saya pun tak ingat sangat nama awak. Ingat tak masa sukan hari tu? Saya tanya dimana awak dapat parut tu?” Mira menyentuh parut dipergelangan tangannya.

“Ye.” Akmal tersenyum.

“Semenjak itu. Saya menyedari bahawa awak orang yang saya cari,” Akmal membetulkan rambutnya.

“Ia? Kenapa awak tak bagi tahu saya? Jadi selama ni awak dah dapat cam saya?” Akmal angguk kepala.

“Sebab itu saya berpindah sekolah.” Mira geleng kepala.

“Awak memang jahat,” Akmal tersenyum senang. Tiba-tiba dia terbatuk.

“Mira, jum balik. Rasa nak demam ni,” Mira angguk kepala dan berdiri perlahan. Akmal memicit kepalanya yang terasa berat. Mereka berjalan seiringan menuju ke rumah masing. Semasa di simpang jalan yang memisahkan rumah mereka, Akmal berpaling.

“Jumpa disekolah nanti. Errrrr...Mira, bila balik ke sekolah kelak, awak mesti layan saya dengan baik tau. Jangan menjauhkan diri dari saya lagi,” Akmal bersuara perlahan. Mira angguk kepala dan tersenyum senang. Beberapa saat kemudian, senyuman diwajahnya mati.

“Tapi.....Rita?” Mira menatap sayu wajah Akmal yang tersenyum. Kemudian lelaki itu ketawa besar.

“Awak cemburukan hubungan saya dengan Rita? Sebab itu awak menjauhkan diri dari saya?” Mira geleng kepala. Akmal tidak jadi melangkah. Terus menatap wajah Mira yang sudah merona merah.

“Owh!!!!!Rupanya awak cemburu. Orang kata cemburu tanda sayang. Jadi, maknanya awak sayang saya?” Mira menjeling tajam ke arah Akmal yang tersengih.

“Perasan. Oi....saya nak belajar, takde masa nak bercinta.” Mira bercekak pinggang.

“Saya mengaku saya sayang awak,” Akmal tersenyum. Mira tergamam.

“Jangan nak main-main. Saya balik dulu,” Mira bersedia hendak beredar.

“Tak boleh. Jawab soalan saya dulu,” Akmal menghadang perjalanan Mira. Mira tidak jadi melangkah. Mereka berbalas pandang.

“Tak nak,” Mira menjawab kasar. Akmal terus mendepangkan tangannya. Ke mana sahaja Mira pergi, Akmal terus menghalangnya.

“Akmal....Sudahlah. nanti orang kampung tengok. Apa pulak mereka kata. Nanti heboh satu kampung tentang kita.” Akmal terus merenung wajah Mira.

“Awak sayang saya?” Akmal masih mendesak Mira mengaku. Akhirnya, Mira mengalah dan membalas renungan Akmal. Akmal mengenyit matanya pada Mira. Mira gelabah. Akmal tersenyum melihat reaksi Mira. Dia tahu Mira malu diperlakukan begitu.

“Ye. Saya sayang awak. Tapi bukan sayang seperti yang awak fikirkan tu,” Mira berkata gugup. Akmal tersenyum.

“Sayang yang macamana? Ada maksud sayang yang lain ke?” Akmal pura-pura tidak faham.

“Saya sayang awak sebagai kawan je,” Mira menjawab tegas.

“Saya pun. Kenapa? Awak fikir saya bermaksud lain?” Akmal tersengih bila melihat wajah Mira semakin merah. Mira berdengus kasar dan menepis tangan Akmal yang menghalang laluannya. Akmal tergelak. ‘Mira....mengaku saja yang Mira memang cintakan saya,’ Akmal berbisik sendirian. Mira menoleh ke arah Akmal. ‘Perasan,’ Mira seperti dapat membaca apa yang difikirkan oleh Akmal. Akmal tersenyum.

“Saya dan Rita kawan biasa je. Dalam hati saya hanya ada satu nama. Orangnya sama macam awak,” Akmal menjerit. Mira melambai tanpa menoleh ke belakang. Dia tersenyum. ‘Dah tahu perasaan aku, tapi sengaja nak kenakan aku,’ Kutuk Mira dalam hati.

1 catatan:

Yong said...

hahaha kan dah jpa semula kenangan..