Followers

Wednesday, January 6, 2010

Pilihan Hati 10

“Betul kau nak jumpa anak kawan mak tu? Kau tak takut kalau dia jahat ke, kaki perempuan ke,” Shila gusar. Melihat Ariyana yang bersiap cantik-cantik membuatkan Shila tak senang duduk.

“Aku ikut ye. Rasa tak sedap hati pulak nak biarkan kau keluar sorang-sorang. Kalau lelaki tu berniat jahat, siapa yang susah? Aku jugak,” Ariyana tergelak melihat riak bimbang sahabatnya itu.

“Kau ni. Terlebih pulak. Aku okey. Doakan keselamatan aku ye.” Ariyana menepuk bahu Shila.

“Kalau ada apa-apa, cepat telefon aku okey.” Ariyana angguk kepala.

“Iye. Jangan risau. Aku kan dah besar.” Ariyana cubit pipi Shila.

“Kau tak keluar malam ni?” Ariyana pandang sekilas wajah Shila yang murung itu sambil membetulkan kasut yang dipakainya.

“Malas. Takde mood nak keluar. Lagipun, tak jumpa teman lagi.” Shila bersandar pada pintu rumah.

“Dah lama tak nampak kau keluar. Dah insaf ye?” Ariyana bertanya nakal. Shila muncung mulut.

“Sibuk je. Malaslah nak fikir tentang tu. Aku pun, dah cakap kat mak, kalau dia jumpa lelaki yang baik untuk aku, aku terima. Malas nak fikir lagi. Jumpa je, terus kahwin,” Melopong mulut Ariyana mendengar kata-kata dari mulut Shila.

“Betul ke? Macam tak percaya je?” Ariyana buat muka tidak puas hati. Shila tersenyum geli hati melihat riak wajah Ariyana.

“Baru kau tahu. Bukan kau sorang yang percaya pada pilihan mak. Aku pun macam tu juga,” Akhirnya Ariyana tergelak.

“Okey, beb... aku jalan dulu. Hati-hati tinggal kat rumah ni. Kunci pintu okey,” Shila angguk kepala. Ariyana memandu perlahan kereta Kelisanya menuju ke destinasi.

Sebaik sampai di hadapan restaurent, mata Ariyana melilau mencari lelaki yang dimaksudkan oleh Datin Hasmah. Beberapa saat kemudian, Ariyana tersenyum pada seseorang. Dia berjalan perlahan menghampiri lelaki tersebut.

“ Assalammualaikum. Saya Hafiz.” Ariyana tersenyum.

“Waalaikumsalam. Saya Ariyana.” Mereka berbalas senyum.

“Jemput duduk,” Hafiz bersuara tenang.

“Terima kasih.” Mereka masing-masing mendiamkan diri.

“Kita order makanan dulu. Awak nak makan apa?” Hafiz memulakan bicara. Ariyana tersenyum pada pelayan restaurant yang menghulur buku menu kepadanya.

“Terima kasih.” Ucapnya ramah. Pelayan tersebut tersenyum. Senang hati bila pelanggan menghargai mereka.

“Apa menu special kat sini?” Ariyana bertanya ramah. Pelayan tersebut menerangkan satu persatu makanan yang istimewa.

“Ermmmm...tak banyak pilihan. Semua nampak sedap, tapi, tak memenuhi citarasa saya.” Ariyana mengeluh. Hafiz tersenyum.

“Tak salah mencuba makanan baru? Betulkan?” Hafiz dan Ariyana berbalas senyum. Ariyana angguk kepala.

“Okey. Bagi saya Bihun Cantonese. Air pulak, jus lemon.” Ariyana menyerah kembali buku menu tersebut.

“Saya pun sama,” Ariyana tersenyum sambil memandang wajah Hafiz. ‘Boleh tahan jugak mamat ni. Tapi, tak boleh memandang luaran je, mana tahu, dia pura-pura baik,’ Ariyana berbisik sendirian. Dia tersenyum pada Hafiz bila melihat Hafiz masih merenungnya.

“Apa hubungan awak dengan Datin Hasmah?” Ariyana tersentak. Dia leka memandang sekeliling restaurant tersebut tanpa menyedari perbuatannya itu menjadi perhatian Hafiz.

“Errrrr...Mama dan Papa saya berkawan baik dengan mereka. Bila orang tua saya meninggal dunia, Datin Hasmah sekeluarga yang menjaga kami.” Ariyana berkata perlahan.

“Maaf .” Ariyana tersenyum.

“Tak mengapa. Saya dah dapat terima kenyataan. Lagipun, perkara tu dah lama berlalu.” Hafiz tersenyum dan mengangguk kepala. mereka menikmati makanan dalam keadaan senyap. Hafiz bercerita tentang dirinya. Dia merupakan anak tunggal dan membantu di syarikat perumahan milik ayahnya. Mereka berbual tentang diri masing-masing. Hampir pukul 10.30 malam.

“Selamat malam. Terima kasih sebab belanja saya.” Ariyana tersenyum. Hafiz angguk kepala.

“Lain kali kita keluar lagi.” Hafiz berkata perlahan. Ariyana tersenyum.

“InsyaAllah.” Katanya sebelum masuk ke dalam kereta. Hafiz melambai tangan ke arah Ariyana. Ariyana tersenyum. Rasa senang mengenali Hafiz. Tetapi dia tidak menaruh harapan yang tinggi, kerana dia tidak begitu mengenali lelaki tersebut. Akhirnya Ariyana tersenyum. ‘Tidaklah teruk sangat blind date ni,’ Bisiknya dalam hati. Sedang khusyuk melayan lagu korea Thank You For Being The Same, Ariyana merasakan sesuatu semasa memandu. Keretanya tiba-tiba bergerak perlahan dan akhirnya Ariyana menghentikan keretanya di tepi jalan. Beberapa kali dia cuba menghidupkan enjin kereta tetapi tidak berjaya. Ariyana bingung.

“Macamana ni. Aduiii…nak telefon siapa pulak. Kenapalah kereta ni buat hal malam-malam buta ni.” Ariyana membebel sendirian. Dia memandang keluar. Sunyi. Serta merta bulu romanya berdiri tegak. Terlintas perkara buruk difikirannya. Ariyana mencapai telefon bimbitnya kemudian mendail nombor telefon Shila. Beberapa kali nombor tersebut ditekan. Namun tiada yang menjawab. Ariyana semakin risau.

“Abang Is.” Ucapnya spontan. Terus saja jarinya mencari nama Iskandar di dalam phonebooknya. Masa terasa lama menunggu penggilannya dijawab. Ariyana hampir mengalah. Disaat dia hendak memutuskan panggilannya, dia terdengar suara Iskandar memberi salam. Senyuman terukir dibibirnya. Dia mengucapkan syukur.

“Assalammualaikum. Abang Is.... Ari...Boleh tolong Ari tak?” Ariyana bertanya gugup. Sudah lama dia tidak berbual dengan Iskandar melalui telefon bimbit. Iskandar yang sedang berbaring terus duduk tegak bila mendengar suara halus Ariyana. Dia tidak menyangka Ariyana akan menelefonnya pada waktu itu. Jam di atas meja dipandang. ‘Pukul 11. Kenapa dengan dia,’ Iskandar cemas.

“Ari kenapa?” Iskandar bertanya gugup. Dia garu kepala.

“Kereta Ari rosak. Tak dapat nak start.” Ariyana berkata perlahan dan hampir menangis.

“Ari cuba call Shila, tapi dia tak jawab. Mungkin dah tidur.” Ariyana mengesat airmata. Dia takut berada seorang diri di kawasan sunyi itu.

“Kat mana?” Iskandar bertanya bimbang. Dia segera mencapai kunci kereta.

“Kat jalan Datuk Sharif Mansur. Ari takut. Sunyi sangat tempat ni,” Ariyana menangis perlahan.

“Okey. Jangan nangis. Kejap lagi abang sampai. Kunci pintu kereta tu. Kalau ada orang ketuk cermin kereta jangan buka. Kejap lagi abang sampai.” Iskandar mematikan perbualan. Setelah berada agak jauh dari rumahnya, Iskandar mendail semula nombor telefon Ariyana.

“Ari, Ari okey?” Iskandar bertanya cemas.

“Ye. Ari okey. Cuma, panas sangat kat dalam ni,” Ariyana tidak selesa.

“Kejap lagi abang sampai. Mungkin sekejap lagi ada polis peronda sampai. Jangan putuskan talian. Terus bercakap dengan abang.” Ariyana angguk kepala.

“Ari dengar tak?” Iskandar bertanya kuat.

“Ye,” Ariyana muncung mulut. Dalam keadaan begitu pun, Iskandar masih sempat menengkingnya.

“Pandai pun jawab.” Iskandar tersenyum. Dapat dia bayangkan, tentu saat itu, Ariyana sedang muncung mulutnya kerana tidak puas hati.

“Itulah. Lain kali, mulut ada, jawab. Jangan angguk kepala je. Manalah abang nampak, kalau Ari angguk kepala. Kalau guna video call ok jugak.” Ariyana menahan sabar. Di dalam hati dia memarahi Iskandar dengan secukupnya. Bagi Iskandar pula, dia tidak tahu bagaimana mahu berlembut dengan Ariyana. Perasaan serba salah kerana menuduh Ariyana menghancurkan pertunangannya dengan Hanida menyebabkan Iskandar bersikap dingin dan memberi layanan kasar pada Ariyana. Padahal, Hanida memang sudah lama merancang untuk lari bersama lelaki lain. Hanya dia yang tidak tahu dan diperbodoh oleh perempuan. Semuanya kerana cinta.

“Abang, lama lagi ke nak sampai? Panas sangat ni,” Ariyana merengek halus.

“Jalan sesak ni. Kalaulah abang guna motorsikal tadi. Kenapa pulak jalan ni sesak ye?” Iskandar membebel. Ariyana senang mendengar Iskandar membebel. Walaupun Iskandar sering memarahinya, dia tetap senang mendengarnya. Tanpa dia sedar, dia sengaja membuat Iskandar marah. Telefon bimbit yang sebelumnya berada di telinga kiri, kini beralih pula ke kanan.

“Owhhhh. Patutlah. Ada kemalangan jalan raya rupanya.” Iskandar pandang sekilas 2 buah kereta yang terbabas ditepi jalan. Beberapa minit kemudian, Iskandar tersenyum melihat kereta Ariyana.

3 catatan:

MaY_LiN said...

sayangnye ari kat abg is yea

Anonymous said...

best2...hrp2 cptla smbg...xsbr nk tau pe jd pasnih...hehehehehe...
arap2 ari ngn is gak t...

nursya said...

abg is...
abg is...
i luv u...
wakakakaka...