Followers

Wednesday, September 26, 2012

Relaku Pujuk 10




“Aku dengar kau pun pergi ke Korea tu. Betul ke?” Aku angkat muka bila ditegur kasar oleh seseorang. Wajah masam mencuka Kak Diah menyapa mataku. Apahal minah sorang ni? Tiba-tiba datang tegur aku.
“Iye. Kenapa?” Dia berdengus. Huh!!!!..masalah betul. Dia dan Ishamudin tu memang sesuai sangat. Muka tak pernah nak senyum.
“Kau sengaja,kan. Kau nak kejar Isham? Kau ingat, kalau kau pergi bersama dengan dia, dia akan jatuh cinta pada kau? Jangan nak beranganlah, budak.” Apa kaitan aku pergi ke Korea tu dengan mamat sengal tu?
“Aih!!! Saya pergi ke sana sebab kerja. Tak ada niat lain. Lagipun, kalau Kak Diah tak puas hati, bagi tahu dengan bahagian pengurusan, supaya mereka tukar orang. Saya pun tak nak pergi sebenarnya. Tapi pihak atasan dah suruh pergi, saya ikut je. Saya ni pekerja yang menurut perintah.” Aku menjawab tenang. Buat apa nak kecoh. Memang bukan kehendak aku untuk pergi ke  sana. Lebih-lebih lagi pergi bersama dengan lelaki tu. Huh!!! Memang menyusahkan. Bukan aku pergi berdua dengannya, ramai lagi rakan-rakan yang lain pergi.
“Lagipun, apa yang Kak Diah takutkan. Sebelum pergi ke sana. Kamu berdua dah kahwin. Tak naklah saya berebut dengan Kak Diah. Ramai lagi lelaki kat dunia ni.” Aku lihat wajahnya menyinga. Tanpa amaran, aku terasa sejuk di kepala dan wajahku basah. Perisa orange lagi. Lepas ni tak nak minum air orange lagi. Orang tua ni semakin berani. Sabar, Mawar. Sabar itukan separuh daripada iman. Jangan dilayan perempuan tak betul ni.
“Berapa kali aku nak mandi air orange ni? Huhuhuhu....” Aku menyapu air yang menitis kemukaku. Habis basah rambut aku. Aku tanggalkan ikat rambut dan berusaha mengeringkannya. Aku berdiri untuk berlari ke tandas mencuci rambutku. Namun belum sempat aku melangkah jauh kakiku terlanggar kaki seseorang dan membuatkan aku hilang pertimbangan dan hampir terjatuh menghempap meja. Aku pejam mata saat mukaku hampir terkena bucu meja tersebut. Aih!! Tak sakit pun. Perlahan aku buka mata dan menoleh ke tepi. Aku lihat semua orang di dewan makan memandang kearahku dengan riak terkejut. Wah!!! Hebat jugak aku ni. Sempat mengelak dari terkena meja tu. Aku tersengih.
“Sham, apa ni. Kenapa awak peluk dia?” Aku kerutkan dahi. Peluk dia? Aku terasa sesuatu. Degupan jantung seseorang yang berdegup kencang. Takkan degupan jantung aku naik ke telinga. Aku pandang ke depan dan yang aku dapat lihat hanya butang baju warna putih. Pantas aku mendongak. Sebaik sahaja terpandang wajah pucat Ishamudin, aku terus menolak tubuhnya dan berlari ke belakang Kak Onah. Aku bersembunyi di belakang Kak Onah. Malu dan dadaku berdebar kencang. Namun terselit sedikit rasa bahagia. Aku ketuk kepala sendiri.
“Boleh tak jangan bertindak macam budak-budak.” Ishamudin memarahi Kak Diah. Kak Diah merenung tajam wajah Ishamudin.
“Sejak budak tu bekerja di sini, awak dah tak endahkan saya lagi. Saya sedar diri saya ni memang tak layak bersama awak, dan budak tu jauh lebih muda dari saya, jadi awak nak tinggalkan saya? Sampai hati awak abaikan saya.” Wajah Ishamudin merona merah. Aku kasihan padanya. Tentu dia malu sebab semua orang tengok drama yang bakal isteri dia buat.
“Awak tak percayakan saya?” Suara Ishamudin mendatar sahaja bertanya. Pelik betul. Bukankah dalam perhubungan sikap saling mempercayai itu penting untuk menjamin hubungan yang berkekalan?
“Macamana saya nak percayakan awak. Mata awak tu, asyik tengok dia. Kalau sekali, saya tak kisah. Tapi, setiap kali bertembung dengan dia, mata awak tak pernah lari dari melihat padanya. Awak ingat saya  ni buta?” Ishamudin mengeluh. Apalah Kak Diah ni. Salahkah dia tengok wajah comel aku ni? Aku tersengih kecil.
“Upss..” Aku sentuh perutku. Aku pandang wajah Kak Onah.
“Apasal Kak Onah siku perut orang? Sakit.” Aku bertanya pelik.
“Aku nak bagi kau sedar sikit. Yang kau tersengih tu kenapa?” Aku gigit bibir. Perangai syok sendiri aku tadi tertangkap. Aku tersengih lagi.
“Mari.” Ishamudin tarik tangan Kak Diah dan mereka pun beredar.
“Huh!! Lega. Alamak!!!” Aku sentuh rambutku yang kusut.
“Haiya. Kak, nak tandas kejap. Cuci rambut.” Aku terus berlari ke tandas. Ketika sampai di tandas, aku pandang cermin. Wajahku merona merah. Terbayang semula aksi yang memalukan di dewan makan tadi. Aku geleng kepala dan terus mencuci rambut tanpa memikirkan perkara tersebut. Loceng menandakan mula waktu bekerja sudah berbunyi.
“Alamak!!! Dah lambat ni. Macamana nak keringkan rambut ni.” Aku mengeluh dan berusaha mengeringkan rambutku sebelum masuk ke dalam production. Bila menyedari aku sudah lambat, aku terus keluar dari tandas.
“Owh....kepala kau meletup..”
Kan dah melatah. Aku terkejut bila seseorang menghulur kain tuala kecil kepadaku. Aku mendongak dan terkejut lagi. Berapa kali lelaki ni nak aku terkejut.
“Awak nak saya masuk ICU?” Aku urut dada. Dia ni tak serik lagi. Nanti, bakal isteri dia nampak, aku juga yang kena sembur. Tetapi dia buat muka selamba.
“Awak ni tak faham bahasa? Atau tak puas tengok saya dimalukan depan pekerja lain?” Aku bertanya marah. Wajahnya tetap selamba. Dia letakan kain tuala kecil itu atas kepalaku dan terus berlalu. Geram betul dengan hamba Allah yang satu ni. Sepatah kata pun dia tak lafazkan padaku saat itu. Tapi, aku bersyukur sebab dia berikan kain tuala untuk aku keringkan rambutku. Walaupun rasa pelik, tapi aku tetap pakai juga. 

************************

“Saya tak suka perkara macam ni berlaku. Tak professional langsung. Kalau ye pun nak bergaduh, boleh tak tunggu habis waktu bekerja. Selagi kamu semua berada di kilang, saya tak suka tengok perkara macam ni terjadi.” Aku tunduk memandang lantai. Kami berdua dipanggil ke bilik En.Haikal. Wajahnya serius.
“Faham?”
“Faham.” Kami berdua menjawab serentak. Kak Diah aku lihat masih belum puas hati.
“Saya tak nak dengar perkara yang sama berlaku lagi.” Kami berdua angguk kepala macam burung belatok.
“Hadiah, awak boleh keluar. Mawar, awak tunggu sekejap.” Aku kerutkan dahi. Apahal pulak aku kena tunggu. Aku dah lapar ni. Tengahari tadi tak sempat nak habiskan nasi.
“Kenapa En.Haikal?” Aku bertanya terus. Dia hanya mendiamkan diri dan hanya menjawab bila Kak Diah sudah keluar dari bilik tersebut.
“Awak sukakan Ishamudin?” Aku tergamam.
“Hahh!!! Saya? Ishamudin? Merepek je Encik ni.” Wajahnya masih sama seperti tadi. Serius.
“Kenapa sejak saya datang ke sini, saya asyik dengar pertengkaran awak dengan tunang dia?” Aku terdiam seketika. Mencari ayat yang sesuai.
“Owh!! Masa mula-mula saya masuk bekerja kat sini, dia lelaki pertama yang saya nampak. Aura dia memang luar biasa. Sejak ternampak dia. Sekali lagi ye..T.E.R nampak dia masa kat depan tandas tu, jantung saya berdegup kencang. Tak tahu nak terangkan macamana.” Aku bercerita teruja. Pertemuan yang sungguh aku tak sangka. Sejak itu, aku sentiasa bertembung dengannya tak kira tempat. Tapi, dia sedikit pun tidak mengendahkan kehadiranku. Seolah-olah aku tidak wujud atau lebih tepat lagi, macam halimunan. Tetapi, aku sukakan lelaki yang pendiam dan yang tak suka layan perempuan. Macam Ishamudin.
“Awak cintakan dia?” Aku tersentak.
“Ehh!!! Mana ada. Saya minat je. Macam saya minat kat Abang handsome. Macam saya minat kat En.Haikal jugak. Saya suka tengok lelaki-lelaki kacak ni. Dalam kilang ni, ada tiga orang yang saya suka tengok.” Dia hanya mengangguk kepala.
“Kalau saya katakan awak jatuh cinta pada dia. Apa alasan awak untuk menyangkalnya.” Aku terdiam lagi. Aku jatuh cinta pada dia? Tak mungkinlah. Memang biasa kalau perempuan tertarik dengan lelaki yang handsome.
“Tak mungkinlah.” Mana mungkin aku jatuh cinta pada lelaki tu.
“Saya nak tanya, awak kata awak tak nak pergi ke Korea. Betul?” Aku angkat muka.
“Haaa...itu dia. Kalau saya tarik diri sekarang boleh tak?” Dia tersenyum senang. Apakah maksud senyuman itu?
“Betul? Awak tak menyesal?” Memang rugi kalau tak pergi. Inikan peluang yang ramai orang tunggu. Tapi, aku rasa biarlah orang lain yang pergi.
“Saya tak kisah. Saya rasa, lebih baik beri peluang pada mereka yang lain. Saya masih muda, mana tahu, lain kali ada tawaran yang lebih baik.” Dia angguk kepala.
“En.Haikal setuju saya tak payah pergi?” Dia angkat kening kemudian mengangguk kepala.
“Betul?” Aku bertanya lagi. Kalau betul, aku rasa nak melompat ni.
“Ye. Saya akan bagi tahu pihak atasan. Saya akan bagi alasan yang awak masih muda. Kemungkinan untuk berhenti kerja dari syarikat ni lebih besar.” Aku membeliakkan mata mendengar alasan tersebut. Niat untuk melompat tadi aku batalkan.
“Tapi, saya belum terfikir nak cari kerja lain dalam masa terdekat ni.” Dia tersengih.
“Saya dah cakap tadi. Itu hanya alasan. Awak jangan risau. Saya akan uruskan.” Aku tersenyum senang. Tak perlulah aku pergi ke sana. Sebenarnya aku tak yakin, aku mampu berdikari sekarang ni.
Krukhhh....
Alamak!!! perut ni, tak senonoh betul.
“Awak lapar?” Aku angguk kepala. Takkan nak geleng kepala kalau memang dah jelas dan nyata bunyi perutku tadi bergema di seluruh bilik tersebut. En.Haikal geleng kepala dengan telatahku.
“Awak boleh balik.” Aku tersenyum lebar dan selepas mengucap terima kasih, aku terus berlari.

***********************
p/s : salam semua... ini versi edit... maaf di atas kelewatan n3 terbaru di dalam blog ni. maaf sekali lagi buat semua... terima kasih sebab masih sabar dan sudi menjenguk blog yang dah tak serupa blog ni...huhuhuhuhu...

0 catatan: