Followers

Monday, March 26, 2012

Alia Najwa 5




“Hafiz, sekejap.” Syah Aiman memanggil Hafiz supaya datang ke depan.
“Okey. Untuk soalan nombor 5 tu, saya nak awak terangkan caranya bagaimana awak dapat jawapan tu.” Arahnya sambil jari menunjuk ke papan hitam. Hafiz garu kepala. Perlahan dia mencapai kapur dan bersedia untuk menjawab soalan yang Syah Aiman berikan. 5 minit berlalu, Hafiz masih belum menulis apa-apa di papan hitam tersebut.
“Kenapa tak tulis lagi. Jangan membazir masa. Masa itu emas,” Syah Aiman bersuara tegas. Hafiz garu kepala.
“Err...Maaf. cikgu, saya tak tahu macamana nak buat. Maafkan saya, sebenarnya saya tiru dari kawan saya,” Hafiz menjawab jujur. Alia mengeluh.
“Awak tahu tak, kalau awak meniru, maknanya awak tak ada usaha untuk majukan diri. Sampai bila awak nak meniru? Waktu ni okeylah awak buat macam tu, kalau masa ujian sebenar, apa nak jadi?” Hafiz tunduk merenung kaki sendiri.
“Saya nak awak buat semula kerja sekolah yang saya bagi tu. Kalau salah pun tak apa, yang penting, awak patut mencuba. Jangan malas. Kalau tak tahu, tanya, bukan meniru. Dan, saya nak ingatkan kamu, siapa yang benarkan pelajar lain meniru kerja mereka, saya akan hukum dia,” Syah Aiman memberi amaran.
“Hafiz, siapa yang bagi kamu meniru ni?” Syah Aiman bertanya walaupun dia tahu siapa yang bertanggungjawab.
“Bukan salah dia. Saya yang rampas buku dari dia,” Hafiz cuba melindungi Alia.
“Saya cikgu,” Alia menjawab berani. Memang dia yang memberi buku tersebut pada Hafiz tanpa ada bantahan.
“Baik. Saya nak awak cuci tandas sekolah lepas tamat waktu kelas kelak,” Alia angguk kepala. ‘Sengaja nak kenakan aku,’ Bisiknya dalam hati. Matanya menjeling tajam wajah serius Syah Aiman.
Sejak lelaki itu hadir di sekolah mereka, dunia Alia terasa tidak aman. Semua kerjanya pasti menarik perhatian guru sandaran tersebut. Setelah semua pelajar balik, Alia memulakan tugas mencuci tandas.
“Alia, kau nak aku tolong?” Hafiz mengekori Alia ke tandas.
“Tak payah. Kau baliklah dulu. Suruh Ros tapaukan lauk untuk aku.” Hafiz angguk kepala.
“Tapi takpe ke? Kau cuci sorang diri ni,” Alia geleng kepala.
“Nak buat macamana. Dah dia marahkan aku. Nanti, kalau dia jumpa kau kat sini, tak pasal-pasal bertambah pulak hukuman aku,” Hafiz angguk kepala.
“Okey. Aku balik dulu,” Hafiz melambai tangan pada Alia. Alia tarik nafas sebelum memulakan kerjanya. Matanya liar memerhati sekeliling tandas pelajar perempuan. Nasib baik cuci tandas perempuan, kalau cuci tandas pelajar lelaki, mahu dia cabut lari.
Hampir 3o minit mencuci, Alia tarik nafas kelegaan. Tak susah sangat nak cuci tandas ni. Tadah air banyak-banyak, letak pencuci tandas lepas tu flash. Bersih.
Alia berjalan perlahan menuju ke asrama puteri. Lemah kakinya melangkah. Beg sekolah ditukar ke bahu kanan. Sambil menyanyi kecil, Alia berjalan dengan senang hati. Suasana kawasan sekolah yang menghijau itu begitu menenangkan. Alia menghentikan langkah bila angin kuat bertiup lalu dedaun halus berguguran.
“Seronoknya.” Alia berpusing sambil tergelak. Matanya terpaku pada seraut wajah yang sedang tergelak halus memerhati gelagat sebentar tadi.
“Errr... Cikgu..” Alia gugup.
“Macam orang tak betul,” Kutuknya. Alia menghentak kaki.
“Sibuk je. Hantar balik ke Pakistan baru tahu,” Alia berkata marah.
“Apa awak cakap?” Syah Aiman berpaling dan merenung tajam wajah Alia. Alia pandang sekeliling. Mana pergi semua orang. Tahulah dah lambat, sepatutnya ada lagi pelajar lain. Tapi, sekarang sunyi je.
“Awak kutuk saya?”
“Mana ada. Orang cakap je,” Alia menjawab selamba. Syah Aiman memandang sekeliling. Nasib baik sunyi je. Dia memang sengaja balik lambat kerana tidak mahu bertembung dengan pelajar-pelajar perempuan yang asyik menunggunya. Terasa seperti artis pulak bila dikejar oleh pelajar-pelajar tu.
“Saya hantar awak balik China. Awak nak?” Alia mencebik bibir.
“Kenapa pulak nak hantar saya ke sana?”
“Muka awak tu macam cina,” Alia mencebik.
“Ala...Kat Malaysia macam-macam bangsa ada,” Alia menjawab sinis sambil mencebik bibir. Syah Aiman turut sama tersengih.
“Habis tu, kenapa awak nak hantar saya balik Pakistan?” Selamba je ayatnya membuatkan Alia mengeluh.
“Malas nak layan. Orang nak balik asrama.” Alia meneruskan langkah kakinya.
“Bila masa saya nak awak layan saya? Saya pun nak balik rumah jugak ni,” Alia menjeling sekilas. Syah Aiman berjalan jauh dibelakangnya. Namun, Alia rasa tidak selesa.
“Awak jalan kat sebelah sana,” Alia menunding jari ke seberang jalan.
“Kenapa pulak?” Syah Aiman tayang riak pelik.
“Tak selesalah.”
“Kalau jalan kat sebelah tu, nanti saya tak nampak kereta datang dari belakang, kalau kena langgar, haa...mati katak saya nanti. Siapa yang susah. Awak jugak.” Alia gigit bibir geram. ‘Ish..ada je yang dia nak jawab. Ni yang buat aku rasa nak pecut 100 meter. Tapi, nampak tak ayu pulak. Pakai baju kurung lari macam orang tak cukup tanah.’ Alia mengeluh berat.
“Apa pulak saya yang susah? Bukan ada kaitan pun. Biarlah awak nak mati katak ke, mati kucing ke, takde nya saya kisah,” Alia mencebik. Syah Aiman tergelak.
“Ye??? Entah-entah awak menangis bila saya takde,” Alia mencebik.
“Perasanlah cikgu ni.” Alia melajukan langkahnya. Syah Aiman tergelak besar. Gembira bila dapat berbual berdua dengan Alia. ‘Comel je aku tengok. Kalau jadi kekasih aku ni, memang sesuai sangat,’ Bisiknya nakal. Syah Aiman geleng kepala mengenangkan niat nakalnya sebentar tadi.
**********************
“Huhhhhhh. Letihnya. Arggggg,” Alia menggeliat di atas katilnya. Sakit di badan dan juga dihati membuatkan Alia sengaja menggeliat berlebihan sehingga teman-temannya menoleh kearahnya.
“Hoi.. apa hal penat sangat? Orang lain belajar juga, tak lah sampai macam tu sekali penatnya,” Suara Imah kedengaran. Alia memandang sepi wajah Imah. Semenjak dua minggu ini, dia sangat letih. Dahlah hampir setiap hari dia mencuci tandas. Lepas tu petangnya pula, kena membuat latihan sukan. Hari isnin ini rombongan mereka akan bertolak ke SMK Padang.
“Memanglah, tapi aku kena hukum lagi. Sakit betul hati aku ni tau,” Alia meluahkan apa yang terpendam dihatinya.
“Itulah… siapa suruh kau baik hati sangat. Hafiz tu, kalau kau galakkan dia meniru, sampai bila dia nak pandai? Memang padanlah kau kena hukum,” Maziah menyampuk.
“Tak boleh ke dia suruh aku ajar si Hafiz tu sampai pandai sebagai hukuman. Ni tidak, hukum aku cuci tandas. Tak adil betul. Dia memang sengaja nak kenakan aku. Dah tua perangai macam budak-budak.” Bebel Alia marah. Teman yang lain hanya tersenyum.
“Aku heboh satu sekolah tu, yang aku tendang kaki dia, baru tau.” Alia mencebik. Mereka yang lain geleng kepala dengan gelagat Alia yang tidak mahu beralah dengan guru sandaran mereka.
“Sakit…. Sakit…Sakit.. Eiiiii… Geramnya aku. Monyet.. monyet…,” Alia menjerit sambil menutup mukanya dengan bantal.
“Sudahlah Alia. Bawa bertenang. Kau pun tak pernah nak berbaik dengan Cikgu Syah tu. Punyalah hensem cikgu tu, kau nak buat musuh? Dah dekat dua minggu dia mengajar, kau belum lagi minta maaf kat dia pasal hari tu,” Sara pula bersuara.
“Bukan salah aku pun. Lagipun aku dah minta maaf, baik-baik aku cakap kat dia, tapi, apa yang aku dapat, kena marah jugak. Dahlah pinggang aku sakit terjatuh, memang padan muka dia kena tendang kaki. Baru sikit aku bagi,”
Alia meluahkan apa yang terpendam dalam hatinya. Dia mengepal tangannya. Geram bila mendengar nama Syah Aiman. Dia bertambah sakit hati bila ramai pelajar perempuan yang begitu memuja dan memuji ketampanan wajah lelaki itu. ‘Kalau harapkan muka je hensem, tapi perangai buruk, takde maknanya bagi aku.’ Alia berbisik sendirian.
“Ros mana? Tak nampak batang hidung dia pun,” Alia baru perasan yang Ros tiada bersama mereka.
“Yelah. Mana pulak budak tu,” Mereka berempat menjenguk di atas katil Ros.
“Patutlah senyap. Tidur rupanya. Kita sakit hati, dia boleh tidur nyenyak sekali. Apa punya kawanlah,” Alia kembali ke katilnya.
“Alia, orang kata, kalau kita bencikan seseorang tu, benci sangat, kemudian mereka akan saling jatuh cinta. Kau tak takut, jatuh cinta kat Cikgu Syah tu?” Imah bertanya sambil angkat kening sengaja mengusik temannya.
“Apa?” Alia menjerit lalu duduk tegak. Tidak sangka soalan seperti itu yang dikemukakan oleh rakannya.
“Kau gila ke? Aku jatuh cinta kat orang macam tu? Oiiiii tolong sikit ok. Kalau pun aku suka kat dia, huhhh mungkin sebab terpaksa atau atas sebab yang aku tak dapat nak elak,” Alia berang. Sara, Imah dan Maziah tersenyum melihat reaksi Alia.
“Yelah Imah, yang kau cakap macam tu apa hal. Kita ni masih belajar lagi. Sedangkan dia cikgu kita. Mana boleh ada hubungan istimewa dengan cikgu. Rosak reputasi dia sebagai guru tau,” Maziah memarahi temannya. Mereka yang lain angguk kepala.
“Entahlah. Aku dapat rasakan yang mereka berdua ni macam ada jodoh. Tak tahu pulak kenapa? Firasat aku ni, kadang-kadang boleh jadi kenyataan. Lagipun, dia hanya guru sandaran.” Imah masih merasakan ada sesuatu yang mengaitkan Alia dan guru sandaran mereka itu.
“Tapi Lia, kalau kau ada jodoh dengan si Harimau tu, aku sokong.” Alia membeliakkan matanya.
“Kau? Huhhhhh. Kita masih belajar lagi. Lepas tamat sekolah nanti, aku nak cari kerja. Dapat bantu ayah aku sikit jadilah. Tak kan nak terus kahwin?” Alia menyatakan pendiriannya.
“Kami cuma nak usik kau je Lia. Takkan itu pun nak marah. Kalau dah kahwin pun, masih dapat tolong orang tua tau. Yang penting kita ingat nak bantu dia orang,” Pesan Sara.
“Ye aku setuju. Tapi, itu pun kalau dapat suami yang faham akan tanggungjawab mereka. Sudahlah. Eh… Mamat yang kau suka tu, dah ada tegur kau, Sara?” Maziah bertanya.
“Dia memang ada tegur aku, tapi dia tanya tentang orang lain,” Jawab Sara lemah.
“Aiks.. Dia tanya tentang siapa?” Imah juga berminat untuk tahu. Sara buat muka tidak puas hati.
“Tu kawan kita tu,” Sara muncung mulut ke arah Alia. Alia yang leka membaca buku ‘Rindu Semakin Jauh’ tersentak bila terasa mereka sedang memandang dia yang tidak tahu apa-apa.
“Kenapa korang pandang aku macam tu? Ada apa lagi ni?” Soal Alia hairan. Sudahlah dia bengang dengan Cikgu Syah. Janganlah rakan-rakannya tambah lagi rasa sesak didadanya.
“Ada orang minat kat kau,” Jawab Maziah.
“Minat kat aku? Jangan nak buat lawak. Kalau aku minat kat orang adalah, tapi kalau orang minat kat aku, alamatnya jodoh aku dah nak sampailah tu,” Alia sempat berseloroh. Mereka yang lain memandang Alia sambil tersenyum.
“Apa dia? Ada orang minat kat Alia?” Ros yang sedang tidur di katil atas segera menjenguk ke bawah.
“Bukankah kau tidur tadi?” Soal Alia sambil keningnya terangkat.
“Heheheee. Orang pekak je dapat tidur bila korang bercerita,” Ros turun lalu duduk di sebelah Imah.
“Cerita panas ni, mana boleh tinggal, siapa yang minat kat Alia tadi?” Ros bertanya teruja sambil tersenyum.
“Siapa lagi, Salman. Pelajar baru tu,” Sara menjawab sambil mukanya masam.
“Huks…hukk…”Alia terbatuk.
“Budak tu nak kena penampar aku agaknya. Sekarang ni aku malas nak fikir bab jiwang ni. Berdiri bulu roma aku tau,” Alia geleng kepala sambil menggosok lengannya.
“Kau cakap kat dia, aku takde masa nak layan perasaan dia. Lantak dia nak sukakan aku, yang penting jangan ganggu aku,” Alia semakin bengang.
“Kau marah orang sukakan kau?” Soal Sara pelik.
“Memanglah aku marah. Apa ingat aku ni cantik sangat ke? Buta ke apa mata budak tu?” Alia meneruskan bacaannya.
“Susah betul bercakap dengan orang yang takde perasaan ni,” Maziah geleng kepala.
“Sara,apa rancangan kau? Errr.. kau cakap apa bila Si Salman tanya tentang Alia?” Soal Imah masih berminat untuk mengetahui cerita selanjutnya.
“Aku bagi tau yang Alia masih single lagi. Semua cerita baiklah,” Sara tersengih.
“Apalah mangkuk teman aku sorang ni, yang kau puji aku kenapa? Kalau kau suka kat dia, cuba ceritakan perkara buruk tentang aku. Supaya dia tak minat kat aku,” Alia menjeling sekilas.
“Kalau aku cerita yang tak baik tentang kau, nanti dia tahu sendiri macam mana? Aku jugak yang malu. Tak mengapa kalau dia suka kat kau. Lagipun kau belum ada kekasihkan?” Sara sempat mengusik temannya.
“Huhhhhh,” Alia berdengus.
Semua orang tahu Alia seorang pelajar yang baik, suka membantu dan disenangi oleh pelajar dan guru. Malah kecantikan dan kenakalannya sering menjadi perhatian pelajar lelaki. Tetapi dia akan bersikap dingin bila ada insan yang menaruh hati padanya. Sebenarnya Alia ingin menunjukkan pada seseorang yang dia boleh berjaya biarpun belajar di sekolah menengah biasa dan tidak mahu terlibat dalam soal hati dan perasaan ini.
“Alia, sebenarnya aku sukakan Nita. Dia pandai. Lagipun kami memohon sekolah yang sama. Kau tu bila lagi nak belajar, PMR dah dekat tu. Aku bukan apa, aku pun nak dapat keputusan cemerlang dan bersekolah di sekolah terkenal dan berjaya dalam hidup.” Masih terdengar suara Alan yang telah merobek hatinya 2 tahun lalu. Semenjak itu, dia berazam untuk membuktikan yang dia mampu berjaya sekalipun bersekolah di sekolah biasa. Kini tujuannya cuma satu, dia perlu belajar untuk mendapat keputusan yang baik.
“Hei.. termenung pulak dia. Kau dengar tak aku cakap ni?” Imah menolak kaki Alia.
“Hah… apa dia? Kau cakap apa?” Alia terpinga-pinga. Mereka berempat geleng kepala.
“Kau ni kenapa? Semenjak cikgu baru tu datang mengajar di sekolah ni, kau kelihatan serba tak kena, kau ada masalah ye?” Soal Ros pelik. Alia geleng kepala. Dia sendiri tidak tahu kenapa banyak perkara pelik berlaku semenjak guru sandaran itu datang mengajar di sekolah mereka.
********************
p/s : setakat ni okey tak? huhuhu....terima kasih sebab sudi baca...lov u ols

0 catatan: