Followers

Thursday, December 17, 2009

Kembali Pulang 16

“Mira...saya..” Mira menoleh bila namanya dipanggil. Selepas makan, mereka berjalan di pantai. Mira memandang wajah Akmal yang kelihatan sedih itu.

“Sebelum tu, saya nak minta maaf sebab membuat awak menderita dan membiarkan awak keseorangan. Zuriana sudah menceritakan segalanya tentang awak. Tentang perasaan awak pada saya.” Mira tersentak. Wajahnya berubah.

“Apa maksud awak? Zuriana? Apa yang dia cakap tentang saya?” Mira bertanya gelabah. Akmal tersenyum lucu.

“Awak cantik bila gelabah macam ni,” Usiknya. Mira kerutkan dahi.

“Mira...saya..saya cintakan awak.” Akmal berkata gugup. Mira tergamam. Mulutnya ternganga. Dimatanya hanya ada wajah Akmal yang tersenyum manis merenung wajahnya.

“Apa dia?” Mira bertanya lagi. Rasa tidak percaya dengan apa yang dia dengar. Mira gosok pipinya.

“Saya cintakan awak. Dari dulu, kini dan selamanya.” Akmal berkata yakin. Mira gigit bibirnya menahan tangis.

“Betul?” Mira inginkan kepastian. ‘Kalau ini hanya mimpi, aku ingin terus bermimpi.’ Akmal berdiri tegak di hadapan Mira.

“Ye. Saya cintakan awak.” Akmal berkata yakin dihadapan Mira. Mira tersenyum bahagia.

“Saya juga cintakan awak,” Mira bersuara perlahan. Setelah mengucapkan kata-kata keramat tersebut, Mira merasakan dadanya lapang. Terasa bahu yang berat memikul beban kembali ringan. Begitu juga Akmal. Mereka saling berbalas senyuman.

“Tapi...” Akmal bersuara lemah. Mira hairan.

“Kenapa? Awak ada masalah?” Mira bertanya perlahan sambil tersenyum manis pada Akmal. Semoga dengan senyumannya itu, Akmal akan kembali ceria.

“Walaupun saya cintakan awak, tapi, saya... saya tak dapat teruskan hubungan ini,” Mira tersentak. Akmal memandang sayu wajah Mira yang berubah keruh.

“Saya akan bertunang tak lama lagi. Pilihan keluarga saya.” Akmal berkata perlahan. Mira terkejut dan hampir jatuh terduduk.

“Habis tu, kenapa awak luahkan perasaan cinta awak pada saya?” Mira berkata perlahan. Dia kecewa.

“Saya....saya minta maaf. Saya pentingkan diri. Tapi percayalah. Saya memang cintakan awak. Kami bertunang kerana desakan keluarga dan dalam hati saya hanya ada satu nama. Pemiliknya adalah awak.” Mira geleng kepala. Dia berundur setapak melangkah ke belakang. Airmata mengalir perlahan.

“Mira, saya minta maaf. Saya tak bermaksud hendak mempermainkan perasaan awak. Saya tidak mahu menyesal kemudian hari kerana selagi saya tidak meluahkan perasaan saya pada awak, selagi itu hati saya tidak tenang.” Mira geleng kepala. Tidak percaya dengan alasan yang Akmal berikan.

“Mira..tunggu. Saya ingin habiskan hari ni bersama awak.” Akmal tarik tangan Mira. Mira menepis perlahan. Namun Akmal tidak melepaskan tangannya.

“Kenapa awak bagi tahu saya semua ni? Kenapa tak biarkan saya terus berangan?” Mira bersuara lirih. Akmal tunduk memandang kakinya.

“Sekian lama saya menunggu ucapan cinta dari awak, tapi, kenapa....” Mira mengeluh perlahan.

“Please. Mira, saya hanya ingin menghabiskan masa bersama awak. Hari ni saja. Saya tahu, awak marahkan saya.” Mira kesat air mata.

“Saya tak mahu hampakan orang tua saya.” Mira mengeluh lagi. Wajah Akmal yang sedih itu membuat Mira bertambah sedih.

“Saya cintakan awak. Dan akan terus cintakan awak. Saya hendak abadikan hari ni dalam hidup saya,” Akmal bersuara yakin. Mira termenung.

“Apa ertinya? Bukankah lebih baik jika kita tidak berjumpa. Atau lebih tepat lagi, awak simpan saja perasaan cinta awak tu.” Mira kesat airmata yang masih bersisa di pipinya. Akmal mengeluh.

“Maaf. Memang saya ingin simpan rahsia ni sampai bila-bila. Semenjak tahu rancangan mak dan ayah, saya memang ingin melupakan awak. Tapi, saya tak berdaya. Walaupun saya tahu, awak memang cintakan saya, tapi saya tetap ingin mendengarnya dari mulut awak sendiri.” Akmal duduk di atas batu besar mengadap laut. Mira berpeluk tubuh. Tidak tahu apa yang harus di jawab.

“Walaupun cinta saya pada awak sangat mendalam, saya tak sampai hati nak melukakan hati mak dan ayah saya. Hanya saya yang mereka ada. Dan segala yang saya minta, mereka tak pernah berkata tidak, saya sentiasa dapat apa yang saya inginkan. Jadi, saya sanggup menunaikan permintaan mereka ini.” Mira akhirnya duduk disebelah Akmal.

“Maaf. Saya terlalu emosi tadi.” Mira mengeluh.

“Saya hormat keputusan awak. Nampaknya, kita takde jodoh.” Mira bersuara perlahan. Dia harus akur dengan keputusan Akmal. Memang tidak adil bagi dirinya, tetapi Akmal berniat murni. Dan dia bukanlah perempuan yang pentingkan diri sendiri. Andai jodohnya bersama Akmal, mungkin masanya akan sampai. Tetapi jika mereka tiada jodoh, cukuplah sekadar mereka tahu yang mereka saling mencintai. Kerana mereka yakin cinta tak semestinya bersatu. Mungkin mereka hanya layak berkawan.

“Cinta tak semestinya bersatu,” Mira tiba-tiba tergelak. Namun di dalam hati, dia menangis.

“Apa maksud awak?” Akmal hairan bila melihat Mira ketawa dan dalam masa yang sama dia melihat Mira mengesat airmata yang mengalir di pipi.

“Awak jangan risau. Saya tahu niat awak baik. Bagus jugak awak bagi tahu saya awal-awal, mungkin lepas ni, kita dapat lupakan perasaan cinta itu. Lagipun, kita masih muda lagi. Dan rasanya belum sesuai untuk saya jumpa jodoh saya,” Mira tersenyum kelat. Akmal terus merenung wajah Mira yang memandang kehadapan.

“Setiap pertemuan memang akan berakhir dengan perpisahan. Sama ada ianya cepat atau lambat.” Mira bersuara perlahan kemudian menoleh ke arah Akmal. Dia tertunduk malu bila Akmal terus merenung wajahnya.

“Sama ada berpisah jauh atau berpisah kerana pergi untuk selamanya.” Mira angguk kepala mendengar kata-kata dari mulut Akmal. Akmal membuang pandang ke laut yang terbentang luas.

“Hidup kita ini terlalu singkat. Oleh itu, hargainya. Supaya tidak menyesal kelak. Saya berdoa semoga awak berjumpa dengan lelaki yang benar-benar layak bersama awak.” Akmal tersenyum.

“Sudi tak jadi kekasih saya untuk hari ni?” Akmal bertanya sambil tersenyum. Mira angguk kepala.

“Tak salahkan? Tapi, kasihan bakal tunang awak.” Mira tiba-tiba teringatkan perasaan bakal tunang Akmal jika dia dapat tahu tentang mereka.

“Jangan risau. Dia seorang yang memahami. Lagipun, saya dah bagi tahu dia. Ini kali terakhir,” Akmal tersenyum. Mira kerutkan dahi.

“Dia tak kisah? Tapi...” Mira tidak percaya seorang perempuan sanggup membiarkan bakal tunangnya berjumpa dengan perempuan lain.

“Dia seorang yang memahami dan bertimbang rasa. Saya katakan padanya, dengan cara ini, saya akan cepat melupakan perasaan cinta saya pada awak. Dia setuju,” Akmal meyakinkan Mira. Akhirnya Mira tersenyum.

“Saya kagum dengan sifat terbuka bakal tunang awak tu. Eh...lupa pulak nak tanya, siapa namanya?” Mira dan Akmal berjalan menyusuri pantai. Akmal tersentak. Tidak menyangka Mira akan bertanya.

“Errr...Nama dia..Salima.” Akmal menjawab gugup. Mira angguk kepala.

“Cantik nama dia. Tentu orangnya cantik jugakkan?” Mira bertanya lagi.

“Errrr..Bolehlah. Mira..Boleh tak kita jangan bercerita tentang orang lain. Hari ini hari untuk kita bercinta seperti pasangan lain.” Mira tersenyum lucu.

“Okey. Sorry.” Mira dan Akmal bercerita pelbagai perkara. Mereka bergurau dan berkejaran di pantai.

“Ini untuk awak,” Akmal menghadiahkan sejambak bunga mawar merah. Terharu Mira menerimanya.

“Terima kasih. Mana awak dapat ni?” Mira mencium jambangan bunga tersebut.

“Saya minta dari mak cik jual bunga tu.” Akmal tunjuk jari pada seorang perempuan tua yang sedang menjual bunga.

“Kenapa bagi saya bunga? Kan elok, kalau awak bagi coklat ke. Seronok jugak,” Mira muncung mulutnya. Akmal turut sama muncung mulut.

“Tak bersyukur langsung.” Mira tergelak.

“Mari, kita pergi beli coklat,” Akmal tarik baju Mira. Mereka berjalan pantas ke kedai yang berhampiran.

“Puas hati?” Akmal tersenyum melihat Mira tidak mampu menjawab kerana leka menikmati coklat.

“Kenapa awak pandang saya macam tu?” Mira tolak kepala Akmal. Akmal terus merenung Mira sehingga Mira merasa tidak senang hati.

“Nanti tak dapat tengok lagi. Saya suka tengok awak makan. Macam budak kecil,” Mira menjeling sekilas Akmal yang tersenyum disebelahnya.

“Suka hati awak. Saya nak makan ni,” Mira dan Akmal leka dengan dunia mereka. Tanpa mereka sedari, matahari semakin melabuhkan tirainya.

“Awak. Saya nak balik. Dah lambat ni. Nanti terlepas Asar pulak,” Mira berdiri tegak. Akmal turut sama berdiri. Sambil membetulkan pinggang.

“Saya puas hati dapat tengok awak hari ni. Kalau saya pergi pun, saya tak menyesal lagi.” Akmal berkata perlahan. Mira kerutkan keningnya. Tidak faham maksud yang tersirat.

“Ok. Ingat, jangan sebut nama saya kat dapat bakal tunang awak. Nanti dia terasa hati pulak. Sampaikan salam saya padanya.” Mira tersenyum.

“Mira....saya cintakan awak selamanya.” Mira sebak.

“Saya juga cintakan awak selamanya,” Mira menjawab perlahan.

“Jangan. Cukuplah jika awak cintakan saya hari ni. Awak patut cari lelaki yang mencintai awak lebih dari saya cintakan awak.” Akmal bersuara tegas. Mira tersenyum dan mengangguk kepala.

“Selamat jalan.” Mira melambai tangan pada Akmal sebelum mereka berpisah di pantai tersebut membawa haluan masing-masing.

“Mira, maafkan saya.” Akmal berpaling memandang Mira. Mira turut sama berpaling.

“Awak tak pernah buat salah pada saya. Takde apa yang perlu dimaafkan.” Mira tersenyum manis. Akmal angguk kepala. Mereka serentak berpaling dan beredar. Mira kesat airmata yang mengalir perlahan. ‘Selamat tinggal cinta.’ Mira berbisik perlahan.

‘Maafkan saya Mira,’ Akmal kesat airmatanya. Dia lakukan semua itu, demi kebahagiaan Mira.

*************************

4 catatan:

keSENGALan teserlah.. said...

ngehhh..
tak rse akmal nk betunang..
akmal cm nk mati je..
huuuuuuu

::cHeeSeCaKe:: said...

hoho..
sure alasan tunang tu..akmal saje je
pdahal die sakit n mse die da xlame..

MaY_LiN said...

kaira!!!
nape cedih...
:(

YONG JIAO XIU said...

ok dpt agak rasanya. akmal sakit, tunang tu just alasan dia je. part habiskan masa mcm kekasih tu,hehehe mcm 49days je. habiskan masa bersama sebelum pompuan tu mati, dlm cter tu.