Followers

Tuesday, March 2, 2010

Pilihan Hati 20

“Tak sangka jumpa awak di sini. Awak pun anggota polis?” Ariyana tergelak mendengar soalan lelaki dihadapannya.

“Mana ada. Awak pulak? Apa yang awak buat kat majlis ni? Seingat saya, dulu awak tak minat pakaian seragam ni,” Ariyana berkata ceria.

“Dah rezeki kat sini. Takkan nak tolak pulak. Lagipun, semakin lama berada dalam bidang ni, semakin seronok pulak.” Ariyana angguk kepala. Dia tersenyum sambil memandang wajah lelaki dihadapannya. Lelaki yang pernah dia puja suatu ketika dulu. Irwan. Kerana lelaki itu juga, dia pernah dihukum memeluk tiang ketika perhimpunan. Gara-gara surat cinta yang dia karang di rampas oleh guru disiplin ketika dia sedang khusyuk mengarang ayat-ayat cinta. Nasib baik di dalam surat tersebut tidak tertera nama Irwan.

“Mana kekasih awak tu?” Irwan bertanya sambil merenung wajah cantik dihadapannya. Ariyana terbatuk.

“Saya temankan abang kawan saya. Dia takde pasangan, sebab tu dia bawa saya malam ni. Iskandar Halim namanya.” Irwan angkat kening.

“Insp. Iskandar?” Ariyana angguk kepala. Wajah Irwan seperti menyembunyikan sesuatu.

“Betul?” Soalnya lagi. Ariyana kerutkan dahi.

“Ye. Kenapa dengan dia?” Irwan tersenyum kecil.

“Awak kenal rapat dengan dia?” Sekali lagi Ariyana kerutkan dahi.

“Kenal sangat.” Ariyana menjawab yakin.

“Takdelah. Ada khabar angin tentang Tuan Iskandar tu.” Ariyana pandang wajah Ariyana.

“ Khabar angin apa?” Ariyana bertanya penuh minat. Irwan tersenyum.

“Mereka cakap, Tuan Iskandar tu tak normal. Tak suka kaum perempuan,” Mulut Ariyana melopong mendengar kata-kata dari bibir Irwan.

“Abang Is? Jangan nak buat ceritalah. Mana ada. Saya kenal dia. Dia belum jumpa yang sesuai lagi tu,” Ariyana geleng kepala mendengar cerita yang tidak masuk akal itu.

“Betul? Tapi, selama ni, ramai staff perempuan kat balai tu mencuba nasib mengorat dia, satu pun tak sangkut.” Ariyana tergelak mendengar cerita tentang Iskandar. Memang patut pun khabar angin tersebut timbul. ‘Kasihan Abang Is,’ Ariyana geleng kepala.

“Dia tidak menerima cinta mereka, mungkin sebab dia belum bersedia nak bercinta. Kerana dia pernah dikecewakan oleh tunang dia.” Irwan terkejut.

“Jadi, dia pernah bertunang?” Ariyana angguk kepala.

“Owh!!!! Tak sangka pulak.” Irwan angguk kepala. Ariyana tersenyum. Mereka berbual dengan rancak sekali. Sesekali Ariyana mencuri pandang ke arah Iskandar yang sedang berbual mesra dengan Inspektor wanita yang bernama Zawiyah tadi. Walaupun mulutnya becok bercerita, namun hatinya memikirkan hubungan Iskandar dengan Zawiyah. Terselit rasa cemburu bila melihat Zawiyah begitu mesra berbual dengan Iskandar.

Iskandar memandang ke arah Ariyana. Wajahnya berubah bila melihat Ariyana sedang bergelak ketawa dengan Irwan, anggota polis berpangkat Sarjan. Iskandar tidak selesa. Dadanya berdegup kencang. Badannya tiba-tiba terasa panas. Perlahan dia beristighfar panjang. Menenangkan hati yang terasa pedih seperti dihiris sembilu. Selepas meminta diri untuk beredar, Iskandar berjalan menuju ke luar dewan bagi menghilangkan rasa tidak selesanya.

Perlahan langkah kaki diatur menuju ke kerusi di tepi kolam dewan tersebut. Iskandar duduk sambil merenung langit. Permandangan indah di dada langit menenangkan jiwanya yang sedang gundah gulana itu. Terbayang wajah Ariyana yang sedang bergelak ketawa bersama Irwan. Iskandar gigit bibir geram.

‘Kenapa dengan aku ni? Huh!!!’ Iskandar mengeluh lagi. Sesak dadanya bila mengingatkan keceriaan diwajah Ariyana ketika bersama lelaki tersebut.

‘Siapa Irwan di hati dia? Hadi pulak macamana? Aduh!!!! Kenapa dengan aku ni,’ Iskandar tekan kepalanya. Ariyana meliar mencari kelibat Iskandar. Namun dia hampa.

“Kenapa?” Ariyana tersentak bila ditegur oleh Irwan. Ariyana tersenyum.

“Errr...saya pergi jumpa Abang Is dulu ye. Dah lama saya kat sini. Nanti jumpa lagi,” Ariyana bersedia hendak berlalu.

“Ariyana...tunggu.” Ariyana berpaling bila namanya dipanggil.

“Boleh bagi nombor telefon? Boleh kita berjumpa lagi,” Irwan tersenyum sambil menanti dengan sabar. Ariyana angguk kepala lalu menghampiri Irwan dan memberi nombor telefonnya.

“Terima kasih. Nanti ada masa lapang, saya call awak.” Ariyana angguk kepala. Ariyana tercari-cari wajah Iskandar, namun dia hampa.

“Shila, nampak Abang Is tak?” Ariyana berbisik ke telinga Shila. Ketika itu, Shila sedang leka mendengar artis jemputan menyanyi di atas pentas.

“Tak,” Shila geleng kepala. Ariyana mengeluh.

‘Mana pulak dia pergi?’ Ariyana memandang keluar dewan. Senyuman terukir dibibirnya bila melihat Iskandar sedang termenung di tepi kolam. Ariyana mencapai dua gelas Jus Oren dan di bawa menghampiri Iskandar.

“Abang buat apa kat sini?” Ariyana bertanya selepas memberi salam. Iskandar tersenyum kelat dan menyambut gelas yang dihulur oleh Ariyana.

“Terima kasih. Abang rimas duduk kat dalam tu. Ramai sangat orang,” Ariyana angguk kepala. Mereka sama-sama mendiamkan diri sambil merenung bintang dilangit. Agak lama mereka mendiamkan diri, sehingga tanpa sedar, Ariyana tertidur. Iskandar berpaling bila mendengar dengkuran kecil disisinya.

“Aihhh...Sempat tertidur pulak dia.” Iskandar tersenyum kecil kemudian dia geleng kepala. Itulah Ariyana yang dia kenal, di mana sahaja dia berada, jika dia mengantuk, disitulah dia melelapkan matanya. Iskandar meneliti segenap wajah Ariyana yang bersih itu. Iskandar yakin, tentu ramai yang ingin menjadi teman lelaki Ariyana. Iskandar mengeluh dan memandang ke jauh kehadapan. Sesekali, Iskandar menoleh ke arah Ariyana. Gadis tersebut seperti tidak selesa sambil memeluk lengan. Sejuk barangkali. Iskandar geleng kepala. Perlahan dia mengejutkan Ariyana.

“Ari, Ari...bangun. Kita balik ye?” Soalnya lembut. Ariyana membuka mata perlahan kemudian dia tersenyum.

“Kenapa muka Abang Is yang aku nampak?” Ucapnya perlahan. Iskandar tersentak.

‘Mengigau pulak dia. Ari....Ari..’ Iskandar geleng kepala.

“Ari, sedarlah. Budak ni...mari balik,” Ariyana termenung seketika sambil merenung wajah Iskandar kemudian menggosok matanya yang terasa masih mengantuk.

“Ari tertidur?” Soalnya pada Iskandar. Iskandar angguk kepala sambil menyembunyikan senyumannya. Ariyana tersipu malu. Perlahan dia berdiri dan berjalan mengiringi langkah Iskandar menuju ke dewan. Beberapa langkah hendak ke pintu dewan, Ariyana menarik baju Iskandar.

“Kenapa?” Soalnya perlahan sambil merenung lembut pada Ariyana. Terpana Ariyana seketika.

“Errrr...Ari tunggu kat dalam kereta je.” Ariyana bersuara perlahan. Lama Iskandar merenung wajah gadis dihadapannya itu.

“Ari malu bawak muka macam orang baru bangun tidur ni,” Akhirnya Ariyana menyatakan sebab mengapa dia tidak mahu masuk semula ke dalam dewan. Iskandar tergelak halus.

“Ok. Abang temankan. Abang pun malas jugak nak masuk ke dalam tu. Kita tunggu mereka balik je,” Iskandar bersuara tenang. Ariyana tersentak.

“Tak mengapa ke?” Ariyana bertanya bodoh. Iskandar hanya menggeleng kepala. “Kalau Ari nak tidur, tidurlah. Abang takkan ganggu.” Iskandar tersenyum. Ariyana muncung mulutnya.

“Kenapa letih sangat ni? Banyak sangat kerja kat pejabat tu?” Iskandar bertanya sambil memasang penghawa dingin kereta.

“Ermmmm...Semalam kena paksa memandu ke sebuah kampung. Tengok projek pertanian kat kampung tersebut.” Sekali lagi Ariyana menguap.

“Tidurlah.” Akhirnya Iskandar membiarkan Ariyana tidur. Perlahan Iskandar menyelimut badan Ariyana dengan baju jaketnya yang sentiasa berada di dalam kereta. Ariyana semakin selesa tidur. Memang badannya sangat letih. Balik dari tempat kerja, tak sempat berehat terus keluar ke majlis makan malam tersebut. Hampir 30 minit mereka menunggu, akhirnya kelibat Hadi dan Shila kelihatan.

“Abang, kenapa?” Iskandar keluar dari kereta bila melihat Shila dan Hadi menghampiri keretanya.

“Entahlah. Tu...Ari mengantuk sangat. Tertidur pulak dia,” Shila menjenguk ke dalam kereta. Shila geleng kepala.

“Tak cukup rehatlah tu. Abang tolong hantar ke rumah ye,” Shila dan Hadi beredar ke kereta Hadi. Iskandar merenung seketika wajah Ariyana yang keletihan itu. Sebaik sahaja sampai di halaman rumah Ariyana, Shila sudah menunggu kehadiran Iskandar dan Ariyana.

“Hadi mana?” Iskandar bertanya pada adiknya sebaik sahaja dia membuka pintu kereta. Shila tersenyum.

“Dia dah balik. Tak nak lama-lama.” Shila menjawab perlahan.

“Masih tidur?” Shila tunding jari ke arah Ariyana yang masih nyenyak tidur di dalam kereta. Iskandar angkat bahu.

“Pukul berapa dia sampai petang tadi?” Iskandar bertanya pada adiknya.

“Dalam pukul 7 macam tu. Ni, kalau nak kejutkan, memang dia takkan bangun. Baik abang bawa Ari ke bilik dia.” Shila membuka pintu untuk Ariyana. Iskandar kerutkan dahi.

“Abang kena dukung dia?” Soal Iskandar tidak percaya.

“Takkan nak suruh adik yang dukung dia?” Shila bersuara keras. Iskandar pandang wajah adiknya.

“Kejutkan dia.” Iskandar bersandar malas ditepi kereta. Shila tunduk menggoncang badan Ariyana. Namun tiada tindak balas.

“Tengok. Kan dah cakap. Buat sakit tekak je kalau nak kejutkan Si Ari ni.” Shila bercekak pinggang.

“Baik abang dukung dia ke bilik. Kalau tak, sampai pagi besok dia tidur dalam kereta ni. Ari memang sudah hendak bangun kalau dia dah tidur. Tidur mati,” Shila membebel. Akhirnya Iskandar mendukung Ariyana dan membawanya ke bilik tidur Ariyana. Ketika hendak masuk ke dalam bilik Ariyana, Iskandar termenung seketika.

“Macamana nak buka pintu ni.” Iskandar berusaha membuka pintu bilik Ariyana. Agak sukar hendak membuka pintu tersebut bila dia sedang mengendong Ariyana. Setelah puas mencuba akhirnya berjaya juga.

“Upss..” Iskandar tersengih bila kepala Ariyana terhantuk pada pintu bilik. Namun gadis tersebut masih tidak sedarkan diri.

“Memang sah dia ni tidur mati,” Iskandar geleng kepala lagi. Perlahan tubuh Ariyana diletakkan ke atas katil. Berhati-hati tangannya menyentuh kepala Ariyana yang terhantuk pintu tadi. Bimbang kepala gadis tersebut bengkak. Dia tersenyum bila merasakan tiada kesan bengkak. Beberapa ketika, Iskandar merenung wajah mulus itu.

“Macam budak-budak,” Bisiknya halus sambil tersenyum. Iskandar menangkap gambar Ariyana yang sedang tidur itu. Kemudian dia tersenyum dan berlalu meninggalkan Ariyana.

“Abang balik dulu. Nanti bagi tahu Ariyana, kalau kepala dia bengkak, cakap, abang tak sengaja terhantuk kepala dia ke pintu tadi.” Iskandar tersenyum kecil. Shila membeliakkan matanya.

“Kenapa abang hantuk kepala dia ke pintu?” Shila bertanya hairan.

“Abang tak sengaja. Susah sangat nak buka pintu tu. Dahlah kena bawa Ari, lepas tu, pintu tu pulak susah nak buka. Terkena sikit je. Cakap kat dia, abang minta maaf. Abang nak balik ni,” Iskandar melambai tangan pada adiknya. Shila geleng kepala.

**************************

6 catatan:

Unknown said...

salam, sorry. sebab lmbt upload n3 terbaru...huhuhu...

Sha said...

wahh best2..
nk lagiii

epy elina said...

hohohoh...
is dah suka kat ari 2....
siap tngkap gmbr lg....
dua2 dah suke 2...

MaY_LiN said...

amboi..
sempat amik pix lg..

aqilah said...

suke...suke...adusssss, makin ramai lak peminat ari ni... apapun, nak is dgn ari tau!!!!

nursya said...

abg is amik pic ari wat peneman nk tido yek..
hehehe....
suka suka...