Followers

Wednesday, November 11, 2009

Kembali Pulang 7

“Az, Errr...Zuriana tu, aku tengok macam ada masalah je dengan lelaki. Kenapa ye?” Satu petang ketika mereka melepak di koridor asrama, Zainal bertanya pada Azlan.

“Zuriana? Kau perasan?” Zainal angguk kepala. Azlan mengeluh.

“Dulu Zuriana tak macam tu. Dia kegilaan ramai tau. Ramai pelajar lelaki mengejar dia. Tetapi itu itu dua tahun lalu. Masa aku baru pindah ke sekolah ni. Ada peristiwa hitam berlaku,” Azlan bercerita tentang kejadian yang menimpa Zuriana.

“Dia pernah bercinta. Lelaki tu pelajar 6 Atas. Setelah ramai yang cuba pikat dia tetapi dia tak layan. Dia juga sama macam Mira. Tak tahu macamana pulak boleh sangkut dengan buaya tembaga tu. Mereka bercinta. Tetapi Zuriana okey je. Sebab dia tidak terlalu obses bercinta. Pelajaran dia tetap bagus. Ramai yang cemburu. Semasa hari jadi lelaki tu, kami semua dijemput datang.” Zainal tekun mendengar Azlan bercerita.

“Sambut hari jadi kat sekolah?” Zainal bertanya hairan.

“Bukanlah. Kat rumah pelajar tu. Rumah dia tak juah dari sekolah ni. Kami minta kebenaran cikgu untuk keluar sekejap. Dan...malam itu mengubah segalanya.” Azlan terdiam seketika. Zainal menanti dengan sabar cerita seterusnya.

“Lepas tu apa yang terjadi?” Zainal tidak sabar ingin mengetahui cerita selanjutnya.

“Lelaki tu perangkap dia. Kami semua tidak sedar bila dia bawa Zuriana ke bilik. Mira yang sedar Zuriana tak de. Kami semua terus mencari dia. Nasib dia baik sebab kami sempat datang awal dan lelaki itu tak sempat nak buat apa-apa pada dia.” Zainal tersandar lesu.

“Lelaki tu cuba buat perkara tak senonoh kat Zuriana?” Azlan angguk kepala.

“Tapi belum sempat lagi. Masa kami semua tolak pintu bilik tu, lelaki tu baru je hendak tanggalkan baju. Terus aku pukul dia cukup. Kerana perkara tu, aku kena gantung sekolah 2 minggu.” Azlan geleng kepala.

“Sebab itu Zuriana tidak suka bergaul dengan lelaki lain. Dan kamu berdua aku tak pasti sangat. Kenapa mereka mudah menerima kamu berdua. Tapi aku raasa sebab, kau berdua kawan aku, kot,” Azlan tersenyum. Zainal hanya tersenyum nipis. Dia masih memikirkan perkara yang menimpa Zuriana.

“Kasihan dia, kan? Tapi, dia sedar tak masa kamu tolong di tu,” Zainal bertanya lagi.

“Masa tu, dia tak sedarkan diri. Mungkin mereka letakkan sesuatu kat dalam minuman dia,” Azlan menjawab tenang.

“Macamana dengan lelaki tu? Apa tindakan pihak sekolah?” Zainal memandang wajah Azlan.

“Dia kena buang sekolah dan masa tu, kami semua dibawa ke balai polis. Cek air kencing. Dia didapati mengambil dadah,” Zainal angguk kepala.

“Padan muka dia. Suka sangat membuli kaum yang lemah,” Zainal marah. Azlan tersenyum.

“Kenapa kau emosi sangat tu? Kau sukakan Zuriana?” Azlan serkap jarang. Zainal kelam kabut.

“Ehhhh...Mana ada. Aku hanya rasa lelaki tu memang patut kena penjara.” Zainal berkta geram.

********************************

“Mira, bulan tu cantikkan?” Mira dan Zuriana sama-sama merenung bulan penuh didada langit.

“Ye.” Mira asyik menyaksikan ciptaan Tuhan yang mengagumkan itu.

“Tentu seronok meyaksikan keindahannya bersama insan tersayang. Betulkan?” Zuriana berkata perlahan. Mira menoleh ke wajah Zuriana yang murung itu.

“Kenapa dengan kau ni? Dah mula bercerita tentang hati dan perasaan sekarang,” Mira memutarkan tubuhnya mengadap wajah Zuriana. Zuriana mengeluh.

“Entahlah. Kau kan tahu sejarah hidup aku? Siapa yang hendak kat aku ni. Perempuan rosak,” Zuriana tersenyum kelat. Mira peluk bahu sahabatnya.

“Kenapa kau cakap macam tu? Bukankah doktor dah cakap, kau okey. Dia tak sempat nak buat apa-apa kat kau,” Mira memujuk temannya.

“Siapa yang akan percaya?” Zuriana berkata sedih.

“Biarlah mereka tu. Yang penting kita tahu apa yang terjadi.” Mira tersenyum. Zuriana tersenyum kelat.

“Errrrr...Mira. Kau dan Akmal macamana? Ada perubahan?” Zuriana pula bertanya. Mira mengeluh.

“Kau rasa aku jatuh cinta pada dia?” Mira pula bertanya. Dia keliru dengan perasaannya. Dia tidak pernah merasa seperti itu pada mana-mana lelaki yang dia kenal. Bersama Akmal membuatkan hatinya gembira. Sentiasa ingin bersama, menatap wajah Akmal, mendengar suara lelaki itu dan setiap masa menyebut namanya. Pernah sekali, Mira mengigau memanggil nama Akmal ketika dalam tidur. Mujur hanya Zuriana yang mendengar.

“Melihat cara kau melayan dia, merenung wajahnya, aku rasa memang tak salah lagi.” Mira mengeluh.

“Ketara sangat ke? Tapi kenapa dia tak perasan?” Mira bertanya bodoh.

“Mungkin dia mahu mendengar dari mulut kau sendiri,” Zuriana berkata perlahan.

“Alamak!!!! Aku dah lewat ni. Akmal nak jumpa aku kat dewan tadi. Aduiiiiii,” Mira menepuk dahinya. Zuriana tergelak melihat Mira berlari pantas ke dewan makan.

“Mira...Mira...memang sah kau dah angau dengan si Akmal tu,” Mira menggeleng kepala mendengar kata-kata Zuriana itu.

Sebaik sahaja sampai di dewan makan, Mira tercari-cari kelibat Akmal. Dia tersenyum bila melihat Akmal membelakanginya. Perlahan Mira menghampiri Akmal. Ketika itu dia terpandang Akmal sedang berbual-bual dengan seseorang. Perlahan Mira mengundurkan diri. Tanpa Akmal sedari, Mira berlari pantas ke asrama. Dia menangis seorang diri dibelakang asrama. ‘Patutlah dia tak perasan tentang perasaan aku kat dia. Dia memang tak pernah ada hati kat aku. Huhhhh!! Aku je yang bodoh,’ Mira berbisik sendirian. Dia kecewa. Sepanjang malam Mira mengutuk dirinya dan merasakan dia hanya bertepuk sebelah tangan.

*******************************

4 catatan:

keSENGALan teserlah.. said...

waaaaa...
zainal ske zu ek..?
haaaha..

errkk..ape yg mira dgr??
smbung2,,

::cHeeSeCaKe:: said...

isk2..msti akmal tgh borak ngn org yg xsuke mira tu?xpasti lak name die..

jgnla ade slh phm..bru nk tgk dorang kapel..ehehe

aqilah said...

alahai mira, cepatnye terpeleot! berborak aje, bukannye sambil pegang tgn. kalau dah berpegang2 tu, bolehlah jeolous. tak bestlah camni.

Yong said...

salah faham la tu.