Followers

Sunday, February 27, 2011

Jangan Kau Pergi 17

Hafiya termenung. Cuti hujung tahun dihabiskan bersama keluarga Elman. Nurina pula menghabiskan cuti bersama Arif sementara Alif pula mahu bersama Elman dan Hafiya.


Fiya… kenapa termenung kat sini? Hafiya tersentak bila ditegur oleh ibu mertuanya. Hafiya berpaling dan tersenyum.


Takde apa-apa, mama. Teringatkan Ina. Hafiya menjawab tenang. Namun bukan itu yang mengganggu fikirannya. Pn.Mariam tersenyum.


Biasalah tu. Tapi, Fiya memang sayang sangat kat mereka berdua tu. Bila lagi nak ada anak sendiri? Hafiya tersentak. Wajahnya pucat. Sungguh tak di sangka, soalan itu yang Pn.Mariam Tanya. Hafiya gelabah.


Errr…..Saya..errmmm…saya belum bersedia lagi, Hafiya mengeluh lega. Dia perlu berterus terang.


Kenapa pulak? Fiya dan Elman mesti nak ada anak sendiri, kerana itulah kita di suruh berkahwin. Supaya melahirkan zuriat yang suci dan bersih. Hafiya picit kepala yang terasa berat sekali.


Fiya belum bersedia, ma. Fiya takut. Hafiya bersuara perlahan. Petang itu, hanya mereka berdua tinggal di rumah. Elman dan Alif pergi ke taman permainan. Sementara En.Ezhan pula outstation ke Singapura.


Takut? Hafiya angguk kepala. Perlahan dia menceritakan satu persatu kejadian cemas yang menimpa kakaknya.


Kakak, sabar ye. Kejap lagi kita sampai, Hafiya membalas genggaman tangan Hadiah. Peluh yang menitik di dahi Hadiah diseka perlahan.


Fiya, sakit….sa…kit..sa..ngat… Suara Hadiah tersekat. Hafiya risau melihat keadaan kakaknya. Abang iparnya masih belum sampai.


Fiya, temankan kakak ye. Kakak takut, Hadiah bersuara lemah. Hafiya angguk kepala. Biarpun dia sangat takut untuk berada dibilik bersalin tersebut dia terpaksa juga menemani kakaknya.


Kak, sabar je. Fiya ada kat sini. Kakak jangan takut. Hadiah menangis teresak-esak. Pertama kali melahirkan anak secara normal membuatkan Hadiah sangat takut. Anak pertamanya dulu dilahirkan melalui pembedahan jadi dia tidak ada pengalaman untuk melahirkan anak secara normal.


Fiya, kalau terjadi apa-apa pada akak, tolong jaga mereka ye. Hadiah mula bercakap yang bukan-bukan.


Kakak jangan cakap macam tu. Kakak akan selamat. Hafiya menenangkan kakaknya. Namun tangisan Hadiah semakin kuat kedengaran. Para jururawat dan doktor juga semakin gelisah sebab bayi tersebut masih belum dapat dikeluarkan.


Cuba lagi puan. Sekuat tenaga, Hafiya berpaling pada jururawat yang bersuara itu. Sekali lagi Hadiah meneran sekuat hati. Kali ini beserta jeritannya yang kuat. Setelah suaranya hilang, suara tangisan bayi pula kedengaran. Hafiya berpaling ke arah bayi yang sedang dipegang oleh jururawat tersebut. Melihat doktor mengunting tali pusat bayi tersebut, Hafiya jatuh pengsan.


Bila Fiya sedar, doctor cakap, kakak Fiya nak jumpa. Masa tu, baby sudah dicuci dan diletakan di katil baby. Comel sangat wajahnya. Pertama kali Fiya pandang wajah Alif, Fiya telah jatuh sayang padanya. Melihat senyuman dibibir Kak Diah, Fiya turut sama bersyukur. Namun Fiya agak bimbang, wajah Kak Diah yang pucat itu menimbulkan kerisauan dihati Fiya. Fiya kesat airmata.


Dia cakap macam-macam dengan Fiya. Dia minta tolong Fiya jaga anak-anaknya jika terjadi apa-apa pada dirinya. Masa Fiya leka dangat bermain dengan baby baru. Fiya tak kisah sangat dengan apa yang Kak Diah cakap. Pada Fiya, mungkin itu hanya perkara biasa bagi orang lepas bersalin. Pn.Mariam hanya menjadi pendengar setia. Kisah sedih Hafiya itu sedikit sebanyak membuatkan Pn.Mariam faham mengapa Hafiya fobia untuk mengandung dan melahirkan anak.


Fiya, Fiya kena ingat. Semua itu kehendak Allah S.W.T. Dah ajal kakak Fiya. Kita tak boleh nak menghalang. Lagipun, setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Fiya tahu tak, dengan kehadiran anak dalam sesebuah keluarga akan mengeratkan hubungan kekeluargaan? Pn.Mariam usap bahu menantunya. Hafiya angguk kepala.


Kenapa perlu ada rasa takut? Hafiya mendiamkan diri. Memang dia akui, kematian tidak mengira usia atau keadaan, namun dia tetap belum bersedia untuk melahirkan anak sendiri. Banyak perkara yang perlu difikirkan. Takut akan pudar kasih sayangnya pada Nurina dan Alif bila sudah ada anak sendiri.


Fiya tak mahu kasih sayang Fiya pada mereka berubah, Ucapnya perlahan. Pn.Mariam mengeluh.


Kalau macam tu, mama tak dapat nak cakap apa lagi. Memang, sukar untuk kita membahagikan kasih sayang antara anak kandung dan anak angkat. Mama pernah laluinya. Dan sampai sekarang mama menyesal. Hafiya kerutkan dahi. Kata-kata Pn.Mariam mengganggu fikirannya.


Dah, jangan difikir sangat tentang tu. Kalau Fiya belum sedia, tunggu sampai Fiya sudah bersedia. Hafiya angguk kepala.


************************

Hafiya merenung wajahnya di cermin. Hafiya tersentak bila pintu bilik dibuka dari luar. Wajah tampan Elman menyapa ruang matanya.


Belum tidur? Atau Fiya tunggu abang ye, Elman berkata manja sambil memeluk Hafiya dari belakang. Hafiya sedikit tersentak. Sudah lama Elman tidak memeluk begitu. Hafiya mula terasa rimas. Perlahan tangannya menolak tangan Elman yang sedang memeluknya.


Kenapa ni? Masih belum dapat terima abang? Elman bertanya lembut. Hafiya angguk kepala.


Errr…Abang, Elman berpaling memandang wajah ceria Elman. Sejak mereka berbaik, wajah Elman sungguh ceria. Tetapi, Hafiya masih ragu-ragu sama ada Elman menyintainya atau tidak. Lelaki itu tidak pernah mengucapkan kata cinta padanya.


Apa dia? Elman berusaha untuk menunjukan perhatiannya pada Hafiya.


Errr…Apa kata awak kahwin lain? Hafiya berterus terang. Elman tersentak. Wajahnya pucat.


Apa Fiya cakap? Kahwin lain? Untuk apa? Elman bertanya pelik. Wajahnya sudah merona merah. Sungguh. Dia tidak menyangka ayat tersebut keluar dari mulut Hafiya.


Fiya nak abang kahwin dengan perempuan yang abang cinta, Perlahan Hafiya menutur kata. Terbeliak mata Elman mendengar kata-kata dari mulut isterinya.


Apa yang Fiya merepek ni? Elman bertanya kasar. Dia bercekak pinggang merenung tajam kea rah Hafiya yang sedang menunduk.


Abang fikirkan apa yang Fiya cakap tadi. Fiya nak tidur kat bilik Alif, Hafiya terus berlalu meninggalkan Elman yang masih terpinga-pinga. Namun langkah kaki Hafiya terhenti bila terasa pergelangan tangannya digenggam erat.


Kenapa? Kenapa Fiya? Elman bertanya sedih. Terasa seperti dirinya ditolak ke tepi. Apakah Hafiya tidak merasa apa yang dia rasa. Hafiya berusaha menolak tubuh Elman yang sedang memeluk dirinya. Nafas mula terasa tidak teratur. Dadanya tiba-tiba sakit. Dia memang fobia bila dipeluk oleh Elman.


Errr…Abang..abang..le..paslah, Hafiya tercungap-cungap. Elman tidak melepaskan tubuh Hafiya sebaliknya dia terus mendukung Hafiya dan dibawa ke katil mereka. Hafiya meronta-ronta minta dilepaskan.Elman terus berusaha mencium bibir halus milik isterinya.


Abang jangan buat Fiya macamni. Tolonglah lepaskan Fiya, Hafiya merayu. Elman melepaskan pelukannya. Wajah pucat Hafiya direnung dengan riak kecewa.


Fiya tak rasa apa yang abang rasa? Elman bertanya lemah. Hafiya geleng kepala. Dia harus meyakinkan Elman untuk mencari seorang wanita yang sedia untuk melahirkan zuriat untuknya. Apa yang penting, Elman perlu berkahwin dengan pilihan hati dia. Seorang gadis yang dia cintai sepenuh hati. Biarlah dia beralah kerana merasakan diri tidak cukup bagus untuk menjadi isteri Elman. Akhirnya Elman melangkah perlahan menuju ke pintu bilik dan terus berlalu. Hafiya menangis sekuat hati disebalik bantal kecilnya.


*******************************

8 catatan:

Zass said...

eeeeeeeeeeiiiiiiiiiiiiiiiii.......

kenape Elman tak pandai ungkapkan cinta pada isterinya????

itulah punca keruntuha rumah tangga... suami kuarng memanjakan isteri dengan kata-kata romantis....

what?????????????????

jgnlah bagi Elman kawen lain...

kenape ngan awak ni Hafiya????

bodoh sgt ke awak ni sampai tak boleh menebak perasaa suamimu...

ishh........... tak sukelah mcm nie.....

cepat selesaikan kekusutan ni....

i nak baby comel...............

Elman!!! jgn cepat mengalah.....

ambil langkah yg bijak untuk tawan hati isterimu.....

apa kau tidak mencintai isterimu.....

katakanlah kau cinta pada isterimu.....

cepatlah............

tak suke sgt2 kekeliruan mcm ni.....

hana_aniz said...

wuuu...

cik writer. sambung la cepat2.

Ibu Hafiz said...

Ala..both masih belum saling memahami dan mempercayai antara satu sama lain..
Elman mesti bengang Fiya tak paham perasaan dia.. bagi Fiya pula Elman tak paham apa yg dia takutkan..
May be Mama Elman boleh bantu depa hadapi kemelut ni.. otherwise jadi mcm dulu balik ni..
Nak baca lagi, Kaira.. Thanks :-)

Unknown said...

korro, saba ye...mmg dlm perkahwinan byk salah faham. lbh2 lagi bagi elman n hafiya. masing2 blm kenal sepenuhnya pasangan mereka.
hana, insyaAllah...
ibu hafiz, elman tak tanya fiya, fiya pulak tak bagitahu elman. sangkanya mama elman tentu sudah menceritakan semua itu pada elman...

diahperi said...

kenapa Fiya buat Elman cam tu kenapa suruh si Elman kawin karang betul2 jgn pula menyesal Elman kalau dah mula sayangkan si Fiya tu cubalah berterus terang seblm terlambat tapi kalau blhlah saya mmg x nak si Elman tu kawin lain x sukalah klau blh nak dia org hidup bahagia x da sapa2 sukakan perceraian k cpt smbung ye dah lama tggu tau he...he...

MaY_LiN said...

uh..
nape fiya ni..
sedih elman tau

nursya said...

adey...
naper jd cam nie lak...
ala pening2...

nani cute said...

cian kat fiya complicated nye idupnye... sambung ler cepat