Followers

Wednesday, May 21, 2014

Relaku Pujuk 49



Aku begitu leka mencuba kain tudung yang kami beli semalam. Semuanya cantik belaka. Esok, tentu mereka kat kilang terkejut tengok aku guna tudung. Setelah menyimpan kain tudung tersebut, aku menghampiri Ishamudin yang sedang meniarap di atas katil.
“Abang baca apa tu?” Aku meniarap disebelahnya.
“Panduan untuk jadi suami yang baik,” Glupp...aku pandang wajahnya dengan riak tak percaya. Dia angkat kening.
“Ini untuk Mawar. Panduan untuk jadi isteri yang baik,” Buku yang dia beli semalam, aku belum sempat nak baca. Tapi, novel yang aku beli sudah hampir separuh aku baca malam tadi sehingga menyebabkan Ishamudin marahkan aku sebab tak layan dia semalam. Tangguh lagi. Kesian suami aku ni. Asyik kena tangguh je. Tapi, dia tetap bersabar. Katanya semalam, dia bagi peluang untuk aku rehatkan diri dan sesuaikan diri dengan telatah manja dia. Tapi, memang tak terlayan. Manja suami aku ni, memang tahap kronik. Aku ingatkan aku yang manja, rupanya, dia lagi manja dari aku. Makan pun nak kena suap. Blog TAZKIRAH. Satu persatu aku baca dengan teliti. Tidak tinggal walau sebaris pun.
Dari Aisyah ra. yang menceritakan; Aku bertanya Rasulullah; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan ?". Jawab Nabi; "Suaminya". Aku bertanya lagi; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?". Jawab Nabi; "Ibunya". (HR al-Hakim)

Aku pandang wajah Ishamudin. Dia tersenyum senang dan membiarkan aku meneruskan bacaan.

           Pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa’ telah menemui Rasulullah SAW lalu berkata: "Aku telah diutus oleh kaum wanita kepada engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah, mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, sering membantu mereka. Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu ?" Bersabda Rasulullah saw. "Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya TAAT KEPADA SUAMI SERTA MENGAKUI HAKNYA adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, TETAPI SANGAT SEDIKIT DARIPADA GOLONGAN KAMU YANG DAPAT MELAKUKANNYA." (HR Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

          Sekali lagi aku pandang wajahnya. Aku selalu ingkar padanya. Aku menafikan haknya sebagai suami. Aku tidak pernah menjalankan tanggungjawab sebagai isterinya dalam melayaninya. Dia tetap tersenyum sambil tangannya menepuk bahuku.

Nabi saw. bersabda, “Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya yang sah, sesungguhnya dia mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya di jalan Allah dan jika dia merasa berat, letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah.” (HR Ibn Hibban)

        Beruntungnya kaum wanita. InsyaAllah aku akan melaluinya suatu masa kelak. Aku cium tangan suamiku yang masih setia menemaniku.

Seorang wanita datang bertanya kepada Rasulullah saw. dan bertanya, “ Sesungguhnya sepupuku meminangku, maka sebelum aku berumah tangga , ajarkanlah kepadaku, apakah hak suami terhadap isterinya ? Rasulullah saw. menjawab: “ Sesungguhnya hak suami terhadap isterinya sangatlah besar, sehingga apabila mengalir darah hidung atau nanah suaminya, lalu dijilat isterinya, masih belum terbayar hak suaminya itu. Dan jika sekiranya manusia dibolehkan sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan si isteri untuk sujud kepada suaminya.” (HR. Al-Hakim)
Terasa mengalir airmataku mengenangkan segala sikapku yang selalu menyakiti hatinya selama aku menjadi isterinya. Aku tersentak bila tanganku ditarik dan dicium lembut. 
“Abang maafkan.” Aku angguk kepala.

Nabi saw. bersabda, "Jika seorang suami memanggil isterinya datang ke katilnya (iaitu untuk hubungan kelamin) dan dia menolak, dan menyebabkan suaminya tidur dalam kemarahan, malaikat-malaikat akan mengutuknya hingga waktu pagi. (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, ”Jika seorang suami itu memanggil isterinya kerana berhajat kepadanya, maka pergilah kepadanya walaupun ketika itu dia sedang membakar roti.” (HR Ahmad, al-Nasa-ie dan al-Tirmizi)

Nabi saw. bersabda, ”Seorang isteri itu belum menunaikan hak Allah selagi dia tidak menunaikan hak suaminya, jika suami berhajat kepadanya sedangkan dia berada di belakang tunggangan, maka janganlah dia menolak.” (HR Ath-Thabrani)

“Mawar….” Aku tak tahu nak cakap apa. Selalu sangat aku mengecewakannya. Airmata keinsafan mengalir lagi.
“Abang faham. Dengan perkahwinan kita yang mengejut ini, abang tahu sayang tak bermaksud untuk menolak.” Aku angguk kepala. Kerana rasa tidak yakin pada cintanya, maka aku sering kali mengelak bila dia berbicara tentang haknya.

Firman Allah swt. "... perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah…” (an-Nisaa’: 34)

Nabi saw. bersabda, “Dan sebaik-baik wanita(isteri) ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu". (HR Nasa'i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim )
“Bersama sayang buat abang sentiasa bahagia dan senang hati. Walaupun, kadangkala makan hati sebab sayang ramai sangat peminat.” Ucapnya perlahan.
“Saya tak dapat nak halang orang dari minat kat saya. Maaf.” Dia tersenyum lantas mencium dahiku. Aku meneruskan bacaanku.

Nabi saw. bersabda, “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw. bersabda, “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)

Nabi saw. bersabda, “Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (HR Abu Daud dan At-Tirmizi )

Nabi saw. bersabda menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, “ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga pada hal wanginya boleh dihidu dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (HR Muslim dan Ahmad)

Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah saw. dan para sahabat melakukan solat gerhana dengan solat yang panjang , Rasulullah saw. melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya: “ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda saw. menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalau kamu berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikit pun kebaikan pada dirimu.’ ” (HR Bukhari)

Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda : “Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Apabila seorang isteri menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu suka". (HR Ahmad)

Nabi saw. bersabda, “Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha padanya, maka dia akan masuk syurga”. (HR At-Tirmidzi)
Selesai membacanya, aku menangis. Begitu banyak kesilapan yang aku lakukan selama ini.
“Abang...saya..saya,” Aku gugup. Ishamudin duduk mengadap wajahku. Tangannya menggenggam erat tanganku.
“Kenapa ni?” Soalnya lembut. Ayat-ayat dan hadis yang terdapat di dalam blog itu membuatkan aku takut untuk memandang wajahnya. Selama ni aku mengabaikan haknya. Aku tidak menutup aurat. Aku bergaul dengan lelaki yang bukan mahram. Banyak dosaku padanya.
“Err..Mawar kenapa ni?” Aku  memeluk erat tubuhnya.
“Mawar banyak buat salah pada abang,” Ucapku dalam tangisan yang perlahan.
“Abang tahu Mawar belum bersedia untuk berubah,”
“Tapi kenapa abang tak tegur Mawar pun?” Aku gigit bibir. Aku memang belum bersedia untuk berubah, tetapi aku akan cuba untuk berubah jika itu yang dia mahu.
“Abang mahu Mawar menghayatinya. Berubah kerana Mawar sendiri ingin berubah. Perubahan seperti itu insyaAllah akan berkekalan.” Aku menolak tubuhnya.
“Tapi abang kena tanggung dosa saya sebab tak tegur saya selama ni,” Dia angguk kepala.
“Tapi lepas ni, Mawar tanggung dosa sendiri kalau tak tutup aurat.” Aku terdiam. Dia tergelak lalu memeluk bahuku. Aku dah sedia untuk berubah.
“Tapi...ermmm...yang satu tu, saya belum..” Jarinya melekat dibibirku.
“Kita buat perlahan-lahan. Satu persatu. Abang redha jika Mawar belum bersedia untuk menunaikan tanggungjawab Mawar pada abang. Abang sendiri pun belum cukup sempurna. Sama-sama kita cuba memperbaiki diri. Tapi, kalau boleh jangan lama sangat,” Aku tertunduk malu dan mengangguk kepala.
“Abang...” Aku pandang wajahnya.
“Apa dia?” Aku tersengih nakal.
“Tadi tu,kan. Mawar nak cakap benda lain, tapi abang dah potong cakap Mawar,” Aku tersipu malu.
“Yang mana satu?”
“Pasal Mawar belum...” Sengaja aku gantungkan ayat tersebut. Ishamudin kerutkan dahi. mesti tak faham tu.
“Mawar belum bersediakan?” Aku geleng kepala.
“Habis tu? Mawar dah sedia?” Aku angguk kepala tanpa memandang wajahnya. Malu.
“Tapi Mawar belum..”
“Belum apa sayang, jangan buat abang berteka-teki.” Aku gigit bibir bila tangan kasar suamiku berada dipinggangku.
“Mawar nak cakap yang Mawar belum mandi,” Aku tergelak besar dan terus menolak tubuh suamiku. Dia geleng kepala.
“Kalau macam tu, kita mandi sama-sama ye?” Pintanya. Aku jelirkan lidah padanya tetapi Ishamudin terlebih dahulu menarik tubuhku lalu diheretnya ke bilik air. Aku tersenyum lebar. Biarlah malam ini menjadi malam bersejarah buat kami berdua.

****************************
p/s : huhuhuhu.. selamat membaca semua..

6 catatan:

MaY_LiN said...

weeeee
banyak nye pengajaran
sabar sungguh isham

Unknown said...

best.

Anonymous said...

Best n sweet!!! Cpt sambung :)

Unknown said...

Padat pengisian... Gud job.! ;)

Anonymous said...

pengisian yg penuh..best..nk lgi..
-ada

Anonymous said...

Mesti tunggu brapa hari ye untuk bab yg baru?:) tk sabar laa nk tunggu bab seterusnya btw cepat sambung yeee!!!#i love the story *~*

-Hana :)