“Ini kunci bilik Tuan dan puan.
Tahniah!!! Selamat pengantin baru,” Aku tersenyum mendengar ucapan dari
penyambut tetamu itu. Ishamudin terus berjalan laju meninggalkan aku. Dia ni,
nak hidup sorang diri agaknya. Nanti cemburu kalau aku layan lelaki lain.
“Cik nak saya tolong?” Aku tersenyum ramah pada lelaki yang bagitu baik
hati menghulur bantuan. Tentu dia kasihan melihat aku terkial-kial menolak
bagasi yang tidaklah terlalu besar itu.
“Takpe. Ringan je ni.” Aku menolak. Dia tersenyum.
“Semoga Cik bergembira di hotel kami. Kalau ada apa-apa, Cik boleh telefon
kami,” Aku angguk kepala.
“Boleh call bila-bila masa?”Aku bertanya nakal. Dia angguk kepala. Kami
berjalan beriringan ke lif.
“Mawardina isteriku, cepat masuk.” Aku menoleh ke pintu lif bila mendengar
suara garau Ishamudin memanggilku. Aku buat muncung itik. Eiii...pak cik ni,
suka sangat panggil aku dengan nama tu kenapa?
“Maaf ye. Saya kena naik ke bilik dulu,” Dia tersenyum. Wah!! Handsomenya. Ada lesung pipit kat
kedua-dua belah pipi dia. Aku melambai tangan padanya sebaik sahaja masuk ke
dalam lif.
“Sedar sikit kau tu dah berkahwin,” Aku tersentak mendengar bisikan keras
ditelingaku. Aku menoleh memandang wajah tegang suamiku.
“Apa kes...” Aku tayang muka tak puas hati pada dia.
Pintu bilik dibuka perlahan. Aku jenguk ke dalam
bilik. Ishamudin tolak pintu bilik dan membiarkan aku masuk terlebih dahulu.
“Wah!!! Besarnya.” Permandangan dari bilik itu juga sungguh indah. Aku
berdiri tenang di balkoni bilik. Laut terbentang luas dihadapanku. Angin petang
menyapa wajahku membuatkan aku terbuai seketika.
“Dah puas?” Aku tersentak dan berpaling ke kanan. Ishamudin sedang
memandang kearahku sambil bersandar di tepi meja study dalam bilik tersebut. Aku terus melarikan diri disebalik
langsir besar tu. Terasa pipiku membahang. Tentu dia ternampak adegan bodoh aku
sebentar tadi. Yelah, dengan selamba aku buat aksi Titanic kat balkoni bilik
ni. Siap buat muncung itik lagi. Beberapa minit kemudian aku masuk ke dalam
semula.
“Besarnya katil.”
Bummm...
Aku melompat atas katil. Tilamnya juga empuk. Kalau tidur kat sini, sampai
bila-bila pun aku sanggup. Nikmatnya. Nasib baik aku ikut dia pergi. Kalau tak,
menyesal tak sudah aku dibuatnya.
“Seronok?” Perlahan aku buka mata dan tersenyum manis. Aku angguk kepala.
Saat itu, aku hanya mahu menikmati keindahan bilik tersebut. Lagipun, badanku
masih letih. Aku terus pejamkan mata. Aku terasa seseorang berbaring
disebelahku, namun aku tidak menghiraukannya. Aku lebih suka melayan mata yang
masih mengantuk saat ini.
“Kau nak dengar cerita?” Aku angguk kepala tanpa memandang wajahnya.
Ishamudin bercerita tentang perempuan mati bunuh diri di hotel ini.
“Betul ke? Habis tu kenapa awak pilih hotel ni?” Aku duduk menghadap wajah
tenang Ishamudin yang sedang berbaring disebelahku. Hilang rasa mengantuk bila
mendengar cerita hantu. Janganlah dia tahu yang aku ni takut kat hantu.
Huhuhu...
“Aku suka sesuatu yang mencabar. Aku ingatkan, aku pergi honeymoon dengan
pilihan hatiku. Jadi, kalau dia takut, tentu dia akan peluk aku kuat-kuat dan
tak nak lepaskan aku. Jadi, akulah lelaki yang paling bahagia. Tapi, nampaknya,
tak menjadi sebab aku dapat pengantin terjun,” Ucapnya ceria tanpa menyedari
kata-katanya itu merobek hatiku.
“Padan muka awak. Niat tak elok, sebab tu tak jadi kahwin dengan Kak Diah.”
Aku berusaha untuk kawal perasaan sedih ku dengan memukul dia menggunakan
bantal dan kemudian aku terus berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri.
Setelah membersih wajahku, aku merenung wajah
sendiri di hadapan cermin. ‘Sabar Mawar. Semua ini dugaan yang Allah S.W.T
berikan pada kau.’ Aku berbisik dalam hati. Ye. Aku harus kuat. Kalau jodoh
panjang, mungkin kami akan bersama hingga ke akhir hayat. Jadi untuk masa-masa
akan datang, aku harus terima hakikat yang aku sudah berkahwin.
“Mawar, cepatlah. Aku belum solat Asar lagi ni,” Jeritnya dari luar.
Perlahan aku keluar dari bilik air. Ishamudin
sudah bersandar di tepi pintu. Aku terus berbaring di atas katil dan cuba melelapkan
mata. Ishamudin keluar dari bilik air kemudian menunaikan solat Asar. Aku hanya
memerhati dari celah bantal yang aku gunakan untuk menutup wajahku. Selesai
sembahyang, Ishamudin turut sama berbaring disebelahku. Mungkin badannya masih
penat. Petang itu kami hanya gunakan untuk tidur sepuas-puasnya.
***********************************
“Kau minat lagu yang macamana?” Tiba-tiba dia bertanya padaku. Selepas
makan tadi, kami terus naik ke bilik. Untuk malam pertama ni, dia kata nak
berehat kat bilik je. Aku ikut saja ke mana dia nak bawa. Aku bukan arif sangat
dengan tempat ni.
“Lagu? Kenapa?” Aku menghampirinya yang sedang leka melayari internet.
“Saja. Kau nak cari lagu apa? Nanti aku tolong kau download,” Aku pandang
wajahnya dengan kerutan di dahi. Macam pelik je, kenapa dia baik sangat malam
ni? Macam tak percaya pulak dia offer
nak tolong aku download lagu.
“Boleh ke?” Soalku padanya. Dia angguk kepala.
“Cepatlah.” Gesanya dan menarik tanganku supaya duduk disebelahnya.
“Ok. Nak lagu Korea?” Aku gigit hujung lidah dan kecilkan mata. Kiranya,
bajet comellah. Dia pula pandang wajah aku dengan riak tak puas hati.
“Carilah. Kau ingat tajuknya?” Tapi tetap juga dia benarkan. Dia berdiri
dan berlalu ke sofa tepi katil kami.
“Nak cari kat mana?” Ishamudin sedang bersandar di sofa sambil bermain
I-Pod nya.
“4shared boleh, Mediafire, Mp3 Codes pun ok. Pandai-pandailah kau cari,”
Aku angguk kepala. Dan bermulalah aktiviti aku mencari dan mendownload lagu.
Sedang leka memilih lagu, aku tersentak bila tanganku
ditepis kasar oleh Ishamudin. Aku kerutkan kening. Kemudian jarinya laju saja
menekan kotak download. Kemudian aku angkat muka bila kepalaku dihampuk dengan
bantal oleh Ishamudin. Jahat betul suami aku ni.
“Semua lagu Korea? Kau faham ke maksud lagu-lagu tu?” Aku geleng kepala.
Ala, aku suka dengar suara mereka, kemudian muziknya, tarian lagi. Sampai aku
dah hafal gerak tarinya. Kalaulah Ishamudin tahu aku pandai menari, memang
teruklah aku kena kutuk.
“Pantang dapat lesen. Cubalah download
surah-surah pendek ke. Tak pun, zikir. Paling tidak pun, lagu Maher Zain tu.”
Wah!! Dia marahlah. Aku hanya tersengih. Tak tahu nak jawab apa. Memang betul
pun. Sepatutnya, daripada aku mendownload
lagu yang entah apa-apa tu, baik aku download surah-surah pendek. Dapat
juga letak dalam telefon aku ni.
“Okeylah. Orang mengantuk ni. Nak tidur.” Aku menggeliat ke kiri ke kanan.
Kemudian aku terus berlalu ke bilik mandi untuk mencuci muka dan kaki.
Aku garu kepala. Sebaik sahaja aku keluar dari
bilik air, Ishamudin sudah enak berbaring ditengah-tengah katil sambil bermain
dengan handphonenya. Aku menjeling
sekilas ke arahnya. Aku tak kisah pun nak tidur sekatil dengannya, sebab aku
yakin, dia tidak akan membuat perkara yang bukan-bukan pada aku. Bila aku
perhatikan dia saat itu, ketawa kecil meletus dibibirku. Lucu pula bila tengok
dia dengan baju t-shirt putih dipadankan dengan kain pelikat. Ahh...tak kira.
Biarlah dia, aku yakin, dia takkan apa-apakan aku. Lagipun, aku period sekarang ni. Ehhh...apa yang aku merepek ni. Dia tak suka
aku, jadi, mustahil dia nak buat apa-apa kat aku. Betulkan? Was-was sekejap.
Dalam rasa takut, aku gagahi juga dan
terus naik ke atas katil lalu berbaring disebelahnya dengan membelakanginya.
Walaupun dadaku terasa berdebar-debar, aku
berusaha untuk bertenang kerana aku yakin, dia tidak akan melakukan apa-apa
padaku. Aku pejam mata bila terasa tiada pergerakan dibelakangku. Tentu dia
menyangka aku takut untuk tidur sekatil dengannya. Setelah hampir 15 minit kami
mendiamkan diri, perlahan-lahan aku menoleh ke belakang. Takkan dia dah tidur.
Tak mungkinlah. Lampu bilik masih terpasang.
“Mak!!!!”
Aku hampir terjatuh dari katil tetapi pinggangku
sempat ditarik oleh Ishamudin. Jarak antara kami sangat dekat sehingga aku
dapat merasa hembusan nafasnya. Mata bertentang mata melahirkan satu perasaan
halus yang aku tidak tahu bagaimana mahu mentafsirkannya. Keadaan kami
berlanjutan beberapa ketika sebelum aku kembali ke alam nyata dan menyedari
keadaan kami.
“Ehh!! Lepaslah.”
Aku menolak tubuhnya dan menjarakkan diri darinya.
Aku terdengar dia tergelak halus sebelum dia keluar dari bilik kami. Aku urut
dada sekali lagi. Terkejut betul. Matanya yang tajam itu sedang merenung
kearahku ketika aku berpaling tadi. Mungkinkan dia sedang merenungku sejak dari
mula tadi. Berdiri bulu romaku bila mengenangkan perbuatannya tadi. Tetapi jauh
disudut hati, aku suka akan perasaan ketika kami saling bertentang mata. Aku
cuba melelapkan mata, tetapi wajah Ishamudin yang datang menyapa. Aduh!!!
Takkan dah angau lagi? Dia bukan ada buat apa-apa pun untuk tarik perhatianku.
“Mawar...Mawar...bangun. jangan nak bermimpi,” Aku tepuk pipi sendiri. Aku
memandang sekeliling bilik tersebut. Rasa sunyi pulak bila tinggal sorang diri.
Aku berbaring semula. Mata terkebil-kebil merenung siling bilik.
Keadaan yang sunyi itu membuatkan aku bertambah
tidak selesa. Aku pejam mata sekali lagi, terbayang panahan mata Ishamudin
sebentar tadi.
“Ahhh!!! Benci betul. Malunya.” Aku peluk bantal menyembunyikan wajahku
yang terasa panas. Beberapa minit kemudian, Ishamudin masih tidak masuk ke
bilik. Ke mana dia pergi? Aku pandang sekeliling bilik lagi. Tiba-tiba aku
teringat cerita yang Ishamudin ceritakan padaku ketika kami mula-mula datang
tadi. Ishamudin ada cakap sesuatu tentang hotel tempat kami menginap ni.
“Kat hotel ni, pernah ada perempuan bunuh diri terjun dari tingkat 10.
Kononnya, hantu dia masih kat hotel ni dan suka mengganggu perempuan yang baru
berkahwin.” Aku terkejut.
“Hah!!! Bunuh diri? kenapa?” Aku benar-benar terkejut.
“Perempuan tu dan suami dia, datang ke sini hendak berbulan
madu. Ulang
tahun perkahwinan mereka yang ke-5 kalau tak silap. Tetapi, ketika tiba di
sini, suami dia curang.” Aku angguk kepala mendengar.
“Macamana dia tahu suami dia curang?” Aku bertanya sambil merenung wajahnya
yang serius ketika bercerita.
“Masa dalam pesawat, mereka berkenalan dengan
pasangan muda yang datang untuk berbulan madu. Oleh kerana mereka datang dari
tempat yang sama, jadi mereka selalu berjumpa, dan tak sangka, perempuan muda
tu goda suami dia. Perempuan mana yang tak cemburu. Bila dia tanya pada
suaminya, suaminya tak mengaku. Akhirnya dia, mengintip dan dia ternampak suami
dia dan perempuan tu masuk ke bilik perempuan itu. Suami perempuan itu berada
di kolam renang, jadi dia tidak tahu apa yang terjadi. Tanpa berfikir panjang,
perempuan tu, terus berlari naik tingkat 10 dan sempat menghantar mesej pada
suaminya mengatakan dia tidak akan memaafkan suaminya dan perempuan itu. Dia
akan ganggu perempuan yang baru berkahwin.” Aku gigit bibir ketakutan. Bantal
yang aku peluk terasa semakin kecil.
“Betul ke?” Aku menggigil ketakutan.
Aku terkejut bila terdengar bunyi benda keras
terjatuh di luar pintu bilik. Semua perbualan singkat kami siang tadi terbang
melayang. Tanpa berlengah lagi, aku terus membalut tubuhku dengan kain selimut.
Macam-macam surah aku baca untuk menghilangkan ketakutanku ketika ini. ‘Awak,
awak kat mana. Baliklah. Saya takut ni. Awak tolonglah balik.’ Saat itu, aku
sangat perlukan Ishamudin menemaniku. Aku menggigil ketakutan. Aku pejamkan
mata dan menangis teresak-esak. Dimataku terbayang-bayang gambaran hantu yang
selalu aku tengok di dalam filem dan drama.
“Awak, awak kat mana? Saya takut ni.” Aku bersuara perlahan.
Telefon bimbitku pula berada di atas meja. Untuk
turun dari katil, aku tak sanggup. Aku hanya mampu berdoa semoga Ishamudin
cepat balik. Ketika aku baru hendak melelapkan mata, aku terdengar bunyi pintu bilik
di buka. Sedikit demi sedikit aku angkat kain selimut yang menutupi mukaku. Aku
masih pejamkan mata. Bila terasa ada seseorang berada ditepi katil, perlahan
aku membuka mataku. Apa yang aku nampak saat itu adalah susunan gigi yang putih
bersih. Apabila aku buka mata seluas-luasnya, aku nampak wajah Ishamudin sedang
tersengih sambil duduk bersila di tepi katil sambil matanya merenung kearahku.
Tanpa banyak bicara aku terus menerpa kearahnya dan kami sama-sama jatuh atas
lantai.
“Aduh!!! Kenapa ni?” Soalnya. Namun aku masih tidak mampu menjawab. Rasa
takut dan lega bercampur aduk. Aku terus memeluknya erat.
“Kenapa ni? Aduh!!! Sakit badan aku ni.” Dia berusaha untuk duduk
bersila. Perlahan esak tangisku
kedengaran di ruang bilik tersebut.
“Kenapa awak tinggalkan saya?” Aku menangis seperti anak kecil sambil
memukul dadanya perlahan. Saat itu aku terlupa yang sekejap tadi aku berjauh
hati dengannya kerana meninggalkan aku seorang diri di bilik itu. Aku hanya
ingin melepaskan rasa marah kerana diabaikan.
“Kalaupun awak tak suka saya, janganlah tinggalkan saya sorang diri. Saya
takut, awak tahu tak?” Sekali lagi aku memukulnya.
“Okey....okey. Aku tak pergi mana pun. Dah, jangan takut. Aku ada kat sini.”
Kepalaku diusap perlahan olehnya. Aku angguk kepala namun masih tidak
melepaskan pelukanku.
“Macamana kita nak tidur, kalau kau peluk aku kuat sangat ni?” Aku gosok
mata yang masih ada sisa airmata. Sebelah tanganku masih memeluk erat
lengannya. Setelah kami naik semula ke atas katil dan dia sudah selesa berbaring
disebelahku, aku kembali memeluk tubuhnya. Kalau boleh aku nak tidur dalam
dakapannya. Rasa selamat dan dilindungi bila berada di dalam pelukannya.
“Penakut rupanya.” Dia usap bahuku. Beberapa saat kemudian, dia mengucup
pula kepalaku. Aku tidak mengendahkan kata-kata dan perbuatannya. Tanpa
menghiraukannya, aku melelapkan mata setelah yakin, Ishamudin takkan
tinggalkanku.
*************************
Aku gosok mata yang masih terasa mengantuk. Kenapa
leher aku sakit sangat ni? Perlahan aku buka mata dan mendongak kepala. Apa
yang aku nampak saat itu membuatkan mataku membulat. Kalau aku angkat mengejut,
nanti dia terjaga, nanti dia ketawakan aku. Baik aku buat perlahan-lahan.
Pertama sekali, aku angkat kepala, kemudian tangan kananku yang memeluk erat tubuhnya
aku alihkan. Tetapi aku tidak sempat melarikan diri, bila tangan kirinya
menarik tubuhku sehingga aku kembali dalam pelukannya. Kali ini, kepalaku
berada di atas dadanya. Aku membatukan diri. Bimbang dia terjaga. Aku tersenyum
kecil dan membetulkan kepalaku supaya lebih selesa. Setelah berasa selesa, aku
pejamkan mata semula. Degup jantungnya begitu perlahan sekali. Aku tersenyum
senang. Mataku hampir layu mendengar degupan jantungnya. Perlahan aku pejamkan
mata. Namun sebelum sempat mataku terpejam, suara Ishamudin yang begitu hampir
membuatkan mataku terbuka luas.
“Seronok kena peluk?”
Aku membeliakkan mata. Terkejut dengan tegurannya.
Aku baru sahaja berangan untuk belayar lebih jauh seketika tadi dan tiba-tiba
semuanya berterbangan. Aku angkat muka dan membalas renungannya. Dia tersenyum
manis.
“Awak tak tidur?” Dia tersenyum nakal dan menggeleng kepala. Matanya galak
merenung segenap wajahku yang sudah kemerahan sekarang ni. Mana nak sembunyi
muka aku ni. Huwarghhh...kenapa dia sedar awal sangat. Kenapa tak tidur lagi.
Pantas aku tutup matanya dengan tanganku. Akibatnya badanku menghempap dadanya.
“Ahhhh!!!” Aku menjerit kesakitan. Kenapa badan dia keras sangat.
“Seronok tak?” Soalnya dan terus menarik tubuhku mendekatinya semula.
Hendak menolak memang tak larat dah. Nak angkat muka pun dah tak mampu lagi.
Aku dapat rasakan wajahku merona merah. Dia tetap
tersenyum. Aku berusaha melepaskan diri dari pelukannya. Namun, tidak berjaya
malah dia semakin menarik tubuhku mendekatinya. Terasa sesak nafas bila tubuh
kerasnya memeluk tubuhku yang lembik ni.
“Aku suka keadaan kita macam ni.” Ucapnya perlahan. Suka? Huh!!! Suka ambil
kesempatan. Semalam tinggalkan orang seorang diri. Tiba-tiba aku teringat hal
dia meninggalkan aku semalam. Rasa marahku datang kembali. Hilang semua
kenangan indah ketika dipeluknya. Dengan sekuat hati, aku menolak tubuhnya.
Mataku terpaku pada jam meja yang terdapat di tepi katil. Hah!!! Dah pukul
9 pagi?
“Kenapa awak tak kejutkan saya tadi?” Dia pandang pelik ke arahku.
“Kejutkan kau? Kenapa?” Soalnya pelik. La, dia ni. Sembahyang subuh la. Apa
lagi?
“Awak tak sembahyang subuh?” Dia tergelak dan turut sama duduk menghadap
wajahku. Tangannya bermain dengan rambut panjangku. Walau berkali-kali ditepis,
masih juga tangan itu gatal memintal-mintal hujung rambutku. Adakalanya dia
mencium rambutku. Lagak seperti sedang menggodaku. Rasanya, kalau dia
betul-betul menggodaku, memang aku terjatuh lama lembah asmaranya.
“Siapa cakap? Lepas aku solat tadi, aku sambung tidur balik. Yelah, ini
kali pertama kena peluk oleh perempuan. Lebih-lebih lagi perempuan itu adalah
isteri aku sendiri.” Jawabnya sambil terus menarik tubuhku mendekatinya.
Aku menolak tubuhnya menjauhiku dan
kemudian berlalu ke bilik air. Dia tergelak besar.
Keluar dari bilik air, aku ternampak sesuatu di
atas meja solek. Perlahan aku membelek kad kecil di atas kotak tersebut.
“Hadiah kecil untuk budak kecil?” erkk...Hadiah untuk aku? Seronoknya.
Ishamudin sedang memeluk tubuh menghayati permandangan di balkoni bilik kami.
Bila masa dia sempat belikan hadiah untukku. Aku tersenyum meleret. Ini yang
buat aku semakin jatuh sayang pada dia. Kalau aku peluk dia sekarang ni, okey
tak? Huhuhu...Mawar, control sikit sikap miang tu. Aku geleng kepala dan terus
membuka bungkusan hadiah tersebut. Terbeliak mataku bila melihat Ipod warna
pink di dalam kotak tersebut. Macamana nak guna benda alah ni? Aku pandang ke
arah Ishamudin. Aku menghampiri Ishamudin. Dia angkat kening dan aku tayang
Ipod tersebut.
“Macamana nak guna benda ni?” Aku memang tak tahu sangat nak guna Ipod ni.
Dia tersenyum mengejek.
“La, kau tak tahu nak guna Ipod ni? Rugi aku beli untuk kau,” Aku mencebik.
“Tak ikhlaslah tu,” Kutukku. Dia tetap tersenyum. Kami berdua duduk di
kerusi rehat di balkoni bilik.
Aku menyerahkan Ipod tersebut
padanya dan mendengar dengan teliti cara-cara menggunakan Ipod tersebut. Hilang
terus rasa marah sebab ditinggalkan semalam.
******************************
P/ S : selamat membaca semua... kalu tak best terpaksa juga korang layan...
3 catatan:
In shaa Allah. Layan
amboi..
abg kacak pandai amik kesempatan ye
BEST.
Post a Comment