Followers

Wednesday, June 19, 2013

Relaku Pujuk 23




“Ini  kunci bilik Tuan dan puan. Tahniah!!! Selamat pengantin baru,” Aku tersenyum mendengar ucapan dari penyambut tetamu itu. Ishamudin terus berjalan laju meninggalkan aku. Dia ni, nak hidup sorang diri agaknya. Nanti cemburu kalau aku layan lelaki lain.

“Cik nak saya tolong?” Aku tersenyum ramah pada lelaki yang bagitu baik hati menghulur bantuan. Tentu dia kasihan melihat aku terkial-kial menolak bagasi yang tidaklah terlalu besar itu.

“Takpe. Ringan je ni.” Aku menolak. Dia tersenyum.

“Semoga Cik bergembira di hotel kami. Kalau ada apa-apa, Cik boleh telefon kami,” Aku angguk kepala.

“Boleh call bila-bila masa?”Aku bertanya nakal. Dia angguk kepala. Kami berjalan beriringan ke lif.

“Mawardina isteriku, cepat masuk.” Aku menoleh ke pintu lif bila mendengar suara garau Ishamudin memanggilku. Aku buat muncung itik. Eiii...pak cik ni, suka sangat panggil aku dengan nama tu kenapa?

“Maaf ye. Saya kena naik ke bilik dulu,” Dia tersenyum. Wah!! Handsomenya. Ada lesung pipit kat kedua-dua belah pipi dia. Aku melambai tangan padanya sebaik sahaja masuk ke dalam lif.

“Sedar sikit kau tu dah berkahwin,” Aku tersentak mendengar bisikan keras ditelingaku. Aku menoleh memandang wajah tegang suamiku.

“Apa kes...” Aku tayang muka tak puas hati pada dia.

Pintu bilik dibuka perlahan. Aku jenguk ke dalam bilik. Ishamudin tolak pintu bilik dan membiarkan aku masuk terlebih dahulu.

“Wah!!! Besarnya.” Permandangan dari bilik itu juga sungguh indah. Aku berdiri tenang di balkoni bilik. Laut terbentang luas dihadapanku. Angin petang menyapa wajahku membuatkan aku terbuai seketika.

“Dah puas?” Aku tersentak dan berpaling ke kanan. Ishamudin sedang memandang kearahku sambil bersandar di tepi meja study dalam bilik tersebut. Aku terus melarikan diri disebalik langsir besar tu. Terasa pipiku membahang. Tentu dia ternampak adegan bodoh aku sebentar tadi. Yelah, dengan selamba aku buat aksi Titanic kat balkoni bilik ni. Siap buat muncung itik lagi. Beberapa minit kemudian aku masuk ke dalam semula.

“Besarnya katil.”

Bummm...

Aku melompat atas katil. Tilamnya juga empuk. Kalau tidur kat sini, sampai bila-bila pun aku sanggup. Nikmatnya. Nasib baik aku ikut dia pergi. Kalau tak, menyesal tak sudah aku dibuatnya.

“Seronok?” Perlahan aku buka mata dan tersenyum manis. Aku angguk kepala. Saat itu, aku hanya mahu menikmati keindahan bilik tersebut. Lagipun, badanku masih letih. Aku terus pejamkan mata. Aku terasa seseorang berbaring disebelahku, namun aku tidak menghiraukannya. Aku lebih suka melayan mata yang masih mengantuk saat ini.

“Kau nak dengar cerita?” Aku angguk kepala tanpa memandang wajahnya. Ishamudin bercerita tentang perempuan mati bunuh diri di hotel ini.

“Betul ke? Habis tu kenapa awak pilih hotel ni?” Aku duduk menghadap wajah tenang Ishamudin yang sedang berbaring disebelahku. Hilang rasa mengantuk bila mendengar cerita hantu. Janganlah dia tahu yang aku ni takut kat hantu. 
Huhuhu...

“Aku suka sesuatu yang mencabar. Aku ingatkan, aku pergi honeymoon dengan pilihan hatiku. Jadi, kalau dia takut, tentu dia akan peluk aku kuat-kuat dan tak nak lepaskan aku. Jadi, akulah lelaki yang paling bahagia. Tapi, nampaknya, tak menjadi sebab aku dapat pengantin terjun,” Ucapnya ceria tanpa menyedari kata-katanya itu merobek hatiku.

“Padan muka awak. Niat tak elok, sebab tu tak jadi kahwin dengan Kak Diah.” Aku berusaha untuk kawal perasaan sedih ku dengan memukul dia menggunakan bantal dan kemudian aku terus berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri.

Setelah membersih wajahku, aku merenung wajah sendiri di hadapan cermin. ‘Sabar Mawar. Semua ini dugaan yang Allah S.W.T berikan pada kau.’ Aku berbisik dalam hati. Ye. Aku harus kuat. Kalau jodoh panjang, mungkin kami akan bersama hingga ke akhir hayat. Jadi untuk masa-masa akan datang, aku harus terima hakikat yang aku sudah berkahwin.

“Mawar, cepatlah. Aku belum solat Asar lagi ni,” Jeritnya dari luar.

Perlahan aku keluar dari bilik air. Ishamudin sudah bersandar di tepi pintu. Aku terus berbaring di atas katil dan cuba melelapkan mata. Ishamudin keluar dari bilik air kemudian menunaikan solat Asar. Aku hanya memerhati dari celah bantal yang aku gunakan untuk menutup wajahku. Selesai sembahyang, Ishamudin turut sama berbaring disebelahku. Mungkin badannya masih penat. Petang itu kami hanya gunakan untuk tidur sepuas-puasnya.

***********************************

“Kau minat lagu yang macamana?” Tiba-tiba dia bertanya padaku. Selepas makan tadi, kami terus naik ke bilik. Untuk malam pertama ni, dia kata nak berehat kat bilik je. Aku ikut saja ke mana dia nak bawa. Aku bukan arif sangat dengan tempat ni.

“Lagu? Kenapa?” Aku menghampirinya yang sedang leka melayari internet.

“Saja. Kau nak cari lagu apa? Nanti aku tolong kau download,” Aku pandang wajahnya dengan kerutan di dahi. Macam pelik je, kenapa dia baik sangat malam ni? Macam tak percaya pulak dia offer nak tolong aku download lagu.

“Boleh ke?” Soalku padanya. Dia angguk kepala.

“Cepatlah.” Gesanya dan menarik tanganku supaya duduk disebelahnya.

“Ok. Nak lagu Korea?” Aku gigit hujung lidah dan kecilkan mata. Kiranya, bajet comellah. Dia pula pandang wajah aku dengan riak tak puas hati.

“Carilah. Kau ingat tajuknya?” Tapi tetap juga dia benarkan. Dia berdiri dan berlalu ke sofa tepi katil kami.

“Nak cari kat mana?” Ishamudin sedang bersandar di sofa sambil bermain I-Pod nya.

“4shared boleh, Mediafire, Mp3 Codes pun ok. Pandai-pandailah kau cari,” Aku angguk kepala. Dan bermulalah aktiviti aku mencari dan mendownload lagu.

Sedang leka memilih lagu, aku tersentak bila tanganku ditepis kasar oleh Ishamudin. Aku kerutkan kening. Kemudian jarinya laju saja menekan kotak download. Kemudian aku angkat muka bila kepalaku dihampuk dengan bantal oleh Ishamudin. Jahat betul suami aku ni.

“Semua lagu Korea? Kau faham ke maksud lagu-lagu tu?” Aku geleng kepala. Ala, aku suka dengar suara mereka, kemudian muziknya, tarian lagi. Sampai aku dah hafal gerak tarinya. Kalaulah Ishamudin tahu aku pandai menari, memang teruklah aku kena kutuk.

“Pantang dapat lesen. Cubalah download surah-surah pendek ke. Tak pun, zikir. Paling tidak pun, lagu Maher Zain tu.” Wah!! Dia marahlah. Aku hanya tersengih. Tak tahu nak jawab apa. Memang betul pun. Sepatutnya, daripada aku mendownload lagu yang entah apa-apa tu, baik aku download surah-surah pendek. Dapat juga letak dalam telefon aku ni.

“Okeylah. Orang mengantuk ni. Nak tidur.” Aku menggeliat ke kiri ke kanan. Kemudian aku terus berlalu ke bilik mandi untuk mencuci muka dan kaki.

Aku garu kepala. Sebaik sahaja aku keluar dari bilik air, Ishamudin sudah enak berbaring ditengah-tengah katil sambil bermain dengan handphonenya. Aku menjeling sekilas ke arahnya. Aku tak kisah pun nak tidur sekatil dengannya, sebab aku yakin, dia tidak akan membuat perkara yang bukan-bukan pada aku. Bila aku perhatikan dia saat itu, ketawa kecil meletus dibibirku. Lucu pula bila tengok dia dengan baju t-shirt putih dipadankan dengan kain pelikat. Ahh...tak kira. Biarlah dia, aku yakin, dia takkan apa-apakan aku.  Lagipun, aku period sekarang ni. Ehhh...apa yang aku merepek ni. Dia tak suka aku, jadi, mustahil dia nak buat apa-apa kat aku. Betulkan? Was-was sekejap. Dalam rasa takut, aku gagahi juga dan  terus naik ke atas katil lalu berbaring disebelahnya  dengan membelakanginya.

Walaupun dadaku terasa berdebar-debar, aku berusaha untuk bertenang kerana aku yakin, dia tidak akan melakukan apa-apa padaku. Aku pejam mata bila terasa tiada pergerakan dibelakangku. Tentu dia menyangka aku takut untuk tidur sekatil dengannya. Setelah hampir 15 minit kami mendiamkan diri, perlahan-lahan aku menoleh ke belakang. Takkan dia dah tidur. Tak mungkinlah. Lampu bilik masih terpasang.

“Mak!!!!”

Aku hampir terjatuh dari katil tetapi pinggangku sempat ditarik oleh Ishamudin. Jarak antara kami sangat dekat sehingga aku dapat merasa hembusan nafasnya. Mata bertentang mata melahirkan satu perasaan halus yang aku tidak tahu bagaimana mahu mentafsirkannya. Keadaan kami berlanjutan beberapa ketika sebelum aku kembali ke alam nyata dan menyedari keadaan kami.

“Ehh!! Lepaslah.”

Aku menolak tubuhnya dan menjarakkan diri darinya. Aku terdengar dia tergelak halus sebelum dia keluar dari bilik kami. Aku urut dada sekali lagi. Terkejut betul. Matanya yang tajam itu sedang merenung kearahku ketika aku berpaling tadi. Mungkinkan dia sedang merenungku sejak dari mula tadi. Berdiri bulu romaku bila mengenangkan perbuatannya tadi. Tetapi jauh disudut hati, aku suka akan perasaan ketika kami saling bertentang mata. Aku cuba melelapkan mata, tetapi wajah Ishamudin yang datang menyapa. Aduh!!! Takkan dah angau lagi? Dia bukan ada buat apa-apa pun untuk tarik perhatianku.

“Mawar...Mawar...bangun. jangan nak bermimpi,” Aku tepuk pipi sendiri. Aku memandang sekeliling bilik tersebut. Rasa sunyi pulak bila tinggal sorang diri. Aku berbaring semula. Mata terkebil-kebil merenung siling bilik.

Keadaan yang sunyi itu membuatkan aku bertambah tidak selesa. Aku pejam mata sekali lagi, terbayang panahan mata Ishamudin sebentar tadi.

“Ahhh!!! Benci betul. Malunya.” Aku peluk bantal menyembunyikan wajahku yang terasa panas. Beberapa minit kemudian, Ishamudin masih tidak masuk ke bilik. Ke mana dia pergi? Aku pandang sekeliling bilik lagi. Tiba-tiba aku teringat cerita yang Ishamudin ceritakan padaku ketika kami mula-mula datang tadi. Ishamudin ada cakap sesuatu tentang hotel tempat kami menginap ni.

“Kat hotel ni, pernah ada perempuan bunuh diri terjun dari tingkat 10. Kononnya, hantu dia masih kat hotel ni dan suka mengganggu perempuan yang baru berkahwin.” Aku terkejut.

“Hah!!! Bunuh diri? kenapa?” Aku benar-benar terkejut.

“Perempuan tu dan suami dia, datang ke sini hendak berbulan 
madu. Ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-5 kalau tak silap. Tetapi, ketika tiba di sini, suami dia curang.” Aku angguk kepala mendengar.

“Macamana dia tahu suami dia curang?” Aku bertanya sambil merenung wajahnya yang serius ketika bercerita.

“Masa dalam pesawat, mereka berkenalan dengan pasangan muda yang datang untuk berbulan madu. Oleh kerana mereka datang dari tempat yang sama, jadi mereka selalu berjumpa, dan tak sangka, perempuan muda tu goda suami dia. Perempuan mana yang tak cemburu. Bila dia tanya pada suaminya, suaminya tak mengaku. Akhirnya dia, mengintip dan dia ternampak suami dia dan perempuan tu masuk ke bilik perempuan itu. Suami perempuan itu berada di kolam renang, jadi dia tidak tahu apa yang terjadi. Tanpa berfikir panjang, perempuan tu, terus berlari naik tingkat 10 dan sempat menghantar mesej pada suaminya mengatakan dia tidak akan memaafkan suaminya dan perempuan itu. Dia akan ganggu perempuan yang baru berkahwin.” Aku gigit bibir ketakutan. Bantal yang aku peluk terasa semakin kecil.

“Betul ke?” Aku menggigil ketakutan.

Aku terkejut bila terdengar bunyi benda keras terjatuh di luar pintu bilik. Semua perbualan singkat kami siang tadi terbang melayang. Tanpa berlengah lagi, aku terus membalut tubuhku dengan kain selimut. Macam-macam surah aku baca untuk menghilangkan ketakutanku ketika ini. ‘Awak, awak kat mana. Baliklah. Saya takut ni. Awak tolonglah balik.’ Saat itu, aku sangat perlukan Ishamudin menemaniku. Aku menggigil ketakutan. Aku pejamkan mata dan menangis teresak-esak. Dimataku terbayang-bayang gambaran hantu yang selalu aku tengok di dalam filem dan drama.

“Awak, awak kat mana? Saya takut ni.” Aku bersuara perlahan.

Telefon bimbitku pula berada di atas meja. Untuk turun dari katil, aku tak sanggup. Aku hanya mampu berdoa semoga Ishamudin cepat balik. Ketika aku baru hendak melelapkan mata, aku terdengar bunyi pintu bilik di buka. Sedikit demi sedikit aku angkat kain selimut yang menutupi mukaku. Aku masih pejamkan mata. Bila terasa ada seseorang berada ditepi katil, perlahan aku membuka mataku. Apa yang aku nampak saat itu adalah susunan gigi yang putih bersih. Apabila aku buka mata seluas-luasnya, aku nampak wajah Ishamudin sedang tersengih sambil duduk bersila di tepi katil sambil matanya merenung kearahku. Tanpa banyak bicara aku terus menerpa kearahnya dan kami sama-sama jatuh atas lantai.

“Aduh!!! Kenapa ni?” Soalnya. Namun aku masih tidak mampu menjawab. Rasa takut dan lega bercampur aduk. Aku terus memeluknya erat.

“Kenapa ni? Aduh!!! Sakit badan aku ni.” Dia berusaha untuk duduk bersila.  Perlahan esak tangisku kedengaran di ruang bilik tersebut.

“Kenapa awak tinggalkan saya?” Aku menangis seperti anak kecil sambil memukul dadanya perlahan. Saat itu aku terlupa yang sekejap tadi aku berjauh hati dengannya kerana meninggalkan aku seorang diri di bilik itu. Aku hanya ingin melepaskan rasa marah kerana diabaikan.

“Kalaupun awak tak suka saya, janganlah tinggalkan saya sorang diri. Saya takut, awak tahu tak?” Sekali lagi aku memukulnya.

“Okey....okey. Aku tak pergi mana pun. Dah, jangan takut. Aku ada kat sini.” Kepalaku diusap perlahan olehnya. Aku angguk kepala namun masih tidak melepaskan pelukanku.

“Macamana kita nak tidur, kalau kau peluk aku kuat sangat ni?” Aku gosok mata yang masih ada sisa airmata. Sebelah tanganku masih memeluk erat lengannya. Setelah kami naik semula ke atas katil dan dia sudah selesa berbaring disebelahku, aku kembali memeluk tubuhnya. Kalau boleh aku nak tidur dalam dakapannya. Rasa selamat dan dilindungi bila berada di dalam pelukannya.

“Penakut rupanya.” Dia usap bahuku. Beberapa saat kemudian, dia mengucup pula kepalaku. Aku tidak mengendahkan kata-kata dan perbuatannya. Tanpa menghiraukannya, aku melelapkan mata setelah yakin, Ishamudin takkan tinggalkanku.

*************************

Aku gosok mata yang masih terasa mengantuk. Kenapa leher aku sakit sangat ni? Perlahan aku buka mata dan mendongak kepala. Apa yang aku nampak saat itu membuatkan mataku membulat. Kalau aku angkat mengejut, nanti dia terjaga, nanti dia ketawakan aku. Baik aku buat perlahan-lahan. Pertama sekali, aku angkat kepala, kemudian tangan kananku yang memeluk erat tubuhnya aku alihkan. Tetapi aku tidak sempat melarikan diri, bila tangan kirinya menarik tubuhku sehingga aku kembali dalam pelukannya. Kali ini, kepalaku berada di atas dadanya. Aku membatukan diri. Bimbang dia terjaga. Aku tersenyum kecil dan membetulkan kepalaku supaya lebih selesa. Setelah berasa selesa, aku pejamkan mata semula. Degup jantungnya begitu perlahan sekali. Aku tersenyum senang. Mataku hampir layu mendengar degupan jantungnya. Perlahan aku pejamkan mata. Namun sebelum sempat mataku terpejam, suara Ishamudin yang begitu hampir membuatkan mataku terbuka luas.

“Seronok kena peluk?”

Aku membeliakkan mata. Terkejut dengan tegurannya. Aku baru sahaja berangan untuk belayar lebih jauh seketika tadi dan tiba-tiba semuanya berterbangan. Aku angkat muka dan membalas renungannya. Dia tersenyum manis.

“Awak tak tidur?” Dia tersenyum nakal dan menggeleng kepala. Matanya galak merenung segenap wajahku yang sudah kemerahan sekarang ni. Mana nak sembunyi muka aku ni. Huwarghhh...kenapa dia sedar awal sangat. Kenapa tak tidur lagi. Pantas aku tutup matanya dengan tanganku. Akibatnya badanku menghempap dadanya.

“Ahhhh!!!” Aku menjerit kesakitan. Kenapa badan dia keras sangat.

“Seronok tak?” Soalnya dan terus menarik tubuhku mendekatinya semula. Hendak menolak memang tak larat dah. Nak angkat muka pun dah tak mampu lagi.

Aku dapat rasakan wajahku merona merah. Dia tetap tersenyum. Aku berusaha melepaskan diri dari pelukannya. Namun, tidak berjaya malah dia semakin menarik tubuhku mendekatinya. Terasa sesak nafas bila tubuh kerasnya memeluk tubuhku yang lembik ni.

“Aku suka keadaan kita macam ni.” Ucapnya perlahan. Suka? Huh!!! Suka ambil kesempatan. Semalam tinggalkan orang seorang diri. Tiba-tiba aku teringat hal dia meninggalkan aku semalam. Rasa marahku datang kembali. Hilang semua kenangan indah ketika dipeluknya. Dengan sekuat hati, aku menolak tubuhnya.

Mataku terpaku pada jam meja yang terdapat di tepi katil. Hah!!! Dah pukul 9 pagi?

“Kenapa awak tak kejutkan saya tadi?” Dia pandang pelik ke arahku.

“Kejutkan kau? Kenapa?” Soalnya pelik. La, dia ni. Sembahyang subuh la. Apa lagi?

“Awak tak sembahyang subuh?” Dia tergelak dan turut sama duduk menghadap wajahku. Tangannya bermain dengan rambut panjangku. Walau berkali-kali ditepis, masih juga tangan itu gatal memintal-mintal hujung rambutku. Adakalanya dia mencium rambutku. Lagak seperti sedang menggodaku. Rasanya, kalau dia betul-betul menggodaku, memang aku terjatuh lama lembah asmaranya.

“Siapa cakap? Lepas aku solat tadi, aku sambung tidur balik. Yelah, ini kali pertama kena peluk oleh perempuan. Lebih-lebih lagi perempuan itu adalah isteri aku sendiri.” Jawabnya sambil terus menarik tubuhku mendekatinya. Aku  menolak tubuhnya menjauhiku dan kemudian berlalu ke bilik air. Dia tergelak besar.

Keluar dari bilik air, aku ternampak sesuatu di atas meja solek. Perlahan aku membelek kad kecil di atas kotak tersebut.

“Hadiah kecil untuk budak kecil?” erkk...Hadiah untuk aku? Seronoknya. Ishamudin sedang memeluk tubuh menghayati permandangan di balkoni bilik kami. Bila masa dia sempat belikan hadiah untukku. Aku tersenyum meleret. Ini yang buat aku semakin jatuh sayang pada dia. Kalau aku peluk dia sekarang ni, okey tak? Huhuhu...Mawar, control sikit sikap miang tu. Aku geleng kepala dan terus membuka bungkusan hadiah tersebut. Terbeliak mataku bila melihat Ipod warna pink di dalam kotak tersebut. Macamana nak guna benda alah ni? Aku pandang ke arah Ishamudin. Aku menghampiri Ishamudin. Dia angkat kening dan aku tayang Ipod tersebut.

“Macamana nak guna benda ni?” Aku memang tak tahu sangat nak guna Ipod ni. Dia tersenyum mengejek.

“La, kau tak tahu nak guna Ipod ni? Rugi aku beli untuk kau,” Aku mencebik.

“Tak ikhlaslah tu,” Kutukku. Dia tetap tersenyum. Kami berdua duduk di kerusi rehat di balkoni bilik.

 Aku menyerahkan Ipod tersebut padanya dan mendengar dengan teliti cara-cara menggunakan Ipod tersebut. Hilang terus rasa marah sebab ditinggalkan semalam.

******************************

P/ S : selamat membaca semua... kalu tak best terpaksa juga korang layan...

3 catatan:

Anonymous said...

In shaa Allah. Layan

MaY_LiN said...

amboi..
abg kacak pandai amik kesempatan ye

Unknown said...

BEST.