Followers

Monday, October 26, 2009

Kembali Pulang 1

“Kalau nak main, boleh. Tapi….. dengan satu syarat,” Akmal tersenyum sambil memandang wajah rakan-rakannya yang juga sedang tersenyum. Mereka semua angguk kepala dan tersenyum nakal ke arah kanak-kanak perempuan itu.

“Apa syaratnya?” Soal Mira berani. Akmal masih tersenyum.

“Syaratnya ialah……. Aku akan gigit tangan kau,” Akmal menyambar tangan Mira lalu menggigit sekuat hati tangan lembut itu. Mira menjerit kesakitan. Airmata mengalir dengan laju seiring dengan suara tangisannya. Selepas menggigit tangan Mira, Akmal berlari entah ke mana bila ternampak darah di tangan Mira.

“Kenapa, Mira?” Puan Kalsom merapati anak jirannya itu.

“Akmal……. Akmal gigit tangan Mira.” Mira menangis teresak-esak.

“Akmal lagi. Budak ni nak kena agaknya. Mari ikut mak cik balik rumah,” Mira mengekori Pn.Kalsom. Pn. Kalsom mencuci luka tersebut. Jelas kelihatan 8 kesan gigi di tangan Mira. Pn. Kalsom menggeleng kepala bila melihat kesan gigitan itu.

“Ok. Nanti kalau Akmal balik rumah, mak cik pukul dia cukup-cukup. Nah minum ni dulu,” Mira minum air tersebut dengan rakus sekali. Beberapa minit kemudian, Akmal masuk ke rumah secara sembunyi-sembunyi. Tetapi perbuatannya dapat di kesan oleh Pn.Kalsom.

“Ha… Balik pun kamu. Sini..” Akmal menurut bila tangannya di tarik oleh Pn.Kalsom.

“Cepat minta maaf kat Mira. Kalau tak, jangan harap Akmal dapat main kat luar lagi,” Ugut Pn.Kalsom kepada anaknya. Akmal mencebik, dan cepat-cepat dia minta maaf. Akmal duduk di sebelah Mira sementara ibunya mengambil air untuknya. Kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Mira. Giliran tangan Akmal menjadi mangsa gigitannya.

“Aaaaaaaaa… mak…” Akmal menjerit. Kemudian kedengaran tangisan Akmal di ruang tamu rumah papan itu. Mira meminta maaf sebelum berlari pulang kerumahnya. Pn.Kalsom berlari ke ruang tamu bila mendengar jeritan Akmal. Dia tersenyum bila melihat Mira berlari setelah menggigit tangan Akmal. Kanak-kanak riang yang selalu menghiburkan hatinya itu memang nakal. Sama seperti Akmal.

****************************************

“Wah!!!!! Kalau kau kekalkan corak larian kau ni, aku yakin kau ada harapan menang pinggat emas tahun ni,” Suara Zainal memuji rakannya yang keletihan digarisan penamat. Seminggu lagi, sukan antara sekolah akan diadakan. Semua sekolah menengah bahagian Zon 8 akan turut serta.

“Aku tak yakin sangat sebenarnya. Kita tak tahu aku ok ke tak waktu tu kelak,” Akmal merendah diri.

Ala… Aku yakin kau ok.” Zainal berkata yakin. “ Akmal, Zainal… sini kejap,” Cikgu Hasnol memeanggil mereka berdua. Meraka berlari menghampiri guru sukan mereka.

“Ni kertas acara hari sukan tu nanti.” Katanya sebaik sahaja kertas tersebut sampai di tangan mereka berdua.

“Nampaknya acara kamu semuanya berturut-turut. Selepas 200m, kamu kena lari 4 x 400m lagi. Saya rasa awak tak perlu ambil 4 x 400m tu. Takut nanti awak penat,” Cikgu Hasnol berkata perlahan. Akmal membelek kertas acara itu. Agak lama dia mendiamkan diri.

“Saya rasa saya nak ambil 4 x 400m je. Dan main bola masa kedua. Boleh kan?” Akmal bertanya. Cikgu Hasnol merenungnya.

“Hehh… apa pulak tak ambil 200m? Larian kau ok apa. Lagi pun masa rehat pun banyak. 4 x 400m tu, lama tau.” Zainal memarahi temannya.

“Bagi orang lain pulak. Aku tak yakin dapat menang.” Dengan selamba Akmal menjawab. Zainal geleng kepala.

“Kalau macam tu, kita suruh Roland je yang ganti kamu acara 200m tu,” Akmal angguk kepala. Mereka meneruskan latihan tanpa menghiraukan rakan-rakan yang lain.

“Al, tengok…. Dia datang.. dengan lenggang lenggoknya… dia datang,” Zainal menyanyi bila melihat seorang gadis datang menghampiri mereka sambil tersenyum.

“Alamak!!!! Mati aku,” Akmal tersenyum kelat. Dia bersedia untuk melarikan diri, tetapi sudah terlambat. Faridah terlebih dahulu menarik bajunya.

“Hai Akmal. Sukanya tengok awak dalam keadaan macam ni. Bila berpeluh, awak nampak semakin seksi,” Faridah tersenyum sambil merenung manja wajah Akmal. Akmal garu kepala sambil tersenyum paksa. Zainal buat muka geli.

“Terima kasih. Errr… saya nak teruskan latihan ni,” Akmal memberi alasan.

“Kenapa asyik nak elakkan diri ni? Dah lama kita tak berborak. Rindulah,” Ucapnya tanpa segan silu menarik tangan Akmal.

“Akmal, aku akan ikut korang jugak. Cikgu Asmah yang pelawa. Aku boleh jaga peti kecemasan. Jadi, dapatlah kita bersama,” Faridah tersenyum senang. ‘Dia pergi jugak?’ Akmal tersengih. Dalam hati dia mengutuk Faridah.

“Akmal, cepat lagi. Kita nak teruskan latihan ni,” Jerit Zainal marah.

“Ok.” Akmal bersedia untuk beredar.

“Eh…. Kenapa cepat sangat. Saya belum puas lagi berborak dengan awak.” Faridah menjerit marah bila Akmal meninggalkannya.

“Apalah kau ni. Kau tak malu ke buat macam tu. Semua orang pandang kau. Kami nak berlatih bukannya nak melayan kerenah perempuan macam kau ni,” Zainal berkata marah. Zainal memang tidak suka akan perangai perempuan yang mengada-ngada seperti Faridah itu. Faridah berdengus geram dan menjeling tajam wajah Zainal.

“Maaf Ida, kami nak berlatih ni. Bila ada masa nanti, kita berbual,” Akmal berkata lembut. Malas mahu melayan kerenah Faridah. Faridah tersenyum bila Akmal berlembut dengannya.

“Ok. Jangan lupa tau,” Katanya sebelum beredar. Akmal, Zainal dan rakan-rakan yang lain meneruskan latihan mereka.

****************************

“Kalau ikutkan hati, aku malas nak pergi. Kau tahu, kan. aku tak minat perkara macam ni?” Mira mengeluh sambil menompang dagu di atas mejanya.

“Alah… kau ni. Bukannya kita perlu berada kat padang tu. Kita duduk kat bilik rawatan je.” Zuriana berkata marah.

“Sekurang-kurangnya, kau dapat tengok keikhlasan Mazlan tu.” Zuriana mengapi-apikan sahabatnya.

“Er… jangan bagitau dia aku ikut serta ye. Aku tak suka. Nanti asyik tengok muka dia je kat bilik rawatan tu.” Mira berpesan kepada kawannya. Mira menghulur sebungkus nasi lemak kepada Zuriana. Ketika itu dia terpandang parut ditangannya. Kesan gigitan yang tidak hilang sejak 10 tahun yang lalu. ‘Ke mana dia pergi ye,’ Bisiknya sambil menyentuh parut itu. Terasa debaran didadanya semakin kuat saat parut itu di sentuh. ‘Masihkah dia ingat kat aku?’ Mira melayan perasaan. Leka seketika sehingga gelagatnya di perhatikan oleh Zuriana.

“Hoi.. yang kau termenung ni kenapa?” Zuriana menolak bahu temannya. Mira tersengih. Terlupa yang dia bersama Zuriana.

“Cantik parut kau. Bila kau dapat tu?” Soal Zuriana. Sekian lama soalan yang sama ingin ditanya. Mira tersenyum kecil. Dia tidak pernah menceritakan kepada sesiapa pun tentang parutnya itu.

“Ni, tanda persahabatan aku dengan seseorang.” Katanya sambil tersenyum.

“Tanda persahabatan atau tanda pergaduhan? Sampai macam tu sekali. Tentu sakit kan? Berdarah tak?” Zuriana bertanya bertubi-tubi.

“Mestilah sakit. Sampai berdarah dia gigit. Tapi lepas tu aku pulak gigit tangan dia. Baru adil,” Mira tersenyum.

“Siapa budak tu? Aku kenal ke?” Zuriana bertanya.

“Kau tak kenal. Ni lah tanda permulaan persahabatan kami. Selepas tu, kami jadi kawan baik. Baru kenal beberapa bulan, dia pulak berpindah. Dengar cerita ayah dia naik pangkat. 10 tahun dah berlalu, aku tak pernah dengar cerita tentang mereka lagi. Nama dia pun aku dah lupa.” Mira memandang ke depan.

“Hai Mira,” Mazlan menghampiri mereka berdua.

“Hai…” Jawabnya lemah. Lelaki tampan itu tersenyum manis. Mira tidak tahu kenapa Mazlan meminatinya. Sedangkan ramai lagi gadis lain yang terkejar-kejar cintanya, tapi Mira juga yang dia kejar.

“Cikgu Aliyah ada bagi tau tugas kau masa sukan kelak?” Soalnya sambil duduk dihadapan Mira. Merenung wajah bersih yang sukar untuk ditakluki hatinya.

“Owhhhh!!! Kau yang suruh Cikgu Aliyah beri tugas kat aku? Aku malaslah nak buat tu semua,” Mira menyandar di kerusi.

“Ye aku tau. Sebab tu aku suruh kau duduk kat bilik je. Mulanya dia nak letak kau jaga kat padang, aku bagi tau dia yang kau tak tahan panas.” Mazlan tersengih.

“Terima kasih banyak-banyak ye.” Ucap Mira separuh hati. ‘Nak ambil hati akulah tu,’ Bisiknya dalam hati. Mazlan tersenyum.

******************

3 catatan:

MaY_LiN said...

oho..
bile nak jmp soulmate ni..

::cHeeSeCaKe:: said...

wa..xsabar nk tggu mira jmpe ngn akmal..best2..

Yong said...

hehehe lawak..lawak. main gigit gigit plk