Followers

Friday, November 13, 2009

Kembali Pulang 8

“Akmal mana?” Azlan bertanya pada Zainal.

“Apa hal cari aku ni?” Akmal tersengih sambil kakinya melangkah menghampiri rakannya itu.

“Gembira nampak? Jumpa buah hati?” Zainal kenyit mata.

“Taklah. Sementara tunggu Mira tadi, aku berborak sekejap dengan Rita. Dia okey jugak.” Akmal memuji Rita. Zainal dan Azlan memandang pelik ke arah Akmal.

“Aihh!!! Al, kenapa lain je aku dengar ni? Nak tukar haluan ke?” Zainal bertanya sinis. Akmal tersenyum.

“Mungkin. Lagipun yang dikejar tu, belum tentu dapat. Nampak macam jinak tapi bila dekat je terus terbang,” Akmal tersengih. Zainal geleng kepala.

“Suka hati kau. Jangan menyesal kelak, sudahlah. Tapi satu je yang aku nak ingatkan, pesan ayah kau jangan lupa,” Akmal tersenyum dan angguk kepala.

******************************

“Kenapa mata kau merah?” Zuriana bertanya hairan. Mira tersenyum.

“Yeke? Aku tidur lambat semalam. Study,” Mira berdalih.

“Kau study tak bawa aku ye? Pukul berapa kau tidur semalam?” Zuriana memandang hairan temannya itu.

“Errrrr...tak ingatlah pulak. Mungkin dalam pukul 2 lebih,” Mira menjawab perlahan.

“Sempat tak kau jumpa Akmal semalam?” Zuriana bertanya sambil membetulkan kain tudungnya. Mira tersenyum kelat tanpa memandang wajah Zuriana.

“Tak.” Jawabnya perlahan. Sebak bila mengingatkan kejadian semalam.

“Owh!!! Ye ke?” Mira angguk kepala. Zuriana segera berjalan laju ke pintu.

“Cepatlah. Aku nak duduk kat depan pulak. Mana tahu dapat bersihkan rumah Cikgu Amin. Dapat minta buah jambu batu. Okey tak?” Zuriana menarik tangan Mira. Mira hanya mengikut langkah kaki Zuriana. Hari ahad merupakan hari mereka bergotong royong membersihkan kawasan sekolah termasuk kawasan kuarters guru.

“Tak bestlah macam ni. Kenapalah kena rumah Cikgu Awang. Takde buah jambu batu,” Zuriana mengeluh kecewa.

“Ishk....Kak Zu ni. Okey lah dapat bersihkan rumah Cikgu Awang. Ada pokok betik. Boleh kita ambil buah betik. Dah lama tak makan betik.” Sita menepuk bahu Zuriana. Gadis lincah itu memang sentiasa gembira dan mudah bergaul dengan sesiapa sahaja.

“Sita, kita ni perempuan, takkan nak panjat pokok betik tu? Budak ni tak makan ubat ke pagi tadi?” Zuriana geleng kepala melihat Sita berlari sambil melompat. Sita merupakan adik angkat Mira dan Zuriana. Pelajar tingkatan 2 itu memang rapat dengan mereka berdua. Sebuah rumah dikhaskan 5 orang pelajar untuk mencuci kawasan sekitar kuarters guru.
Mereka mencuci kawasan sekitar rumah Cikgu Awang. Mencuci longkang dan mencabut rumput di sekeliling rumah guru bujang itu.

“Kak Mira, tolong bagi kayu tu.” Sita menunding jari ke arah sebatang kayu yang agak panjang di bawah rumah.

“Nak buat apa dengan kayu ni Sita?” Mira bertanya perlahan.

“Takkan kak Mira tak tahu lagi? Sita nak jolok buah betik tu,” Mirna menjawab mewakili Sita. Mira geleng kepala.

“Dah bagi tahu Cikgu Awang ke? Tak baik tau. Itu mencuri namanya,” Mira berkata perlahan. Sita tidak jadi meneruskan niatnya. Perlahan dia kembali ke tangga rumah Cikgu Awang.

“Assalamualaikum,” Sita memberi salam.

“Ishkkk...Mana pulak cikgu ni? Takkan masih tidur pulak. Tak payah bagi taulah, kak,” Sita merungut bila wajah Cikgu Awang masih tidak kelihatan. Beberapa minit kemudian wajah sugul cikgu Awang menjenguk.

“Apahal ni?” Tanyanya tegas. Sita tersenyum kelat.

“Errrr....Cikgu... nak minta buah betik. Boleh kan?” Pintanya gugup. Mira tersenyum melihat wajah Cikgu Awang yang nampak lesu itu. ‘Sita..Sita...berani betul,’ Mira geleng kepala melihat Sita yang tersengih dihadapan Cikgu Awang.

“Ambillah. Jangan buat bising.” Sita tersenyum gembira.

“Terima kasih cikgu,” Sita berlari menuruni tangga seperti kanak-kanak riang.

“Dan....Jangan panjat. Panggil budak lelaki suruh mereka tolong jolokkan,” Sita yang sedia hendak berlari mematikan langkahnya.

“Baik cikgu. Terima kasih,” Sekali lagi Sita mengucapkan terima kasih. Cikgu Awang hanya mampu menggeleng kepala. Sita terus mencapai kayu dan memulakan tugasnya.

“Kak Mira, tolong sambut buah betik tu. Nanti jatuh ke tanah, tak sedap pulak,” Sita mengarah Mira menyambut buah betik tersebut.

“Apa pulak akak yang kena sambut. Biarlah buah tu jatuh. Akak mana pandai sambut buah ni,” Walaupun menolak tetapi Mira berusaha juga menyambut buah betik tersebut. Tanpa diduga, sebiji buah betik jatuh menimpa kepala Mira. Buat betik yang masak itu terbelah dua. Mira kaku sambil lidahnya menjilat sisa betik yang terkena wajahnya. Mereka yang lain tergelak melihat kain tudung Mira sudah basah.

“Akak jangan risau, getah betik baik untuk kulit dan rambut. Lepas ni, mesti rambut dan kulit kakak jadi cantik,” Mira mengesat wajahnya dengan tangan.

“Sita...” Mira menjerit kuat. Sita masih tergelak sambil menekan perutnya. Lucu melihat wajah Mira yang berlumuran buah betik. Mira segera berlari ke paip di tepi tangga rumah Cikgu Awang untuk mencuci mukanya.

“Mira..Mira...cantik juga rupa kau pakai topi buatan dari buah betik tadi,” Zuriana tergelak sama.

“Cantik kau kata? Nak bagi kau sebelah,” Mira meletakkan buah betik yang sudah terbelah itu ke kepala Zuriana.

“Mira, kotorlah kain tudung aku.” Mira tergelak.

“Padan muka,” Zuriana muncung bibirnya. Sita, Salmi dan Mirna terhibur dengan gelagat dua orang kawan rapat itu. Zuriana dan Mira hanya mampu geleng kepala. Hendak marah rasa tidak berbaloi. Sita bukan macam orang lain, kalau di tegur mereka terus senyap. Sita? Diketawanya adalah. Setelah selesai membersihkan kawasan rumah cikgu, mereka kembali ke asrama sambil membawa buah betik.

1 catatan:

Yong said...

hahaha eh ye eh buah betik elok utk kulit?