Followers

Thursday, July 25, 2013

Alia Najwa 13




Alia pandang wajah Syah Aiman yang sedang duduk disebelahnya. Hari ini, mereka menanti ketibaan Pn.Hamidah dan Datuk Zamri dari Pakistan. Syah Aiman sedang leka bermain game diIpadnya. Alia menjeling sekilas. Alia mengeluh. Matanya meliar memandang sekeliling. Bimbang jika ada yang mengenali mereka. Kalau terserempak orang yang mengenali mereka, tentu kecoh satu sekolah. Atas sebab itu, Alia mengenakan cap dan sungglass. Syah Aiman dengan rela hati meminjamkan harta bendanya pada Alia.


“Cikgu, giliran saya pulak.” Syah Aiman angkat muka. Wajah Alia yang begitu hampir dengannya membuatkan Syah Aiman terkejut. Alia tersengih.


“Isk....Awak ni. Terkejut saya dibuatnya.”


“Cikgu,cepatlah. Giliran saya pulak.” Syah Aiman terdiam sejenak. Hatinya  rasa tidak selesa bila Alia memanggilnya cikgu. Syah Aiman pandang wajah comel disebelahnya. Idea untuk menggenakan Alia datang secara spontan. Syah Aiman tersenyum.


“Boleh guna ni.. tapi...”Syah Aiman tersenyum meleret. Alia kerutkan dahi.


“Tapi apa?”


“Awak kena panggil saya dengan panggilan yang sesuai untuk situasi kita ni. Saya tak suka dengar awak panggil saya cikgu bila berada kat luar.” Syah Aiman berkata selamba sambil meneruskan permainannya. Malas hendak menatap wajah bengang Alia disisinya. Syah Aiman tersenyum bila mendengar Alia berdengus geram. Sekilas wajah tegang Alia dipandang. Alia bersandar lemah. Syah Aiman sengaja mendekatkan dirinya pada Alia. Sengaja hendak membuat Alia bengang. Alia mengeluh berat. Alia sebenarnya merasa tidak selesa berada di sebelah Syah Aiman tanpa membuat apa-apa. Fikirannya mudah melayang bila tidak melakukan sesuatu kerja. Sesekali wajah ceria Syah Aiman ketika bermain permainan lumba kereta membuatkan Alia rasa tidak puas hati.


            Alia menompang dagu merenung satu persatu manusia yang lalu lalang dihadapan mereka. Pelbagai aksi digayakan dan akhirnya Alia tertidur dibahu Syah Aiman.

 

Syah Aiman berpaling ke sisi. Wajah lena Alia menyapa matanya. Syah Aiman geleng kepala. Perlahan kepala Alia diatur supaya Alia selesa tidur dibahunya. Syah Aiman terus leka bermain sementara Alia terus tidur dengan nyenyaknya. Syah Aiman kerutkan dahi bila mendengar dengkuran halus menyapa telinganya. ‘Ya Allah. Budak ni. Nyenyak betul dia tidur. Sampai berdengkur,’ Syah Aiman geleng kepala dan tersenyum. Seketika kemudian, Syah Aiman terpandang mama dan datuknya keluar dari balai ketibaan. Syah Aiman garu kepala. Hendak berdiri, bimbang pula Alia terjatuh. Kalau dikejutkan, rasa tak sampai hati pulak. Syah Aiman geleng kepala.


“Alia..Alia bangun. Mama dah sampai tu.” Syah Aiman pukul bahu Alia dengan perlahan. Namun masih tiada tindak balas. 


 “Alia..” Syah Aiman tolak pula kepala isterinya.


“Isk..Sekejap. Orang mengantuk ni.” Alia menjawab malas. Syah Aiman tergelak halus melihat gelagat comel Alia. Lengan Syah Aiman dipeluk erat.


“Syah, kenapa dengan Alia tu?”Syah Aiman tersentak bila disapa mengejut oleh mamanya.


“Mama..”Syah Aiman menghulur tangan untuk berjabat tangan dengan mamanya.


“Dia tertidur, ma. Susah betul nak kejutkan dia.” Datuk Zamri geleng kepala sambil tersenyum.


“Alia.. Alia..jum balik.” Alia gosok matanya bila dagunya terasa sejuk. Wajah lembut Pn.Hamidah menyapa matanya. Alia terus duduk tegak dan memukul lengan Syah Aiman. Syah Aiman kerutkan dahi.


“Apahal pukul orang ni?” Soalnya keliru.


“Kenapa tak kejutkan saya tadi?” Bisiknya geram.


“Saya dah kejutkan tadi. Awak je yang tak sedar. Tidur kat sini pun sempat lagi awak berdengkur.” Alia menjeling tajam.


“Dah. Salam tangan mama dan atuk tu,” Arahnya. Alia berdiri lalu menghulur tangan pada Pn.Hamidah. Pn.Hamidah terus menarik tubuh Alia ke dalam pelukannya. Belakang menantunya diusap perlahan.


“Alia bersabar ye. Mungkin ada hikmahnya Alia dan Syah berkahwin awal.” Alia angguk kepala. Alia menyalami tangan Datuk Zamri. Datuk Zamri usap kepala Alia. Dia sudah lama menganggap Alia sebagai cucunya.


“Kita balik terus ke kuarters lepas makan nanti. Dapat hantar Alia sekali ke asrama.” Pn. Hamidah paut lengan Alia supaya berjalan seiringan dengannya. Troli barang diserahkan pada Syah Aiman.


            Sepanjang perjalanan pulang, Alia leka berbual-bual dengan Pn.Hamidah. Satu persatu gambar perkahwinan adik tiri Syah Aiman ditunjukan padanya.


“Nanti, bila Alia dah habis belajar, kita buat majlis bersanding untuk Syah dan Alia pulak. Alia nak buat majlis kat tu kat kampung atau kat hotel?” Alia angkat muka. Wajahnya merona merah.


“Majlis bersanding? Tapi..” Alia terdiam. Wajah tenang Syah Aiman yang sedang memandu dipandang sekilas. ‘Bersanding? Tapi, aku tak sedia lagi. Kawan-kawan aku macamana?’


            Syah Aiman memandang sekilas wajah mendung Alia disebalik cermin pandang belakang. Syah Aiman tahu, Alia masih belum dapat menerima hubungan baru mereka.


“Mama, tunggulah Syah habis belajar dulu. Lagipun, Alia mesti nak sambung belajar di Universiti. Lepas kami graduate, baru buat majlis bersanding tu.” Syah Aiman menghadiahkan senyuman manis pada Alia. Alia membalasnya.


“Jadi lama lagilah ye? Kalau bersanding awal, tak menyusahkan Alia. Mana tahu setahun dua ni dia mengandung. Lain pulak hal yang timbul kelak.” Alia terbatuk. Sementara itu, Syah Aiman hilang kawalan ke atas keretanya sekejap.


“Syah.. hati-hati. Ya Allah... budak ni.” Pn.Hamidah pukul bahu anaknya. Hampir-hampir mereka terbabas tadi.


“Mama tu. Alia masih belajar.” Alia angguk kepala.


“Manalah tahu.” Alia hanya tu tunduk merenung jari sendiri.


            Syah Aiman mencuri pandang wajah Alia yang berubah murung. Alia hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Pn.Hamidah sengaja memberi ruang pada Alia untuk bertenang.


“Alia, bangun nak. Dah sampai,” Alia terpinga-pinga. Mata yang masih mengantuk digosok perlahan.


“Alia ikut mama naik atas dulu. Mama ada barang nak bagi. Lepas tu baru balik asrama.” Alia angguk kepala. Syah Aiman mengangkat satu persatu beg pakaian ibu dan datuknya. Alia turut sama membantu Syah Aiman.


“Takpelah. Awak naik je.” Alia buat muka selamba. Syah Aiman geleng kepala. Tahu sangat sikap yang satu itu. Degil.


            Alia mengambil tempat duduk di sebelah Pn.Hamidah. Pn.Hamidah menyelongkar sebuah beg. Beberapa helai selendang dan jubah dikeluarkan dari beg tersebut.


“Mama tak tahu nak beli apa untuk Alia. Ini je buah tangan yang mama sempat beli untuk Alia.” Alia menyambutnya dengan satu perasaan yang sukar untuk diluahkan. Matanya memandang satu persatu wajah mereka yang tersenyum mesra padanya.


“Cikgu.. saya..”


“Jangan nak menolak pulak. Mama memang sengaja beli untuk Alia.” Alia angguk kepala perlahan.


            Alia menoleh ke belakang. Syah Aiman masih setia mengekori langkahnya ke asrama.


“Awak baliklah. Nanti, kalau cikgu atau budak-budak lain tengok, glamor pulak dibuatnya.” Syah Aiman buat tak tahu.


“Jangan nak mengada. Jalan cepat-cepat. Cepat sampai, takdelah orang nak buat cerita sensasi.”  Alia gigit bibir tanda geram. Tanpa berlengah, Alia pecut 100 meter ke asrama. Syah Aiman terpinga-pinga melihat kelibat Alia yang sudah menghilang. Syah Aiman garu kepala. Beberapa saat kemudian,dia geleng kepala dan tergelak halus.


“Alia...Alia..tak sangka pulak, aku terkahwin dengan budak.”


*****************************



“Alia, demam kau ok?” Ajay bertanya bimbang sambil membelek tangan dan pipi Alia. Alia menepis tangan 
Ajay. Tindakan spontannya itu mengundang rasa hairan di hati Ajay.


“Kau kenapa?” Soal Ajay pelik.


“Errrr… Aku tak nak kau kena jangkitan bila sentuh aku,” Alia berkata gugup.


“Nanti tak pasal-pasal kau cuti seminggu pulak,” Alia tersenyum.


“Selama kau bercuti, kami semua dah jadi macam ayam berak kapur. Sorang tengok sorang, boring betul,” Imah memeluk bahu Alia.  


“Betul ke? Entah-entah korang happy bila aku takde,” Alia berkata sinis.


“Pandailah kau,” Maziah menolak kepala Alia. Alia tersengih sambil menjilat aiskrimnya.


“Hai Alia,” Alia tersentak bila ditegur oleh seseorang. Alia memandang wajah yang menegurnya.


“Errr. Awak ni siapa?” Soalnya hairan. Pelajar tersebut tersenyum malu.


“Saya Salman. Pelajar kelas 5B,” Ucapnya tenang.


“Owh!!!” Itu saja yang keluar dari mulutnya. Malas mahu melayan orang kerana saat ini fikirannya  bercelaru mengenangkan masalah hidupnya. Salman duduk di kerusi berhadapan dengan Alia.


“Saya nak berkenalan dengan awak, sudi tak?” Soalnya terus. Alia bingung.


“Maaf. Saya takde masa nak fikir hal macam tu okey,” Alia terus berlalu meninggalkan Salman yang terpinga-pinga.  Ajay, Imah dan Maziah tersenyum melihat Salman yang terpinga-pinga ditinggalkan oleh Alia.


“Lupakan saja niat awak tu. Alia belum bersedia lagi nak berkawan serius dengan lelaki,” Ajay menepuk bahu Salman. Imah dan Maziah angguk kepala dan berlalu.


“Saya takkan mengalah,” Salman berkata tegas. Mereka bertiga geleng kepala.


            Salman begitu nekad untuk memikat Alia. Pelbagai hadiah diberikan kepada Alia untuk memikat hati Alia. Namun,Alia buat tidak peduli. Hadiah-hadiah tersebut dengan rela hati didermakan pada pelajar-pelajar yang tidak mampu berbelanja.


“Alia, kenapa awak berikan hadiah tu pada mereka.” Alia tersenyum.


“Mereka lebih layak menerimanya.” Alia menjawab selamba.


“Awak jangan terlalu sombong Alia. Suatu hari nanti, awak pasti akan melutut mengharap cinta saya.” Salman bersuara keras. Alia berpaling merenung tajam wajah marah Salman.


“Apa awak cakap? Cuba ulang balik?”


“Saya akan pastikan awak merayu untuk dapatkan cinta saya.” Alia geleng kepala. Lama wajah Salman direnungnya.


“Saya dah jumpa macam-macam lelaki yang nakkan saya hanya kerana luaran saya sahaja. Kalau awak betul-betul mahukan saya... kita... awak sanggup berkahwin dengan saya?” Salman tersentak. Alia berpaling ke belakang bila terdengar bunyi benda terjatuh. Wajahnya berubah pucat. Syah Aiman sedang mengutip buku-buku latihan pelajarnya yang terjatuh sebentar tadi. Alia gigit bibir. Syah Aiman terus berlalu bersama jelingan tajam pada wajah Alia.


“Kahwin? Iskh.. apa yang awak merepek ni? Takkanlah sampai ke situ pulak. Kita masih muda. Lagipun, saya masih belajar dan belum puas melihat dunia luar.”


“Kalau macam tu, lebih baik awak lupakan saya. Saya tak suka menghabiskan masa dengan benda yang tak berfaedah tu. Cinta dan hati saya hanya untuk lelaki yang bergelar suami saya. Selamat jalan.” Alia berjalan pantas kekelasnya. Hatinya bertambah gusar bila teringat wajah masam mencuka Syah Aiman sebentar tadi.


“Hoi..minah. Kau kenapa? Monyok je?” Alia tersenyum kelat.


“Aku okey je.” Rakan-rakannya masing-masing geleng kepala. Alia lebih banyak termenung sejak kebelakangan ini. Dia juga tidak suka berkongsi cerita dengan rakan-rakannya. Masa terus berlalu.


***********************


“Sara, kau kenapa?” Soal Alia hairan. Semenjak beberapa minggu yang lalu, Sara bersikap dingin dengannya.


“Takde apa-apa.” Sara menjawab ringkas dan berlalu.


“Tunggu Sara. Kau ada masalah? Kenapa asyik nak jauhkan diri dari aku?” Alia menggenggam erat tangan Sara. Sara menepis dengan kasar.


“Jangan sibuk hal aku boleh tak?” Sara berkata kasar dan berlalu meninggalkan Alia yang terpinga-pinga.


          Perhubungan mereka menjadi semakin hambar. Alia juga menjadi seorang yang  pendiam dan kadangkala dia akan mengelakkan diri bila Sara berada bersama rakan-rakan yang lain. Puas dipujuk, namun mereka masih tidak mahu berdamai.


“Alia, kenapa ni? Apa masalah kau dengan Sara tu?” Maziah bertanya sedih. Alia geleng kepala.


“Entah. Aku tak tahu. Dia tak nak bercakap dengan aku. Kalau kau nak tahu kenapa, kau tanya dia, dia mungkin ada jawapannya,” Alia berkata perlahan. Sedang masalahnya tiada siapa yang mampu menolong, ditambah pula dengan perangai Sara yang bermasam muka dengannya. Salman juga masih tidak berputus asa mengorat Alia sehingga menimbulkan rasa kurang senang dihati  Alia. Semenjak kejadian minggu lepas, Syah Aiman juga sudah tidak mempedulikannya lagi. Semuanya gara-gara Salman yang menghebohkan kepada rakan-rakannya yang dia sedang bercinta dengan Alia. Bagi Alia pula, dia malas hendak mempedulikan lelaki tak betul itu. Lebih baik dia tumpukan perhatian pada pelajarannya dari memikirkan tentang perkara yang tidak perlu. Syah Aiman juga sudah tidak mengendahkannya lagi. Hatinya sedikit tenang. Namun, ketenangan itu tidak bertahan lama bila hubungannya dengan Sara semakin renggang.


“Hoi budak!!!! Kalau aku kata aku tak suka kau, jangan mimpi kau nak jadi kekasih aku. Sekali lagi kau hantar bunga ke, coklat ke, aku bagi kau  dua biji,” Alia menumbuk pipi Salman. Ketika itu semua pelajar kelas 5B sedang bersedia untuk memulakan pelajaran pada pagi itu. Salman jatuh terduduk. 


“Dan kau Sara, kalau kerana Salman tu, kita bergaduh, bermasam muka, aku pun malas nak berbaik dengan kau.” Alia berlalu meninggalkan kelas 5B dan berlari ke tandas. Ajay dan Ariy mengejar di belakang. Begitu juga dengan Ros dan Imah. Maziah, Hafiz dan Fizan menghampiri Sara. Sara menangis.


“Sudahlah Sara. Memang bukan salah Alia, Salman yang syok sendiri. Semua tu tak benar,” Maziah memujuk Sara.


Kejadian itu menjadi buah mulut pelajar dan sampai ke telinga pengetua. Alia dan Salman dipanggil ke bilik guru.


“Alia, Salman. Apa semua ni? Kenapa sampai bergaduh?” Soal Cikgu Sahri, guru disiplin. Alia memandang wajah tenang Pn.Hamidah.


“Dia yang ganggu saya dulu, cikgu. Hantar bungalah, hantar coklatlah, hantar macam-macam. Lepas tu, dia cakap kat Sara yang saya ni tergila-gilakan dia. Sara pun salahkan saya dan membenci saya,” Alia berkata marah. Salman mendiamkan diri. Memang salahnya, setelah tahu yang Sara meminatinya, dia ingin membalas dendam untuk memisahkan Sara dan Alia.  Semuanya gara-gara Alia yang terang-terangan menolak cintanya.


“Salman, kamu ke sekolah ni, sebab nak belajar, kan? Sekarang bukan masa untuk berkasih-kasihan. Sekaranglah masa untuk kamu belajar, bila dah berjaya, dapat kerja yang elok, baru fikir tentang cinta. Masa tu nanti, kamu akan jumpa lebih ramai lagi gadis cantik kat luar sana kelak,” Cikgu Sahri memberi nasihat. Salman tunduk merenung lantai. Alia cuba menenangkan hatinya. Kalau ikutkan hati yang marah, mahu saja dia memukul Salman secukupnya.


“SPM tinggal 4 bulan lagi. Bila lagi kamu nak mula belajar?” Soal Pn.Hamidah agak marah. Salman dan Alia tunduk memandang lantai.


“Baiklah. Saya maafkan kamu berdua kali ini. Sekarang balik ke kelas kamu.” Alia dan Salman beredar meninggalkan bilik pengetua.


“Alia, tunggu dulu,” Alia menghentikan langkahnya apabila di panggil oleh Pn.Hamidah.


“Salman, awak balik ke kelas awak. Jangan buat perkara yang sia-sia lagi.” Pesannya. Salman angguk kepala dan beredar.


Pn.Hamidah menyuruh Alia duduk . Cikgu Sahri sudah beredar menginggalkan mereka berdua sahaja.


“Betul apa yang terjadi tadi tu?” Soalnya lembut.


“Ye. Dia sakit hati bila saya tolak cinta dia. Lepas tu, saya bagi tau dia yang Sara meminatinya. Saya rasa dia yang menyebabkan Sara benci pada saya.” Alia menjawab tenang. Lega setelah meluahkan apa yang tersimpan semenjak beberapa minggu yang lalu.


“Awak kena terangkan pada Syah. Dia dah marah-marah semenjak heboh kat sekolah ni kamu sedang bercinta,” Pn.Hamidah tersenyum melihat menantunya itu. Alia terkejut mendengar kata-kata dari mulut Pn.Hamidah. Mungkin Syah Aiman salah faham tentang kata-katanya pada Salman beberapa minggu lepas.


“Marah?” Soal Alia pelik. ‘Budak ni. Itu pun dia tak tahu. Kasihan pulak aku tengok,’ Pn.Hamidah geleng kepala melihat Alia menggigit jarinya sambil berfikir.


“Kenapa pulak dia nak marah,Cikgu?” Soal Alia lagi. Pn.Hamidah menepuk dahinya kemudian menggeleng kepala.


“Tanya dia sendiri. Awak boleh masuk kelas. Berbaiklah dengan Sara tu. Kasihan mereka yang lain, serba salah mereka kerana kamu berdua.” Alia angguk kepala.


       Sepanjang perjalanan ke kelas, Alia masih memikirkan kenapa Syah Aiman marah-marah  sehingga tanpa sedar dia terlanggar seseorang ketika hendak menaiki tangga. Alia mendongak memandang orang yang sedang memeluknya.


“Errrr. Cikgu,” Alia menolak tubuh lelaki yang memeluknya itu. Alia memandang sekeliling. ‘Nasib baik takde orang lain,’ Alia mengurut dadanya kemudian berlari pantas kekelasnya.


“Dah hilang.. iskk... memang pelari pecut bini aku ni. Tak sempat aku nak cakap apa-apa,” Syah Aiman bercakap sendirian. Loceng sudah berbunyi menandakan pertukaran mata pelajaran. Syah Aiman berjalan pantas untuk masuk ke kelas sebelum kelasnya bertukar menjadi pasar sayur.


“Selamat pagi, cikgu,” Semua pelajar mengucap selamat padanya.


“Pagi,” Syah Aiman menjawab perlahan. Matanya memandang wajah Alia yang muram dan lesu. Timbul rasa belas dihatinya mengenangkan pelbagai perkara menimpa Alia semenjak dia mengajar di sekolah tersebut. Kini tinggal  dua minggu lagi dia menjadi guru sandaran di sekolah tersebut. Sudah agak lama dia tidak menggenakan Alia. Sejak terdengar Alia mengajak Salman berkahwin, hatinya jadi tawar. Dia sedar hubungannya dengan Alia adalah kerana terpaksa. Alia tidak mungkin dapat menerima dirinya sebagai suami.


“Kerja rumah yang saya bagi kelmarin sudah siap?” Soalnya pada anak-anak muridnya.


“Letak atas meja, saya nak tengok,” Semua pelajar meletak buku latihan mereka di atas meja. Syah Aiman menyemak satu persatu buku latihan pelajarnya.


“Siapa yang ajar kamu buat ni?” Soal Syah Aiman marah. Hafiz tersengih menatap wajah garang cikgunya.


“Hari ni tak meniru lagi?” Soal Syah Aiman perlahan sambil matanya melirik ke arah Alia.


“Tak berani nak meniru lagi cikgu. Alia dah bertukar jadi monster.” Jawabnya sambil di sambut oleh gelak ketawa pelajar yang lain.


“Pandai pun. Ni tidak, asyik nak meniru je.” Syah Aiman tersenyum melihat Hafiz tersenyum bangga bila di puji.


“Buku awak mana?” Soal Syah Aiman marah. Semua mata memandang wajah Alia yang selamba dan wajah Syah Aiman yang bengang. Alia sengaja meninggalkan bukunya. Sengaja hendak menarik perhatian Syah Aiman. Entah mengapa hatinya rindu mendengar Syah Aiman memarahinya.


“Lupa,” Jawabnya sepatah.


“Berdiri kat luar,” Alia bergerak perlahan menuju ke luar kelas dengan wajah selamba. Di luar Alia menyanyi kecil, sekejap berdiri, sekejap duduk.


“Alia, masuk.” Suara Syah Aiman memecah kesunyian. Dengan langkah malas, Alia masuk semula ke dalam kelas dan duduk dikerusinya. Beberapa minit kemudian loceng berbunyi.


“Kerja rumah yang saya bagi tu, jangan lupa dibuat. Alia, saya nak kamu siapkan kerja yang saya bagi tu, esok saya nak tengok. Dan, habis waktu kelas nanti, saya nak awak cuci tandas guru,” Syah Aiman mengingatkan pelajarnya sebelum beredar.


“Apa? Tadi dah kena hukum berdiri kat luar. Ada lagi hukuman rupanya?” Alia berkata kasar. Syah Aiman hanya angkat bahu dan berlalu meninggalkan Alia yang tidak puas hati.


********************************************
p/s : dah lama tak update cite ni..enjoy ya