Followers

Tuesday, September 9, 2014

Relaku Pujuk 55



“Mawar tahu, sekarang Mawar dah tak cantik. Ini peluang untuk abang cari perempuan lain,kan?” Marahku.

Sakit hati bila melihat Ishamudin bergelak ketawa dengan perempuan gedik tu. Ilyana tu memang tak pernah serik. Nampaknya, dia semakin berani. Mentang-mentang aku tak ambil tindakan keatasnya dulu.

“Apa yang sayang merepek ni?” Aku tepis tangannya yang cuba memeluk bahuku.

“Jangan sentuh Mawar. Tangan abang tu dah sentuh perempuan lain,” Marahku. Aku terus keluar dari bilik kami. Namun, langkahku terhenti bila tangan kasar Ishamudin menarik tubuhku.

“Abang rindu sangat kat sayang. Kenapa sayang tak percayakan abang?” Aku berusaha menepis tangannya, biarpun hatiku meronta-ronta hendak membalas pelukannya.

“Abang dah tak sayangkan Mawar. Selama ni abang cintakan Mawar sebab paras rupa saja. Betul seperti yang mereka cakap. Kalau Mawar tak cantik, tentu abang takkan kahwin dengan Mawar,” Aku kesat airmata yang mengalir dipipi. Ishamudin mendiamkan diri. Dagunya diletakkan di atas bahuku. Kemudian dia menjarakkan diri. Aku tersentak. Jelas sekali dia tak mahu memelukku lama-lama. Aku gigit bibir.

“Susah nak peluk sayang sekarang ni. Perut sayang semakin besar.” Aku merenung wajahnya. Hampa. Aku hampa. Dia salahkan perut aku sekarang ni. Apakah dia lupa yang sekarang ni aku sedang mengandungkan anaknya.

“Mawar  mengandung. Abang dah lupa? Huh!! Sekarang nak peluk pun rasa susah.” Marahku. Wajahnya berubah.

“Sayang. Bukan itu maksud abang. Sayang jangan salah faham pulak.” Aku hanya memerhati tingkahnya. Ishamudin garu kepalanya. Matanya masih melekat diwajahku. Perlahan dia menghampiriku. Aku terus berpaling. Sakit hati bila mengenangkan dia memeluk perempuan lain. Aku tersentak lagi bila Ishamudin memeluk dari belakang.

“I love you. Dah 3 hari sayang tak tegur abang. Sampai hati sayang dera perasaan abang ni,” Sayu sekali suaranya.

“Simpan je cinta abang tu untuk perempuan lain,” Ishamudin cium pipiku.

“Cemburu jugak sayang abang ni. Sayang, cinta abang hanya untuk sayang. Abang jatuh cinta pada sayang kerana tingkah laku sayang yang selamba dan comel tu. Kalau abang pentingkan paras rupa, baik abang kahwin dengan model yang cantik tu.” Sempat pulak dia nak kenakan aku.

“Abang tipu,”

“Kenapa abang nak tipu. Kali pertama kita berjumpa, abang dah jatuh cinta pada sayang. Sikap kebudak-budakkan sayang tu, buat abang tak tidur lena. Buat abang rasa bersalah pada bekas tunang abang. Abang tak setia. Tapi, sayang tahu tak, abang minta petunjuk dari Allah S.W.T untuk meneruskan atau membatalkan majlis perkahwinan abang dengan Diah dulu.” Aku berpaling padanya.

“Abang buat solat Istikharah. Dan, Alhamdulillah, memang jodoh abang dengan Mawar. Jadi, sayang jangan fikir yang bukan-bukan. Hari tu, Ilyana yang peluk abang. Sayang tentu nampak dia yang peluk abang masa tu. Abang tak sedar sejak bila dia ada kat situ.” Aku mencebik. Bila aku ingat tentang tu, memang, Ilyana sengaja memeluk suamiku.

“Dia kata dia nampak tikus. Sebab tu dia peluk abang,”

“Habis tu kenapa abang tak marah dia?”

“Kenapa pulak abang nak marah dia?”

“Marahlah. Dia peluk abang. Abang tu suami Mawar. Abang tak fikir, kalau orang lain bagitahu Mawar tentang tu, tentu jadi perang besar olehnya. Nasib baik Mawar tengok sendiri. Jadi, bila Ilyana cerita kat Mawar, Mawar tak marah sangat. Tapi, abang tak cerita pun tentang tu,” Marahku.

“Kalau abang cerita, nanti sayang marah. Sayang tak nak tidur dengan abang. Sunyilah abang,” Aku menolak kepalanya terasa melekat dileherku. Aku juga rindukan pelukan hangatnya. Sudah tiga hari aku bertahan untuk menderanya. Tetapi hatiku sendiri yang terdera.

“Lagipun, dia tu tak penting. Nyamuk je. Pantang dapat peluang, nak hisap darah orang,” Aku kerutkan dahi.

“Nyamuk?”

“Nyamuk. Yang gigit orang tu. Sayang tak kenal nyamuk? Dulu, sayang suka gaduh dengan nyamuk tu,” Aku pukul tangannya yang nakal itu.

“Abang, lepaslah. Tak selesa.” Aku menolak tangannya.

“Sayang dah maafkan abang? Sayang jangan risau. Setiap masa abang berdoa semoga Allah S.W.T kekalkan hubungan kita. Abang hanya minta biarlah sayang seorang isteri abang di dunia dan di akhirat.” Terharunya. Terpujuk terus.

“Mawar pun sama. Mawar tak nak orang lain. Jadi, abang jangan tinggalkan Mawar.” Ishamudin tergelak halus.

“Tak sanggup abang nak tinggalkan sayang. Kerana abang tahu, kat luar tu masih ramai yang sanggup tunggu sayang.” Aku kerutkan dahi.

“Apa maksud abang?” Dia tersenyum lemah.

“Sayang abang ni ramai sangat peminat. Sakit mata abang bila tengok pekerja-pekerja lelaki kat kilang tu. Semua tengok sayang macam tengok artis. Dengan perut macam ni pun, mereka masih nak tengok sayang. Dada sayang tu semakin hari semakin besar abang tengok. Punggung lagi. Semua mereka nak usha.” Aku tutup mulut.

“Ishhh..Abang ni, memalukan Mawar je.” Aku pukul sekali lagi tangannya yang masih melingkar dileherku.

“Inilah yang lelaki lain tu fikir. Abang lelaki, jadi abang tahulah apa yang mereka fikir.” Aku kerutkan dahi.

“Lebih-lebih lagi bagi yang dah kahwin tu, tengok orang macam nak terkeluar biji mata dia. Abang rasa nak korek je mata mereka tu. Dah kahwin pun, masih nak usha isteri orang,” Aku tergelak.

“Jadi, abang tengok perempuan lain macam tu ye? Selama ni abang membayangkan bentuk badan mereka?” Ish..lelaki memang macam tu.

“Takde masa abang nak fikir benda tu semua. Kan abang dah cakap dulu, kat mata abang ni, hanya nampak sayang. Daripada abang buat dosa fikirkan perempuan lain, baik abang fikirkan tentang isteri abang yang cun dan lawa ni.” Aku geleng kepala.

Dulu, ada seorang pekerja lelaki tu, dia agak pendiam. Nak angkat muka pun susah. Tetapi lepas dia kahwin, mata dia asyik meliar je tengok perempuan. Bila Kak Mila tanya, dia tersengih dan dia cakap, biasalah lelaki. Kalau dah kahwin, mata mereka dapat menembusi baju perempuan. Sebab tu, bila tengok lelaki yang dah kahwin, aku tak layan sangat.

“Itu lagi bahaya. Nanti, semua perempuan abang nampak macam saya. Semua mereka abang nak peluk.”

“InsyaAllah. Semoga abang dilindungi dari memandang sesuatu yang diharamkan buat abang. Apa yang abang nak ingatkan pada sayang, dengan izin Allah S.W.T, cinta dan kasih sayang abang hanya untuk sayang.” Ucapnya perlahan ditelingaku.

“InsyaAllah. Tapi, Mawar tak dapat nak elak rasa cemburu ni,” Dia tersenyum.

“Bila abang peluk sayang macam ni, baru terasa dekat. Kalau peluk dari depan, rasa jauh sangat tapi dekat dengan baby. Tapi, kalau sayang cium abang, lagilah abang rasa dekat.” Aku berdengus kasar. Dah mulalah tu. Mood miang dia dah datang.



****************************



“Sayang buat apa ni?” Aku tersenyum pada Ishamudin yang baru bangun tidur.

“Memasaklah. Takkan bercucuk tanam pulak,”

“Abang tahulah sayang memasak. Sayang, kan mengandung.” Aku kerutkan dahi. Apa masalahnya mengandung? Perempuan mengandung tak boleh memasak ke?

“Kenapa pulak?” Tanganku semakin lincah menyediakan bahan-bahan untuk membuat Tom Yam Seafood.

“Sayang tak penat? Kenapa tiba-tiba je nak memasak ni?”

“Entahlah. Tadi, masa nak buang air kecil, bila Mawar tengok ke sini, dapur ni macam memanggil-manggil Mawar. Macam terdengar dia panggil Mawar untuk kawan dengan dia.” Ishamudin tergelak. Dia bersandar di tepi meja sambil berpeluk tubuh.

“Ada apa-apa yang boleh abang tolong?”

“Abang tolong duduk diam je. Lepas ni, abang jadi juri Mawar. Tengok isteri abang ni buat kerja.” Aku tersenyum manis padanya. Ishamudin geleng kepala. Aku kembali khusyuk memasak. Mungkin ini yang dikatakan naluri perempuan. Kalau sebelum ni, aku malas hendak masuk ke dapur, tapi sekarang, tanpa perlu disuruh, aku dengan rela hati menghabiskan masa di dapur.

            Setelah siap, aku hidangkan untuk suamiku yang dari tadi menanti dengan sabar hasil masakan isteri dia ni. Masih banyak yang perlu aku belajar. Bersemangat nak bagi suami makan. Bila memasak, kita mahu orang yang merasa masakan kita puas hati dan menghargai masakan kita. Dengan itu, barulah penat lelah itu berbaloi.

“Sedap tak?” Ishamudin terdiam. Muka langsung tiada reaksi.

“Kurang masam. Tapi masih boleh dibaiki.” Aku tersenyum. Tak perlu nak terasa dengan tegurannya. Teguran membina tu. Dia ikhlas menegur.

“Tambah asam keping lagi. Cili pun tambah jugak.” Aku mengikut arahannya. Kalau nak memasak, kena ikut selera orang yang makan, bukan ikut selera kita semata-mata.

“Tapi, abang tak tahan pedas,kan?” Dia tersenyum.

“Takpelah. Tom Yam mesti pedas, baru kaw nak makan.” Aku geleng kepala.

“Tak nak. Tak sanggup nak tengok abang sakit. Cukuplah sekali.” Dia tergelak.

“Cili tu boleh tambah waktu makan kelak.” Dia angguk kepala.

***************************



            PETANG-petang begini, seronok rasanya menghabiskan masa melepak di beranda. Perlahan tanganku mengusap perutku yang semakin hari semakin membesar. Alhamdulillah. Sekarang aku sudah tidak mengalami alahan yang teruk sangat. Semuanya masih mampu aku atasi. Lebih-lebih lagi bila Ishamudin sentiasa di sisi menemani.

“Anak papa apa khabar? Sihatkan? Mamanya pun sihat.” Aku gigit bibir menahan rasa tidak selesa. Dia ni memang muka tembok betul. Tak tahu ke yang isteri dia ni pemalu orangnya. Perangai Ishamudin ni susah hendak dijangka. Suka buat sesuatu yang mengejutkan. Tapi, dalam diam aku suka bila dia buat begitu, aku tahu dia sayangkan aku dan anak yang aku kandung ni.

“Tak sangka tak lama lagi kita akan ada anak sendiri.” Aku kerutkan dahi. Wajah ceria suamiku ditatap. Dia masih leka mengusap perutku. Aku bergerak sedikit.

“Kenapa?” Soalnya pelik.

“Tak selesa. Geli.” Aku menjawab perlahan. Dia tersenyum.

“Ala...baru sentuh sikit dah geli. Sebelum ni, sayang suka je peluk abang,” Aku muncung mulut. Dia hanya tersenyum.

“Teruklah mama baby ni. Papa baru nak beramah mesra dengan anak papa, mama dah tak kasi.” Aku gigit bibir menahan geram.

Ishamudin renung wajahku sambil tersenyum senang. Lama kami bertatapan. Aku pejam mata bila terasa wajahnya semakin hampir ke wajahku.

“Comel.”

Aku sedikit kecewa kerana Ishamudin hanya berbisik lembut ditelingaku. Tanpa sedar, aku tarik muncung tanda tidak puas hati. Aku begitu yakin yang Ishamudin akan menciumku tadi, namun dia hanya berbisik lembut padaku.

“Kenapa ni?” Aku buat muka tak puas hati. Aku terus membelakanginya.

“Kecewa sebab abang tak cium sayang ye?” Aku mengeraskan badanku. Tapi hanya sekejap bila Ishamudin dengan selamba mencium pipiku.

“Janganlah. Kita kat luar ni. Nanti orang tengok, malulah.” Dia tergelak dan terus memelukku. Seketika kemudian bibirnya mendarat dibibirku.

“Isk..abang ni.” Mataku meliar memandang sekeliling. Nasib baik takde orang nampak. Selamba je buat tayangan free. Macam dia sorang yang ada isteri. Aku geleng kepala. Ishamudin tersengih.

“Abang cintakan Mawar,” Ucapnya perlahan. Aku tersipu malu.

“Mawar tahu. Kalau tak, takdenya Mawar jadi macam sekarang ni,” Dia tersenyum.

“Tahupun. Nanti, kalau kita dah ada baby, tak dapatlah Mawar nak bermanja lebih-lebih dengan abang. Abang pun macam tu jugak. Nanti, ada baby kat tengah-tengah ni,” Dia peluk erat tubuhku.

“Mawar tak kira. Mawar nak bermanja dengan abang jugak. Kita beli katil baby, jadi, takdelah dia ganggu kita,” Aku tersengih. Ishamudin tolak dahiku. Kami berbalas senyum. Alangkah bahagianya hidup ini. Semoga kami kekal begini sehingga ke akhir hayat.



***************************



“Sayang okey tak?” Aku angguk kepala. Aku tersentak bila Ishamudin sentuh perutku.

“Hai Sham. Takkan tak puas lagi. Siang malam asyik berkepit. Tak jemu ke?” Kak Onah menyindir. Ishamudin buat selamba. Aku pulak yang terpaksa menanggung malu dengan perangai terlebih perihatin Ishamudin ni.

“Entahlah, Kak. Semakin hari, Mawar ni semakin cantik saya tengok.” Dia menjawab selamba. Kepalaku sekali lagi menjadi mangsa ciumannya.

“Orang kalau dah cinta, buruk pun nampak cantik.” Aku mencebik mendengar Kak Mila menyindir. Aku tahulah, sekarang ni aku dah semakin gemuk. Mana tak gemuk, kalau makan tak mengira waktu. Ishamudin pula sentiasa menggalakkan aku makan. Katanya, aku sekarang makan untuk 2 orang.

“Ini buah asam mempelam muda. Abang dah potong dan letak garam serta cili tadi. Tapi, cilinya sikit je. Takut baby tak tahan pedas,” Ishamudin berbisik ditelingaku. Bimbang di dengar oleh cik kak-cik kak kat situ. Kalau mereka dengar, alamatnya cair tahi telinga mendengar mereka membebel. Aku tersenyum lebar dan terus mencium pipi Ishamudin. Dia tersenyum lebar.

“Hah!! Susah betul orang dah kemaruk ni. Malu aku tengok.” Ishamudin garu kepala. Tersipu malu bila Kak Kate mengutuk kami. Aku tersenyum lebar.

“Nak buat macamana. Tindakan reflek,” Aku menjawab selamba.

“Okey sayang. Abang nak sambung kerja. Rehat nanti kita jumpa lagi.” Aku angguk kepala.

“Cemburu aku tengok mereka berdua ni.” Kak Mila tiba-tiba bersuara.

“Aku pun cemburu jugak. Ni yang buat aku rasa nak kahwin sekarang jugak,” Kak Onah menompang dagu. Aku tergelak.

“Saya doakan Kak Onah jumpa jodoh hujung tahun ni.” Aku ikhlas doakan dia berjumpa lelaki yang baik.

“Terima kasih  Mawar. Kalau jumpa yang macam Isham tu, sejuk mata memandang,”

“Yang macam muka dia memang takde lagi kak. Dia tu stok terhad. Kalau nak cari yang perangai macam dia, mungkin ramai kat luar tu.” Kak Onah mencebik.

“Yelah. Tapi,kan Mawar, Isham takde suadara mara yang lain ke. Pak cik dia yang serupa macam muka dia. Ada tak?” Aku tergelak.

“Dah habis,” Kak Onah muncung mulut lagi.

“Kak, nak buat muncung tu, buat cantik- cantik ye. Nanti anak saya ikut macam mulut Kak Onah tu,” Kak Onah besarkan matanya padaku. Aku tergelak kecil. Mereka yang sudah tergelak besar.

***************************

p/s : Salam sayang semua... maaf semua.. sibuk dan menyibukan diri..huhuhuhu.. sebab tu tak sempat nak update new entry... terima kasih sebab tetap sabar menanti walau saya tahu penantian itu satu penyeksaan...apa2 pun... selamat menyambut hari kemerdekaan buat rakyat  Malaysia... 

3 catatan:

Anonymous said...

Akhirnyerrrr...huhu...lm tggu tau..hihi..tq..

MaY_LiN said...

kaira...
nk lg ye..
sweet je sham ngan mawar ni

ada said...

Best