Followers

Saturday, January 23, 2010

Kembali Pulang 22

Mira tersentak bila seseorang menghulur sapu tangan padanya. Dia geleng kepala dan mengesat airmatanya dengan lengan bajunya tanpa memandang tuan punya sapu tangan tersebut.

“Sudi jadi isteri saya?” Mira tersentak lagi bila mendengar suara yang amat dia rindukan itu. Sepantas kilat dia berpaling. Affan tersengih disebelahnya. Affan angkat kening. Mira berdiri tegak sambil bercekak pinggang.

“Awak!!!!” Mira menjerit kuat. Affan turut sama berdiri. Tanpa dia sedar Mira menarik tangannya dan menggigit lengan Affan sekuat hati.

“Aduh!!!!!!!!!! Oiii.. nak makan orang ke?” Affan tolak kepala Mira. Mira tersenyum puas. Kemudian dia berlalu meninggalkan Affan yang menahan kesakitan.

“Mira, tunggu. Mira...” Mira terus berjalan laju menuju kekeretanya. Affan menngejar dari belakang sehingga sampai di kereta Mira. Dengan selamba Affan masuk dan duduk disebelah Mira. Tangan Mira digenggam erat.

“Takkan pergi macam tu je?” Affan bertanya lembut. Dia tersenyum melihat wajah Mira yang merona merah itu. Mira tunduk malu.

“Awak belum jawab soalan saya tadi,” Mira menjeling tajam.

“Soalan apa?” Soalnya kasar.

“Aihhhh... Pelupa betullah dia ni,” Affan tolak kepala Mira. Mira muncung mulutnya. Affan tersengih.

“Keluarlah. Nanti terlepas flight awak,” Mira menolak tubuh Affan.

“Memang dah terlepas pun. Dah, hantar saya balik. Flight kena tunda ke malam esok,” Affan bersandar tenang.

“Tajam betul gigi Mira ye? Berdarah lengan saya ni,” Affan melihat kesan gigitan dilengannya. Berdarah. Mira pandang sekilas wajah Affan.

“Padan muka. Tu hadiah sebab tak bersungguh nak pujuk saya,” Mira berkata marah. Affan tergelak.

“Takpe. Dimaafkan,” Affan tersenyum. Beberapa minit kemudian Affan menerima panggilan dari seseorang.

“Ye mak cik. Dah...ada kat sebelah Affan ni. Dia bawak Affan balik,” Mira kerutkan dahi. ‘Dia bercakap dengan siapa tu,’ Bisiknya ingin tahu. Affan tergelak menceritakan semua perkara yang terjadi sebentar tadi pada si pemanggil.

“Sorrylah. Bakal mak mertua call. Bertuah saya dapat mak mertua macam dia ni. Sanggup dia call suruh batalkan pernerbangan saya. Walaupun anak dia buat selamba je. Datang terjah ke airport tu. Pada hal, orang yang dia kejar tu, tengah seronok tengok bulan dan bintang kat langit tu,” Mira genggam string kereta dengan kuat. Dan tanpa dia sedar, dia menekan brek kereta. Bunyi hon dibelakang mengejutkan mereka. Mira tersedar dan meneruskan pemanduannya. Affan tergelak riang disebelahnya.

“Jadi, Mira takut kehilangan saya?” Mira mendiamkan diri. Malas hendak menjawab soalan Affan itu. Dia marah dan malu.

“Sudi tak jadi isteri saya?” Affan bertanya lagi. Mira menjeling sekilas wajah Affan yang ceria itu.

“Tak nak. Awak dah tipu saya berkali-kali,” Mira menjawab kasar. Affan tersenyum kemudian dia geleng kepala.

“Tak mengapa tipu orang lain. Lebih-lebih lagi Mira. Yang awak tipu diri sendiri tu, apa faedah yang awak dapat? Sekurang-kurangnya, saya tipu awak, dan saya dapat awak. Berbaloi saya tipu awak,” Affan sengaja mengusik Mira.

“Bila masa saya terima awak?” Mira berkata sinis.

“Tadi. Masa awak gigit saya. Bukti masih ada ni.” Affan tunjuk kesan gigitan Mira sebentar tadi. Mira pandang sekilas kesan merah dilengan Affan. Mira berusaha menahan diri dari tergelak. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia bertindak sedemikian. Bila melihat Affan yang tersenyum manis padanya, spontan dia mencapai lengan Affan dan menggigitnya sekuat hati. Geram.

“Saya nak suruh mama saya masuk meminang esok jugak. Lepas tu, terus kahwin. Tak nak bertunang lama-lama. Nanti Mira ubah fikiran pulak. Kalau kesan gigitan Mira ni sembuh, nanti tak ada alasan nak ajak Mira kahwin,” Affan bersuara selamba. Mira berdengus kasar.

“Siapa nak kahwin dengan awak?” Mira bertanya jengkel. Affan tersenyum.

“Perempuan yang gigit saya kat airport tadi. Gadis yang sanggup membelah kepekatan malam semata-mata nak kejar saya. Gadis yang sama buat saya terasa nak lari jauh supaya dia boleh hidup bahagia. Tetapi dia sanggup kejar saya sampai ke airport. Tak sampai hati pulak nak hampakan dia. Terpaksalah melamar dia jadi isteri saya masa kat airport tadi,” Affan terus merenung wajah Mira. Mira merasa tidak selesa.

“Boleh tak awak pandang kat tempat lain?” Mira tolak muka Affan yang masih asyik memandang wajahnya.

“Awak nak bawak saya balik ke rumah awak ye?” Mira tepuk dahinya. Affan tersenyum.

“Takpe. Saya nak berbincang dengan bakal mak mertua saya.” Affan tersenyum lagi. Sebaik sahaja sampai dihadapan rumah Mira, Affan melihat wajah mama Mira yang tersenyum menanti kehadiran mereka.

“Jemput masuk, Affan.” Pn.Hasnah tersenyum senang melihat Affan menghampirinya dan bersalam dengannya.

“Dah lewat ni. Affan tidur disini je malam ni,” Pn.Hasnah berkata perlahan. Affan tersenyum dan mengangguk kepala. Mira mencebik bila melihat Affan kenyit mata padanya.

“Mira, tak nak masuk?” Pn.Hasnah pandang ke arah Mira yang masih berada di dalam kereta. Perlahan Mira keluar dari kereta memasuki rumahnya. Affan menunggu dihadapan pintu sambil tersengih. Mira menjeling tajam ke arah Affan yang tersengih dan mengekorinya.

“Mira, tunjuk bilik tetamu tu pada Affan. Kalau ada hal, esok baru cerita lagi,” Mira angguk kepala. Affan tersengih lagi. Perlahan dia mengekori langkah Mira menuju ke bilik tetamu.

“Awak tidur kat bilik tu,” Mira menunjuk sebuah bilik yang berhadapan dengan biliknya.

“Aih…bukan kat bilik tu ?” Affan muncung mulut ke bilik Mira. Mira tunjuk buku lima. Affan tergelak sambil tutup muka dengan tangan. Takut.

“Kasarnya. Akmal tak cakap pun yang Mira ni kasar.” Affan berkata selamba.

“Maknanya tak semua perkara dia bagi tahu awak.” Affan tersenyum.

“Ye. Saya pun tak nak kenal awak banyak sangat melalui dia.” Affan merenung wajah Mira. Mereka berbalas pandang.

“Ehemmmm... Esok sambung lagi,” Mereka berdua tersentak bila mendengar suara Pn.Hasnah. Affan tersipu malu dan Mira pula terus masuk kebiliknya. Sepanjang malam, Mira tidak dapat melelapkan mata.

***********************

“Assalammualaikum,” Mira tersentak. Dia berpaling dan ketika itu matanya terpandang seraut wajah yang tersenyum manis padanya.

“Waalaikumsalam.” Jawabnya tenang sambil meneruskan tugasnya.

“Masak apa tu?” Affan bertanya sambil matanya memandang satu persatu bahan yang sudah tersedia di atas meja.

“Bihun Goreng,” Mira menjawab perlahan.

“Masak sedap-sedap ye. Ni mee kegemaran saya. Tapi kena tengok jugak cara orang memasaknya,” Affan menarik kerusi di hadapan Mira. Mira buat muka selamba.

“Awal Mira bangun ye? Rajin betul bakal isteri saya ni,” Affan terus mengusik Mira. Mira menjeling tajam bila mendengar kata-kata dari mulut Affan. Affan tersenyum. Tahu bahawa Mira tidak menyenangi kata-katanya. Tetapi dia buat tidak tahu. Kerana dia ingin Mira biasa dengan ayat tersebut.

“Kenapa? ” Affan bertanya hairan. Mira geleng kepala.

“Tengahari nanti, mama dan papa nak datang rumah ni. Nak berbincang tentang kita. Saya dah cakap kat mama awak. Dia pun dah setuju,” Mira tunduk. Terasa bermimpi bila berbicara tentang perkahwinannya dengan Affan. Sebulan lalu, dia menangis bagai nak gila bila mengetahui perkara sebenar. Dan dalam tempoh tersebut, dia menjauhkan diri dari Affan.

“Awak tak setuju? Atau, awak masih perlukan masa?” Affan bertanya perlahan bila melihat Mira mendiamkan diri. Sangkanya Mira tidak setuju dengan rancangannya.

“Tak....Bukan..Mira...” Mira gugup.

“Mira tak setuju?” Affan bersuara lemah. Mira pandang wajah Affan yang kecewa itu. Kemudian dia tersenyum.

“Awak ni, kan. Cepat sangat putus asa,” Mira bercekak pinggang. Affan kerutkan dahi.

“Saya cepat putus asa? Sebulan saya berulang-alik depan rumah ni. Pujuk awak, itu awak kata cepat putus asa?” Affan juga bercekak pinggang.

“Ye. Orang lain sampai berbulan-bulan. Malah ada yang bertahun.” Mira tersenyum sinis.

“Sebenarnya memang nak ambil masa bertahun-tahun. Tapi, dah Mira menyerah kalah semalam. Sebab tu, sekejap je,” Mira membeliakkan matanya. Affan tersengih.

“Ingat nak bagi masa kat Mira. Pergi Australia setahun atau dua tahun. Lepas tu, terpaksa batalkan sebab nampak Mira berlari ke sana ke sini kat airport semalam.” Mira pukul bahu Affan.

“Kita kahwin ye?” Affan bersuara romantis. Mira tunduk malu. Perlahan kepalanya di angguk. Affan tergelak riang.

“Terima kasih Akmal. Sebab bagi peluang pada abang untuk bersama Mira,” Mira pandang wajah Affan. Affan kesat airmata. Kemudian dia tersenyum.

“Lucu betul. Sampai menangis. Terharu sebab Mira terima saya,” Mira tersenyum. Mira meneruskan kerjanya yang tergendala sebentar tadi dengan hati yang tenang. ‘Akmal, maafkan Mira,’ Bisiknya dalam hati.

*******************

5 catatan:

Unknown said...

Salam, maaf la sebab lmbt post n3 terbaru....Pilihan Hati kena stop dulu. nak habiskan Kembali Pulang ni..hope korang enjoy membacanya..

sinichies_girl88 said...

dah nak hbis...
bestnya..
akhirnya bersama jugak...
lpas ni sambung pilihan hati lak erk..
(nak ariyana n iskandar hehehe selingan cikit...)
sambung lagi erk..
:P

faridahmuslimah said...

so sweet...
kite suke baca semua karya2 awk..
awk memang berbakat,,.. (^_^)

Unknown said...

time kasih.....heheheee..seronok rasanya bila ada yg menghargai karya saya...(ni yg buat kita rasa nak buat lagi baik dari ni)jika ada yg tak best tolong kasi tahu ye...sebab msh byk yg perlu dipelajari...

Yong said...

sweet hehehe