Followers

Monday, November 16, 2009

Kembali Pulang 9

“Kak Mira, betul ke umur kakak sekarang ni baru 17 tahun?” Mirna bertanya hairan. Ketika itu mereka baru saja selesai menonton televisyen sambil menjamu selera. Kebiasaan bagi pelajar yang tinggal di asrama, mereka menikmati mee meggi dengan berselera sekali dengan hanya memasak menggunakan air panas yang sememangnya disediakan di asrama.

“Kenapa?” Mira pula bertanya.

“Yelah. Kalau betul, maknanya, kakak masuk sekolah awal ye?” Mira tersenyum. Mirna menanti dengan sabar jawapan dari kakak angkatnya itu. Mirna, Sita dan Salmi suka berkawan dengan Mira dan Zuriana kerana mereka berdua baik hati dan suka melayan kerenah mereka.

“Ye...Rajin sangat pergi ke sekolah. Masa akak berumur 5 tahun. Abang akak, dia tua dua tahun dari kakak. Bila dia masuk darjah satu, akak ikut sekali sebab kami berdua rapat sangat dan tak pernah berpisah, jadi, akak rasa sunyi. Terpaksalah mama akak daftarkan nama akak sekali. Tapi kemudian, masuk darjah dua, akak pulak masih darjah satu. Dua tahun akak darjah satu,” Mira bercerita panjang lebar. Mirna angguk kepala. Zuriana tersenyum. Mula-mula kenal Mira, dia tidak menyangka yang Mira muda setahun darinya. Bila melihat nombor kad pengenalan Mira barulah dia percaya.

“Kak, kalau kita orang tanya, akak jangan marah ye?” Salmi berhati-hati bertanya.

“Apa dia?” Mira bertanya hairan.

“Errrr....Kak Mira dan Abang Akmal tu, bercinta ke?” Mira terbatuk. Zuriana tersenyum melihat wajah Mira yang memerah itu.

“Akak dan Akmal? Mana Sal dengar cerita ni? Takdelah.” Mira berdalih.

“Ye ke? Tapi kenapa ramai yang cakap, akak dan abang Akmal bercinta. Abang Mazlan pun cakap macam tu. Kalau akak tengok muka abang Lan waktu tu, tentu akak kesian dengan dia. Sedih sangat.” Salmi masih tak puas hati.

“Iye? Bila masa pulak kamu rapat dengan Mazlan tu?” Mira bertanya lembut.

“Dia jumpa kami bertiga. Minta tolong kami pujuk akak supaya terima dia. Dia suka sangat kat akak.” Mirna pula menyampuk. Mira tersenyum.

“Kalau hati akak ni dapat di bagi macam tu je, memang akak dah bagi pada dia. Tapi, kenyataannya, tak boleh. Akak memang tak dapat terima dia lebih dari seorang kawan. Bila tengok dia, akak tak rasa apa-apa. Kalau akak terima dia kerana simpati, lagilah tak patut. Biar akak tegas sekarang supaya dia tidak merana kelak,” Panjang lebar penjelasan yang diberikan oleh Mira. Keempat-empat mereka senyap.

“Kalau kamu semua nak tahu, Mazlan orang pertama yang bagi surat cinta kat akak. Masa tu, akak baru pindah ke sekolah ni,” Mira membuka cerita dan tergelak kecil.

“Masa tu, muka Kak Mira kamu macam kena panggang. Merah menyala,” Zuriana pula menyampuk. Dia tergelak. Mira mencebik bibirnya. Geram bila Zuriana mentertawakannya.

“Aku malu tahu tak. Akak tak tahu tentang kewujudan surat tu, tiba-tiba nama akak kena panggil masa perhimpunan,.” Mira tersenyum bila mengingatkan kejadian itu.

“Kemudian, mereka berdua disuruh berdiri dihadapan pelajar dan guru. Mazlan pulak disuruh membaca surat tersebut di hadapan semua pelajar dan guru.” Zuriana bercerita tanpa sempat dihalang oleh Mira.

“Iye? Wah!!! Malunya. Kasihan akak. Kenapa boleh kena tangkap pulak, kak?” Sita bertanya sambil memeluk anak patungnya.

“Dia letak dalam buku, lepas tu, akak tak tahu, mungkin terjatuh. Ada pelajar yang jumpa, kemudian serahkan kepada cikgu. Nak tahu apa terjadi selepas itu? Dengan bangganya dia mengumumkan akan mengorat kakak sampai dapat.” Mira geleng kepala.

“Tentu ramai yang cemburu kat akak. Maklumlah, abang Lan tu, ramai peminat,” Mirna tersengih.

“Memang. Sampai ada yang bagi warning letter kat akak. Menyusahkan hidup akak je. Mujur ada kawan yang baik macam Kak Zu kamu ni. Dia yang tolong akak,” Mira peluk bahu Zuriana.

“Iye. Akak pulak yang jadi postwomen yang tak bertauliah. Bagi alasan yang bukan-bukan untuk mengelak dari berjumpa dengan Si Mazlan tu,” Zuriana bersuara sinis.

“Hehehhehee.....Kasihan kat kawan aku ni. Banyak jugak aku menyusahkan dia,” Mira mencium pipi Zuriana. Salmi, Sita dan Mirna tergelak bila melihat Zuriana berusaha melepaskan diri.

“Ishhhh!!! Ni yang aku tak suka kat kau. Suka sangat cium pipi aku. Sama macam mama dia,” Zuriana mengesat pipinya yang dicium oleh Mira. Mira tergelak. Suka dia mengusik Zuriana. Mungkin kerana sudah terbiasa diajar oleh mamanya mencium pipi ahli keluarganya membuatkan Mira begitu.

“Itu tanda pernghargaan tau. Lagipun, aku cium kau. Kau tu pulak perempuan. Apa salahnya,” Mira angkat kening.

“Memang tak salah. Tapi, aku rimas. Faham?” Zuriana menjeling tajam wajah Mira yang tersengih. Tetapi sebenarnya dia tidak kisah.

“Kak Zu pulak. Takde kekasih ke?” Mirna bertanya pula pada Zuriana. Tersentak Zuriana dibuatnya.

“Oiiiiiii!!! Ni apahal tanya pasal aku pulak ni? Akak datang sini sebab nak belajar tau. Takde masa nak bercinta,” Ucapnya tegas. Mira tergelak.

“Mengapa Kak Mira gelak?” Mereka bertiga memandang wajah Mira yang merah menahan gelak.

“Takde apa-apa. Lucu tau tengok muka Kak Zu kamu ni.” Zuriana ketuk kepala Mira dengan bantal peluknya. Mira membalas dan mereka berkejaran di dalam bilik pulak. Setelah penat bergurau, Mira dan Zuriana kembali duduk mengadap mereka bertiga. Penghuni bilik yang lain masih berada di bilik belajar menonton televisyen.

“Sebenarnya takde yang sudi nak mengorat kakak kamu yang tak cantik ni. Lainlah macam Kak Mira kamu tu, ramai peminat. Tapi dia jual mahal,” Zuriana berkata malas. Mereka berempat tergelak sakan

“Samalah macam Kak Mira. Ramai yang kata, wajah akak berdua hampir sama. Kalau orang puji Kak Mira cantik, maknanya, Kak Zu pun cantik,” Sita meniarap di hadapan Mira dan Zuriana.

“Sudahlah cerita hal tu. Kita cerita tentang perkara lain pulak,” Mira menggeliat membetulkan urat saraf setelah agak lama meniarap. Mereka berborak sehingga ke petang.

1 catatan:

Yong said...

wah mmg malu tu. mmg mazlan ni brani. abis la ikmal nti