Followers

Thursday, June 7, 2012

Relaku Pujuk 6


“Kau sengaja sepak bola tu ke kepala aku,kan?” Aku berundur ke belakang bila Ishamudin menghampiriku sambil membawa bola. Aku tak sengaja. Bola yang aku sepak tadi terkena kepala dia. Aku pun hairan. Dalam ramai-ramai orang kat tepi padang tu, kenapa kepala dia juga yang kena ? Aku rasa, bola tu sakit hati jugak kat mamat senget ni.
“Orang tak sengajalah.” Aku menjawab selamba. Padahal dalam jantung aku ni dah tak tentu rentak. Mana aku tahu bola tu nak landing atas kepala dia. Dia pun satu, apasal dia datang tengok orang bermain. Lelaki memang tak boleh tahan. Kalau perempuan bermain, memang ramai yang menonton. Suka tengok perempuan berlari kat tengah padang tu. Bukan tak tahu, niat mereka tu. Mencuci mata.
“Huhhh…tak sengaja ? Orang sepak bola tu ke gawang sana. Bukan ke luar padang tu,” Wah !!! kau ingat aku pekak ? Tengking orang sampai nak terkeluar anak tekak.
“Sorry. Mana tahu bola tu nak landing ke luar padang. Dia tak cakap pun nak ke sana. Agaknya, awak ada buat salah kat bola tu tak ? Sebab tu bola ni kejar awak,” Aku tersengih. Wajahnya merah. Benganglah tu. Ada aku kisah? Timbul niat untuk menggenakannya. Bukan selalu dapat peluang dapat bertentang mata dengan pak cik singa ni.
“Memanglah bola tu tak pandai bercakap sebab bola tu macam kau jugak.” Ehhh...Apasal pulak aku disamakan dengan bola ni. Bola bulat, aku pulak, boleh dikatakan bujur. Aku telek lagi badanku. Biasa je. Ada kaki, tangan, kepala..
“Apahal pulak saya sama macam bola tu? saya ada kaki dan tangan. Bola tu bulat.” Aku bertanya pelik. Hendak dikatakan aku gemuk, badan aku ni boleh tahan lagi. Tak tinggi dan tak rendah sangat.
“Takde otak macam kau,” Selamba dia cakap aku takde otak. Ni yang buat aku bengang. Dia ni siapa ye, nak mengata aku?
“Awak ni kenapa? Saya ada buat salah ke? Saya ada hutang dekat awak?” Aku betul-betul marahlah kat mamat ni. Tak habis-habis nak mengutuk aku. Dia ingat dia bagus sangat ke? Kalau muka je handsome, tapi perangai sikit je baik dari monyet, baik tak payah tayang muka kat depan aku ni. Menjatuhkan saham lelaki-lelaki handsome je.
“Sudahlah Sham. Dia tak sengaja tu. Aku pun ingat bola tu masuk gawang, mana tahu melencong keluar padang pulak. Yang kau datang tengok orang berlatih ni kenapa ? Petang ni giliran team Asrul,kan?” Abang Akhil tepuk bahu dia. Aku pun angguk kepala jugak. Apa dia buat kat tepi padang tu ? Setahu aku, petang ni bukan giliran mereka berlatih.
“Takdelah. Aku saja nak tengok budak yang kau puji sangat ni. Semua orang puji dia main dengan baik. Aku tengok biasa je. Sepak bola pun melencong. Kaki dia bengkok agaknya,” Aku menjeling dengan ekor mata. Kalau ikut hati aku yang tengah panas ni, memang aku bagi dia sekali. Kalau aku sepak dia sekali, korang rasa dia marah tak ? Aku jeling dia lagi sambil mulut ni terkumat –kamit mengata dia. Geram betul aku dengan mulut laser dia tu. Kalahkan mulut perempuan. Kenapalah aku terminat kat kau dulu. Itulah. Orang kata, kalau nak pilih pasangan hidup, jangan tengok luaran je. Dalaman pun kena tengok jugak.
“Tak kuat kau kata ? Aku rasa kepala kau dah tak betul. Punyalah kuat Mawar sepak tadi, kau kata tak kuat.” Abang Akhil bertanya pelik. Aku pun tayang muka pelik. Apa yang kuat dan tak kuat ? Musykil jugak aku.
“Apa yang kuat dan tak kuat tu ?” Aku bertanya selamba. Abang Akhil jeling aku macam nak di telan.
“Dah. Tak payah nak sibuk. Pergi buat latihan. Buat 5 pusingan. Lepas tu boleh balik,” Abang Akhil tolak dahiku supaya pergi dari situ. Aku mengeluh. Aku sempat lihat senyum sinis lelaki itu. Namun kami semua tetap juga berlari mengelilingi padang. Kalau berlari beramai-ramai memang best. 5 pusingan tu tak terasa dah habis.
*****************************
“Mawar, kau kat mana ni?” Aku gosok mata yang masih mengantuk. Aku baru je bangun tidur. Kak Rina call aku seawal pagi.
“Apa ni, kak. Masih awal ni. Orang mengantuk tau,” Aku berkata selamba sambil menguap. Mata masih terpejam. Memang ngantuk giler. Mengantuk pun pandai giler???? Aku garu kepala yang memang gatal ni.
“Awal kau cakap ? Hoi..matahari dah tegak berdiri kau kata masih awal ?” Aku menjenguk keluar. Wah!!! Dah siang rupanya. Huhuhuhu...aku duduk bersila di atas katil. Lepas Subuh tadi, aku sambung balik tidur. Rasa macam sekejap je aku lelap. Jam kat atas kepala aku pandang. Terbeliak mataku bila melihat jarum pendek menunjuk angka 12. Jarum panjang pula menunjuk angka 5.
“Patutlah perut orang lapar. Alamak!!!! Cerita karton Mawar....” Aku usap perut yang tiba-tiba berbunyi keroncong.
“Budak ni.” Aku dengar suara Kak Rina membebel.
“Kak, kenapa telefon Mawar ni? Ada apa-apa ke? Mak okey ke? Ayah Okey? Kakak okey?” Aku bertanya risau. Manalah tahu ada hal yang tak elok. Suara kakak aku tu macam cemas semacam je. Sudahlah aku ni jenis yang tak suka nak call orang.
“Kau tak apa-apa?” Aku kerutkan dahi mendengar soalan kakak ku itu. Kenapa dengan aku? Aku okey je.
“Orang okey je. Kenapa kak?”
“Betul okey. Betul Mawar kat asrama?”
“La...apa pulak tak betulnya. Orang masih atas katil lagi ni.” Aku kembali meniarap. Mataku semakin mengantuk. Maklumlah bila lepas kerja shiff malam, mesti tabiat tidur siang akan berlarutan. Oleh kerana hari ini hari sabtu, maka dapatlah aku sambung tidur.
“Mawar tahu tak ada budak keguguran kat asrama tu?”
“Hah!!! Keguguran? Siapa?” Aku duduk tegak. Serta merta kepala ku menjenguk ke bawah katil. Kak Tena sedang leka membaca novel.
“Itulah yang kakak nak tahu. Mawar tak dengar cerita ke?” Aku kerutkan dahi. Perlahan aku menjenguk bawah.
“Kak, betul ke, ada orang keguguran kat asrama ni?” Aku bertanya terus pada Kak Tena.
“Ye. Budak tingkat bawah sekali. Kenapa?” Kak Tena menjawab selamba sambil matanya terus menatap novel yang dipegangnya.
“Owh!!! Kak, betullah. Errmm....Kak Tena, Kak Rina nak cakap.” Aku terus menyerahkan telefon bimbitku kepada Kak Tena.
“Kak, Mawar pergi bawah sekejap,” Aku terus berlari ke tingkat bawah. Semasa hendak menuruni tangga, aku terlanggar Sitah.
“Tah, betul ke ada orang keguguran?” Aku bertanya ingin tahu. Sitah angguk kepala.
“Ye. Malam tadi. Kau tak dengar cerita ke?”Aku geleng kepala.
“Kau pergi mana malam tadi? Puas aku panggil tapi tak jugak nampak batang hidung kau,” Aku garu kepala. Malam tadi aku pergi tengok video. Lepas tengok video aku terus tidur.
“Malam tadi aku pergi tengok video kat atas sana. Masa bila kejadian tu? Kenapa aku tak tahu?” Sitah geleng kepala.
Kami berdua turun ke tingkat bawah untuk melihat kesan yang ditinggalkan. Dengarnya, perempuan tu keguguran semasa sedang berurut. Jadi, tilam yang terkena darah tu dicuci dibelakang asrama. Kami berdua menjenguk dari sebalik pintu. Aku tutup mulut bila ternampak tilam yang masih merah. Bau darah juga masih kuat. Berdiri bulu roma ku saat terpandang kesan merah di tengah-tengah tilam tersebut.
“Eiii...Seram aku tengok. Jum...naik. takut,” Sitah tarik tangan aku dan kami terus naik ke bilik.
“Seramkan.” Aku peluk lutut. Masih terkejut dengan kejadian itu.
“Ye. Itulah padahnya kalau terlalu bebas. Kat kilang ni, pandai-pandailah korang bawa diri. Pilih kawan yang betul. Jaga batas pergaulan dengan lelaki. Kalau boleh elakkan keluar waktu malam. Kalau nak keluar jugak, biiarlah keluar ramai-ramai untuk mengelakkan perkara macam ni.” Aku angguk kepala mendengar Kak Tena memberi nasihat. Memanglah, orang sering pandang hina pada orang yang bekerja kilang, tetapi bagi mereka yang pernah berkerja dalam industri ini, mereka akan tahu bagaimana kehidupan pekerja kilang. Tak semua mereka liar. Bebas. Yang penting asas agama yang kukuh dapat mengelakkan kita dari terjebak dalam kancah maksiat. Juga pengaruh kawan amat penting. Jadi pilihan kawan yang tidak membawa keburukkan kepada kita.
“Kak, betul ke, lelaki yang menyebabkan perempuan tu mengandung, laki orang?” Sitah bertanya. Aku hanya mendengar. Aku ni tak tahu sangat perkembangan terkini. Sitah memang boleh tahan. Kat tingkat bawah tu, ramai kawan-kawan dia. Bergosip sekejap.
“Itu yang kakak dengar.” Sitah angguk kepala. Aku masih musykil.
“Tah, kau cakap dia keguguran masa sedang berurut? Macamana boleh jadi macam tu?” Aku kerutkan dahi. Dari tadi aku nak tanya, tapi asyik lupa je.
“Kak Nancy cakap, perempuan tu sakit perut, jadi dia suruh kawan dia urutkan dengan minyak panas. Dia cakap lagi, oleh kerana kandungannya masih baru, mungkin, kawan dia salah urut sebab tu jadi macam tu.” Aku angguk kepala walaupun aku tak faham. Kalau setakat urut je, takkan boleh gugurkan kandungan tu.
“Tak payah nak fikir. Bukan masalah korang. Itu untuk pengajaran. Kita perempuan kena jaga tingkah laku. Jangan mudah terpedaya dengan janji manis lelaki berhidung belang ni. Mereka hanya ingin mengambil kesempatan semata-mata.” Apa yang Kak Tena cakap tu memang betul. Semoga Allah S.W.T melindungi aku dan sahabatku ini. InsyaAllah.
*******************************

4 catatan:

Zass said...

hrm.. watak hero dah menjelma rupanya...

Unknown said...

korro, hero tuk novel ni blm tahu lagi siapa...so, tunggu jelah

Ibu Hafiz said...

Lawaklah Mawar ni...pandai main bola rupernyer... yg best tu, abang handsome datang gak tengok dia main bola...kat mana ada mawar, kat situ ada abg handsome.. memang dia tu ala-ala bodyguard mawar nampaknya.. :-)

MaY_LiN said...

waaaa..
abang encem..
bagusnya..
very supportive
cacing belaan la tu..