Followers

Monday, April 9, 2012

Sampai Seru 1


Bab 1
Suhana membuka pintu untuk memudahkan ibunya masuk. Keadaan ruang legar klinik itu begitu sesak dengan kehadiran pengunjung dari pelbagai daerah. Semuanya datang awal untuk mendapatkan rawatan. Suhana memandang sekeliling mencari kerusi untuk ibunya. Suhana tersenyum bila matanya terpandang sebuah kerusi yang berada di tempat yang agak tersorok.

“Mak…mari.. tu ada kerusi kosong,” Mereka berjalan perlahan menuju ke kerusi tersebut.

“Ramainya orang. Bila nak habis ni?” Suhana bertanya pada ibunya. Ibunya hanya tersenyum ikhlas.

“Biasalah. Kan tadi mak dah pesan turun awal. Ha..tengok..orang dah ramai. Dah pergi sana ambil nombor,” Suhana angguk kepala. Memang dia hendak turun awal pagi tadi, oleh kerana terlelap selepas sembahyang subuh, terpaksa jugak mereka turun lambat. Menunggu bas lagi.  

        Suhana berusaha mengelak dari terkena orang yang bersesak di dalam ruang legar klinik tersebut. Setelah mengambil nombor giliran, Suhana kembali ke tempat duduknya. Wajah ibunya direnung dengan riak kasihan. Hari ini dia terpaksa bercuti sebab terpaksa menemani ibunya ke klinik untuk pemeriksaan kesihatan. Maklumlah orang tua, bila umur semakin meningkat, penyakit juga semakin berlumba-lumba nak tumpang sekaki.

“Kenapa pandang mak macam tu sekali? Muka mak ni dah tak cantik?” Pn. Shamsiah bertanya pada anaknya. Suhana tersenyum.

“Siapa cakap mak dah tak cantik. Masih cantik lagi ni. Kalau keluar dengan Ana, pasti ramai yang salah anggap ni,” Suhana memeluk bahu ibunya. Tersenyum Pn.Shamsiah mendengar usikan anaknya.

“Mak, kasihan betul kat baby tu. Dari tadi menangis. Anak siapa ye?” Mata Suhana meliar memandang sekeliling. Begitu juga ibunya. Mereka menoleh ke belakang menjenguk ke depan, masih juga tidak dapat menangkap dari mana suara bayi menangis itu. Suhana pandang ke kiri, matanya terpandang seraut wajah yang gelisah sambil mengendong bayi kecil yang sedang menangis. Suhana mencuit tangan ibunya.

“Mak, tengok tu. Kasihan betul. Dari tadi menangis budak tu,” Pn.Shamsiah turut sama memandang ke arah yang ditunjuk oleh anaknya.

“Mana pulak ibu budak tu. Nampak sangat si ayah tu takde pengalaman nak pujuk bayi tu. Itulah lelaki, tak pernah nak tolong isteri jaga anak. Di tinggal sekejap terus jadi gelabah.” Pn.Shamsiah geleng kepala. Suhana turut sama geleng kepala. Kalau boleh dia bila dia berkahwin kelak, dia nak lelaki yang pandai menjaga anak. Supaya senang dikemudian hari.

“Nanti Ana cari lelaki yang pandai jaga anak, ye mak. Kalau tak jumpa jugak yang macam tu, terpaksa menyusahkan mak untuk jaga anak Ana kelak,” Suhana tergelak bila melihat ibunya mencebik bibir.

“Macamana nak ada anak kalau kahwin pun tak lagi? Calon pun tak ada?” Suhana muncung bibir.

“Mak ni...bukan nak sokong Ana, di kutuknya pulak.” Suhana merajuk.

“Ha...tengok, baru mak cakap sikit dah buat muka merajuk. Siapalah lelaki yang tahan nak layan kerenah kamu ni,” Suhana berdengus marah. Dia bukanlah benar-benar marah. Sekali sekala merajuk dengan ibunya, dapat merasa kena pujuk.

“Ala...sayang anak mak ni...dah tak cantik pulak bila merajuk macamni.” Suhana tergelak bila mendengar suara manja ibunya. 

      Suhana berpaling lagi ke arah lelaki yang sedang berusaha memujuk bayi kecil itu tadi. Semakin nyaring suara bayi tersebut. Ramai mata mula memandang kearahnya. Ada yang berbisik sesama sendiri. Sudah hampir 1 jam rasanya bayi tersebut menangis.

“Ana, mari tengok budak tu. Kasihan pulak mak tengok ayahnya terkial-kial nak pujuk anak kecil tu,” Pn.Shamsiah berdiri hendak menghampiri dua beranak itu. Suhana ralit seketika melihat kesabaran si ayah memujuk anak kecil itu. Walaupun lelaki tersebut berwajah gelisah, namun tetap  sabar memujuk. Suhana memerhati sekeliling tempat duduk lelaki tersebut, langsung tidak terdapat bakul atau beg yang biasa digunakan untuk meletakkan botol susu atau keperluan bayi.

“Ana, cepatlah. Budak ni. Sempat pulak dia berangan,” Suhana tersentak mendengar suara ibunya.

“Nak pergi mana mak?” Tanyanya bodoh. Pn.Shamsiah sudah berjalan perlahan menghampiri lelaki tersebut. Suhana kerutkan dahi. Tetapi langkah kakinya diatur mengekori langkah kaki ibunya.

“Assalammualaikum,” Pn.Shamsiah memberi salam. Lelaki tersebut angkat muka dan menjawab salam.

“Waalaikumsalam. Ye mak cik? Ada apa yang boleh saya bantu?” Ucapnya hormat. Tersenyum Pn.Shamsiah bila mendengar pertanyaan lelaki muda itu. Sopan sekali. Anak siapa agaknya. Tentu sejuk perut ibunya semasa mengandungkan lelaki ini. Suhana hanya mendiamkan diri dibelakang ibunya.

“Kenapa dengan anak kecil ni? Dari tadi menangis. Sakit perut ye?” Wajah lelaki tersebut berubah pucat. 

“Errr...Saya tak tahu. Dari tadi menangis. Saya tak pandai nak pujuk dia,” Jujur dia memberitahu kelemahannya. Suhana mencebik bibir. Dalam hati mengutuk lelaki tersebut. ‘Tahu buat anak je, nak pujuk pun tak pandai,’ Bisiknya geram.

“Boleh mak cik tolong pujuk dia?” Pn.Shamsiah bertanya lembut. Lelaki tersebut teragak-agak hendak memberi keizinan. Suara bayi kecil itu semakin kuat menangis. Semakin ramai mata memandang ke arah mereka. Akhirnya dia angguk kepala dan bersedia menyerahkan bayi tersebut kepada Pn.Shamsiah. Pn.Shamsiah geleng kepala.

“Bagi kat anak saya tu. Ana, tolong pujuk baby ni.” Suhana tersentak dan merenung wajah ibunya. Kemudian matanya beralih pula ke wajah lelaki yang sedang merenungnya.

“Cepatlah. Budak ni. Tak kasihan tengok dia menangis macam tu?” Akhirnya dengan perlahan Suhana mengambil bayi kecil itu. Serta merta tangannya membuka sedikit seluar bayi tersebut.

“Dia buang air besar?” Suhana geleng kepala. Kemudian dia memukul perut bayi tersebut dengan perlahan. Biasa saja.

“Agaknya dia lapar. Dia tak buang air besar, perut dia pun okey je. Takde angin.” Pn.Shamsiah tersenyum pada anak muda itu.

“Mak cik duduklah.” Lelaki tersebut mempelawa Pn.Shamsiah duduk sebelum wanita itu bersuara. Pn.Shamsiah tersenyum dan terus duduk setelah mengucap terima kasih pada lelaki itu.

“Ada bawa bekalan bayi ni tak?” Lelaki tersebut geleng kepala. Suhana angkat muka merenung wajah tampan dihadapannya.

“Anak pertama ye?” Lelaki tersebut angguk kepala.

“Botol susu dia tertinggal di dalam kereta. Saya terlupa nak bawa tadi,” Perlahan lelaki tersebut bersuara. Bayi yang dikendong oleh Suhana sudah tidak menangis lagi. Lelaki tersebut memandang hairan ke arah gadis yang sedang mendukung anaknya yang sedari tadi menangis.

“Owh!!!! Nombor giliran awak berapa?” Lelaki tersebut garu kepala.

“Kena ambil nombor jugak ye?” Tersentak Suhana mendengar pertanyaan lelaki tersebut. 

“Awak belum ambil nombor?” Lelaki tersebut geleng kepala.

“Ini kali pertama saya datang ke sini.” Giliran Suhana pula geleng kepala. Patutlah lambat. Kebiasaannya, baby mereka ada kaunter khas. 

“Kad baby ada bawak?” Sekali lagi lelaki itu geleng kepala.

“Saya rasa tertinggal kat dalam kereta.” Suhana gigit bibir menahan marah. Kalau suami aku tadi, memang dah kena dia ni. 

“Maaf. Saya memang tak tahu sangat perkara macam ni. Biasanya, ibu saya yang bawa dia ke klinik. Hari ni, ibu saya tak larat nak pergi.” Suhana tarik nafas perlahan. Berusaha menenangkan hatinya.

“Kalau macam tu, apa kata awak pergi ke kereta dan ambil kad serta bekalan tu? Agaknya anak awak ni lapar,” Suhana bersuara setelah lama mendiamkan diri. Wajah lelaki tersebut gelisah. Sedikit curiga dengan kebaikan yang dihulurkan. Terlintas difikirannya, jika mereka itu adalah penculik bayi.

“Kalau awak tak percayakan kami, saya boleh ikut awak ke kereta. Lagipun, mak saya tak dapat nak bergerak selalu. Kaki dia sakit,” Pn.Shamsiah angguk kepala. Akhirnya lelaki tersebut angguk kepala bersetuju.

“Mak, Ana pergi sekejap ye. Nombor giliran mak mana?” Suhana bertanya pada ibunya. 

“Ada ni. Jangan risaulah. Lebih baik Ana tolong dia ni. Kasihan baby kecil ni,” Suhana angguk kepala. 

  Dia mengekori langkah lelaki tersebut keluar dari ruang legar klinik tersebut.

“Errrrrr....awak tak penat bawa baby tu?” Lelaki itu bertanya. Suhana geleng kepala. 

“Saya masih mampu lagi bawa dia ni.” Jawabnya sambil mencium pipi bayi tersebut. Mereka sampai di sebuah kereta Honda City warna hitam. Nampak mewah sekali. Terpegun Suhana melihatnya. Takkan lelaki kaya macam dia ni tak mampu nak mengupah pengasuh. Ataupun, dia boleh je bawa anaknya ke klinik swasta.

“Err...ni botol susu dia.” Suhana mencapai botol susu tersebut dan menuang sedikit air ke tangannya. Kemudian barulah di sua ke mulut bayi tersebut.

“Awak...panas kat luar ni. Apa kata awak duduk dulu dalam kereta ni?” Lelaki tersebut mempelawa. Suhana angguk kepala. Sebenarnya kaki sudah mula terasa sakit sebab dia memakai kasut tumit tinggi.

“Apa lagi yang perlu saya bawa untuk jumpa doktor tu ye?” Suhana berfikir sejenak. Dia bukanlah tahu sangat tentang perkara tersebut. Oleh kerana dia selalu menemani ibunya ke klinik suatu masa dulu, jadi ilmu tersebut bolehlah digunakan.

“Berapa bulan umur bayi ni?” Suhana bertanya perlahan sambil bermain dengan pipi bayi comel itu.

“2 bulan.” Suhana angguk kepala.

“Owh.....Kalau macam tu, dia Cuma perlu bawa kad dia je.” Lelaki tersebut mengeluar semua barang yang terdapat di dalam beg disebelahnya.

“Yang ini ke?” Suhana tersenyum bila melihat lelaki tersebut begitu teruja menayang kad bewarna pink itu.

“Baby girl ye?” Lelaki tersebut mengerutkan dahi bila mendengar Suhana bertanya.

“Mana awak tahu bayi, baby girl?” Suhana tersenyum. Lelaki tersebut garu kepala.

“Kalau dia dapat kad berwarna pink, itu untuk bayi perempuan. Kad biru pula untuk bayi lelaki.” Suhana menerangkan satu persatu. Setelah semua barang yang perlu dibawa sudah disediakan, mereka masuk ke klinik semula.

“Mana pulak mak ni pergi?” Suhana terjenguk-jenguk. Kemudian dia melihat nombor yang tertera di skrin.

“Nampaknya mak saya tengah jumpa doktor. Mari, kita ke kaunter tu,” Suhana menjuih bibirnya ke skrin bahagian ibu dan anak. Lelaki tersebut angguk kepala.

“Duduklah dulu.” Lelaki tersebut mempelawa Suhana duduk. Suhana tersenyum dan terus duduk.

“Biar saya pulak yang bawa dia. Kasihan awak,” Suhana menyerahkan semula bayi tersebut kepada ayahnya. Sebaik sahaja ternampak kelibat ibunya, Suhana terus tersenyum. Pn.Shamsiah juga tersenyum menghampiri mereka.

“Tidur pun. Budak kecil memang macam tu, kalau dah kenyang tidurlah dia,” Pn.Shamsiah sentuh pipi bayi tersebut. Suka sangat dia melihat wajah comel itu. Lembut sekali. Suhana melihat jam di tangannya.

“Mak, cepatlah. Nanti tertinggal bas pulak. Er....awak, kami balik dulu ye. Kejab lagi mereka akan panggil awak.” Suhana berdiri dan memeluk lengan ibunya. Lelaki tersebut juga berdiri.

“Errr....awak terima kasih. Mak cik terima kasih sebab tolong saya tadi.” Ucapnya sambil tersenyum. Suhana dan Pn.Shamsiah hanya tersenyum. Bagi mereka, membantu orang yang memerlukan memang menjadi amalan mereka. Selagi dapat membantu, rasanya tak salah menghulur bantuan pada orang yang memerlukan.

“Takpe. Kalau mampu tolong kita tolong. Kalau tak mampu nak buat macamana kan? Kami balik dulu?” Mereka berdua beredar.

***********************
p/s : mood rajin datang.. tapi yg ni cerpen pendek..tunggu sambungannya pulak..layan jelah..sambil-sambil mengedit RKP tu dan nak buat sinopsis baru, jari ni rajin pulak nak menaip al-kisah di atas tu.....huhuhu...

2 catatan:

zm said...

la cik kaira, best criter ni.... bagi la panjang ckit.... saya suka la criter yg ada baby ni... cumel jer

Unknown said...

ZM, kalau ada idea masuk, akan di panjangkan...