Followers

Thursday, April 5, 2012

Sinopsis Utk Relaku Pujuk


Sinopsis.

            Bagai rusa masuk kampung. Itulah pepatah yang sesuai untuk Mawardina. Gadis belasan tahun yang baru melihat dunia luar setelah dia bekerja di sebuah kilang electronic. Kehidupannya sentiasa ceria dan orang-orang disekelilinya senang berkawan dengannya. Kerana kenakalannya, ramai pekerja lelaki ingin mendekatinya dan pekerja perempuan dari department lain membencinya. Lebih-lebih lagi bila lelaki handsome seperti En.Haikal a.k.a Dong Jun dan Asran yang dia panggil Abang Handsome sentiasa memberi perhatian lebih padanya. Dalam ramai yang menyukainya, dia jatuh minat pada seorang lelaki yang sudah bertunang. Nasib tidak menyebelahi Mawardina bila tunang lelaki tersebut terdengar Mawardina memuji Ishamudin. Pergaduhan sering terjadi antara Hadiah dan Mawardina kerana salah faham dan sifat cemburu Hadiah.
            Lebih mengharukan apabila Mawardina mendapat tahu ibu Ishamudin adalah sepupu ibunya. Maknanya mereka ada pertalian darah. Atas dasar kekeluargaan, ibu Ishamudin menjemput Mawardina sekeluarga datang awal ke majlis perkahwinan Ishamudin. Di situlah bermulanya episode kisah cinta mereka apabila perkahwinan Ishamudin dengan tunangnya dibatalkan dan ibu Ishamudin melamar Mawardina menjadi menantunya.
“Kasihan budak tu. Terpaksa jadi pengantin terjun.” Aik...Pengantin terjun? Biasa aku dengar orang cakap bidan terjun. Pengantin terjun pun ada jugak? 
“Awak, pernah dengar pengantin terjun?” Aku bertanya pelik sebaik sahaja kami berjalan menuju ke pintu rumah.

Ikuti kisah mereka di dalam RELAKU PUJUK. Bagaimana mereka menyulam cinta selepas berkahwin. Seorang serius seorang pulak nakal. Bagaimana rumahtangga mereka kelak?

********************** 

slm, ini sinopsis utk Relaku Pujuk... ~ O.K ke K.O????
hahahhaa...maklumlah tak pandai sangat nak buat benda ni semua..kalau mengarang tu OK je..hihihi

3 catatan:

nurul arina said...

boleh la..kna imprve skit la.. :)

ummi rahimi said...

kurang menarik.. kalau saya tak pernah tahu ttntg cerita ni, mungkin saya tak akan beli sbb, kalau ikut sinopsis ni rasanya ceritanya macam klise...

lieyna said...

salam kaira..harus diperbaiki dgn olah yang lebih menarik lagi