Sinopsis.
Bagai rusa masuk kampung. Itulah pepatah yang sesuai
untuk Mawardina. Gadis belasan tahun yang baru melihat dunia luar setelah dia
bekerja di sebuah kilang electronic. Kehidupannya sentiasa ceria dan
orang-orang disekelilinya senang berkawan dengannya. Kerana kenakalannya, ramai
pekerja lelaki ingin mendekatinya dan pekerja perempuan dari department lain
membencinya. Lebih-lebih lagi bila lelaki handsome seperti En.Haikal a.k.a Dong
Jun dan Asran yang dia panggil Abang Handsome sentiasa memberi perhatian lebih
padanya. Dalam ramai yang menyukainya, dia jatuh minat pada seorang lelaki yang
sudah bertunang. Nasib tidak menyebelahi Mawardina bila tunang lelaki tersebut
terdengar Mawardina memuji Ishamudin. Pergaduhan sering terjadi antara Hadiah
dan Mawardina kerana salah faham dan sifat cemburu Hadiah.
Lebih mengharukan apabila Mawardina mendapat tahu ibu
Ishamudin adalah sepupu ibunya. Maknanya mereka ada pertalian darah. Atas dasar
kekeluargaan, ibu Ishamudin menjemput Mawardina sekeluarga datang awal ke
majlis perkahwinan Ishamudin. Di situlah bermulanya episode kisah cinta mereka
apabila perkahwinan Ishamudin dengan tunangnya dibatalkan dan ibu Ishamudin
melamar Mawardina menjadi menantunya.
“Kasihan budak tu. Terpaksa jadi pengantin terjun.” Aik...Pengantin terjun?
Biasa aku dengar orang cakap bidan terjun. Pengantin terjun pun ada jugak?
“Awak, pernah dengar
pengantin terjun?” Aku bertanya pelik sebaik sahaja kami berjalan menuju ke
pintu rumah.
Ikuti kisah mereka di dalam RELAKU PUJUK.
Bagaimana mereka menyulam cinta selepas berkahwin. Seorang serius seorang pulak
nakal. Bagaimana rumahtangga mereka kelak?
**********************
slm, ini sinopsis utk Relaku Pujuk... ~ O.K ke K.O????
hahahhaa...maklumlah tak pandai sangat nak buat benda ni semua..kalau mengarang tu OK je..hihihi
3 catatan:
boleh la..kna imprve skit la.. :)
kurang menarik.. kalau saya tak pernah tahu ttntg cerita ni, mungkin saya tak akan beli sbb, kalau ikut sinopsis ni rasanya ceritanya macam klise...
salam kaira..harus diperbaiki dgn olah yang lebih menarik lagi
Post a Comment