Followers

Friday, June 14, 2013

Relaku Pujuk 22

Tepat pukul 10.30 pagi, aku sudah berada di guardroom.

“Kau kat mana?” Aku kerutkan kening.

“Assalamualaikum.” Padan muka. Suka sangat nak kejutkan orang. Aku tersengih.

“Waalaikumsalam. Dah siap?”

“Dah. Awak kat mana? Saya kat guardroom ni,”

“Keluarlah. Aku kat bawah ni.” Aku menjinjit beg dan berjalan perlahan menuruni tangga. Aku terpandang Ishamudin sedang bersandar di tepi keretanya. Segaknya dia. Makin handsomelah pak pengantin aku tu. Aku terasa pipiku terkena penampar. Memang pun kena penampar. Penampar tangan aku sendiri. Kalau tak buat macam tu, memang aku semakin angau pada suamiku sendiri.

“Apahal kau pukul pipi sendiri?” Aku tersengih.

“Nyamuk gigit pipi tadi. ” Dia geleng kepala. Tak mengapa. Asalkan dia tak tahu aku sedang angau kat dia sudahlah.

“Kita pergi balik rumah mak dulu. Mereka nak hantar kita pergi.” Aku angguk kepala. Takkan nak membantah. Nampak sangat aku tak sabar.

Kami berdua mendiamkan diri. Aku tak tahu nak berbual tentang apa. Rasa janggal pula. Selama ni, kami tak pernah lagi berdua kecuali malam semalam, itupun sekejap. Bagaimana agaknya keadaan kami di Sabah kelak. Huh!!! Aku mengeluh. Cuaca hari ini agak panas. Aku sentuh kedua-dua belah pipiku dan memandang keluar kereta. Setelah agak lama menghitung tiang lampu jalan, aku mengeluh lagi. Sebenarnya aku bosan. Lebih-lebih lagi bila keadaan dalam kereta yang langsung tiada bunyi. Pak cik ni tak suka dengar lagu agaknya. Kenapa senyap je. Atau radio kereta ni dah rosak? Takkanlah kereta Proton Saga baru ni radio dah rosak. Mataku meliar ke dashboard  dan aku terpandang sesuatu. Aku terus tersenyum dan menjeling lembut ke wajah lelaki disebelahku itu.

“Pinjam ni, boleh?” Aku tayang Ipod warna putih tersebut. Dia hanya menjeling kemudian geleng kepala. Hari tu okey je bagi aku pinjam kenapa sekarang dia tak bagi? Perangai memang susah hendak di jangka.

“Kedekut.” Aku mencebik bibir kemudian berpeluk tubuh. Apa aku nak buat ni. Bosannya. Kenapa terasa jauh perjalanan hendak balik ke rumah mertuaku itu. Aku tidak tahu apa yang perlu aku buat, akhirnya aku tengok kuku tanganku, kemudian belek lagi jari-jari. Kira jari tangan. Cukup 10. Takde yang kurang.

“Warghhh...bosannya. Radio ni dah rosak ke?” Aku bertanya sambil tanganku sudah berada di butang open.

 Pap!!!

“Adui!! Eh...apahal pukul orang ni.” Aku menyinga. Tak betul agaknya lelaki ni. Dia hanya mendiamkan diri. Huh!!! Memang membosankan betul. Kenapa aku kahwin dengan dia ni?

“Awak ni kenapa? Itu tak boleh, ini tak boleh. Awak tahu tak, saya bosan tahap tenuk dah ni. Bila-bila masa saya berubah jadi tenuk, kang...Huhhh!!! kalau kahwin dengan Abang Asran ke En.Haikal ke, baru seronok,” Aku berdengus marah.

“Terimalah hakikat kau berkahwin dengan lelaki bernama Ishamudin ni. Jadi, bila bersama aku, jangan bermimpi untuk bersama mereka. Selagi kau isteri aku, aku takkan biarkan kau terlepas pada  lelaki lain. Ada faham,” Aku menjuihkan bibir.

“Ada aku kisah,” Aku mencebik dan membuka tali pinggang keledar.

“Ehh!! Kau nak buat apa tu?” Tau takut. Aku belum cukup amal lagi nak terjun dari tingkap ni. Aku beralih tempat duduk belakang.

Aku sempat melihat dia tersenyum kecil dan aku terus berpaling dari melihat wajahnya. Aku memandang ke belakang memerhati kereta yang berada dibelakang kereta kami. Terasa lama masa diambil untuk sampai ke rumah keluarga mertuaku, sehingga aku terlelap. Mungkin masih penat sebab semalam kurang tidur dan pagi pula terpaksa bangun awal. Semuanya kerana terpaksa turun kerja dari rumah mereka. Aku tidak sedar berapa lama aku tertidur dan hanya tersedar bila badan ku terasa hendak tumbang ke belakang kerana kereta berhenti mengejut.

“Dah sampai.” Aku mencebik dan terus membuka pintu kereta dan meluru ke dalam rumah. Tiba-tiba rasa hendak buang air kecil.

“Ehhh!!! Mawar, dah sampai?” Aku angguk kepala sebelum menyalami tangan ibu mertuaku.

“Mak cik, nak ke tandas kejap. Tak dapat tahan nak buang air kecil ni.”

Aku terus berlari ke tandas. Apa-apa pun hal, kita cerita kemudian. Hajat yang satu ini mesti disegerakan.
Huh!!! Lega rasanya. Perlahan aku keluar dari tandas dan menghampiri singki untuk mencuci tangan.

“Mawar dapat cuti tak?” Aku tersentak bila ditegur oleh ibu mertuaku.

“Dapat mak ci....ehhh..dapat mak.” Aku tersengih. Tersasul pulak. Lidah aku ni belum biasa untuk memanggil dia mak. Mak mertua aku hanya tersenyum.

“Baguslah. Ingatkan tak dapat cuti.” Aku tersengih. Memang pun. Dalam masa 5 hari macam-macam perkara terjadi.

*********************

“Aku nak pergi ke tandas. Kau nak ikut?” Aku pandang jam handphone. Aku geleng kepala. Masih ada 30 minit lagi. Ishamudin terus berlalu meninggalkan kami bertiga.

“Mawar, mak minta maaf sebab libatkan Mawar dalam masalah kami. Mak berharap sangat hubungan Mawar dan Isham seperti pasangan suami isteri yang lain. Isham tu, nampak je dingin, tapi, dia baik. Mungkin Mawar fikir, mak cakap macam tu sebab dia anak mak. Tapi, mak percaya pada anak mak, dia akan jaga Mawar lebih baik dari lelaki lain yang Mawar pernah kenal,” Aku tunduk merenung kaki sendiri. Jari jemariku digenggam erat oleh ibu mertuaku. Semua orang cakap dia baik. Mak pun kata dia baik sebelum majlis akad nikah hari tu. Masa tu, tiba-tiba aku terasa hendak lari, namun mak pujuk aku dengan kata-kata semangat dan juga doa untukku. Ishamudin patut ucapkan terima kasih pada mak aku. Kalau tak kerana mak, jangan harap aku nak terima dia. Eleh!! Ye ke? Jauh di dasar hati terselit sedikit rasa suka.

“Mawar minta maaf. Buat masa sekarang ni, Mawar memang tak dapat terima dia sebagai suami Mawar. Tapi, Mawar akan cuba untuk menerimanya.” Itu sahaja yang mampu aku katakan buat masa ini. Mencuba? Adakah ia semudah kata?

“Mana pulak Isham ni pergi. Orang dah mula masuk tu,” Mataku meliar mencari bayang suamiku. Aku terpaku saat terpandang seraut wajah tampan menghampiri kami. Dia tersenyum manis kearahku. Rambutnya yang dipotong pendek dan kemas itu memang sesuai dengan wajahnya. Tubuh yang tinggi lampai, dengan memakai baju t-shirt ketat warna biru putih dipadankan dengan seluar jean biru gelap. Berbeza sekali penampilannya ketika berada di kilang.

“Mawar, cepat. Mereka dah masuk tu,” Aku terpinga-pinga bila bahuku di tepuk perlahan oleh ibu mertuaku. Aku tersipu malu bila melihat dia tersenyum meleret. Tentu dia terkesan aku sedang berangan tadi. Aduiii..... Kantoi la pulak.

“Hati-hati kat sana kelak. Jangan bergaduh tau.” Itulah pesanan pertama dari mulut ibu mertuaku sebelum kami masuk ke balai berlepas. Aku tersenyum mendengar pesanan ibu mertuaku dan memandang wajah selamba Ishamudin disebelahku.

“Mak jangan risau. Doakan kami selamat pergi dan balik.” Aku pandang wajah Ishamudin yang ketika itu sedang tersenyum.

Selepas bersalaman, kami berdua berjalan perlahan memasuki ruang berlepas. Nasib baik sempat. Ingatkan kami tertinggal flight tadi. Perlahan kaki melangkah masuk ke dalam perut kapal terbang. Aku berdoa semoga perjalanan kami selamat pergi dan balik. Ketika melangkah masuk ke dalam perut pesawat, aku peluk lengan Ishamudin.

“Kenapa?” Soalnya pelik. Aku tersengih.

“Errr...takde apa-apa. Rasa nak jatuh tadi,” Aku berdalih. Padahal aku takut sebab ini pertama kali aku naik kapal terbang. Ishamudin menyimpan luggage kami ditempatnya.

“Saya duduk kat mana?” Soalku pelik.

“Duduklah kat tepi tu,” Aku angguk kepala.

“Kat tengah ni takde orang?” Dia geleng kepala. Aku duduk di tepi tingkap. Tempat duduk ditengah dibiarkan kosong.

Sepanjang perjalanan, kami berdua hanya mendiamkan diri. Sebenarnya aku takut, ini kali pertama aku naik kapal terbang. Oleh kerana tidak mahu diketawakan oleh cik abang kat sebelah ni, terpaksalah aku bersabar. Nak lelapkan mata hati tak tenang, asyik pandang kat luar. Aku pandang sekeliling, kenapa aku langsung tak dengar suara orang? Aku dah pekak ke? Cik abang kat sebelah aku ni, okey je. Hai, takkan layan Ipod sampai lupa isteri dia kat sebelah ni dah kecut perut. Nak bercakap pun dah tak larat. Akhirnya aku sentuh tangan Ishamudin. Dia berpaling kearahku. Keningnya di angkat. Aku gigit bibir. Nasib baik kerusi di tengah-tengah ni kosong. Kalau dia duduk kat situ, memang aku dah siku perut dia tadi.

“Telinga orang sakit,” Aku bersuara perlahan. Aku lihat dia hanya memandang kearahku dengan riak pelik. Hai, pak cik, masih tak faham? Aku terus mencabut earphone yang melekat ditelinganya.

“Telinga saya sakit,” Sekali lagi aku memberitahunya sambil menyentuh telingaku.

“Nah. Makan ni,” Dia menghulur sebijik gula-gula kepadaku. Aku menyambutnya tanpa banyak tanya. Tapi, dalam hati dah kutuk dia. Yelah, telinga sakit, apasal pulak bagi aku makan gula-gula? Makan jelah.

“Kau tak pernah naik kapal terbang?” Aku berpaling bila mendengar dengan jelas suaranya. Ehhh!!! Tadi aku hanya dengar bunyi enjin kapal terbang, sekarang, barulah aku dapat dengar suara orang bercakap.

“Ini kali pertama.”

“Patutlah,”

            Aku kerutkan dahi sambil merenung wajahnya yang sedang tersenyum itu. Sekali pandang memang hanya satu senyuman. Namun, bila aku pandang betul-betul, jelas sekali dia sedang senyum mengejek.

“Awak perli saya, ye?” Aku gigit bibir. Aku tarik tangannya dan aku gigit sepuas hati.

“Aduiii...Ehhh...Mawar, sakit la.” Aku masih tidak melepaskan tangannya.

“Mawardina isteriku,”

Aku tersentak. Serta merta tangannya aku lepaskan dan pada masa itu, aku dapat rasakan jantungku berdegup kencang. Tangan aku letakkan di dada menenangkan jiwa yang semakin berkocak hebat saat ini. Dua patah perkataan itu membuatkan lidahku kelu untuk berkata-kata. Aku tunduk merenung jari jemari sendiri kemudian, aku lemparkan pandangan keluar. Jariku pula melakar sesuatu di cermin tingkap, tetapi, aku sendiri tidak tahu apa yang aku lakarkan itu. Errr...kenapa aku rasa dia sedang tengok aku sekarang ni. Macamana ni? Aku tarik buku panduan keselamatan dibelakang tempat duduk dihadapanku dan terus aku gunakan untuk menutup mukaku. Aku yakin, sekarang wajahku sedang merona merah.

Nasib baik kerusi ditengah tu kosong. Takdelah aku rasa malu sangat. Tetapi, tidak lama kemudian, aku merasakan kerusi disebelahku diduduki seseorang. Aku terus berpaling. Siapa pulak yang duduk kat situ? Aku terus memandang ke arah lain bila terpandang Ishamudin sedang memasang tali pinggang keledarnya. Alamak!!! Kenapa dia tukar tempat duduk pulak. Aku gigit bibir geram.

“Kenapa?” Aku tersentak bila Ishamudin bersuara begitu hampir denganku.

“Err..Takde apa-apa.” Aku takut untuk menatap wajahnya. Dari ekor mata, aku melihat dia membelek kesan gigitanku sebentar tadi.

“Kau lapar ye? Sampai aku pun kau nak makan. Kalau kau lapar, cakaplah. Sekejap lagi mereka bahagikan makanan,” Aku berpaling memandang wajahnya yang selamba itu.

“Tak nak. Orang nak tidur.” Aku terus pejamkan mata.

“Setiap masa nak tidur. Kau ada penyakit tidur ke?” Aku buka mata semula.

“Mawardina isteriku,” Alamak!! Macamana ni. Dia dah mula balik. Aku lemah bila dia panggil aku macam tu. Sungguh syahdu sekali. Bagaimana aku nak kawal hati ni.

“Boleh tak jangan panggil saya macam tu?” Aku berdengus kasar. Dia tetap tersenyum.

“Aku suka. Dan, suka hati akulah nak panggil kau apa. Lagipun, dengan cara itu, dapat mengingatkan kau status kau sekarang ni.” Ucapnya selamba.

“Saya tak suka.” Aku membentak. Dia hanya tersenyum. Ahhh...dia ni bukan boleh dilayan sangat. Kalau dilayan, nanti menjadi-jadi pulak perangai dia. Baik aku lelapkan mata.

“Mawar, janganlah tidur. Kita makan dulu.” Aku pandang wajahnya. Kemudian aku pandang ke arah pramugara dan pramugari yang bertugas membahagikan makanan kepada mereka yang membuat tempahan.

“Awak ada order makanan?” Dia angguk kepala dan menyerahkan nasi yang dipesannya beserta air.

“Err...Saya nak minum air mineral,”  Aku pandang wajahnya. 
Dia angguk kepala dan terus membeli air mineral.

“Selamat menjamu selera,” Aku tunduk kepala sedikit pada pramugara yang tersenyum ramah itu.

“Adui!!!” Aku gosok kepalaku yang disekeh oleh Ishamudin sekejap tadi. Aku muncung mulut padanya. Dia buat tak tahu.

“Sakitlah, awak.” Aku gosok kepalaku. Dia buat muka selambanya dan terus menyuap nasi lemak tersebut.

“Alhamdulillah,” Aku menutup bekas nasi tersebut. Tak larat nak habiskan nasi tu. Ketika itu, pramugara tadi datang lagi untuk mengutip sampah, dia tersenyum ramah sambil menegurku.

“Kenapa tak habis makan tu?” Pramugara tersebut bertanya. Aku tersengih.

“Nasi tu tak sedap ye?” Soalnya lagi.

“Sedap. Tapi saya tak larat nak habiskan. Dah kenyang,” Aku sentuh perutku. Dia tersenyum. Handsome jugak pramugara ni. Tapi, laki aku lagi handsome. Aku pandang wajah mencuka Ishamudin disebelahku.

“Patutlah badan kecil je,” Aku tersengih lagi.

“Ehemmm...”

            Aku berpaling memandang wajah Ishamudin yang sedang mengatur tempat duduknya dan serta merta tangannya diletakkan di atas bahuku.

“Sayang dah kenyang? Sini, abang tolong buang,” Aku tersentak. Dia ni nak berlakon dalam kapal terbang ni pulak.

“Encik ni abang cik adik manis ni ye?” Semakin merah wajah 
Ishamudin dibuatnya. Aku tahan gelak. Memang sah cik abang aku ni sedang marah.

“Dia isteri saya.”

“Isteri? Ermmm...Sorry ye,” Selepas mengutip semua sampah tersebut dia terus beredar. Aku tersenyum. Sejak berkahwin ni, saham aku semakin meningkat. Sebelum ni takdelah ramai sangat nak mengorat aku. Perasan sekejap.

Pappp....

            Aku mengeluh lagi. Aku pandang lemah ke arah Ishamudin yang selamba selepas memukul dahiku sebentar tadi.

“Kali ni kenapa pulak?” Soalku dengan riak tak puas hati.

“Tengok lelaki lain.” Aku muncung mulut. Mata aku kecilkan. Takkan cemburu pulak. Tapi, normallah kalau suami cemburu bila isteri dia tengok lelaki lain. Kalau dia tahu aku puji lelaki tu, memang dahi aku ni bengkak kena ketuk oleh dia.

“Ermm…Awak cemburu ye?” Aku tersenyum mengusik. Dia gelabah.

“Cemburulah. Suami kat depan mata pun, kau masih nak tengok lelaki lain.” Marahnya. Aku mencebik. Kemudian aku ketawa halus. Dia geleng kepala.

“Saya nak tidur. Lama lagikan?” Aku membetulkan kedudukan badanku.

“Sekejap lagi tu. Tak payah tidurlah. Temankan aku berbual,” Aku geleng kepala.

“Tak nak. Orang nak tidur,” Aku mendekatkan wajahku ke wajahnya. Dia tolak dahiku.

“Kuat tidur.” Kutuknya. Aku buat muka selamba dan sedia untuk pejamkan mata namun sebelum sempat aku lelapkan mata, tiba-tiba keadaan kapal terbang terumbang-ambing.

“Mak!!!” Aku menjerit perlahan dan tanganku spontan menerkam tangan Ishamudin.

“Kenapa ni? errrr...Awak, kita tak apa-apa,kan?” Aku pandang wajah Ishamudin yang selamba itu. Terdengar pula suara juruterbang berkumandang di dalam pesawat menyatakan keadaan cuaca agak buruk dan meminta kami kekal ditempat duduk masing-masing.

“Jangan risau. Tak ada apa-apa. Biasalah kalau cuaca tak elok. Tak lama lagi okeylah tu,” Dia bersuara tenang sambil menepuk tanganku. Aku memandang ke luar tingkap. Tadi, cuaca elok saja, kenapa tiba-tiba hujan. Aku tarik lengannya dan aku peluk erat seperti tidak mahu dilepaskan.

            Aku tidak sedar bila keadaan kembali normal. Aku hanya tersedar bila pipiku disentuh lembut oleh seseorang.

“Mawar, bangun. Dah sampai,” Aku terpinga-pinga. Erkkk...Aku tertidur tadi?

“Kau ni,kan. Dalam keadaan macam tu pun sempat juga kau tertidur?” Dia geleng kepala. Di luar masih hujan dan aku lihat orang ramai sudah berdiri dan bersedia untuk keluar.

“Kita tunggu mereka semua keluar.” Aku angguk kepala. Tanganku masih memeluk lengannya sehingga kami masuk ke dalam teksi yang membawa kami ke hotel yang sudah di tempah oleh Ishamudin.


****************************
p/ s : As salam... semua.. rindu nak post kat sini.. nampaknya tak dapatlah nak peluk cium novel ni.. takde rezeki ke versi cetak.....

5 catatan:

Lieynaim mohd noor said...

xpe cba lagi

Unknown said...

BEST...

Anonymous said...

x pe kak rhima..citer ni ttp di hati saya..best best best.jgn pernah putus asa.

>>k<<

MaY_LiN said...

kaira..xpe
usaha!!! berusaha!!
jgn putus asa

Anonymous said...

Salam dik...
cuba htr kat publisher lain...
sekarang ni byk dah publisher....
Insha Allah jika ada rezeki pasti akan jadi versi cetak juga.
Yg penting jgn putus asa ye...

kak nOOr