Followers

Saturday, March 24, 2012

Alia Najwa 4



Hari isnin yang tenang,
‘Ehhhhh. Macam kenal je lelaki tu? Apa dia buat kat sekolah ni?’ Ros berbisik sendirian.
Dia mengekori lelaki tersebut. Ketika matanya leka memerhati lelaki itu, Ros terlanggar seseorang.
“Rosma? Apa kamu buat kat sini. Jalan tak tengok orang,” Cikgu Hanif memarahi Ros.
“Errrr. Maaf cikgu, saya tak sengaja. Hehehehehe. Er… Cikgu, siapa lelaki tadi tu?” Dengan gugup Ros bertanya. Cikgu Hanif merenung wajah Ros dengan riak tidak percaya.
“Budak ni, tanya soalan macam tu pulak. Orang yang hensem memang banyak peminat, pelajar pun nak mengorat jugak, apalah murid-murid zaman sekarang ni. Dia guru ganti cikgu Roziah. Nantilah kamu berkenalan dengan dia,” Cikgu Hanif geleng kepala bila mengingatkan akan keberanian pelajar pada masa kini. Rosma muncungkan mulut bila dikutuk oleh Cikgu Hanif.
“Ala…Cikgu pun hensem jugak, tapi dah ada orang punya. Nanti tak pasal-pasal kena hukum sebab ada yang cemburu,” Ros menjawab selamba. Cikgu Hanif tersengih bila dipuji.
“Kamu ni. Sudah, masuk kelas lagi,” Cikgu Hanif beredar. ‘Dia guru ganti cikgu Roziah? Jadi dia anak Pengetua? Alamak!!!!! Alia mampus kau kali ni!!!!’ Ros berlari laju menuju ke kelas 5A. Belum sempat masuk kelas, loceng pun berbunyi.
“Alia.” Ros menjerit di depan kelas 5A. Semua mata memandang ke arah Ros. Serta merta wajahnya bertukar merah menahan rasa malu bila menjerit di hadapan guru.
“Rosma kenapa terjerit-jerit ni? Masuk kelas kamu,” Cikgu Teoh yang mengajar subjek Sejarah itu memarahi Ros. Semua pelajar kelas 5A tergelak melihat Ros beredar dengan langkah longlai. Ros berjalan perlahan sambil otaknya memikirkan apa yang bakal terjadi pada sahabatnya itu bila mengetahui berita tersebut.
“Nasib kau Alia,” Ros berkata lemah.
Sebaik sampai di kelasnya, Ros terus memberitahu berita terkini itu kepada Sara.
“Sara, kau nak tahu satu cerita sensasi tak?” Soalnya perlahan. Sara yang duduk di hadapan Ros, menoleh seketika.
“Mestilah aku nak. Cerita apa?” Soal Sara perlahan. Bimbang akan di dengar oleh guru mereka. Tempat duduk mereka yang berdekatan itu memudahkan mereka berbisik.
“Lelaki yang Alia sepak kaki hari tu, anak Pengetua. Cikgu baru tu. Tentu dia ingat kita, kan?” Ros menjawab serius.
“Apa?” Sara menjerit. Tindakan reflek yang tidak disangka oleh Ros. Dia memukul bahu Sara.
“Sara… kenapa menjerit ni. Kalau nak bermain, berdiri kat luar sana,” Marah Cikgu Ana.
“Errr. Maaf cikgu,” Sara tunduk malu. Semua mata memandang mereka. Sara dan Ros tunduk. Masing-masing memikirkan apa yang bakal berlaku nanti. Dan mereka mula menumpukan perhatian pada matapelajaran yang diajar. Sebaik sahaja loceng tamat waktu subjek Sains, Sara menoleh ke arah Ros untuk mengetahui cerita selanjutnya.
“Alia dah tahu?” Soal Sara lagi. Ros geleng kepala.
“Tak sempat nak bagi tau dia,” Jawabnya perlahan. Ariy datang lalu bersandar di meja Ros. Dia menolak bahu Ros yang leka termenung.
“Kenapa ni? Macam anak Pak Leman mati anak lembu je aku tengok.” Ariy berkata selamba sambil menepuk bahu Ros dengan kuat.
“Ariy!!!! Kau ni kenapa kasar sangat kat aku? Aku pelempang kepala kau kang? Baru tau,” Ros menunjukkan penamparnya dan bersedia untuk menampar kepala Ariy. Ariy tergelak sakan dan menjauhkan kepalanya dari Ros. Bimbang juga jika Ros benar-benar melayangkan tapak tangan ke kepalanya. Jatuh saham kena pelempang dengan perempuan.
“Sorry Ros. Dah biasa. Hihihi. Ampun kan hamba pacar yang hina,” Ariy sempat beraksi lucu hingga membuatkan Sara dan Ros turut sama tergelak. Memang tak dapat nak buat muka serius bila sudah berkumpul.
“Eh… Sara, Ros. Cuba kamu tengok kat luar tu, Pengetua dan lelaki hari tu lah,” Ariy bersuara dengan nada terkejut. Ros dan Sara turut menoleh keluar kelas.
“Takkanlah dia guru ganti tu?” Soal Ariy keliru. Ros dan Sara hanya mampu mendiamkan diri. dalam kepala sudah memikirkan nasib Alia.
“Wau… hensemnya guru baru tu,” Terdengar suara pelajar perempuan yang memuji ketampanan guru sandaran tersebut. Ariy, Sara dan Ros gelisah.
“Kau rasa dia balas dendam tak?” Soal Sara sambil memandang wajah Ariy.
“Entahlah. Tapi aku rasakan, dia tentu akan balas untuk tarik perhatian Alia,” Ariy berkata sambil tersenyum. Lucu bila mengingatkan Alia dan lelaki itu bakal bermusuhan. Dia kenal Alia yang tidak mahu kalah. Lebih-lebih lagi, bila orang berkasar dengannya.
“Tentu Alia terkejut beruk. Hari tu, jambang sana sini. Hari ni, nampak hensem giler. Hihiiii.” Ros memuji. Sara menjeling tajam ke arah Ros.
“Kenapa? Memang hensem pun. Macam pelakon Bollywood aku tengok.” Ros tersenyum sambil mengenyit matanya ke arah Sara.
“Merepek je kau ni. Suka sangat tengok cerita hindustanlah tu. Tak sabar rasanya nak tahu reaksi Alia, tentu lucu, kan. Alia tu, nampak je berani, tapi penakut.” Ariy tersenyum bila mengingatkan perangai Alia yang kadangkala terlampau berani dan ada waktunya dia menjadi penakut.
****************************
Pengetua masuk kemudian diikuti oleh seorang lelaki. Semua pelajar memandang ke arah mereka. Syah gelisah. Dia cikgu tapi dia pulak yang rasa gelisah. Bagaimana dia hendak berhadapan dengan pelajar-pelajar ni semua. Satu persatu wajah-wajah suci dihadapannya di pandang. Kemudian dia tergelak dalam hati. Lucu pulak bila mengenangkan, dulu dia pernah berkelakuan nakal di dalam kelas sampai cikgu yang mengajar pening kepala. Sekarang dia berhadapan dengan situasi yang sama seperti guru-gurunya dahulu.
“Ok…. Kelas, ambil perhatian sekejap,” Pn.Hamidah menepuk tangan supaya para pelajar memberi perhatian padanya.
“Kelas kamu akan di jaga oleh cikgu yang baru untuk sementara. Perkenalkan ini Cikgu Syah Aiman. Beliau akan mengajar subjek Matematik dan juga guru kelas kamu. Saya harap kamu semua beri kerjasama dengan dia,” Puan Hamidah memandang wajah anaknya sambil tersenyum mesra. Pn.Hamidah meninjau-ninjau setiap wajah di kelas tersebut. Namun wajah yang di cari tidak kelihatan.
“Alia mana?” Cikgu Hamidah bertanya pada anak muridnya.
“Alia dan Ajay pergi jumpa Cikgu Asri,” Cikgu Hamidah angguk kepala.
“Sekarang saya serahkan kelas ini untuk pengawasan kamu. Kalau ada apa-apa masalah, bagitau saya nanti. Untuk bantuan, kamu boleh rujuk melalui Amri selaku ketua kelas. Amri… tolong apa yang patut , ya,”
Puan Hamidah beredar setelah memberi salam. Syah berjalan tenang menuju ke meja guru. Semua mata memandang kearahnya. Dia tahu semua pelajar tersebut ingin mengetahui tentang dirinya. Syah agak kekok pada mulanya dan berusaha menyesuaikan diri dengan keadaan sekarang. Kalau dulu, dia menjadi pelajar dan juga sering membuatkan guru bising dengan perangai dia dan rakan-rakannya. Entah bagaimana pulak rupanya hendak menjaga pelajar-pelajar ini. Syah berselawat berulangkali dan memohon agar Allah S.W.T memudahkan tugasnya.
“Baiklah, kalau ada apa-apa pertanyaan tentang saya, tanyalah. Sekarang masanya. Kerana, bila saya mula mengajar, saya takkan layan soalan lain selain soalan tentang subjek yang saya ajar,” Syah bersandar dimejanya. Dia memerhati gelagat pelajar-pelajar itu. Ada yang berbisik sesama sendiri. Mungkin berbincang soalan apa yang patut ditanya.
“Cikgu baru habis belajar ye?” Suara lain pula bertanya.
“Belum. Sekarang saya cuti. Kalau takde apa-apa hal, dalam 5 tahun lagi tamat. InsyaAllah,” Syah menjawab tenang.
“Lamanya. Tak jemu ke belajar lama sangat. Cikgu ambil jurusan apa?” Maya menyoal sambil wajahnya jelas kelihatan kurang percaya.
“Hermmmm. Saya ambil jurusan perubatan. Cita-cita nak jadi doctor. Tak tahu pulak, kalau tiba-tiba bertukar pulak.” Syah menjawab sambil tersenyum.
“Owhhhh. Patutlah lama.” Mereka yang lain angguk kepala.
“Umur cikgu berapa? Cikgu dah kahwin ke belum? Dah ada calon atau tak?”
Suara Affan yang nyaring bertanya disambut gelak ketawa pelajar kelas 5A. Dan Soalan yang ditanya juga merupakan soalan-soalan cepu emas bagi Syah. Affan memang terkenal dengan perangai gila-gilanya dan sering membuatkan kepala para guru yang mengajar pusing.
“Umur? Cuba kamu teka?” Syah pula bertanya. Pelajarnya senyap.
“23 tahun,”
“24 tahun,” Masing-masing mencuba. Syah geleng kepala.
“Sekarang 25. Masih bujang dan belum ada calon yang sesuai lagi. Sekarang sedang bercuti jadi saya guna peluang ni untuk mencari rezeki dan juga pengalaman. Malu pulak kalau asyik nak minta duit dari mak saya,” Syah tergelak. Semua pelajar kelas itu tergelak sama. Syah geleng kepala bila mengenangkan soalan yang dikemukaan oleh pelajarnya. Nampaknya, dalam setiap kelas memang ada yang berperangai gila-gila macam ni.
“Sekarang giliran saya pula tanya kamu. Perkenalkan diri masing-masing.” Syah memandang wajah-wajah muda belia di dalam kelas tersebut. ‘Mana budak tu? Tak nampak pun. Dia bukan kelas ni ke? Tapi mama cakap dia budak di kelas ni’ Syah memandang setiap seorang pelajar yang memperkenalkan diri mereka sambil itu mencari wajah yang sering bermain difikirannya semenjak seminggu yang lalu. Di luar kelas kedengaran bunyi orang berlari sambil ketawa.
“Aku dulu. Hahahahahahh. Padan muka. Lembab…. Werkkkk,” Alia menjelir lidah ke arah Ajay.
“Takpe. Lain kali aku kalahkan kau,” Ajay menjawab sambil tercungap-cungap.
“Ehemmmm,” Syah berdehem. Alia dan Ajay berpaling ke arah suara tersebut.
“Aih… bila masa Shahid Kapoor datang ke sekolah kita ni?” Soal Alia tidak percaya sambil jari telunjuknya yang runcing itu menunding jari ke arah lelaki yang sedang berdiri selamba di dalam kelas mereka. Ajay angkat bahu, tanda tidak tahu.
“Shahid Kapoor tu siapa? Aku kenal ke? Kekasih kau ye? Kau bercinta tak bagitahu aku ye?” Ajay bertanya pelik. Alia tersengih. Manalah Ajay tahu pelakon bollywood ni.
Namun setelah meneliti wajah tampan tersebut, Alia hampir jatuh saat terpandang mata lelaki itu. Mata dan bibir yang dia kenal. Kerana mata dan bibir lelaki itu, dia hampir jadi gila bayang selama seminggu ni tanpa pengetahuan rakan-rakannya. Mujur juga Ajay sempat menyambut tubuh Alia yang hampir terduduk.
‘Alamak!!!!!! Ajay… lelaki yang aku sepak hari tu,’ Bisik Alia ke telinga Ajay. Ajay turut memandang wajah lelaki yang berada dalam kelas mereka. Syah Aiman pula tersenyum sinis melihat reaksi Alia yang jelas terkejut itu. ‘Tentu dia terkejut. Padan muka. Sekarang bukan monyet lagi, tapi lelaki macho idaman gadis. Hehehehehehe,’ Syah gelak jahat di dalam hati. Bangga sekejap dapat membuatkan gadis itu menggelabah. Syah Aiman menyembunyi senyum bila melihat Alia tergamam tanpa kata.
“Errrr… boleh kami masuk?” Ajay meminta kebenaran. Syah Aiman angguk kepala. Mereka berdua segera menuju ke kerusi masing-masing.
“Kamu berdua dari mana? Kenapa lambat masuk kelas?” Soalnya tegas.
“Kami dari bilik guru. Jumpa Cikgu Asri.” Ajay menjawab mewakili Alia. Alia hanya tunduk tanpa sedikit pun memandang wajah yang sudah bersih dari jambang itu.
“Baiklah. Awak boleh duduk. Dan…. Awak..tunggu sekejap,” Alia dan Ajay serentak memandang wajah guru baru mereka.
“Saya ke?” Alia bertanya. Syah Aiman angguk kepala. ‘Alamak!!!!! Dah mula dah….’ Alia garu dagu yang tidak gatal sambil merenung takut wajah serius itu.
“Kenapa pergi bilik guru tu? Awak berdua ada buat salah?” Soal Syah Aiman terus. Alia angkat muka. Terasa dengan soalan itu. Wajahnya jelas tidak puas hati. Syah Aiman terus berwajah tenang.
“Eh… mana ada. Kami berbincang tentang persediaan untuk menghadapi sukan antara sekolah dua minggu dari sekarang,” Jawab Alia berani. ‘Ingat aku takut?’ Alia tersenyum mengejek. Syah Aiman angguk kepala.
“Owhh. Okey. Kamu boleh duduk.” Syah Aiman malas untuk bertanya lagi. ‘Masa masih panjang,’ Bisiknya. Sekilas wajah Alia dipandangnya.
“Kamu berdua belum kenalkan diri. Sila kenalkan diri kamu,” Alia dan Ajay terkejut.
“Nama saya Fazli. Rakan-rakan panggil Ajay.” Ajay terlebih dahulu menjawab. Kemudian Alia pula.
“Nama saya Alia,” Alia terus duduk setelah memberitahu namanya.
“Aih… pendek je? Nama penuh?” Soal Syah selamba. Terbuka luas matanya bila mendengar pertanyaan guru barunya. Pelajar lain memandang hairan wajah Alia.
“Nama penuh jugak?” Alia bertanya dengan riak tidak selesa. Syah Aiman angguk kepala.
“Alia Najwa binti Alwi,” Jawab Alia lantang.
“Owh. Nak panggil apa? Nama glamor awak?” Syah sengaja bertanya soalan yang menyakitkan hati Alia sambil tersenyum yang hanya dia dan Alia tahu akan makna senyuman itu.
“Mereka semua panggil Alia. Tapi kalau nak glamor, tunggu saya jadi artis dulu.” Alia menjawab terus tanpa membantah walaupun nadanya selamba. Malas untuk berbalah dengan cikgu sendiri.
“Okey. Awak boleh duduk,” Syah Aiman tersenyum dalam hati. ‘Keras kepala betul,’ Bisiknya.
“Terima kasih cikgu,” Ucap Alia perlahan bila menyedari dia berada di dalam kelas.
“Hari ni untuk sesi perkenalan dulu. Besok saya akan mula mengajar.” Syah Aiman duduk di kerusi yang disediakan di kelas tersebut.
“Siapa ketua kelas dan penolong ketua kelas?” Syah Aiman bertanya sambil memandang ke wajah pelajar-pelajarnya.
“Saya ketua kelas,” Seorang pelajar lelaki berdiri kemudian diikuti oleh seorang pelajar perempuan.
“Nama awak? Lupa pulak. Maaf.” Syah Aiman garu kepalanya.
“Amri,” Jawabnya ringkas.
“Awak?” Syah Aiman memandang pelajar perempuan pula.
“Maya,” Maya menjawab perlahan.
“Okey. Nanti kalau ada apa-apa, saya akan tanya kamu berdua.” Syah Aiman berjalan mengelilingi kelas tersebut.
“Kamu buatlah kerja masing-masing, saya belum habis baca laporan Cikgu Roziah lagi,” Syah Aiman berkata tegas. Syah Aiman ramah menegur anak muridnya. Ada yang membuat ulangkaji. Dan ada juga yang sedang berborak kosong. Syah Aiman memandang sekilas ke arah Alia. Ketika itu Alia sedang leka menulis sesuatu dibukunya.
“Alia, kau okey ke?” Maziah menepuk bahu Alia. Alia tersentak dan melatah.
“Eh… mak badak jatuh longkang.” Semua mata memandang Alia. Syah Aiman memandang Alia sambil tersenyum kecil mendengar Alia melatah. Alia tunduk malu.
“Muda-muda lagi dah melatah. Sayang muka cantik tapi melatah. Hahahahaah,” Suara Ajay kedengaran. Maziah tergelak diikuti mereka yang lain. Syah Aiman tersenyum bila melihat Alia mencebik.
“Yah….. kau ni. Malu aku tau. Janganlah pukul aku kuat sangat. Sakit tau,” Alia mengosok bahunya. Maziah tersengih.
“Kau ni, melatah pulak dia. Sejak bila kau melatah? Buat malu aku je, jadi kawan kau,” Maziah menolak kepala Alia sambil tersenyum. Alia buat muka masam. Sempat juga matanya memandang Syah Aiman yang sedang menyembunyikan senyum.
“Sejak korang selalu kejutkan aku la.” Alia menjawab selamba.
“Aku tak apa-apa. Jangan risaulah.” Alia tahu kebimbangan temannya itu. Dia nekad, jika guru baru itu membuat sesuatu untuk mengenakannya, dia akan bertahan. Yang penting dia tidak akan tunduk pada lelaki garang itu.
************************
Baru seminggu Syah Aiman mengajar di sekolah itu, Syah Aiman menerima surat cinta dari pelajar-pelajar perempuan. Pening kepalanya memikirkan perangai berani pelajar di sekolah tersebut. Syah Aiman pernah menyuarakan pada ibunya rasa tidak selesa bila ada orang meminatinya, namun jawapan yang ibunya beri terlalu mudah.
“Biarlah mereka tu. Kalau kamu tak layan, nanti mereka jemulah nak mengorat kamu. Tu tandanya anak mama ni tampan dan segak.” Pn.Hamidah mengusik anaknya. Syah Aiman garu kepala. Satu persatu surat tersebut dibaca. ‘Jiwang betul mereka ni. Naik meremang bulu roma aku baca surat mereka ni,’Bisik Syah Aiman dalam hati. Surat-surat tersebut diletakan di atas meja.
“Macamana minggu pertama mengajar?” Soal Pn.Hamidah tenang pada pagi sabtu itu selepas lima hari Syah Aiman mengajar.
“Setakat ni, ok. Cuma… Tu lah. Rasa rimas jugak bila ada pelajar yang terkejar-kejar nak menarik perhatian saya. Mereka tu tak takut kat guru mereka.” Syah Aiman geleng kepala.
“Mungkin mereka tertarik tengok Syah. Lagipun, kat sekolah tu, tak ramai guru sandaran. Hensem lagi tu. Mestilah mereka memasang angan-angan nak dapat perhatian Syah. Mereka juga belum terdedah dengan dunia luar. Kalau mereka sudah habis sekolah nanti, mama percaya, mereka akan ketawa bila mengingatkan kenangan kat sekolah ni. Maklumlah, kat luar sana lagi ramai lelaki yang tampan.” Pn.Hamidah menepuk bahu anak tunggalnya.
“Syah rasa, 10% dari mereka, tentu akan berkahwin bila tamat sekolah. Kalau begitu perangai mereka.” Syah Aiman geleng kepala.
Namun seketika kemudian dia tersenyum. ‘Kecuali sorang tu. Aku yang hensem ni dia kata monyet. Lepas tu, suka sangat melawan cakap aku. Baik hati sangat nak tolong kawanlah. Pada muka, kena cuci tandas setiap hari.’ Syah Aiman tersenyum meleret. Wajah Alia yang muncung dan jelingan tajam Alia sering terbayang di ruang matanya.
“Ni kenapa senyum sorang-sorang? Dah gila dengan karenah murid-murid kamu tu?” Soal Pn.Hamidah. Syah Aiman tersentak kemudian dia menggeleng kepala. Teringat kejadian semalam. Semenjak seminggu ni, Syah Aiman selalu tersenyum seorang diri.
“Alia ada buat hal tak masa kamu mengajar?” Syah Aiman tersentak bila mamanya menyebut nama Alia. Dia baru sahaja teringat raut tidak puas hati gadis itu, tetapi ibunya sudah menyebut nama pelajar itu.
“Dia memang degil. Tapi, mama jangan susah hati. Syah suka cabaran. Setakat perangai dia tu, Syah boleh atasi lagi. Syah dulu pun macam tu juga. Yang di larang itu lah yang akan Syah buat.” Syah Aiman berkata yakin kemudian senyuman semakin mekar dibibirnya. Setiap hari dia memikirkan cara untuk mengenakan Alia tanpa pengetahuan orang lain. Dia suka bila melihat Alia melawan dalam diam. Hanya mereka berdua tahu niat Syah Aiman yang suka menggenakan Alia.
*********************
P/s : sila2 lah komen ye...komen kalian amatlah di hargai...

6 catatan:

MaY_LiN said...

uish..
nakal nye sume ni

Unknown said...

May_lin, hihihihi..memang nakal pun...

Anonymous said...

Semua citer dlm blog Kaira akak dah baca...semuanya best2.
Akak rasa dah baca citer ni...adakah citer Alia Najwa yg sama???
Untuk pembaca, citer ni memang menarik akak dah baca bbrp kali... siap promosi lagi.

~kak min~

Unknown said...

kak min, terima kasih...cite yg sama.. cuma d edit. utk episod awal ni, msh sama. dlm proses menambah dan mengubah sedikit jln citenya...

Anonymous said...

suka baca AN
agak2 dia orang ni jatuh cinta ke?
dari pengamatan Syah ini memang dah
tangkap cintan dengan Alia,
itu sebab dia suka mengusik Alia,

cerita ini memang best n kelakar
tak sabar menanti sambungannya..

tahniah, cik penulis

anjela said...

amboiii nmpknya penulis nii minat dekat shahid kapoor le huhu . TAPI citer nii smpai sini jer ???? pendeknya, padahal sy mulai tertarik :'(