Followers

Thursday, January 30, 2014

Relaku Pujuk 41



“Jauh lagi ke nak masuk ke dalam tu?” Aku tersenyum mendengar soalan dari Ishamudin. Padan muka. Tadi berlagak sangat. Orang kata tak payah pergi, nak jugak ikut.
“Takdelah jauh sangat. Setengah jam lagi sampailah.” Mulutnya ternganga. Aku tergelak besar.
“Tadi bersemangat sangat nak ikut. Masuk hutan memang macam ni. Tempat yang ayah nak pergi tu, jauh tau.” Aku bersuara dalam gelak.
“Kalau tak biasa memang terasa lama. Kalau dah selalu keluar masuk hutan, nanti okeylah. Dulu, Mawar pun macam tu jugak. Sampai menangis.” Aku mencebik bibir bila melihat senyum dibibir suamiku.
“Alah. Orang masih kecil masa tu. Lagipun, masa tu kita pergi petik buah asam kelubi. Duri sana-sini. Nasib baik Kak Rina baik hati. Dia yang dukung Mawar masa tu,” Aku dengar ayahku ketawa besar.
“Yelah. Nak buat macamana. Takkan dia nak tinggalkan Mawar kat situ. Sudahlah menangis tak ingat dunia. Kalau Sham nak tahu, Mawar ni masa kecil-kecil dulu, kuat menangis. Kuat merengek.” Kami bertiga sedang berjalan menuju ke kebun milik ayahku. Kebun tersebut terletak jauh di dalam hutan. Ishamudin tergelak besar. Suka sangat gelakkan aku.
“Ayah, kenapa kebun ayah tu jauh sangat ke dalam hutan ni?” Ishamudin bertanya setelah ketawanya reda..
“Dulu, masa ayah masih kecil, datuk kamu selalu bawa ayah ke hutan ni. Kami pergi mencari rotan, memotong kayu untuk orang kampung. Sambil itu, kami meneroka tanah yang belum pernah diteroka oleh orang lain. Memandangkan tanahnya bagus untuk berkebun, datuk kamu suruh ayah tanam apa saja yang ayah nak tanam. Dan, pokok-pokok tersebut masih hidup sampai sekarang. Masalahnya, kebun tu terlalu jauh dari dunia luar.” Kami berdua angguk kepala. Walaupun, aku selalu mendengar cerita tersebut, namun aku masih tidak jemu mendengarnya. Masa aku kecil-kecil dulu, kami juga selalu ke kebun tersebut. Sambil itu, kami juga pernah memetik periuk kera. Periuk kera ni bagus digunakan untuk memasak nasi pulut. Rasa nasi pulut itu sedap sangat bila dimasak menggunakan periuk kera.
“Awak pernah makan nasi pulut dalam bekas periuk kera ni?” Aku bertanya padanya. Wajahnya terus berubah. Aku tersenyum. Dia geleng kepala.
“Sedap. Nanti saya buatkan untuk awak.” Dia tersenyum dan mengangguk kepala. Tak susah manapun nak buat nasi pulut menggunakan periuk kera tu. macam buat ketupat biasa tu. bezanya, bekas yang digunakan itu sahaja yang membezakannya. Kami meneruskan perjalanan memasuki hutan tebal itu.
“Sampai pun.” Aku mengeluh lega. Ishamudin pula sudah duduk di batang pokok kayu tumbang.
“Yang itu apa? Rumah pokok ke? Tapi kenapa tak ada dinding?” Aku memandang ke arah yang di tunjuk oleh Ishamudin.
“Tempat mereka meninjau binatang buruan mereka. Kalau naik kat atas tu, senang sikit nak tengok binatang.” Ayahku menerangkan pada Ishamudin.
Di atas pokok tersebut terdapat beberapa keping papan di susun elok seperti jambatan. Tempat yang selalu kami adik beradik selalu duduk sementara menunggu ayahku siap memotong kayu.
“Dulu, masa kecil-kecil, Mawar suka duduk kat atas tu. Sambil tengok ayah potong kayu kat bawah ni, dia dan abang dia duduk kat atas tu. Mawar ni suka sangat ikut abang dia tu. Ke sana ke sini asyik nak berkepit je.” Aku tersenyum bila mengingatkan kenangan lalu. Walaupun berkali-kali dilarang oleh ibuku, namun aku tetap juga mahu ikut ayahku ke hutan. Masa tu, hidup kami agak susah dan hanya bergantung pada hasil hutan, sungai dan bercucuk tanam. Kadangkala, kami mencari rotan untuk di jual. Memetik sayur-sayuran hutan. Memasang jerat. Hasil jerat seperti pelanduk,ayam hutan, landak, burung dan banyak lagi binatang liar yang lain akan dijual kepada orang kampung. Tetapi, sekarang susah untuk menangkap binatang tersebut. Mungkin sudah pupus. Lagipun, hutan tebal ini sudah lama tidak diteroka sejak penduduk masing-masing sibuk menguruskan ladang sawit mereka.
“Seronok betul dapat lalui hidup macam tu.”
Aku tersenyum mendengar Ishamudin berkata begitu. Itulah pengalaman berharga yang susah untuk orang lain dapat pada masa ini. Walaupun agak susah, namun kesusahan itu mengajar kita bersyukur dengan apa yang kita miliki.
“Sekurang-kurangnya, awak dah merasa sedikit dari pengalaman itu. Sekarang kita berada di hutan.”
Dia tersenyum senang. Wajahnya yang tenang itu menarik perhatianku. Kenapa hari ini wajahnya berbeza sekali dengan hari-hari yang lain? Renungannya lembut membuai hatiku.
“Aku nak tolong ayah potong rotan. Kau duduk kat sini baik-baik, tau,” Aku kerutkan dahi. Apasal aku pula yang kena duduk kat sini. Tetapi, melihat wajahnya, aku akhirnya akur. Aku hanya menjadi pemerhati.
Melihat Ishamudin dan ayahku berbual rancak, perasaan aneh yang semakin mekar dihatiku membuatkan aku semakin tidak mampu menolak kehadirannya. Mataku pula, tidak pernah lari dari memandang wajah suamiku itu. Ketika kami berdua bertentang mata, dadaku terasa berdebar-debar. Senyumannya yang menawan itu menambahkan rasa gelisah dihatiku. Teringat kejadian dia menciumku beberapa malam sudah. Secepat mungkin aku melarikan wajah bila melihat Ishamudin tergelak halus sambil matanya melirik manja padaku. Adui!!! Kenapa lelaki ini berubah sampai macam tu sekali.
“Kenapa? Berdebar-debar?” Aku tersentak bila terdengar suara lembut berbisik ditelingaku. Pantas wajahnya aku tolak. Dia hanya tersenyum. Bila masa pulak dia datang ke sini lagi?
“Termenung. Teringatkan pakwe? Berdosa ingat lelaki lain tau. Sedangkan, suami Mawar ada kat depan ni.” Aku mencebik bibir.
“Mana ada. Sibuk je.” Dia terus tergelak halus disebelahku. Agak lama kami mendiamkan diri.
“Maaf sebab paksa kau kahwin dengan aku. Aku akan cuba membahagiakan kau,” Aku tersentak pantas menoleh padanya. Dia tunduk merenung kaki sendiri. Aku salah dengar ke tadi? Dia ucapkan kata maaf dan berjanji untuk membahagiakan aku? Kenapa? Aku terus memandangnya.
 “Nak kena cium? Malam tu, aku belum puas lagi,” Aku muncung mulut bila mendengar usikkannya. Sepantas kilat aku tutup mulut dengan tangan. Niat untuk bertanya mengapa dia minta maaf terbantut apabila ayahku menghampiri kami. Teringat ciuman pertama aku beberapa hari lepas. Dia tersenyum nakal.
“Dah selesai. Mari balik lagi. Dah lewat ni. Nanti bising pulak mak kamu kat rumah tu. Malam ni majlis doa selamat kamu tu. Nanti tak sempat siap pulak.” Kami berdua berdiri serentak dan mengekori langkah kaki ayahku. Aku terus mendiamkan diri sepanjang perjalanan keluar dari hutan tersebut. Aku tersentak bila terasa jari jemariku ditarik perlahan oleh Ishamudin. Dia tersenyum melihat riaksiku.
“Kenapa lambat sangat ni. Nanti kena tinggal, menangis.” Aku menjeling tajam padanya. Dia tersenyum. Arghhh...semakin hari dia semakin suka mengusikku. Dan aku? Aku suka. Rasa selesa pula bila dia suka mengusikku. Aku membalas genggamannya. Dia berpaling dan tersenyum lagi padaku. Bahagianya saat itu. Biarlah keadaan ini berterusan. Aku suka dengan dirinya yang sekarang ini. Kalau betul apa yang Isha kata, akulah perempuan yang paling bahagia. Aku yakin aku sudah dapat menerimanya sebagai suamiku.
            Selepas majlis doa selamat selesai, kami sekeluarga berbual-bual kosong di ruang tamu. Masing-masing bercerita tentang perkembangan semasa mereka. Kali ini pun, Abang Zam tak dapat balik. Dia akan ditugaskan ke Lubnan. Jadi, dia mesti mengikuti kursus yang telah disediakan. Nampaknya, lama lagilah Ishamudin dan Abang Zam tu nak berkenalan. Tapi, mereka pernah berbual di telefon. Nampaknya mereka boleh berbual mesra. Abang aku tu mesra dengan semua orang. Macam aku jugak.
“Mawar, dah ada tanda-tanda tak?” Aku kerutkan dahi.
“Tanda apa mak?” Pelik mak ni. Tiba-tiba tanya hal tanda-tanda tu semua. Takkan nak suruh tanda period aku lagi?
“Tanda bila Mawar period? Kalau tu, Mawar dah buat dah. Baru je,” Mereka semua tergelak besar. Apahal pulak mereka ketawa? Aku ada buat lawak ke tadi? Pelik betul. Ishamudin kat sebelah aku semakin galak ketawa.
“Kenapa semua orang gelak?” Satu persatu wajah dihadapanku, aku pandang. Mereka semua menyimpul senyum.
“Kasihan pulak Sham ni. Dapat isteri yang blur,” Kak Ana tergelak halus.
“Sham, bagaimana? Dia ada buat hal tak?”
“Alhamdulillah. Setakat ni, dia okey.” Mataku memfokus ke skrin laptop yang adikku.
“Kak Mawar, gambar kahwin hari tu. Semua kawan-kawan Sal puji. Mereka cakap suami akak handsome,” Terbeliak mataku mendengar komen adik bongsu ku itu. Aku pandang wajah Ishamudin. Dia tergelak. Banggalah tu kena puji. Riak. Aku mencebik bibir. Dia hanya mampu geleng kepala.
“Macamana? Ada berita baik tak?” Aku pandang wajah ibuku.
“Belum mak. Masih awal lagi ni. Baru dua bulan kami kahwin. Lagipun, dia masih muda.” Hukkk..hukkk...jadi mereka bercerita tentang errr...er...sama ada aku mengandung atau tak??  Ishamudin tetap berwajah selamba.
“Mawar, umur muda macam ni bagus kalau mengandung. Masa muda ni, kalau boleh beranak setiap tahun sorang. Lepas tu, bila dah tua, taklah susah nak jaga anak.” Marah Kak Rina. Erkk....aku pula yang kena.
“Saya tak kisah pun, kak. Tapi, Mawar ni, dia belum bersedia.” Aku merenung tajam wajah selamba Ishamudin. Kutuk aku ye. Takpe. Kejap lagi aku balas. Malam ni aku nak tidur dengan Sal. Biar dia tidur seorang diri. Aku mencebik.
“Ada pulak tak sedia. Mawar, sedia atau tak, kau kena terima. Rezeki Allah nak bagi terima jelah. Budak ni memang nak kena azan sekali lagi.” Aku berdengus kasar. Aku cubit paha suamiku. Suka sangat kenakan aku.
“Mawar sakit. Sorry okey,” Dia memohon maaf. Aku mencebik lalu masuk ke bilik.
            Di atas katil aku leka membaca novel Suami Yang Kubenci. Aku hanya menjeling sekilas suamiku yang datang menghampiriku. Dia tayang riak tak bersalahnya. Selamba je ambil bantal dan terus berbaring disebelahku.
“Awak ni kenapa? Jangan ganggulah,” Aku menepis tangannya yang asyik sekali bermain dibelakang tubuhku. Dia tergelak.
“Janganlah marah. Temankan aku tidur ye,” Dia tarik hujung baju tidurku. Aku mengeluh.
“Tak nak. Awak kenakan saya tadi,” Dia tergelak halus.
“Aku gurau je tadi tu,”
“Tak kira. Awak dah rosakkan mood saya. Awak tahu tak, kalau awak tak jawab macam tu, sekarang ni,kan..saya..” Aku terdiam. Takkan nak cakap kat dia, yang aku dah sedia nak tunaikan tanggungjawabku padanya.
“Kau nak apa?”
“Ehh...Apa ni?” Aku tersentak bila dagunya berada di atas bahuku. Dia tersenyum kecil.
“Luculah kau ni. Okey. Takpe. Aku tak nak paksa kau lagi. Tapi, aku nak kau tidur dengan aku. Jangan nak lari tidur dengan Salma pulak,” Erkkk...Mana dia tahu aku planing nak tidur dengan Salma.
“Mana ada,”
“Macam aku tak kenal kau tu. Asal tak puas hati je, mesti tak nak tidur dengan aku. Kau tahu tak, aku tak dapat tidur kalau tak cium rambut kau,” Dia bersuara perlahan sehingga membuatkan dadaku berdegup kencang. Alamak!!! Janganlah goda aku sekarang ni. Pagi tadi aku hampir-hampir tak dapat kawal diri. Sekarang ni? Aku pun sama macam dia jugak. Aku rasa tak senang duduk kalau tak dapat tengok mukanya yang handsome tu. Tapi, sekarang aku nak merajuk dengan dia sekejap. Aku tutup novel yang ku baca, kemudian terus berbaring disebelahnya dan pejam mata.
“Saya nak tidur.” Aku bersuara malas.
“Okey. Tidurlah. Aku tunggu kau sedia. Untuk malam ni, aku maafkan kau,” Ucapnya perlahan. Aku terharu bila dia mencium keningku. Perlahan aku buka mata, membalas renungannya. Dia terus tersenyum. Kemudian dia menarik tubuhku mendekatinya lalu perlahan tangannya mengusap tubuhku.
“Tidur lagi. Jangan fikir yang bukan-bukan.” Aku rasa sebak. Perlahan aku peluk tubuhnya. Aku pun sepertinya jugak. Wangian tubuhnya umpama aroma terapi yang mampu menghilangkan gundah gulana dihatiku.

*********************************

p/s : Selamat bercuti semua... semoga enjoy...

1 catatan:

MaY_LiN said...

sweet nyeee..tamola lelama mawar..cian sham :)

kaira..yam yam..cedapnye ketupat periuk kera