Followers

Monday, April 30, 2012

Alia Najwa 10



“Wah, Ajay susah betul nak jumpa kau sekarang ye?” Maziah bertanya pada temannya.


“Mestilah susah. Orang sedang hangat bercinta. Mana ada masa nak jumpa orang lain,” Alia berkata selamba sambil mengunyah keropok. Dia terasa dengan tindakan Ajay yang selalu mengelak untuk berkumpul dan belajar bersama mereka sejak Amna menyambut luahan cintanya.


“Memang aku sibuk sangat sekarang ni. Maklumlah, kena uruskan pemilihan bakal atlit baru untuk tahun depan.” Ajay memandang wajah Alia yang sedikit pun tidak memandang kearahnya.


“Alia, kenapa kau tak datang setiap kali ada perjumpaan olahraga?” Alia tersenyum lemah.


“Aku malas nak fikir lagi. Tahun depan kita dah tak ada kat sini lagi. Jadi aku rasa, takde maknanya aku buat semua tu. Biar ketua yang baru tu, buat keputusan. Sekarang aku nak tumpukan perhatian dalam pelajaran aku.” Alia menjawab panjang lebar. Ajay terdiam.  Dia tahu Alia terasa hati dengannya.


            Alia menggaru lengannya yang terasa gatal. Dia pun hairan, sejak seminggu yang lepas, badannya terasa panas dan terdapat ruam halus di seluruh tubuhnya.


“Alia baik kau minta cuti awal. Tengok, dah semakin melarat pulak penyakit kau ni,” Sara berkata serius. Alia angguk lemah. Setelah dua minggu sukan antara sekolah berakhir, Alia merasa kurang sihat. Ajay menghampiri Alia dan terus menarik lengan Alia. Alia menepis tangan Ajay  membuatkan Ajay terkejut.


“Masa kau kecil dulu, kau tak pernah kena demam campak, ke?” Soal Maziah hairan.


“Tak,” Jawab Alia sepatah.


“Orang kata, kalau dah kena masa kecil, bila dah besar, tak mudah kena jangkit. Betul ke?” Ros bertanya musykil.


“Tak tahu pulak. Kenapa? Kau dah kena masa kecil dulu?” Soal Sara pula.


“Aku kena masa aku umur  9 tahun. Aku dan adik aku 2 orang tu kena serentak. Kasihan aku tengok mak aku jaga kami semua,” Ros menjawab perlahan.


“Itulah. Jangan sakitkan hati mak. Susah macamana pun, mereka akan sedaya upaya membuat yang terbaik untuk kita. Bila dah senang, jangan lupa orang tua,” Pesan Sara panjang lebar.


“Wah!!!! Pandainye bagi nasihat kat orang, kau tu macamana? Dah minta maaf tentang hari tu?” Imah menolak kepala Sara.


“Hhehehehe. Sudah bebb. Marah mereka untuk kebaikkan jugak. Betulkan?” Sara tersengih.


“Aku ingat nak balik esok je. Dah  lewat jugak ni. Takut nanti takde bas pulak,” Alia berkata perlahan.


“Aku nak jumpa pengetua jap. Nak bagi tau dia, aku nak balik kampung esok.” Ucapnya lemah.


“Kau nak aku temankan?” Ajay bertanya serius. Alia geleng kepala.


“Takpe. Aku okey je.”


“Alia, jangan degil okey. Aku temankan kau balik.” AKu berdengus kasar. Kalau ikutkan hatinya yang tengah marah, memang dia akan marah Ajay sekuat hatinya. Namun, dia bukanlah seorang yang suka hendak memulakan pergaduhan. Lebih-lebih lagi Ajay adalah sahabat dan juga adik beradik susuannya.


“Kau jangan risau. Aku taka pa-apa. Lagipun, aku balik pagi esok, kalau Pengetua benarkan.” Alia bersuara perlahan. Rasanya tidak ada apa yang perlu dia marahkan. Ajay ada hidup dia sendiri. Dia tidak patut mengongkong kehidupan Ajay.


“Kesian kat kau ye, Lia. Kalaulah kami tak berpindah rumah, ada jugak teman kau balik kampung,” Ariy menepuk bahu Alia.


“Huhuhuhuuu. Janganlah buat aku sedih. Aku susah hati, sebab takde orang nak bayar tambang aku. Huhuhhuhu,” Alia menggosok matanya, pura-pura menangis.


“Mangkuk punya budak. Tambang dia je yang dia kira. Kalau setakat tambang tu, aku boleh bagi. Keselamatan kau macamana?” Ariy ketuk kepala Alia.


“Ketuk.. ha.. ketuk. Ingat kepala aku ni kayu ke apa. Sesedap hati korang je ketuk kepala aku,” Marah Alia. Mereka yang lain tergelak melihat Alia menggomel.


“Biar penyakit aku ni berjangkit kat korang. Boleh rosak otak aku ni kalau kamu semua selalu ketuk. Nanti dapat kawan tak betul, tak nak mengaku pulak,” Alia menggosok kepalanya. Pura-pura sakit. Kemudian di berlalu meninggalkan teman-temannya dan berjalan perlahan menuju ke bilik guru. Mereka yang lain sudah ketawa tahap tak ingat mendengar Alia membebel.


            Alia melangkah perlahan menuju ke bilik pengetua. Memandangkan guru PKH tidak berada di sekolah, terpaksalah Alia berjumpa terus dengan Pengetua.

Tuk..tuk..tukkk.

“Masuk,” Perlahan Alia masuk ke dalam bilik pengetua. Dia tersengih melihat wajah Pn.Hamidah yang sentiasa tersenyum itu, namun beberapa saat kemudian, senyumannya mati bila matanya terpandang wajah Harimau merangkap monyet tak jadi yang duduk dihadapan Pengetua.


“Errr.. saya mengganggu ke?” Soalnya gugup.


“Mengganggu sikit,” Syah Aiman menjawab selamba. Wajahnya langsung tidak memandang Alia.


“Syah? Perangai macam budak-budak.” Marah ibunya. Alia mencebik bibir. ‘Memang macam budak-budak, cikgu,’ Alia kutuk dalam hati.


“Duduk Alia. Ada apa ni?” Soal Pn.Hamidah lembut. Alia duduk dengan sopan namun sempat jugak menjeling wajah tampan disebelahnya yang asyik dengan telefon bimbitnya.


“Kenapa muka awak merah? Macam ruam pulak tu,” Soal Pn. Hamidah cemas sambil menghampiri Alia. Syah Aiman turut memandang wajah Alia. Alia tersengih bila kedua beranak itu merenung wajahnya.


“Ni macam demam campaklah, mama,” Syah Aiman memberitahu ibunya.


“Betul?” Soalnya ingin kepastian dan Syah Aiman angguk kepala.


“Saya ingat nak balik esok, Cikgu. Boleh tak?” Alia buat muka kasihan. Lama Pn.Hamidah termenung.


“Macam ni je, Syah kamu bawa Alia ke klinik, lepas tu hantar dia balik kampung terus. Takut berjangkit pulak kat budak-budak lain,” Alia dan Syah Aiman tersentak.


 “Apa? Ehhh….. Tak payah Cikgu. Saya boleh balik sendiri esok hari,” Alia menolak.


“Yelah, ma. Syah dah janji nak jumpa kawan malam ni.” Syah Aiman turut membantah.


“Kamu ni, macamana nak jadi doctor kalau takde perasaan prihatin kat orang sakit? Dah, mama nak kamu hantar Alia petang ni jugak. Kalau dah lewat sangat, tak payah balik dulu. Esok baru balik. Faham?” Syah Aiman  terkedu. ‘Biar betul mama ni. Alamak!!!!’ Syah Aiman pandang wajah Alia yang pucat lesi itu. ‘Kesian pulak kat budak kecik ni,’ Akhirnya Syah angguk kepala perlahan.


“Alia, balik ke asrama cepat. Kemas barang kamu, nanti berjangkit pulak kat kawan-kawan kamu yang lain tu,” Alia angguk kepala. Hendak membantah memang tak dapat.


Mereka keluar dari bilik pengetua dengan wajah tegang. Tiba-tiba Syah Aiman menghentikan langkahnya, dan Alia terlanggar belakang tubuhnya.


“Awak ni kenapa? Mata tu, awak letak kat mana?” Syah Aiman bertanya marah. Alia tunduk. Takut untuk membalas pandangan tajam dari gurunya itu.


“Errrrr. Maaf, cikgu. Tapi, cikgu salah jugak, kenapa tiba-tiba berhenti,” Alia menjeling tajam. Kemudian Alia meneruskan langkahnya. Syah Aiman geleng kepala. niat hendak marah terpaksa dibatalkan sebab pada yang sama Cikgu Salmah keluar dari bilik guru.


“Kenapa Cikgu Syah?” Syah Aiman tersenyum.


“Alia kena demam campak,” Cikgu Salmah memandang Alia yang sudah berjalan laju menuju ke kelas.


“Owh!! Dia tak balik ke? Nanti berjangkit pulak dengan pelajar lain?” 


“Saya bawa dia ke klinik sekejap lagi. Pengetua suruh. Nampaknya, saya tak dapat keluar malam ni. Maaf ye,” Cikgu Salmah tersenyum kelat.


“Takpelah. Lain kali je. Nanti saya bagi tahu kawan-kawan saya.” Syah Aiman angguk kepala. Sebenarnya, Cikgu Salmah minta dia menyamar jadi kekasihnya malam ni sebab rakan-rakannya hendak berkenalan dengan teman lelakinya.


“Okey. Saya pergi dulu.” Syah Aiman terus berlalu ke keretanya sebaik sahaja terlihat kelibat Alia berjalan menuju ke asrama.


“Alia, naik.” Alia kerutkan dahi. 


“Takpelah cikgu. Bukan jauh pun asrama tu,” Alia menolak dan terus berjalan meninggalkan Syah Aiman. Syah Aiman gigit bibir dan terus memecut pulang ke rumah.


“Isk…Ajak orang tak ikhlas. Orang tolak sekali terus blah.” Alia berdengus kasar. Langkah kaki di atur menuju ke asrama. ‘Nanti kalau lambat, marah pulak orang tua tu,’ Bisiknya dalam hati.


***********************************

         Sepanjang perjalanan ke kampung, mereka mendiamkan diri. Masing-masing tiada perkara yang hendak dibualkan. Selepas keluar dari klinik, Syah Aiman terus memandu menuju ke kampung Alia. Mereka menghayati lagu yang berkumandang di corong radio. ‘I Want To Spend My Lifetime Loving You’ nyayian Tina Arena dan Marc Anthony dalam filem Zorro. Lagu lama yang masih tak jemu di dengar.


         Tanpa menghiraukan Alia, Syah Aiman menyanyi lagu tersebut. Alia terlelap sambil menghayati lagu itu dan bermimpi lelaki bertopeng datang padanya sambil menghulur tangan untuk membawanya pergi. Indah sungguh mimpinya.


“Hoi… sedapnya tidur.” Syah Aiman menolak bahu Alia. Alia tersentak.


“Apalah cikgu ni. Kacau daun je. Orang baru nak syok jumpa putera idaman, dia dah kejutkan.” Marah Alia.


“Putera idaman? Yang pakai topeng macam Zorro tu?” Syah Aiman tergelak.


“Ehhh. Macamana cikgu tahu?” Soal Alia bodoh. Ketawa Syah Aiman semakin menjadi-jadi. Lucu melihat wajah naif itu.


“Saya pun ikut masuk mimpi kamu tadi,” Jawabnya selamba.


“Merepek je cikgu ni,” Alia merungut.


“Betul. Yang pakai topeng dan menghulur tangan kepada kamu tu, sayalah tu,” Syah Aiman ketawa perlahan.


“Ye ke? Cikgu tak sesuai jadi putera idaman. Takde sesiapa yang minat pun,” Alia menjawab perlahan.


“Apa kamu kata? Mana kamu tahu saya tak layak jadi putera idaman? Suatu masa nanti, saya akan jadi putera idaman awak,” Alia tersentak. Syah Aiman angkat kening. Suka hatinya melihat wajah terkejut Alia.


“Huhhhh. Perasan,” Alia menjeling tajam wajah Syah Aiman yang sudah tergelak besar.


“Awak tahu lagu ni? Dah lama lagu ni,” Syah menumpukan perhatian pada pemanduannya.


“Tahu. Walaupun saya muda lagi, tapi lagu ni memang best. Layan habis.” Alia tersenyum.


“Dah lama lagu ni. Zaman saya sebaya kamu.” Mereka mula berbual.


“Jauh lagi kampung kamu tu?” Syah Aiman memandang wajah lesu itu. Alia angguk kepala. Krukk!!!


Syah Aiman menoleh ke arah Alia bila terdengar bunyi dari perut Alia. Alia tersengih malu.    


 “Errrr.. Maaf Cikgu. Perut buat hal pulak, cacing-cacing  peliharaan saya ni dah kelaparan,” Syah Aiman memandang wajah selamba itu. Syah Aiman geleng kepala. ‘Macam-macam budak ni,’


“Cacing? Eiii!!!! Kamu ni. Kita singgah makan dulu. Saya pun lapar ni,” Syah Aiman mencari kedai makan yang berdekatan tanpa menghiraukan Alia yang tersengih panjang disebelahnya.


            Alia terus makan sebaik sahaja pesanannya sampai. Tanpa menghiraukan Syah Aiman yang leka memandang sekeliling kedai makan tersebut.


“Makan habis nasi tu. Lepas ni makan ubat.” Alia angguk kepala menurut sahaja apa yang disuruh oleh Syah Aiman. Alia berusaha menghabiskan nasi berlaukan ayam goreng dan sayur sawi.


“Bila terkena penyakit macam tu, kamu kena jaga pemakanan. Kalau tak nak kesannya menjadi warna hitam, jangan makan makanan berkicap. Elakkan dari makan sambal belacan, nanti gatal sana gatal sini.” Pesan Syah Aiman panjang lebar.


           Alia mendengar dengan tekun. Nak buat macamana, yang duduk di hadapannya itu bakal doctor. Itu kena tunggu 4 hingga 5 tahun lagi. ‘Asyik belajar, bila agaknya nak fikir soal kahwin?’ Alia bertanya dalam hati. ‘Tentu dia sudah ada teman wanita. Orang tampan macam Cikgu Syah ni, tentu ramai yang berkenan. Dan sebagai lumrah lelaki, mereka akan memilih yang mereka berkenan sahaja. Tukar teman wanita seperti menukar baju.’ Alia leka memikirkan perihal lelaki yang di anggap tidak setia.


“Hoi… Minah… Dah sampai ke mana?” Syah Aiman menepuk meja. Alia tersentak.


“Ke bulan. Guna kopi kapal api,” Alia menjawab spontan. Syah Aiman tergelak sakan sehingga mengalirkan airmata.


“Alia… Alia.. Dalam sakit macam tu pun, boleh buat lawak,” Syah Aiman geleng kepala.


“Yang cikgu suka sangat kejutkan saya ni kenapa? Boleh sakit jantung kalau macam ni selalu.” Alia merungut.


 “Orang bagi nasihat, dia sempat termenung pulak.”


“Cepat. Ubat tu makan lagi. Nanti berjangkit pulak dekat saya penyakit awak tu,” Syah Aiman meletak 2 biji penadol di tangan Alia. Sekelip mata ubat tersebut sudah ditelannya tanpa banyak soal.


“Cikgu tak pernah kena demam campak sebelum ni?” Alia bertanya hairan.


“Hehehe. Belum,” Syah Aiman tersengih. Sungguh tak sangka, mereka boleh berbual mesra seperti itu. ‘Ok jugak cikgu ni. Kalaulah Imah ada masa ni, memang aku akan kena usik.’ Alia berbisik sendirian lagi.

‘Dia memang cantik. Tapi aku tak patut menyukai pelajar sendiri. Kalau orang lain tahu, rosak reputasi mama sebagai Pengetua.’ Syah  Aiman merenung wajah Alia yang kemerahan itu. ‘Tapi aku hanya guru sandaran saja kat sekolah tu. Dua minggu lagi, tamatlah kontrak aku,’ Syah Aiman mengingatkan dirinya.


“Cikgu!!!!! Dah sampai mana?” Giliran Alia pulak mengejutkan Syah.


“Puncak Everest,” Jawabnya pantas. Alia muncung mulutnya.


“Alah Cikgu ni, sempat pulak nak berangan. Jum balik. Nanti kita lambat sampai, kampung saya tu bahaya kalau balik malam-malam,” Alia memberitahu Syah Aiman sesuatu tentang kampungnya.


“Ok.” Mereka berdua pergi ke kaunter untuk membayar bil.


“Bahaya yang macamana?” Syah Aiman bertanya setelah mereka memulakan perjalanan. Alia menyandar sambil berpeluk tubuh.


“Biasalah kampung. Mereka tak suka tengok orang lelaki dan perempuan keluar berdua, balik lambat. Pendek kata, di kampung, kami dilarang bersosial yang boleh menimbulkan syak wasangka. Nanti kena cekup oleh tok imam. Kena kahwin free,” Alia tersengih dan Syah Aiman angguk kepala sambil tersenyum. 


“Bagus jugak mereka buat macam tu, takde orang buat salah, kan?” Syah Aiman merasakan tindakan itu bagus untuk menyelamatkan generasi masa kini.


“Ye…. Memang bagus, tapi tetap jugak ada gejala buruk yang lain berlaku. Merompak, pecah rumah dan yang teruk tu, mengintai anak dara orang.” Alia berleter panjang lebar.


“Masih ada jugak orang jadi orang minyak ye,” Syah Aiman tidak percaya, masih ada jugak orang yang buat kerja terkutuk itu. Alia tergelak.


“Apalah Cikgu ni. Orang minyak pulak.” Syah Aiman tersenyum.


“Yelah. Orang minyak je yang suka mengintip anak dara orang,” Alia mencebik bibir. 


“Siapa lagi orang lain kat rumah awak tu?”


“Rumah saya? Nenek, atuk dan ayah. Abang kembar saya masih belajar di UITM.” Alia menjawab tenang.


“Abang kembar? Awak ada abang kembar?” Alia angguk kepala.


“Ye.”


 “Owh!!” 


*********************

p/s : pendek je...selamat membaca..

2 catatan:

MaY_LiN said...

amboi..suka nya syah ya..

Unknown said...

ambil kesempatan pulak ye...hahhaa..