Followers

Monday, November 25, 2013

Relaku Pujuk 35



“Nak naik tak?” Aku geleng kepala.

“Kau tak takut. Kat bawah tu ada anjing gila. Nanti dia kejar kau kemudian dia gigit kaki kau. Terkena air liur dia, tak pasal-pasal berjangkit penyakit gila dia kat kau,” Dia dah mula dah. Suka sangat nak takutkan aku.

“Awak ni,kan. Hiss...Buat orang sakit jiwa je.” Aku menghentak kaki dan mengekori langkahnya masuk ke dalam rumah sewanya.

“Mak!!!” Aku pejam mata bila terpandang  permandangan yang tak sepatutnya aku tengok. Tidak lama kemudian, aku terasa tangan kasar Ishamudin menutup mataku lalu dia menolak badanku masuk kebiliknya.

“Ishammmmmm....” Kedengaran suara garau rakan-rakannya memarahi Ishamudin. Ishamudin tergelak besar.

“Sorry. Aku terlupa yang korang suka sangat pakai pakaian macam tu kat dalam rumah ni,” Mataku masih ditutup oleh Ishamudin dengan tangannya. Bunyi pintu bilik ditutup membuatkan aku membuka mata perlahan-lahan.

“Dah okey. Kau dapat tayangan free tadi.” Aku mencebik.

“Tak senonoh betul. Takkanlah pakai macam tu je kat rumah ni. Mereka bukannya tinggal seorang diri.” Ishamudin tersengih.

“Awak pun macam dorang tu jugak?” Dia angguk kepala.

“Hiss...Tak malulah awak ni.” Aku pukul bahunya. Dia tergelak. Aku perhatikan biliknya. Walaupun kecil tapi tetap kemas. Satu yang aku tahu, dia ni lelaki yang pembersih dan pengemas. Jadi, tak susah untuk kami tinggal berdua. Aku mencapai kain selimut di atas katil yang masih berselerak dan terus melipatnya.

“Sorry. Semalam tak sempat nak kemas katil ni. Terkejut bila Asran bagi tahu kau dengan Haikal yang sedang mabuk tu,” Aku garu kening yang tidak gatal. Sementara menunggu dia menukar pakaiannya, aku berbaring di atas katil Ishamudin. Aku terbuai bila menghidu bau badannya di atas katil itu.

“Awak, saya minta maaf sebab keluar tak bagi tahu awak semalam. Saya takut awak marahkan saya,” Aku meniarap sambil menompang dagu di atas katilnya. Dia menghampiriku dan menarik hidungku sehingga aku menjerit kesakitan.

“Aku maafkan. Lain kali aku tak nak perkara macam tu berlaku. Kau dah jadi isteri aku. Maknanya, kau adalah tanggungjawab aku.” Aku angguk kepala dan tersenyum.

“Awak, bestlah bilik awak ni,” Aku bergolek ke kiri ke kanan di atas katilnya. Besar juga bilik ni sebab dapat memuatkan sebuah katil king saiz dan almari pakaian.

“Kau nak tidur kat sini? Kalau kau nak tidur, kita tidur dulu. Lepas Isyak kita balik rumah Kak Rina.” Aku angguk kepala. Beberapa minit kemudian, aku melihat Ishamudin berjalan ke pintu bilik dan terus mengunci pintu. Kemudian dia kembali menghampiriku lalu berbaring disebelahku. Aku tersentak bila tangan kasarnya memeluk pinggangku. Walaupun aku masih tidak selesa berada dalam pelukannya, namun aku tidak menolak kerana aku adalah isterinya. Dia berhak keatasku. Rasanya aku kena berubah dan patut cuba untuk menerimanya.

“Tidur lagi.” Aku angguk kepala.

*************************

Hari cuti macam ni seronok dapat jalan-jalan sambil cuci mata. Lebih-lebih lagi bila dah dapat gaji. Tapi yang tak bestnya kena keluar dengan cik abang aku ni yang dari tadi membisu. Baik tak payah keluar kalau asyik senyap je. Tapi bila dia mula bercakap, asyik nak sakitkan hati aku je. Susah jugak bila kahwin dengan lelaki yang ikut mood. Semalam dia melayan aku dengan romantik sehingga aku rasakan kami saling menyintai.

“Kenapa aku selalu nampak kau ikat rambut macam ni?” Aku mengaduh kesakitan bila rambutku ditarik oleh Ishamudin. Tengok. Kalau dia bercakap, tentu nak sakitkan hati aku.

“Sakitlah, wak.” Aku betulkan rambut hadapan yang aku ikat tinggi menampakkan dahiku.

“Macam pokok kelapa,” Usiknya. Aku buat muncung itik. Dia tergelak.

“Tapi, okey jugak. Lain dari yang lain. Cantik. Tak sangka, masa cepat berubah. Kau pulak semakin cantik,” Pujinya. Aku tersenyum lebar.

“Terima kasih. Kalau saya tak cantik, tentu awak tak nak kahwin dengan saya. Betulkan?” Dia geleng kepala.

“Dulu tu, aku tak sangaja. Sorry. Aku marah sebab Diah tuduh aku yang bukan-bukan. Tak dapat marah dia, aku marahkan kau. Sorry,” Dia tersenyum ikhlas. Dia pernah kutuk aku satu waktu dulu.

“Sebab tu je?” Dia angguk kepala. Aku geleng kepala.

“Sorry,” Ucapnya lagi. Kali ini lebih perlahan dari sebelum tadi.

“Biarlah. Perkara dah lepas,” Aku berjalan laju dihadapannya.

“Mawar, tunggu,” Dia mengejarku. Aku tergelak bila melihat dia berusaha mengejarku.

“Kau nak beli apa?” Aku tersentak bila ditanya mengejut olehnya. Bila masa dia berada disebelahku. Aku pandang wajahnya sebentar kemudian mataku melilau melihat sekeliling. Tangannya mencapai tanganku lalu digenggam erat. Aku pandang semula wajahnya. Dia tetap selamba. Aku tersengih. Teringat kejadian di Sabah dulu. Aku peluk lengannya. Takut pulak kalau aku terpisah lagi darinya.

“Ingat nak beli sandle je.” Kami berdua berjalan menuju ke bahagian kasut wanita. Sambil berjalan, sebelah tanganku membelek kasut yang cantik-cantik semuanya. Tiba-tiba aku terpandang sesuatu. Angry Bird!!!! Aku tersenyum lebar sambil mencuba beberapa pasang selipar yang terdapat kepala Angry Bird di atasnya. Aku pandang wajah kelat Ishamudin.

“Saya nak beli selipar ni. Angry Bird lah, wak. Nak yang ini. Warna merah hitam. Comellah,” Aku buat muka comel. Menagih simpati cik abang aku ni.

Angry Bird?” Soalnya dengan riak tak puas hati. Aku angguk kepala dan terus memilih. Ah!!! Semuanya comel. Macamana ni? Kalau aku ambil 3 pasang okey, tak?

“Kau sedar tak kita kat mana sekarang ni?” Aku pandang wajahnya kemudian beralih pula sekeliling. Kenapa aku tak perasan ramai orang kat sini tadi?  Tetapi semuanya budak-budak. Ada juga beberapa orang pelajar perempuan memakai pakaian seragam sekolah sedang memilih selipar tersebut.

“Kenapa?” Soalku pelik. Apa kaitan aku dengan mereka semua tu? Dia hanya mengeluh.

“Mawar, janganlah...” Aku kerutkan dahi. Wajah Ishamudin sekarang memang lucu je aku tengok. Aku tersengih sambil buat muka comel. Mata pulak aku kedip-kedip selalu. Kedua-dua tanganku berada di bawah dagu sambil merenung wajah bengang Ishamudin. Beberapa orang budak-budak mula memandang ke arah kami dengan riak pelik.

“Dah. Ambil cepat. Lepas tu nak kita cari kat sana pula,” Aku tersenyum lebar dan mengekori langkahnya menuju ke tempat kasut ladies pula. Tanganku pula masih elok memeluk selipar Angry Bird tadi. 3 pasang aku ambil. Mahal jugak benda alah ni ye??. Rm12.90. Satu untuk kat asrama, satu lagi untuk kat rumah Kak Rina dan satu lagi untuk aku guna di rumah Ishamudin. Tapi, takpe ke? Nanti, mak mertua aku gelakkan aku? Biarlah. Lupa pulak nak beli untuk Isha. Takpelah, satu aku bagi kat dia.

“ Aku ni dah macam keluar dengan budak-budak pulak. Perempuan lain berebut nak beli kasut tumit tinggi macam ni. Kenapa selera kau ni macam budak-budak? Siap beli selipar Angry Bird tu. Nasib baik selipar je,” Aku menjeling sekilas kearahnya.

“Yang ini cantik. Kalau kau pakai, tentu nampak seksi,” Aku pandang kearahnya. Mukaku saat itu tak payah cakap. Bengang habis. Dia angguk kepala. Macam dia yang nak pakai kasut tu. Seksi tapi menyeksakan nak buat apa? Ditangannya ada sepasang kasut tumit tinggi bertali halus dan ada lilitan dibuku lalinya. Mak datuk, tingginya tumit. Tapi memang cantik pun.

“Cubalah,” Gesanya.

“Tak sesuai. Lagipun, nak pergi mana pakai kasut tumit tinggi macam tu?” Aku menolak.

“Cubalah cik. Kalau tak sesuai nanti saya cari saiz yang lain,. Kalau cik pakai ni, nampak semakin cantik.” Jurujual itu turut sama memujuk. Suami aku dah tersengih di sebelah. Kenapa? Aih!!! Pakai kasut tumit tinggi boleh buat orang nampak cantik? Mana dia dapat teori macam tu?  Ikut suka dia je nak cakap. Kalau nak suruh aku beli, carilah ayat yang logik sikit. Cakap jelah, supaya aku nampak lebih tinggi. Takdenya aku nak kecik hati kalau dah kenyataannya, aku ni memang rendah pun. Huhuhu...

“Mahal tu,” Aku mengelak lagi.

“Takpe aku bayar.” Aku karutkan dahi. Dia sanggup bayarkan untuk aku?

“Bertuah cik ada abang yang baik macam dia ni.” Mulutku terlopong mendengar kata-kata jurujual tersebut. Aku pandang wajah Ishamudin. Ketawa kecil ku meletus.

“Errkkk...Abang?” Aku tahan gelak bila melihat wajah Ishamudin yang sudah kemerahan itu. sekejap lagi dia marahlah tu. Aku renung wajah bengang suamiku.

“Dia isteri saya. Tak faham aku, kenapa semua orang  cakap macam tu? Sebab tu aku nak kau pakai pakaian macam perempuan dewasa.” Ishamudin membebel.  Aku hanya mampu geleng kepala bila melihat jurujual itu tersipu malu.

“Maaf. Apa kata puan ubah selera pulak. Daripada guna kasut jenis Ballet Plat ni, baik puan cuba pakai jenis Ankle Starps macam ni.” Aku pandang wajah Ishamudin. Apa benda yang dia sebut ni. Aku bukan tahu sangat tentang kasut ni. Aku hanya pandai pakai je. Janji selesa, yang lain belakang kira.

“Cepatlah. Duduk kat sana.” Aku mengikut sahaja bila tanganku di tarik lembut olehnya.

“Sini. Macamanalah kau ni jadi perempuan. Kasut tinggi pun tak pandai pakai.” Aku mencebik dan membiarkan Ishamudin menanggalkan kasutku dan memasang kasut yang dipilihnya tadi.

“Berdiri,” Dia membantuku berdiri dan tanganku melekat dilengannya.

“Tak naklah. Nanti jatuh,” Aku duduk kembali. Dia merenung tajam wajahku sehingga membuatkan aku kembali berdiri. Aku peluk erat lengannnya bila dia memaksaku berjalan.

“Jalan sampai kat depan tu je,”

Perlahan aku mula melangkah dan setelah berjaya mengimbangi badan, aku mula berasa selesa. Aku berjalan yakin menuju kearahnya. Namun sebaik sahaja sampai dihadapannya, aku terjatuh dan badanku sempat disambut oleh Ishamudin. Saat itu, aku merasakan jantungku berhenti berdenyut. Terasa hanya kami berdua sahaja di situ dan aku tersedar bila Ishamudin ketuk dahiku. Takkan aku terjatuh cinta padanya???

“Berangan?” usiknya. Aku hanya mendiamkan diri. Malu untuk membalas usikannya sebentar tadi.

“Nak warna apa?” Aku pandang ke arah kasut-kasut yang tersusun kemas itu.

“Hermmm...tak naklah pakai kasut tu. Ada jenis lain tak?” Aku berjalan lagi. Mataku terpandang sejenis kasut yang tapaknya tinggi dan agak stabil. Tumit dia taklah tajam macam yang tadi tu.

“Itu kita panggil Wedges. Yang ini pun okey. Bagi puan yang baru nak belajar pakai kasut bertumit tinggi ni, ini memang pilihan yang baik. Stabil dan selesa di pakai.” Aku mencubanya dan berjalan perlahan. Yelah. Kasut ni best. Tak susah sangat nak pakai. Yang penting aku tak perlukan Ishamudin menjadi tempat untuk berpaut. Dia berpeluk tubuh kemudian dia angkat ibunya.

“Cantik. Warna apa kau nak?” Aku tersenyum.

“Warna hitam jelah. Sesuai dengan mana-mana baju,” Dia angguk kepala.

Selesai membuat pembayaran, kami berdua pergi ke kedai lain pula. Hari ini, hanya untuk kami bersiar-siar.

“Lapar?” Soalnya sambil menatap wajahku. Aku angguk kepala. Sebenarnya aku malu selepas kejadian aku tertangkap basah ketika merenungnya di kedai kasut tadi.

“Nak makan kat mana?” Mataku melilau mencari kedai makan yang berdekatan.

“Teringin nak makan kat Pizza Hut.” Perlahan aku menjawab.

“Okey.” Tak sangka pulak lelaki ni tak membantah.

             Kami mengambil tempat duduk yang agak terlindung kerana tidak mahu gangguan. Seorang pelayan datang bertanyakan pesanan.

Sensasi Set 4, 2 Sensasi Delight Pizza. Pizza dia saya nak Hawaiian Supreme. Awak?” Dia angguk kepala.

“Ambil satu tu, Island Supreme. Nak tambah lagi? Ice cream, nak tak?” Aku geleng kepala. Aku membaca menu kemudian geleng kepala. Cukuplah.

Sementara menunggu hidangan siap, aku membelek telefon bimbitku. Memandangkan dia asyik senyap, aku pun jadi senyap jugak. Tak tahu bagaimana hendak memulakan perbualan. Akhirnya aku membelek-belek telefon bimbitku. Buka bahagian media. Tengok gambar kami berdua masa honeymoon bulan lepas.

“Kau tak bosan ke, asyik tengok telefon tu. Antara aku dan telefon tu, mana satu lebih menarik?” Aku angkat muka dan bertembung pandang dengannya. Erkk... dia perhatikan aku?

“Ahh... Menarik? Erkk...Apa maksud awak?” Sejak bila aku jadi gugup ni? Dia geleng kepala. Satu yang aku tak suka kat dia ni, suka sangat tinggalkan tanda tanya kat kepala aku ni. Soalan aku bukan dia nak jawab.

“Kau takde cerita nak kongsi dengan aku?” Aku kerutkan dahi. Cerita apa pulak?

“Cerita apa pulak?”

“Apa-apa cerita. Biasa aku nampak, kau selalu bercerita dengan kawan-kawan kau kat kilang tu. Bising je mulut kau bercerita. Dengan Asran pun sama. Kenapa bila keluar dengan aku, kau jadi pendiam?” Ehhh...dia perhatikan aku selama ni?

“Mana awak tahu? Awak curi-curi tengok saya ye?” Aku senyum mengusiknya. Dia bersandar lemah.

“Kau je yang tak perasaankan aku. Kalau dah jumpa kawan-kawan kau, aku duduk kat belakang pun kau tak sedar.” Aku terdiam.

“Ye ke?” Kadangkala aku memang macam tu. Memang patut kena siku. Aku tergelak halus.

“Awak, kenapa awak dan Kak Diah tak jadi kahwin?” Dia tersenyum sambil bersandar dan merenung wajahku.

“Betul kau tak tahu?” Aku geleng kepala.

“Biarlah. Benda dah lepas. Yang penting aku dah kahwin dengan kau. Cita-cita kau dah tercapai,” Aku terbatuk.

“Cita-cita saya?” Dia tergelak. Tangannya menompang dagu dan matanya merenung tepat ke mukaku.

“Kau pernah kata hendak kahwin dengan aku,kan?”

“Bila masa saya cakap macam tu.  Merepek je,” Aku memandang telefon bimbitku semula. Aku curi-curi pandang kearahnya dan dia hanya tersenyum simpul. 20 minit kemudian, hidangan kami sampai. Aku tersenyum lebar. Perut dah lapar ni. Kami berdua menjamu selera tanpa menghiraukan orang disekeliling.

“Awak, saya minta maaf pasal kat Sabah hari tu. Sorry ye,” Aku buat muka comel. Dia tergelak kemudian geleng kepala.

“Aku ingatkan kau lari ikut lelaki lain malam tu.” Aku menjeling tajam padanya.

“Merepek je awak ni. Selamat Hari Lahir. Biarpun lambat, tapi tetap juga nak ucapkan untuk awak.” Dia terus tersenyum sambil merenung wajahku.

“Kau dah ucapkan pada aku malam tu.”

“Hah!!!! Jadi, awak belum tidur masa tu?” Dia angguk kepala.

“Kenapa awak tak jawab? Kesian saya tau. Bercakap sorang diri,” Aku muncung mulut. Dia tersenyum lagi. Sejak semalam, dia asyik tersenyum.

“Tapi kasihan jugak kat awak. Tentu banyak duit yang awak habiskan untuk sediakan Candle Light Dinner tu semua,”

“Itu.... ermmm...takpelah. Lagipun, silap aku jugak. Ingat nak bagi surprise kat kau, sekali, aku sendiri yang kena surprise.Tak mengapa, InsyaAllah, panjang umur, hujung tahun ni kita sambut lagi,” Erkk...

“Awak suka kahwin dengan saya ye?” Aku angkat kening padanya. Dia mencebik.

“Kau pun suka jugak. Betulkan?” Aku berdengus kasar. Kita tanya dia, dia tanya kita balik.

“Nanti kau kenalkan aku dengan abang kesayangan kau tu.” Aku angguk kepala.

“Awak patut berterima kasih pada dia tau. Sebab, dia yang suruh saya terima awak.” Dia tersenyum dan angguk kepala. Setelah makanan yang kami pesan sampai, aku terus menikmatinya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

            Kenapa aku rasa tak selesa ni? Period? Tak mungkin. Aku pandang sekeliling dan ketika itu tidak ramai orang. Aku terus berdiri dan hendak ke tandas.

“Kau nak pergi mana?” Aku berpaling. Ehh!!! Terlupa pulak aku sedang makan dengan Ishamudin. Itulah khusyuk sangat melahap Pizza sampai suami depan mata dilupakan. Aku tersengih.

“Err...Nak ke tandas sekejap.” Dia angguk kepala. Aku terus berlari ke tandas. Sebaik sahaja sampai di tandas, aku memeriksa seluarku. Huh!!! Memang sah. Macamana ni? Sudahlah, terkena seluar. Apasal aku pakai seluar putih hari ni. Malang betul nasib aku. Nak cuci, nanti lagi teruk. Terpaksalah aku minta tolong suami kesayangan aku tu supaya batalkan temu janji hari ni.

“Kenapa aku nampak sesuatu yang tak sepatutnya kat seluar kau tadi?” Aku tersentak dan terus duduk. Dia tersenyum kecil.

“Nampak sangat ke? Lepas ni, kita nak pergi ke mana lagi? Kita balik jelah.” Aku buat muka sedih. Dia geleng kepala.

“Mana boleh. Hari ini, kau dah janji nak date dengan aku sampai malam.” Aku muncung mulut. Pandai je. Bila masa aku janji nak date dengan dia.

“Tapi, saya tak selesa.” Aku berkata geram. Lelaki ni tak faham bahasa agaknya.

“Mari. Lepas ni kita cari seluar baru.” Aku angguk kepala. Macamana nak berjalan ni. Kalau orang lain tengok. Malulah aku. Aku terasa tanganku ditarik.

“Buat macam biasa. Kalau lebih-lebih, nanti orang  perasan pulak.” Aku angguk kepala dan berjalan perlahan dihadapannya. Kami berdua menuju ke tandas.

“Awak tahu tak saiz pinggang saya?” Aku tebalkan muka bertanya. Yelah. Beria-ia nak pergi beli seluar untuk aku, nanti kalau salah beli, terpaksa tukar pulak.

“Tahu. Semalam aku sempat buat ukuran. 26 atau 27. Betulkan? Roti kering kau ada bawak?” Aku membeliakkan mata padanya. Dia tersenyum cuma. Aku angguk kepala. Takkan nak kata salah pulak. Memang aku sentiasa bawa pad ke mana-mana dalam begku. Hebatlah laki aku ni. Dia terus berlalu meninggalkan aku.

30 minit aku menunggu dengan sabar di dalam tandas tersebut, namun batang hidung suamiku langsung tidak nampak.

“Mana pulak pak cik ni pergi. Lamanya pilih seluar. Pergi beli seluar atau pergi tempah seluar pak cik ni?” Aku dah tak senang duduk. Beberapa minit kemudian telefonku berdering.

“Keluar sekejap.” Aku terus keluar dari tandas. Ishamudin sedang menanti bersama beg plastik ditangannya.

“Terima kasih.” Ucapku pantas membawa plastik tersebut ke dalam tandas semula.

Aku kerutkan dahi. Erkkk..Apahal beli baju jugak ni? Baju aku masih elok lagi. Biar betul pak cik ni beli baju yang macam ni. Baju lengan panjang warna putih dan krim dipadankan dengan skirt labuh warna krim. Skirt labuh? Aduh!!! Tak pernah aku pakai skirt macam ni. Kemudian aku ternampak sesuatu. Apabila aku keluarkan dari plastik, aku terjerit kecil.

“Hai...ini dah lebih. Siap beli set barang dalam sekali. Kenapa tak beli kain tuala sekali. Dapat jugak aku mandi kat dalam ni.” Aku membebel seorang diri bila melihat baju dan seluar dalam yang berwarna merah itu. Oleh kerana tiada pilihan, akhirnya aku pakai juga walaupun rasa tak puas hati.

            Nasib baik ada ikat rambut kecil ni. Kalau pakai baju macam ni, baik aku ikat sikit kat tepi ni, rambut anak kat depan ni, tolak ke tepi. Yang selebihnya biar lepas bebas. Rambut aku ni jenis nipis dan halus. Lagipun, minggu lepas aku dah gunting sebahagian rambutku pendek paras bahu dan dibelakang pula masih panjang paras dada rasanya. Bila merasakan sudah kemas, aku keluar dari tandas wanita setelah beberapa kali pak cik kat luar tu buat panggilan.

“Jum...”

Aku terus berjalan sebaik sahaja keluar dari tandas. Ketika itu Ishamudin sedang bersandar di tepi dinding tandas. Beg sandang belakang, aku betulkan. Beg plastik di tangan aku serahkan pada Ishamudin. Dia menyambutnya tanpa banyak tanya. Aku terus berlalu meninggalkannya.

“Ehhh..Budak ni. Tak kenang budi betul. Penat aku tolong beli baju untuk dia, ditinggalkannya begitu sahaja.” Aku mencebik.

“Baju yang awak beli ni, huhhhh...ladies sangat. Dah macam perempuan melayu terakhir pulak saya ni. Kenapa tak beli baju kurung sekali tadi?” Dia hanya tersenyum dan menghampiriku.

“Memang sesuai. Cantik.” Dia sempat mengusap lembut pipiku. Wajahku merona merah bila dilakukan begitu. Mataku meliar memandang sekeliling. Dia ni, suka-suki je pegang aku kat tempat awam macam ni. Tahulah halal, janganlah lebih-lebih.

Aku pandang sekeliling beberapa pasang mata memandang ke arah kami. Ada yang tersenyum. Tak kurang juga yang pandang sinis. Aku tertunduk malu. Dia ni, kalau pun nak tunjuk baik, jangannya lebih-lebih. Sekarang ni, kita kat tempat awam cik abang. Geram pulak kat dia ni. Aku siku perutnya.

“Aduh!!..” Dia mengaduh kesakitan.

“Ni apasal ikat rambut sikit je? Baik tak payah ikat.” Kutuknya sambil menarik rambut yang ku ikat kecil itu. Aku pukul tangannya dan dia tersengih. Giliran aku pulak menjerit.

“Aduh!!! Awak ni. Stail apa?” Ahhh... dia memang takkan bagi peluang untuk aku berangan-angan. Sekejap dia buat aku berada diawangan, sekejap juga di buat aku jatuh ke tanah.

“Cantik. Tapi, aku tak suka orang lain tengok kau cantik macam ni. Kecantikan seorang isteri hanya untuk suaminya. Lain kali kalau kita keluar, aku tak suka kau buat macam tu,” Aku hanya geleng kepala. Namun, sedikit tersentuh dengan kata-katanya sebentar tadi. Tetapi, oleh kerana aku ni degil orangnya, aku buat riak selamba.

“Apa masalahnya?”

“Mana pokok kelapa kat atas kepala kau tadi?” Soalnya selamba. Hai...dia ni..belum habis lagi nak usik aku.

“Dah tumbang,” Jawab ku selamba. Dia tergelak.

Kami berjalan sambil mata meliar mencari sesuatu yang mungkin berkenan di hati. Ketika melalui sekumpulan remaja lelaki yang sedang melepak di pusat membeli belah tersebut, seorang dari mereka menghampiri kami.

“Hai cik adik manis. Boleh berkenalan?”

Errkkk...Biar betul budak ni. Depan laki aku pun korang nak mengorat. Aku pandang wajah tegang Ishamudin disebelahku. Dia terus memeluk pinggangku dan mengaku aku isterinya. Lelaki tadi tersipu malu. Aku tergelak sambil angkat kening pada suamiku. Dia mencebik. Pelukan di pinggang terasa semakin kuat. Aku tergelak halus. Beberapa ketika kemudian, dia melepaskan pelukanya. Mungkin menyedari ramai yang memandang ke arah kami.

“Awak, nak makan ice cream,” Aku menghentikan langkah di sebuah kedai ice cream. Ishamudin menghampiriku.

“Tadi aku suruh kau beli ice cream, kau tak nak.” Aku mencebik. Aku terus buat muka comel. Aku yakin dia akan mengalah punya.

“Kita ni nak berjalan. Takkan kau nak makan ice cream tu masa berjalan. Tak senonoh betul,” Aku tak kira. Aku menghentak kaki dan airmata sudah bergenang dikelopak mataku. Macam budak-budak. Tentu semua orang meluat tengok aku sekarang ni.

“Saya nak jugak,” Lama dia terdiam. Akhirnya dia angguk kepala. Aku tersenyum lebar dan berjalan laju menuju ke kedai ice cream tu semula. Aku peluk lengannya sambil merenung manja padanya.

“Macam budak-budak,” Dia ketuk dahiku. Kami berdua berlalu ke tempat duduk yang dikhaskan untuk rehat sementara aku menghabiskan aisikrimku.

Beberapa minit berlalu, seorang lagi lelaki menghampiri kami.  Aku masih leka menikmati aiskrim yang dibeli oleh Ishamudin sebentar tadi. Aku tergelak halus bila teringat wajah tak puas hati dia tadi. Nasib baik aku ni pandai buat muka sedih lepas tu  puas aku pujuk, buat muka comel dan hampir nak mengalirkan airmata, akhirnya dia mengalah juga selepas mengetuk dahiku. Sejak berkahwin dengannya, aku sedari tabiatnya yang satu itu. Suka sangat ketuk dahiku. Tapi taklah kuat sampai bengkak. Pukul sikit je. Pukul sayang kot. Hahahaa...

“Abang, boleh tak saya berkenalan dengan adik abang ni?” Aku tutup mulut menahan gelak. Beberapa saat kemudian, aku terasa bahuku di peluk erat. Aiskrim ditanganku hampir terjatuh.

“Tak boleh. Dia ni isteri saya okey.” Aku mencebik bibir. Wajah lelaki tadi jelas kecewa dan dia terus berlalu.

“Sukalah ada orang minat?” Aku terus tergelak dan angguk kepala.

“Mereka tahu menghargai kecantikkan.” Selamba aku tuturkan kata-kata meninggi diri.

“Riak,” Aku gosok dahiku yang ditolaknya sebentar tadi.

Kami meneruskan perjalanan sambil tangannya masih berada dibahuku manakala sebelah lagi tangannya masih penuh dengan beg plastik barang-barangku tadi.

“Awak, mana tong sampah ni?” Mataku meliar mencari tong sampah di kawasan berhampiran.

“Kenapa?” Aku tayang aiskrim yang tinggal separuh itu. Dah tak larat lagi nak menghabiskan aiskrim tersebut.

“Sini,” Dia merampas aiskrim tersebut dan terus memakannya. Mulutku ternganga melihat dia dengan selambanya makan aiskrim tersebut.

“Awak tak kisah makan aiskrim yang saya gigit. Rasanya tadi, saya buat macam ni, macam ni. Awak tak rasa jijik?” Aku siap buat demo lagi depan dia. Aku lihat wajahnya selamba.

“Kalau orang lain, aku jijik. Tapi, kau isteri aku buat apa nak jijik? Daripada membazir baik aku habiskan. Lagipun, anggap je yang aku sedang cium kau,” Ayat yang hujung itu buat aku gugup. Sudahlah dia membisikannya dengan suara yang paling perlahan di telingaku. Aku angguk kepala tanpa memandang wajahnya.

“Nasib baik kau tak pakai lipstik. Kalau kau pakai, hilang selera aku nak makan,” Aku muncung bibir. Memang aku tak suka pakai lipstik. Bibir rasa gatal. Aku lebih suka pakai pelembab bibir.

“Nak pergi mana lagi?”

Aku bertanya setelah penat berjalan-jalan di sekitar shopping complex tersebut.

“Lepas ni nak jumpa tuan rumah yang kita nak sewa tu,” Aku kerutkan dahi.

“Rumah sewa?” Dia angguk kepala.

“Ermmm... mak nak kita duduk satu bumbung.” Mendengar kata-katanya hampir membuatkan aku tercekik.

“Hah!!! Kita tinggal bersama?” Beberapa orang berpaling ke arah kami berdua.

“Ye. Lagipun, memang patutlah kita tinggal bersama. Kita dah kahwin. Sampai bila kita nak duduk asing-asing macam sekarang ni. Bila lagi hubungan kita ni nak maju,” Aku mengeluh.

“Tapi, saya tak pandai memasak.” Aku berikan alasan yang dirasakan logik.

“Aku pandai memasak.” Erkkk....pulak dah.

“Saya tak pandai buat kerja rumah.”

“Tahu. Kau pandai makan dan tidur je,” Aku gigit bibir. Geram betul dengan pak cik ni. Kalau ye pun nak mengutuk orang, agak-agaklah jugak.

“Saya kuat tidur,”

“Takpe. Aku suka bangun awal. Nanti, aku buatlah apa yang patut kat kau waktu kau tidur,” Aku menjeling sekilas kearahnya. Macam ada niat tersembunyi je. Akhirnya aku malas untuk berdebat dengannya.

“Kau tak kira bila last period kau?” Aku kerutkan dahi.

“Kira last period? Kenapa?” Pelik pulak mamat ni. Tiba-tiba tanya soalan macam tu.

“Yelah. Bila sampai terkena seluar tu. Sepatutnya, kau dah sedia awal. Seingat aku, last kau period masa kita kahwin hari tu,kan. Menyebabkan aku tak dapat menikmati bulan madu kita dengan sempurna.” Wajahnya selamba mengucapkan ayat tersebut. Sedangkan aku hampir pitam.

Gluppppp....

Erkkk...

Bagaimana nak handle situasi macam ni? Bulan madu? Jadi betullah dia dah planning semua tu masa aku keluar makan dengan Abang Zam. Nasib baik aku keluar makan dengan Abang Zam, kalau tak, tentu sekarang aku dah jadi isteri dia dalam erti kata yang sebenar.

“Erkkk...Awak masih ingat?” Aku gigit bibir menahan malu.

“Mestilah.Tapi, pelik pulak, kenapa kau tak ingat? Kau tak buat tanda bila last period?” Ishkkk... buat apa tanya soalan macam tu.

“Buat apa nak tanda. Selama ni mana pernah saya tanda.” Dia geleng kepala.

“Sebelum ni, kau belum berkahwin. Sekarang kau dah berkahwin. Bagaimana kalau kau mengandung? Nanti, doktor tu tanya bila kali terakhir kau period? Kau nak jawab apa?” Wajahku merona merah. Ke situ pulak dia. Macamana dia tahu semua tu? Dia dah belajar atau ada pergi kursus suami mithali ke?

“Ehhh...Apa pulak sampai mengandung. Kita bukannya pernah ada apa-apa pun,” Aku berpaling ke arah lain. Mana nak letak muka ni.

“Sekarang memanglah tak ada. Mana tahu minggu depan kau jatuh cinta kat aku, lepas tu, kau goda aku.” Pappp...aku tampar lengannya.

“Aduh!!!” Aku menjeling tajam kearahnya. Dia tergelak.

“Betullah. Kau isteri aku, tak salah rasanya isteri goda suami. Takkan asyik suami yang goda isteri. Jaga-jagalah kau, kalau aku dah sayangkan kau, aku goda kau habis-habisan. Dan, kau kena tahu. Aku ni lelaki normal yang....”

“Eiii...Stop. Boleh tak jangan bercakap tentang tu. Berdiri bulu roma saya dibuatnya.” Aku gosok lenganku. Entah mengapa aku rasa malu untuk memikirkannya. Dia ketawa besar.

“Okey. Kita jumpa tuan rumah yang kita nak sewa tu dulu. Aku sakit telinga bila dengar orang asyik tanya, bila nak tinggal berdua dengan kau. Kalau tinggal berdua, mudah untuk kita berdua jatuh cinta.” Mataku terbeliak mendengar hujahnya yang selamba itu.

Aku sebenarnya memang bingung memikirkan perkara tersebut. Maklumlah, semenjak akhir-akhir ni, warden asrama dah mula pandang aku semacam. Kebiasaannya, kalau pekerja yang sudah berkahwin, mereka tidak dibenarkan tinggal di asrama. Tetapi, dalam kes aku ni, mereka benarkan memandangkan kami belum ada tempat tinggal.

“Kalau duduk kat luar, macamana saya nak turun kerja? Siapa nak hantar dan ambil saya? Saya tak pandai drive, saya takde lesen bawak motor.” Aku bertanya padanya.

“Itu? Ermmm...aku masuk kerja pukul 8 pagi balik pukul 5 petang. Kau masuk kerja pukul 7 pagi balik 7 petang atau masuk kerja 7 petang bali 7 pagi. Ermmmm...senang je. Kalau turun kerja pagi, kita turun sama-sama dan balik sama-sama. Kalau kau kerja malam, aku turun kerja awal untuk ambil kau kat kilang lepas tu turun kerja balik. Petang pulak, aku balik pukul 5. Rasanya takde masalah.” Aku berfikir sejenak. Kalau shiff pagi takde masalah. Kalau shiff malam? Dia terpaksa berulang-alik.

“Rumah sewa tu, jauh tak?” Aku bertanya padanya.

“Takdelah jauh sangat. 15 minit je dari rumah ke kilang.” Aku angguk kepala.

“Tak menyusahkan ke?”

“Menyusahkan sikit. Tapi, mesti dapat balasan yang setimpal. Sabtu ahad kau kena bagi khidmat mengurut badan aku,” Huh!!! Memang dia dah fikir panjang.

“Berapa sewa sebulan? Ramai orang tak kat kawasan tu?” Aku ni penakut. Nanti, tak tentu aku dibuatnya kalau tinggal seorang diri kat rumah.

“Ramai. InsyaAllah, tak ada apa-apalah.” Aku angguk kepala.

“Bila kena pindah?”

“Petang ni pergi ambil kunci lepas tu nak kena cuci dulu rumah tu. Minggu yang satu lagi kita cuci rumah tu. Kalau takde apa-apa hujung bulan depan dah boleh pindah.” Aku angguk kepala. Ikut jelah apa yang pak cik ni rancang. Maknanya, bulan depan aku akan tinggal berdua dengannya. Bagaimana agaknya hidup kami berdua kelak. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan.



************************
p/s : As Salam semua... maaf sebab lambat post new n3.. sibuk memanjang.. terima kasih buat yang setia mengunjungi blog ni. minta maaf juga sebab tak reply mesej korang semua.. ( tak mesra alam betul tuan punya blog ni,kan?) huhuhu...rasanya n3 ni panjang sikit dari yang terdahulu.. korang layan je lah...

6 catatan:

MaY_LiN said...

amboi..mawar..
saham tinggi nmpk?
hihihihhi

Anonymous said...

yeayyyy!!!!tq...akhirnyer ade n3 baruu....

Unknown said...

Gr8! Bila la dorg nk up to d nxt level...? Mawar...Mawar..

Unknown said...

terima kasih semua..

May_lyn = sebab tu cik abang cemburu..hihihi
baby mio = terima kasih
anonymous = sorry sebab lambat post new entry..
Nveloaddct = coming soon

Anonymous said...

Heh.. Heh... Abang, boleh saya berkenalan dgn adik abang? Keh... Keh... Keh.
Yanshi

eisya said...

Huwaaaa...dh xsbr tggu next n3..hihi