Followers

Saturday, February 20, 2010

Pilihan Hati 18

“Ari, tunggu.” Farhan menarik tangan Ariyana. Ariyana tersentak. Tidak menyangka Farhan berani menyentuh tangannya. Ariyana menepis tangan kasar itu.

“Kenapa pegang-pegang tangan orang ni?” Ariyana berkata marah. Farhan buat muka kasihan. Ariyana kerutkan dahi.

“Sorry. Ari, please, terima cinta saya,” Farhan merayu-rayu. Ariyana pandang sekeliling. Malu bila orang disekeliling memandang ke arah mereka berdua. Ariyana garu kepala yang tidak gatal. Rambut yang terjatuh didahinya diselak kebelakang.

“Farhan...Tolong jangan bersikap macam budak-budak. Saya merayu pada awak. Jangan malukan diri awak depan orang ramai ni. Jangan sampai saya membenci awak,” Ariyana bersuara geram. Farhan masih merenungnya.

“Saya tak kira. Saya tetap akan pikat awak. Saya janji, saya akan sayangi awak seumur hidup saya,” Farhan meraih tangan Ariyana semula.

“Ehemm...Maaf saudara. Boleh tak jangan ganggu tunang saya lagi?” Ariyana tersentak lalu menoleh ke arah lelaki yang tiba-tiba berdiri disisinya. Ariyana pandang wajah pucat Farhan. Farhan juga tersentak.

“Betul ke? Ari...Awak dah bertunang?” Farhan gugup. Ariyana bingung. Lelaki disisinya terus tersenyum. Ariyana angguk kepala.

“Tak mungkin. Awak tipu saya? Awak sengaja hendak lari dari saya.” Farhan geleng kepala.

“Terpulang pada awak samaada hendak percaya atau tidak.” Ariyana bersuara malas.

Perlahan Farhan beredar dengan wajah hampa. Beberapa kali dia menoleh ke arah Ariyana, berharap semua itu adalah mimpi. Namun, dia menggeleng kesal. Ternyata Ariyana sedikitpun tidak menyukainya. Ariyana mengurut dadanya. Shila muncung mulut di sebelah Iskandar.

********************************

“Terima kasih Abang Hadi.” Ariyana tersenyum manis sambil mencuri pandang ke arah Iskandar yang dari tadi mendiamkan diri. Ketika itu mereka berempat sudah berada di dalam kereta.

“Perkara kecik je. Nak tunggu orang sorang tu tolong, lambat sangat. Terpaksalah abang yang kena serah diri,” Hadi menjeling sekilas ke arah Iskandar. Bila menyedari wajah sahabatnya itu masam mencuka, Hadi tergelak kemudian geleng kepala. Shila juga turut sama bermuka masam. Hadi melirik ke arah Shila.

‘Mrh? Abg tlg Ari je. Bukan betul-betul. Kasian kat Ari,’ Shila menjeling tajam wajah Hadi setelah membaca mesej di screen telefonnya. Kemudian dia geleng kepala saat mata mereka bertaut.

Iskandar terus memandu tanpa suara. Terkejut dengan tindakan Hadi sebentar tadi. Hampir luruh jantungnya mendengar pengakuan Hadi sebentar tadi. Padahal, dia berkira-kira hendak melayangkan tumbukan ke muka lelaki yang cuba mengganggu Ariyana tadi. Sesekali dia memandang ke belakang melalui cermin pandang belakang. ‘Apa perasaan Hadi pada Ari?’ Iskandar berbisik sendirian.

“Hoi...cermin tu untuk pandang kereta kat belakang. Bukan untuk tengok awek,” Iskandar tersentak bila di tegur kasar oleh Hadi. Hadi tergelak. Ariyana dan Shila angkat muka memandang wajah masing-masing.

“Abang Is tengok awek? Mana? Cantik tak?” Shila teruja. Ariyana tergamam. Terasa jantungnya berdegup kencang. Dia juga memandang sekeliling. Mencari perempuan yang dimaksudkan oleh Hadi. Hadi tergelak disebelah Iskandar. Iskandar geleng kepala melihat kenakalan sahabatnya itu.

“Betul ke Abang Is tengok awek?” Shila tarik baju Iskandar dari belakang. Iskandar kerutkan dahi. “Adik, abang tengah memandu ni,” Shila menjenguk ke depan.

“Abang Hadi? Betul ke?” Shila bertanya manja. Hadi tergelak.

“Ye. Korang tak sempat nak tengok tadi. Cun giler perempuan tu.” Hadi mencuri pandang ke arah Ariyana yang terus mendiamkan diri sambil merenung telefon bimbitnya. Rasa kurang senang bila mendengar kata-kata Hadi. Hadi tersenyum lagi.

“Sudahlah, dik. Jangan percaya cakap Hadi tu. Dia sengaja nak buat gempak dalam kereta ni,” Iskandar tersenyum. Ariyana angkat muka sekaligus mata mereka bertembung melalui cermin pandang belakang itu. Iskandar tersenyum pada Ariyana. Seoalah-olah menidakkan apa yang Hadi katakan tadi. Ariyana tersenyum lega. Tanpa mereka berdua sedari, Hadi memerhati tingkah laku mereka berdua.

“Kita nak makan kat mana pulak hari ni?” Shila bertanya sambil memandang ke arah Hadi.

“Kena tanya driver tu?” Hadi muncung pada Iskandar yang tenang memandu.

“Owh!!! Kalau macam tu, abang, adik nak makan Tom Yam Sea Food hari ni.” Shila berkata tegas. Iskandar menoleh sekilas ke arah adiknya.

“Sea Food? Tak payah. Ari tak dapat makan semua tu.” Ariyana berdengus kasar. Baru je berkira-kira nak merasa Tom Yam Sea Food dah kena reject. Iskandar tersenyum kecil bila menyedari wajah Ariyana yang mencuka itu.

Hadi geleng kepala. Pada pandangan matanya, Iskandar dan Ariyana memang saling jatuh cinta. Masalahnya, mereka sama-sama ego.

“Ari boleh pesan Tom Yam Ayam. Dah lama tak makan Tom Yam,” Ariyana akhirnya bersuara juga. Kalau asyik mendiamkan diri, alamatnya, dia akan kempunan hendak merasa Tom Yam.

“Yelah, Is. Kasihan pulak tengok mereka berdua ni. Dah kebulur aku tengok,” Hadi tergelak bila melihat wajah kelat Ariyana dan Shila.

“Yelah...yelah...” Shila dan Ariyana bersorak riang bila Iskandar bersetuju. Iskandar geleng kepala melihat gelagat gadis-gadis di kerusi belakang keretanya.

*************************

Ariyana telan liur bila melihat Shila mengupas kulit udang. Ariyana terus memerhati Shila yang khusyuk sekali menghirup Tom Yam tersebut. Iskandar geleng kepala melihat wajah Ariyana yang jelas terpancar keinginan untuk merasa Tom Yam Sea Food tersebut.

“Shila, bagi sikit kat Ari.” Shila angkat muka. Ariyana tersenyum senang sambil bersedia hendak menarik mangkuk Shila. Shila tarik mangkuk Tom Yam Sea Food nya. Tidak mahu berkongsi dengan Ariyana. Hadi hanya mampu geleng kepala melihat telatah Shila.

“Mana boleh. Nanti Ari masuk hospital, siapa yang nak temankan abang malam esok?” Shila menepis tangan Ariyana yang berusaha menarik mangkuk miliknya. Ariyana tersentak. ‘Yelah. nanti, kalau aku sakit, tak dapat nak temankan Abang Is,’ Ariyana akhirnya menikmati Tom Yam Ayamnya. Dia terus mendiamkan diri.

“Takpelah. Kasihan abang tengok Ari. Dia teringin sangat nak makan tu,” Iskandar bersuara lembut.

“Tak boleh. Nanti masuk hospital lagi. Tak dapat bercakap. Siapa yang susah?” Shila pula membantah.

“Takpelah. Aku makan yang ni je,” Ariyana bersuara perlahan.

“Betul?” Hadi bertanya sambil memandang wajah Ariyana yang mendung itu.

“Ye. Tak mahu duduk kat hospital lagi. Tak best,” Jawabnya sambil tersenyum. Walaupun, nampak tidak ikhlas. Iskandar tersenyum sambil memandang ke arah lain.

“Ari, siapa lelaki yang kejar awak tadi?” Ariyana angkat muka memandang wajah Hadi.

“Owh..Dia?..Dia..” Ariyana gugup.

“Budak tak cukup umur tu cuba nak mengorat Ari” Shila menjawab tanpa sempat Ariyana menghalang. Iskandar angkat kepala. Hadi tergelak.

“Kenapa Shila cakap dia belum cukup umur?” Hadi bertanya pelik. Dari pengamatanya, lelaki tadi berumur dalam likungan pertengahan 20-an.

“Hehehe..dia muda 3 tahun dari Ari,” Shila tersengih lagi. Ariyana kerutkan dahi. Tidak suka bercerita tentang kisahnya. Iskandar pula lebih senang menjadi pendengar setia.

“Zaman sekarang ramai perempuan yang berkahwin dengan lelaki lebih muda dari mereka. Lagipun, kalau dibandingkan Ari dengan dia, Ari nampak lebih muda.” Shila tergelak. Ariyana pukul bahu sahabatnya.

“Dah bukan pilihan dia. Kalau Abang Hadi nak tahu, Ariyana ni, pemilih. Semua lelaki yang dia jumpa, dia tak berkenan.” Ariyana geleng kepala bila Shila mengutuknya. ‘Memang tak dapat simpan rahsialah perempuan ni. Ada yang nak kena belasah balik rumah kelak,’ Ariyana berbisik geram.

“Ari terlalu memilih? Betul ke? Atau, Ari sedang tunggu seseorang?” Hadi menjeling sekilas ke arah Iskandar. Sebaik sahaja memdengar kata-kata tersebut, Iskandar terbatuk. Semua mata memandang ke arahnya. Iskandar tersengih sambil angkat tangan tanda minta maaf.

“Mana Abang Hadi tahu? Ari memang sedang menunggu seseorang. Lelaki idaman dia masa kat sekolah menengah dulu,” Sekali lagi Ariyana geleng kepala bila rahsianya dibongkar oleh Shila dengan selambanya. Ariyana menongkat kepala. Shila tersengih tanpa rasa bersalah.

“Owh!!!!! Ye? Cinta pertama?” Hadi bertanya pada Ariyana.

“Mana ada. Syok sendiri je,” Hadi dan Shila tergelak besar melihat muncung Ariyana. Iskandar tersenyum kecil. Walau sebenarnya dia rasa cemburu kerana bukan dirinya yang Ariyana tunggu. ‘Takkan dia nak tunggu kau? Jangan nak berangan Iskandar,’ Bisiknya dalam hati sambil matanya terus merenung Ariyana yang tersenyum kecil.

***********************************

p/s : slm syg semua,.....Sorry coz lmbt upload. msh tercari2 idea yg best. otak dah macam otak udang, beku. hope korang enjoy dgn n3 ni....

5 catatan:

epy elina said...

hohoho....
ari 2 dah stat suke kat is...
cuma is 2 je yg bengap...
x nak meluah...
ego llki katakan...
nak is ngn ari brcnta...

MaY_LiN said...

yea..yea..
cinta sudah berputik ya

rosse - violet said...

huuu......best...hampir nk terjatuh jantung hatiku.......hampir luruh jantung time baca part IS jelous....hu3

nursya said...

alamak...
abg is keciwa dgr luahan si shila tu....

hima idayu said...

mantap la ... huhuhu